Friday, September 28, 2007

Buka puasa @ Eastin

Majlis berbuka puasa Lembah Sari Sdn Bhd diadakan pada 28hb September 2007 bertempat di Eastin Hotel, Petaling Jaya. Tempat ni aku yang pilih sebab tengah-tengah antara HQ dengan OC. Lagipun dekat dengan rumah aku. Senang nak balik. Hehehehe. Kak Aspa dan Kak Norsham pun penyokong kuat aku sebab masing-masing penah makan kat sini. Harga boleh tahan dan makanan banyak. Tu experience kitaorang le. Tak tahu le kalau ada orang-orang yang tak reti makan komplen. Kedatangan agak memberansangkan. Dalam semua yang confirm nak datang cuma hafiz IT yang tak datang. Demam katanya.. Ntah iyer ntah tidak budak ni. Tapi sebelum berbuka tu aku dengan Yati sempat le call dia. Ada le bunyi-bunyi sore orang tengah sakit. Kalau buat-buat ntah le pulak. Hehehe..

Food pada aku ok sangat-sangat. Banyak pilihan tapi orang yang tak reti makan tu komplen juga. Kononnya Paya Serai kat Hilton lagi best. Banyak songeh le diaorang. Orang dah bagi makan free lagi nak bising. Aku pun penah gak makan kat Paya Serai tu. Aku rasa banyak masakan melayu je. Tak ada le banyak sangat variety. Kat Pasar Ramadhan pun leh dapat makanan camtu. Tak payah le nak makan kat hotel. Miss Lim pun setuju dengan pendapat aku. Dia cakap setakat apam balik beli kat pasar malam jelah. Kat hotel dah le keras kena aircond. Tak fresh dah.

Harga sekepala consider murah. Just RM85++. Tapi sebabkan bayar guna credit card HSBC dapat le diskaun 20%. Murah. Big boss pun terkejut masa sign credit card slip sebab murah sangat. He..he..he.. Menu yang paling sedap kat sini, bubur lambuk. Sedap tu.. Yang lain-lain biasa lah. Ada masakan timur tengah, kambing kangkang (ntah apa le yang sedap sangat kambing ni pun ntah. Aku tak boleh masuk langsung), masakan melayu dan dessert sedap le. Aku as usual mesti bantai dessert dulu. Nasi kat rumah pun boleh makan. Hehehehe...

Ni le budak yang cakap aku makan 3 pinggan tak berenti-berenti. Nama dia Hafizam. Dei..tengok sikit sapa tak berenti makan. Dia tu yang makan sampai tak sempat nak posing lagi nak kutuk orang. Piiiirahhhh!!!!!!!

Tuesday, September 25, 2007

Cubaan.....

Amenda nak tulis ni yer.. Pertama kali cuba tulis blog yang telah di create oleh Puan Noryusnita yang konon-kononnya nak tolong ajar camana nak guna menda ni. Tapi dah dekat 4 bulan hampeh.. tak juga di ajar-ajarnya. Dia ntah berapa kali tukar kerja dah tapi sampai la ni tak juga ler diajarnya.. Tapi tak pelah. Boleh hentam-hentam sendiri ni kira ok le kot. Anyway terima kasih le pada Yus sebab tolong create benda ni. Kalau tak.. tak ada juga le wujudnya blog ni.. Tu le.. Orang lain ada blog, awak pun nak juga. Tapi tak sedar diri yang awak tu buta IT. Huhuhu.. Pasal buta le kena celikkan. Kalau tak sampai bila-bila pun asyik buta jelah...