Monday, October 27, 2008

Langkawi - Part 5 (3rd Day)

Hari ketiga dan last day kat Langkawi, pagi tu free & easy lagi. Kanak-kanak yang di bawah 15 tahun kena attend birthday Omar, anak Dato'. So yang dah dewasa ni, ambik le kesempatan pergi bershopping lagi. Kali aku pegi dengan mak, Kak Yati dan husband dia. Bapak dan anak-anak Kak Yati semua lepak kat hotel. Kitaorang pegi naik keta sewa semalam. Pagi ni aku tak dapat nak shopping banyak sebab Jeff le pesan decanter le.. macam-macam le dia ni. Mak beli bekas lauk yang boleh pusing-pusing tu. Tak tau le namanya apa. Kak Yati pun dah bawak banker kemain banyak pulak dia menambah shopping. Hehehe..

Balik dari Kuah dah pukul 12.00 tengahari. Pack semua barang dan pegi lunch. Lunch tak sedap langsung. Dah le mahal RM60.00 seorang. Kitaorang 5 family iaitu family aku, Kak Yati, Lorna, Kak Aspa dan Alfian balik lewat flight pukul 6.35 petang. Rombongan lain balik flight 3.40 petang. So kitaorang berlima family dapat check out hotel lambat pukul 2.30 petang.


Pukul 2.30 petang kitaorang dah siap-siap tunggu bas kat entrance hotel. Banyak tak barang aku? Bukan aku sorang punya. Mak dengan bapak ada sekali. Kitaorang pegi 4 beg termasuk beg sandang bapak dan balik 11 beg dan kotak. Wah.. banyaknya beranak. Nasib baik pegi 3 hari je. Kalau 5 hari mesti 20 beg.

Sebelum ke airport Langkawi, kitaorang sempat singgah kat Beras Terbakar lagi sekali. Hari tu family aku dengan Kak Yati je pegi so yang lagi 3 family nak merasa juga. Kat sini mak beli gajus, kain batik dan sotong kering. Nak shopping lama-lama tak larat sebab panas sangat-sangat.

Kat Langkawi Airport dah. Masa nak check in beg, punya le risau takut aku punya barang lebih 60kg. Last-last beg-beg Kak Aspa pun semua masuk bawah aku. Ceh.. tak ada le banyak mana pun barang yang dibeli. Tu pun Frankie, Mayflower dah perli-perli aku. Dia cakap aku macam travel pegi Europe. Ek eleh.. kalau pegi Europe tak ada le shopping banyak sebab tak ada duit. Hehehe..

Ni le flight yang kitaorang naik nak balik ke KL. Datang pun delay balik pun delay juga. Nasib baik balik delay 10 minit je. Masa balik tak pulak pening. Sebab air-cond ok kot.

Ni pulau apa ntah. Langkawi ke bukan, tak tahu le. Gambar ni blur sebab tingkat kapal terbang ni tak cuci. Hehehe.. Bye-bye Langkawi. Esok kena keja.. Letihnya..

Sunday, October 26, 2008

Langkawi - Part 4 (2nd Day)

Hari kedua di Langkawi orang lain pegi naik cable car kat Gunung Mat Chincang tapi aku, mak bapak dan Kak Yati tak nak naik. So kitaorang berempat pegi shopping start dari pukul 10.00 pagi. Mula-mula kitaorang pegi Kuah je. Kat sini tengok-tengok je dulu sebab Nyah cakap kat Idaman Suri lagi murah. Tapi sini pun pada aku dah kira murah abis. Dinner set 20 pieces Corelle baru RM399.00. Kalau kat KL dekat RM800.00. Aku beli juga le coklat kat Wawasan Baru. Lepas tu aku dengan bapak beli beg kat kedai cina yang hujung sebaris dengan Ismail Group tu. Bapak beli beg Echolac harga RM290.00. Aku cuma beli beg Polo je. Harga RM60.00. Pukul 12.00 kitaorang naik cab pegi lunch kat Wan Thai Restaurant.

Lunch kat sini memang sedap giler. Tomyamnya fuh.. sedap. Tapi mahal le. Satu meja 10 orang makan sampai RM300.00. Lauknya sikit je. Lauk yang dihidangkan pada hari ni ialah tomyam campur, ikan siakap tiga rasa, ketam goreng bawang, udang asam jawa, ayam pandan, sayur apa ntah (sayur campur kot) dan Hor Mok Mak Pau Onn atau dalam bahasa yang boleh dipahamnya Steamed Curry in Young Coconut. Curry ke?? Nampak macam masak lemak je cumanya tak ada kuah.

Masa nak gi toilet kat ground floor, aku nampak ada hiasaan miniature kat dalam almari kaca. Macam-macam jenis hidangan-hidangan Thai. Cute sangat dorang buat macam ni.

Kat depan Wan Thai Restaurant tu ada kedai namanya SAKAN. Hahaha.. kelakar le nama kedai tu. Tapi yang tak sangka kedai tu bapak punya. PASARAYA BORONG SAKAN SDN. BHD. MILIK HAJI UMAR. Hehehe.. tak sangka bapak ada bisnes kat Langkawi.

Lepas lunch orang lain gerak pegi Galeri Perdana dan Dataran Lang tapi sekali lagi kitaorang tak nak join group so kitaorang buat rombongan sediri ke Idaman Suri. Hehehehe.. Sini huh.. lagi giler tengok pinggan mangkuk. Macam-macam ada.. Harga Corelle dengan Corning Ware sama je dengan kedai Haji Ismail kat Kuah. Tapi Luminarc sini murah banyak. Kat sini aku beli dinner set Corelle 20 pieces dan 6 pieces casserole Corning Ware. Pastu aku ada beli serving plate bentuk empat segi dan empat biji mangkuk kecik Corelle. Mak pulak banyak beli souvenir kat sini. Lagi satu mak beli kuali Tefal. Memang macam-macam ada le sampai tak tahu nak pilih le. Melamin lagi le banyak. Lawa-lawa pulak tu. Sebab orang cakap sekarang tak boleh pakai pinggan melamin, aku tak nak le beli. Bapak pulak beli tuala kat sini. Bapak kelakar le. Dah masuk van baru le dia nak beli tuala. Dah habis shopping kitaorang balik naik teksi. Penat pun iyer duit abis pun iyer. Huhu..

Petang lepas dah mandi dan rehat-rehat sekejap, baru le dapat jalan-jalan tengok keindahan hotel dan alam buana.

Dorang sempat lagi main beach volleyball. Tapi ntah apa-apa je dorang main. Aku tak minat le nak join. Best lagi jalan-jalan tepi pantai tengok matahari terbenam. Huh.. Lawa.. Nak share sikit beberapa gambar yang aku ambik senja di Pantai Tengah, Langkawi.


Malam lepas maghrib kitaorang pegi makan malam. Husband Kak Yati sewa kereta siap kena buat dua trip hantar kitaorang pegi makan. Mula-mula nak pegi Pantai Cenang tapi sebabkan salah masuk kitaorang makan jelah kat kedai ni. Rasa masakannya tak sedap tapi mahal.



Yang menarik kat kedai ni, dorang ada kerusi macam pangkin. Buat dari buluh. Memang romantik habis kalau makan kat situ.

Lepas makan terus balik hotel. Baru pukul 9.30 tapi Kak Yati dah mengantuk. Aku dengan bapak pegi jalan-jalan lagi kat gerai-gerai depan hotel. Memula plan nak pegi karaoke tapi aku tak ada geng. So duduk jelah dalam bilik. Kemas-kemas barang supaya senang nak bawak balik esok.

Saturday, October 25, 2008

Langkawi - Part 3 (BBQ Dinner)

Malam hari yang pertama kitaorang ada barbecue dinner kat tepi pantai. Best sangat. Food pun sedap. Kalau tak sedap saja le kan sebab caj sorang RM99.00. Ada macam-macam makanan. Ada udang, lobster, kambing, ayam, daging, spaghetti, sate dan macam-macam jenis lagi le termasuk le desserts yang cantik dan sedap-sedap. Lupa plak nak cita, jagung je tak sedap sebab rasa macam jagung dah lama dan tak fresh.

Dah kenyang baru teringat nak ambik gambar. Penuh meja dengan pinggan. Tapi ni half way makan ni. Belum dessert lagi.

Masa makan ada cultural show. Biasa-biasa jelah sjow ni. Cuma dorang menari tarian-tarian tradisional. Pada aku tak ada yang menarik pun. Pukul 10 lebih kitaorang semua balik dan tido. Bestnya..

Langkawi - Part 2 (City Tour)

Tepat pukul 3.00 petang, kitaorang dah kena standby kat lobi hotel. Aku dalam group C so naik bas C le. Dalam bas aku best. Tak ada big bos. Bas C ada Lorna dengan Kak Tini. Masa pegi City Tour ni aku sorang-sorang je. Mak dan bapak lepak je kat hotel. Mula-mula sekali kitaorang pegi Under Water World. Tiketnya mahal. Sampai RM28 sorang tapi sebab company bayar kita ok le kan. Masa mula-mula masuk tu memang ada ikan-ikan tapi tiba-tiba ada burung pula, ada monyet. Isk.. bila masa pulak burung dengan monyet dok dalam air? Musykil aku.

Tak tahu le apa nama binatang ni. Tapi rasanya spesies monyet. Cumanya kecik sangat. Lebih kecik dari kucing. Binatang ni pandai posing. Bila orang datang nak ambik gambar dia, dia leh stay je diam-diam.

Ni aku paling suka tengok. Penguin. Tapi penguinnya kecik macam tak cukup makan. Dalam tv tu aku tengok macam besar je. Gambar ni blur sebab dorang tak cuci cermin penguin ni. Hehehe..

Ikan jerung species apa tak tau le. Tapi kecik juga. Camana nak makan orang kalau besar ni. Tak tahu le anak ke apa. Kat Under Water World ni sejam je. Kejap sangat. Tak sempat nak baca cerita-cerita yang ada. Kalau aku pegi sendiri mesti kurang-kurang 3 jam aku boleh tengok dan baca satu persatu jenis-jenis binatang ni. Dari sini kitaorang bergerak ke tempat buat gamat. Actually kedai jual barangan gamat je. Dan ada le tunjuk camana dorang masak minyak gamat tu.

Minyak gamat ni ambik masa 7 hari 7 malam untuk dimasak. Kalau celum tangan dalam kawah ni pun tak melecur. Tak caya nanti kome try. Camana dia masak gamat tu aku pun tak tahu sebab aku lupa nak tanya. Agaknya diaorang cincang-cincang dulu kot pastu baru rebus.

Ibu gamat ni menatang apa aku pun tak tahu. Tapi yang ni macam gamat yang dah dikeringkan. Tak ada le geli sangat sebab dah kering.

Mari beli.. mari beli.. Murah.. murah. Seringgit sebotol atau RM10 dapat 14 botol. Rugi kalau tak beli. Elok untuk luka, sakit-sakit otot. Ada gaya tak jadi orang jual minyak gamat?

Dari kilang gamat kitaorang pegi Makam Mahsuri. Kena bayar masuk Makan Mahsuri sekarang. Tak tahu le berapa ringgit sebab Mayflower dah siap belikan tiket. Ni kat luar muzium. Ada orang main gamelan.

Ni le makam Mahsurinya. Rasanya dulu-dulu aku pegi boleh sampai depan-depan kubur tu. Sekarang diaorang dah pagar. Tengok dari jauh je.

Orang kata kalau basuh muka dengan air dari Telaga Mahsuri ni nanti muka jadi lawa atau handsome. Betoi ke? Tapi tak ada keja le aku nak pegi basuh muka kat sini. Habis make-up aku. Hehehe..

Nama benda ni Lesung Hindik Ramai juga le orang yang tak pernah tengok benda ni. Ala.. benda ni pun nak kecoh. Kat rumah aku kat kampung pun ada dulu. Tapi sekarang dah reput le.

Last sekali masa city tour ni kitaorang singgah kat tempat kononnya di sini le Mahsuri dibunuh. Ntah apa ntah nama tempatnya. Kat sini cuma turun ambik gambar je. Tak ada apa pun yang nak ditengok. Pukul 7.00 baru le sampai hotel. Letihnya tak tahu nak cakap.

Langkawi - Part 1 (1st Day)

Hari yang dah lama aku tunggu tiba juga akhirnya. Lama betul dah buat preparation trip ke Langkawi ni. Sepatutnya flight yang kitaorang semua naik pukul 10.30 pagi tapi disebabkan ada masalah teknikal, ada 11 orang tak dapat naik flight pukul 10.30 pagi dengan rombongan yang lain so aku dan Kak Yati volunteer untuk pergi awal flight pukul 8.30 pagi. Lagi 3 orang kebetulan Alfian kena bagi talk event CMTM, so dia dan family naik flight petang. Yang bestnya pegi pagi-pagi sebab dorang ambik kat rumah terus ke KLIA. Orang Mayflower memang datang awal dari waktunya yang dijanjikan. Suppose pukul 6.15 pagi tapi pukul 6.00 pagi dah ada kat depan rumah. Sebabkan kitaorang baru je lepas semayang dia kena le tunggu lebih kurang 10 minit. Sampai je kat KLIA, ada ejen lain pulak dah siap call aku dan check in untuk kitaorang dan bagi boarding pass. Senang je sebab dorang dah buat semua.

Kat KLIA masa tengah nak tunggu masuk dalam balai berlepas. Pukul 7.45 pagi baru le kitaorang masuk. Hehehe.. first time ni tapi Kak Yati cakap aku macam teror je. Mak dorang dah sorong atas wheelchair. Sebabkan mak naik wheelchair, kitaorang dapat masuk le awal dalam flight.

Sesi bergambar dalam flight. Yang tak bestnya flight delay setengah jam sebab tunggu connecting flight dari India. Hala.. Leceh betul le. Dah le air-cond tak kuat. Panas nak mampos duduk dalam ni.

Gambar ni ambik masa kapal terbang baru nak naik tinggalkan KLIA. Lepas ambik gambar ni, aku terus pening. Hahahaha.. Dah tau tak tahan tengok kiri kanan, sibuk nak ambik gambar. Nasib baik tak muntah. Tapi rasanya sebab flight ni panas le. Tu sebab pening. So hari ni aku dah merasa le naik flight buat pertama kali. Tak ada le best mana. Masa nak naik tu a bit pening dan masa nak turun asik teringat cita Die Hard 2 je. Bodoh betol le menakutkan diri sendiri. Hehe..

Pukul 10.00 pagi kitaorang berlapan sampai Langkawi. Bestnya dah sampai. Orang Mayflower dah tunggu dan bawak kitaorang breakfast kat area-area kawasan Beras Terbakar. Tapi kedai tu punya lembab nak mampos. Sampai sejam baru siap breakfast.

Sejam jelah dapat jalan-jalan kat kawasan Beras Terbakar. Punya le banyak gerai sekarang. Mak awal-awal dah beli kaftan sebab nanti susah pulak nak cari saiz dia. Memandangkan dah jumpa terus le beli 2 helai. Beras Terbakar sekarang dah tak macam dulu. Kawasan ni pun dah tak boleh masuk. Kena ambik gambar dari luar je. Camana nak nampak berasnya kan.

Dorang letak beras tu dalam pinggan camni. Camana nak tahu ni memang betul beras yang asal ataupun dorang pegi bakar beras baru kan.

Pukul 12.00 gerak pegi Holiday Villa Hotel. Pukul 12.30 orang lain sampai dan terus proceed to Hari Raya Lunch. Menunya boleh tahan. Ada nasi briyani, udang sambal tumis, kari daging, sayur campur, ayam goreng, acar rampai, laksa johor, lemang, rendang, serunding, ABC etc.. Sebabkan lapar tak banyak gambar ambik. Sempat ambik gambar Dato' berucap je.

Pukul 2.00 baru dapat check-in bilik. Bilik aku dengan mak dan bapak sebelah-sebelah. Aku dok satu bilik dengan Ili, anak Kak Yati. Bilik aku best, menghadap swimming pool. Dan sebabkan aku dok kat ground floor, sliding door tu boleh bukak terus pegi swimming pool dan pantai.

Walaupun katil tu nampak best sangat nak di landing tapi tak boleh sebab pukul 3.00 petang aku dah kena ikut rombongan pegi City Tour. Jadi nak mengisi masa lapang ambik le gambar sendiri depan cermin. Hahahaha.. Gediknya aku...

Wednesday, October 22, 2008

Mana Yang Lebih Teruja

Weekend ni LSSB akan buat company outing kat Langkawi dari 25hb - 27hb. Dah lama tak pegi Langkawi. Kali pertama pegi tahun 1989 dengan family. Last pegi masa tahun 1994 ikut rombongan Cik Kiah, umno kawasan Bota. Actually tempat tu mak yang dapat sebab masa tu mak pegang jawatan pemeriksa kira-kira Umno Cawangan Bota Kanan tapi sebabkan bapak sakit masa tu, so aku le ganti tempat dia pegi rombongan tu. Bila fikir-fikir balik aku sendiri pelik camana le aku boleh setuju nak join rombongan Cik Kiah tu. Semua pun makcik-makcik. Dah le aku pegi sorang-sorang. Masa tu pulak aku baru 17 tahun. Musykil.. musykil.. Agaknya sebab rombongan tu ke Langkawi kot. Tu sebab aku tak kisah walaupun kena pegi sorang-sorang. Kalau pegi tempat lain ada kemungkinan aku tak nak jugak. Dah sampai kat sana baru le aku berkenalan dengan kawan yang sebaya aku. Ada le juga geng. Dia anak makcik Meh. Nama dia Kak Ruby atau Rabiatul Bahiyah. Samakan nama kitaorang.

Masa rombongan Cik Kiah ni, dari Bota kitaorang pegi naik bas sampai ke Kuala Perlis. Lepas tu naik bot pulak ke Langkawi. Biasa le rombongan Cik Kiah. Benda lain tak penting. Yang penting shopping. Masa tu aku pelik bin ajaib sungguh le dengan makcik-makcik ni. Pantang jumpa tempat nak shopping mesti singgah. Sampai dorang lebih rela tak pegi city tour asal dapat shopping. Sekarang selepas 15 tahun atau dah berumur masuk geng makcik-makcik, (OMG.. dah masuk geng makcik ke aku??) aku dah paham perasaan dorang yang asyik nak bershopping je sebab aku pun dah ada nawaitu yang sama nak pegi Langkawi kali ni. Hahaha..


Rombongan LSSB ni kitaorang akan pegi naik flight dari KLIA. Terujanya aku. Aku tak pernah naik flight. Huhu.. Kesiankan. Naik kapal terbang kat Super Kinta masuk syiling 2 kupang tu pernah ler. Best ke naik kapal terbang? Best kot kan. Ke rasa macam naik bas je?? So minggu ni ada dua benda le yang betul-betul menerujakan aku. Naik kapal terbang dan pegi Langkawi. Mana lagi teruja? Naik flight kot.. sebab kena naik flight dulu baru boleh sampai Langkawi.

Pegi Langkawi tahun 1989. Dorang cakap sekarang ni beras terbakar dah bukan macam ni. 20 tahun dulu mesti le berbezakan. Gedik betul le Wan Chu Ma masa ni.


Yang ni pulak masa pegi rombongan Cik Kiah tahun 1994. Yang ni anak-anak Cik Kiah le. Aku pun dah tak ingat anak sapa. Yang aku kenal cuma Kak Ruby sebelah aku. Atas feri on the way balik ke Kuala Kedah.

Friday, October 17, 2008

Malam Penghargaan JTI 2008

Tiap-tiap tahun JTI mesti buat Makan Malam Perhargaan JTI ataupun lebih kurang jamuan raya le. Tapi jamuan ni khas untuk yang tertentu je. Dan tahun ni dah tahun ketiga LSSB dijemput dan tahun kedua aku pegi dinner ni. Seperti dua tahun lepas, tahun ni dorang buat kat Hilton KL Sentral juga. Tapi tahun ni ada lain sikit. Sampai-sampai je dah ambik gambar group, dorang ambik gambar sorang-sorang guna polaroid kamera. Kira tu macam souvenir ler. Creative jugak kan.

Kitaorang bertiga yang pertama sampai dari LSSB. Masa tu pun hall ni kosong lagi. Aku yang pilih meja paling depan sebab aku nak tengok show dekat-dekat. So orang lain kenalah ikut meja yang aku dah pilih.

Tengah makan-makan tu dalam 8.30 pm, dorang start show. Mula-mula dengan lagu-lagu ghazal. Ntah sapa penyanyinya ntah. Lepas tu ada cultural dance pulak. Tarian zapin ke apa ntah. Lama pulak tu persembahan tarian dengan ghazal ni. Tahun ni JTI kurang budget kot sebab emcee pun guna orang dalam yang kelam kabut. Dah announce tarian last, tetiba salah pulak sebab orang menari tak siap pakai baju. Lorr.. apa ke benda le. Last year dorang ambik Aznil jadi emcee dan penghibur jugalah.

Lepas tu baru le start show artis. Dayang Nurfaizah. Macam Yatie cakap le. Dayang tak pandai control audience. Show dia boring walaupun suara dia sedap. Sangat-sangat berbeza dengan Adibah Nor. Dia nyanyi pun ada le dalam 5 lagu. Lebih kurang je macam Adibah last year cuma Adibah pandai communicate dengan audience. Tu yang buat jadi best. Dayang pun ada juga cakap-cakap cuma kureng jer. Dayang nyanyi kat belakang, kitaorang pegi depan stage ambik gambar. Best kan..

Dayang suruh En. Rozlan menari dengan dia. Berkali-kali kena pujuk dia masih tak nak. Sampai Miss Lim dengan Audrey dah siap bangun joget-joget nak kasi dia mood dan tak malu sangat tapi dia tetap sardin je. Tak sporting le En. Rozlan. Bukan kena naik atas pentas pun. Tahun lepas Miss Lim kenakan aku, aku sampai naik pentas tau. Dia tak nak pun sporting camtu. Leceh..

Sebelum Dayang balik, sempat jugak tahan dia nak ambik gambar dengan dia. Lepas abis show Dayang orang-orang LSSB semua balik kecuali aku dengan Kak Yati. Macam tak best pulak balik camtu je. So kitaorang pun tunggu le tengok balik orang-orang menari tarian zapin tu.