Friday, January 30, 2009

Blog Paling Gila! Award

Aiyark.. award lagi. Dari Yati jugak. TQ.. TQ.. Blog paling gila ke.. blog paling gila best?? Memana pun tak pe lah ek. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: -

Kali ni nak bagi award kat orang lain le pulak.

1) Abang Mizan. (Blog dia tak gila-gila tapi gila best sebab lepas baca macam ada kesedaran sikit. Tapi cam tak sesuai je abg Mizan nak letak award ni kat blog dia. Ikut suka le nak letak ke idak)
2) Noryusnita (Balik-balik minah ni. Tapi kena bagi jugak sebab dia buat blog aku. Nanti dia cakap aku lupa daratan. Hehe)
3) Maleh nak letak nama
4) Maleh nak letak gak..

2008 Cute’s Blogger Award

Dapat award lagi dari Yati. Kali ni nama awardnya "2008 Cute's Blogger Award". Ni dah abis 2008 dah. Tak pelahkan. AJL 2008 pun buat tahun 2009. Hehehe.. Apa lak kena mengena AJL dengan award blogger ni? Ntah aku pun ntah tahu.

a. Copy Badge ‘2008 Cute’s Blogger Award’ untuk diletakkan di blog anda:


b. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:

Yang bagi award ni ada Puan Nurhayati. Dia ni colleague aku kat LSSB tapi dia kat OC. Antara staff terawal yang keja kat LSSB. Maknanya dia dah ada kat LSSB ni masa staff LSSB baru belas-belas orang je dulu. Lama dah tu. Yati ni kecik je orangnya tapi sangat le creative. Anak dia baru sorang bernama Zara dan sungguh le cute. Rasa nak picit-picit.

c. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya:

Amenda hobi aku ek.. 10 lak tu. Campur-campur le kan dengan fakta diri sendiri.

1) Suka tidur
2) Suka muzik
3) Suka membaca
4) Suka tengok tv
5) Tak suka drive. Kalau terpaksa je drive. Kalau tak baik naik teksi je.
6) Tak tahu berenang
7) Takut tempat tinggi aka gayat le.
8) Tak suka taugeh. Benci sangat dengan makanan ada taugeh
9) Tak suka pakai baju kain gatal
10) Tak ada bf.. hehehe.. (macam advertise je ni..) Ni kira fakta juga le kan..

Tag kawan-kawan anda:

1) Yusnita

2) Lorna
3) Fara
4) Wanie (baca ke blog aku dia ni). Dia ajar aku camana nak buh background kat blog ni. Tima kasih le Wanie.

Cukup le 4 orang. Sekian, terima kasih.


Monday, January 26, 2009

CNY at Mid Valley

Hari ni CNY. Sebabkan Wan Chu Ma keja, jadi aku, Tikah dengan Fidah ambik kesempatan ikut dia pegi keja dan kitaorang pegi shopping. Actually dorang yang nak beli kasut, baju etc. Aku tak ada le nak beli apa sangat. Saja je nak berjalan. Demam pun tetap pegi gak. Nyah tinggal rumah dengan mak dan dia suh kitaorang bawak Caca. Masa Tikah & Fidah beli baju dorang aku memang tak larat sangat. Last-last lepak kat toilet dan tidur. Tapi si Caca pulak tergedik-gedik. Aku takut dia hilang so tak dapat le nak tido lastnya.

Lepas dorang berdua habis shopping baju, kitaorang pegi minum kat Dunkin' Donuts. Lepas dah minum baru le rasa segar dan macam tak demam. Hehehe..

Muka Caca dah macam tempoyak basi. Actually dia sakit telinga tapi gatal gak nak ikut. Bila aku tanya nak balik ke idak tak nak lak balik. Pelik betul budak ni.

Pukul 6.00 petang tu nasib baik le ada show acrobatic so tak ada le Caca bising sangat dia sakit telinga. Kitaorang pun singgah le melepak tengok show tu sampai abis. Show ni sebenarnya best juga le dan mengagumkan.

Yang baring atas kerusi tu kan perempuan. Dia boleh angkat pasu seberat 208kg dengan kaki dia. Siap leh pusing-pusing lagi. Lepas tu dorang mintak sorang penonton lelaki, gemuk jugak le dalam berat 90kg masuk dalam pasu tu dan dia angkat guna kaki dia jugak. Kagum.. kagum.. Kuat sungguh kaki perempuan itu.

Lepas habis show kitaorang jenuh berpusing-pusing mencari barang Caca. Nyah bagi dia RM5.00 je sebab tak nak dia beli bukan-bukan tapi dia punya taste barang mak aii.. semua yang mahal-mahal. Dah tu tak tetap pendirian pulak. Kejap nak pen berbulu senyum, kejap nak purse. Pening pala aku. Last-last dia beli purse Hello Kitty. Lepas dapat barang dia kitaorang pegi makan dan lepas tu dia sakit telinga balik dan ajak kitaorang balik. Sabar jelah Caca ni. Nak jalan gi Garden pun tak sempat. So terpaksa le kitaorang balik naik cab. Tak jadi tunggu Chu Ma abis keja kol 10.00 malam.

Saturday, January 24, 2009

Usaha Pertama

Hari tu kat entry ni, aku ada cakap aku nak pandai Englishkan. So hari ni sebagai usaha pertama aku, dengan berkobar-kobar aku pun beli le buku cita Enid Blyton kat MPH, One Utama. Kat MPH memang ada section khas buku-buku tulisan Enid Blyton. Banyak sangat jenis buku tulisan dia sampai tak tau pulak nak pilik mana satu. Pilih punya pilih, aku rasa buku ni yang paling ok kot untuk start. Takkan le aku nak beli buku fairy tales.

Buku-buku siri Malory Towers ni, aku penah baca masa kecik-kecik dulu tapi dalam BM le. Contoh tajuknya "Tingkatan Tiga Di Seri Melur". Rasanya aku dah baca semua dah dan aku suka sangat-sangat buku ni. Sebabkan alasan tu le aku pilih buku ni semula tapi sekarang aku beli pulak English version. Aku cadang nak beli semua set tapi tak ada le pulak. Yang 3 ni je yang ada so aku beli jelah semua. Lepas habis siri Malory Towers ni, aku nak beli collection Famous Five dan St Clare's pulak. Semangat.. Caya le aku..

Friday, January 23, 2009

New Shoes

Update
Aku dah beli kasut dah tapi tak jadi lak beli brand Hush Puppies atas sebab-sebab tertentu. Akhirnya aku pilih kasut Clarks. Design very simple sebab memang nak cari design simple-simple je. Kasut ni harga RM238.00 after less RM214.20. Murah le sikit dari kasut yang aku sibuk nak beli mula-mula. Lawa ke kasut ni? Tak lawa dah. Suka aku le kan duit aku yang beli. Hehehe...



Tadi masa lunch pegi le jenjalan kat KLCC dengan Kak Yati. Aku memang dah lama berkenan kasut kat Hush Puppies tu. Masalahnya aku berkenan banyak. Kalau sepasang tu ok le sebab leh terus grab je. Ni kena pikir lak yang mana nak beli..

Aku nak kasut yang ni. Tapi Wan Chu Ma cakap jangan beli sebab membazir. Dia cakap aku nak gi mana pakai kasut camni.. Ala.. biar le kan. Nanti pegi company outing boleh pakai. Pegi jalan-jalan shopping mall pun boleh pakai jugakkan.

Ok le. Sebab Wan Chu Ma kata toksah beli yang tadi aku kena le cari choice yang lain. Antaranya yang aku suka yang ni. Tapi designnya lain sikit. Ada corak lubang-lubang kat atas. Tadi aku dah try tapi cam susah nak masuk lak sebab ada tali kat atas tu. Kot nanti kalau beli last-last aku pijak je tali tu. Hehehe... Harga asal RM249.00. Ada discount 20% so dapat le RM199.20.

Yang ni lagi satu yang aku berkenan. Rupanya macam kelakar sikit tapi sedap pakai. Ada kaler merah, silver dan hitam. Tapi tadi hitam dah tak ada stock. Kaler silver ada size 7 je. Aku pakai size 6. Merah tak mo le. Cam kelakar je kaler merah ni. Harga yang ni RM269.00. Discount 10% je. Isk.. mahal le pulak.. Adoi.. susahnya nak buat keputusan..

Thursday, January 22, 2009

End Of Volume 3 Villains

Hari ni adalah episode ke 13 atau episode akhir Heroes Volume 3 kat Star World. Macam tak puas hati je ending camtu. Senang sangat pulak si Sylar tu mati. Pastu Peter pulak dapat kuasa dia balik dengan cara macam tu. Ala.. tak thrill langsung.

Volume 3 ni cam tak berapa nak best le. Dengan banyak sangat orang-orang yang ada kuasa, tak kenal lak tu sapa orangnya. Dah le sekali je dapat tengok dalam masa seminggu tu. Star World tayangkan hari Khamis pukul 10 malam. Ulangan kali pertama pukul 2 pagi hari Jumaat. Dan ulangan kedua pukul 12 tengahari hari Jumaat jugak. So memang kalau miss hari Khamis pukul 10 malam tu memang tak ada chance le nak tengok. Ntah apa-apa le Star World ni. Buat le ulangan weekend jugak kan. Pastu selalunya kalau dah nak ending, biasa dorang akan buat marathon tapi kali ni tak ada. Huhu.. sedih sungguh. Agaknya dorang pun rasa volume kali ni tak berapa nak best kot. Apa-apa pun tunggu jelah volume 4 nanti yang to be called "Fugitives".

Syukur Alhamdulillah..

Entry ni kira dah tak panas dah le sebab dah lebih seminggu dapat bonus. Tapi gaji baru je dapat 2 hari lepas. Lepas dah dapat baru le confirm dan boleh tulis apa yang dapatkan. So minggu lepas 14hb January 2009, secara rasminya duit bonus dah pun dibank in kan ke akaun kitaorang semua. Seperti yang Miss Lim dah bagitau hari tu, itu le yang aku dapat. Syukur alhamdulillah. Puas hati dengan apa yang aku dapat. Increment pulak, 2 hari lepas baru masuk salary bulan January dengan gaji baru. Surat tak dapat lagi. So increment pun ok. Tak le seperti tahun lepas yang aku rasa begitu frust dan rasa macam tak nak kerja kat LSSB dah. Walaupun gaji aku tak naik banyak dari orang-orang yang berkenaan, tapi aku kena le belajar bersyukur dengan rezeki yang aku dapat.

So duit bonus tahun ni aku tak ada le plan nak beli apa-apa yang besar. Bila dah dapat tahu amount "tu" yang aku dapat, aku putuskan aku akan bayar hutang pada Nyah habis-habis. Leganya semalam bila semua benda aku dah pun selesaikan. Hutang Nyah, hutang mak, saving dalam ASB, sedekah sikit, belanja family dan tinggal le balance-balance yang mana aku sendiri belum tahu apa nak beli. Ipod Nano?? Tak ada le aku nak beli kot. Aku nak orang hadiahkan bukan beli sendiri. Tak berbaloi le berhabis lebih RM500.00 dengan beli benda-benda mengarut macam tu. Aku bukan budak-budak dah benda tu nak dijadikan priority. Tapi mesti le kena beli sesuatu untuk reward diri sendiri. Setelah setahun bekerja berpenat lelah, maka kena le hadiahkan diri dengan sesuatu. Apa benda tu aku pun belum pasti. Budget dah ada cuma kena pikir le apa yang betul-betul aku puas hati kalau aku beli. Nanti bila dah dapat benda yang nak dibeli boleh le aku update kat sini.

Tuesday, January 20, 2009

Nasi Briyani Kak Rad

Hari tu masa Bonus Luncheon, Kak Rad ada masak nasi nasi briyani untuk kitaorang kan. Mula-mula aku cadang nak menuntut ilmu le sebab selama ni aku makan nasi briyani selalu jumpa yang pening-pening je. Kak Rad punya tak pening. Tapi masa aku sampai office Kak Rad dah siap masak dah so tak dapat le tengok. Hari ni dia dah pun perturunkan ilmu dia tapi takat tulis atas kertas jelah. Nak share dengan semua orang. So sesiapa nak cuba, silalah cuba.

Bahan-Bahan A

5 biji bawang merah – dihiris nipis
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
100 gm gajus
50 gm kismis kuning
1 cawan minyak masak (minyak yang telah digunakan untuk menggoreng bahan di atas)

1) Panaskan minyak. Goreng gajus. Keluarkan
2) Kemudian goreng bawang merah. Keluarkan
3) Goreng bawang putih dan keluarkan setelah garing

Note: Goreng semua bahan-bahan dengan menggunakan minyak yang sama

Bahan-Bahan B

5 cawan beras basmathi
5 ½ cawan air
¼ tin susu cair
Garam secukup rasa
Pewarna kuning telur
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
2 inci halia – hiris
5 biji bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
5 biji cili padi – belah tengah
½ biji tomato - potong dadu kecil
3 helai daun ketumbar
2 sudu rempah briyani (garam masala)
5 sudu minyak sapi

Cara-cara memasaknya

1) Panaskan minyak sapi. Masukkan cili padi. Goreng hingga separuh masak
2) Masukkan bawang merah. Goreng hingga garing
3) Masukkan bawang putih dan halia
4) Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
5) Masukkan tomato, rempah briyani, susu, garam dan air
6) Biarkan air mendidih
7) Masukkan beras dan tunggu hingga kering
8) Bila nasi hampir kering, kacau dan masukkan minyak. Kacau hingga rata
9) Titikkan pewarna kuning telur. Titik separuh botol. Kemudian baki separuh botol campurkan dengan air dan titikkan rata ke dalam nasi. (Jangan kacau)

10) Akhir sekali taburkan Bahan A . Biarkan selama 10 minit hingga nasi masak.

Monday, January 19, 2009

My Boss Birthday

Semalam 18th January birthday bos aku, Miss Lim. Tahun 2009 ni birthday dia yang ke 48. Disebabkan semalam hari Ahad, camana nak celebrate kan, so kitaorang celebrate le hari ni. So aku dengan Kak Yati belikan dia kad dan birthday cake. Kali ni daripada Finance Department je. Tak mau share dengan orang lain sebab nanti dia cakap kitaorang ni tak tahu nak hargai dia dan dia pulak asyik puji orang lain je. Menyampah betul. So kenkonon macam surprise le. Memang surprise le sebab kitaorang bertiga, aku, Kak Yati dan Kak Rad datang bilik dia bawak kek tu dan nyanyi Happy Birthday. Kira dia appreciate le apa yang kitaorang buat sebab lepas tu dia belanja satu office makan KFC sempena birthday dia.

Aksi terkejut dari Miss Lim. Dia tak sangka langsung kot kitaorang akan celebrate birthday dia. Pagi-pagi lak tu masa dia baru je sampai.

Kak Rad kena pegang kek. Aku dan Kak Yati takut jatuh so kitaorang pegang pisau dengan kad je. Hehehe..

Finance Department dengan bos, Miss Lim. Kak Rad, Kak Yati dan me.

Friday, January 16, 2009

Bonus 2008 Luncheon

Hari ni kitaorang kat HQ Rohas Perkasa ni buat kenduri doa selamat sempena mendapat bonus tahun 2008. Oh lupa plak nak cita yang kitaorang semua dah pun dapat bonus tahun 2008 pada 14hb January 2009 hari tu. Punya le jenuh tunggu dari pagi Kak Tini pegi bank, petang baru masuk bonusnya. Alhamdulillah. Aku dapat amount bonus yang baik juga pada tahun ni. Rasa bersyukur sangat dan puas hati dengan apa yang aku dapat. Ramai juga le yang dah suruh aku beli Ipod Nano as my wish list tapi aku cakap aku tunggu orang bagi, bukan aku nak beli sendiri. Huhu.. Bonus ni kena settlekan hutang piutang dulu kemudian baru le nak reward diri sendiri pulak. Nanti le aku cita details-details pasal budget bonus ni di entry yang lain.

So hari ni kitaorang masing-masing ada bawak makanan sendiri. Kira macam pot luck le cuma dah plan sapa nak bawak tu dan sapa nak bawak ini. Aku dan Kak Rad sponsor nasi. Aku bawak beras je dan pastu share dengan Kak Rad bahan-bahan masak nasi briyani. Kak Aspa pulak bawak ayam masak merah. Kak Tini beli rendang daging dan ayam goreng. Kak Yati bawak agar-agar dan Dorin beli donut Jco. Semua complete.


Pagi-pagi Kak Rad dah start masak nasi briyani kat ofis. Aku sampai pukul 8.15 dia dah siap tumis semua dah.

Ni le menu untuk hari ni. Nasi briyani Kak Rad memang superb. Sedap sangat. Tambah pulak makan dengan ayam masak merah mak Kak Aspa. Adoii.. memang tak leh cakap le sedapnya.. Kalah briyani Insaf.

Sebelum makan kitaorang ada buat bacaan doa yang diketuai oleh Kak Tini dan sikit speech daripada Kak Aspa. Mensyukuri atas apa yang dapat. Miss Lim pulak berdoa untuk kedamaian dan kesusahan yang sedang dialami sekarang.

Blog Rocks Award

Saya sungguh terharunya dengan anugerah pertama yang diberi oleh Yati. Saya tak sangka saya akan menerima anugerah ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Yati kerana memilih saya sebagai penerima yang pertama ... opps.. macam dapat anugerah bintang popular lak.. Hehehe..

Rules : -

1. Pick 5 Bloggers that you consider as your best blogging buddies and deserves this award for their contribution towards the blogging community, no matter what language.

2. State the name of the author of each blog as well as a link to each one’s blogs.

3. Each blogger (upon acceptance) of this award should do a post and show the award on their blog and put the name and link to the blog that has given her/him the award.

4. Show these rules…

I dedicated this award to :

1) Noryusnita
2) Kak Aspa
3) Aidee
4) Fara Aleena
5) Enjang

Thursday, January 15, 2009

Kan bagus kalau...

Alangkah bagusnya kalau aku terror English. Dah tentu aku boleh apply keja dengan jawatan yang lebih tinggi. Accounts Manager or Accountant. Aku tak confident le nak mintak jawatan ni sebab aku tak reti nak buat report. Huhu.. Camana nak improve ni???

Hari tu ada plan tahun 2009 ni nak pergi belajar English kat British Council. Tapi fee nyer mahal le pulak. Satu semester RM730.00. Takkan nak belajar satu semester je kan. Camana nak pandai. Kurang-kurang kena belajar dua semesterkan. Isk.. dah RM1,460.00 dah tu. Macam tak mampu je aku nak bayar sekaligus macam tu.

Aidee pulak ada suggest aku baca banyak-banyak majalah English dan buku-buku English. Selama ni memang le ada baca majalah English tapi tak improve pun. Dulu ex boss aku kat Nacap, Tony Quah penah bagitau aku. Kalau nak improve English jangan baca majalah sebab dia cakap bahasanya tak berapa betul. Dia suruh aku baca buku cerita
Enid Blyton. Baru boleh pandai katanya. Yang ni aku tak pernah pulak buat. Maybe le gamaknya kan leh pandai.

Atau lagi satu solution yang aku dapat ialah aku apply keja kat oversea. So nak tak nak aku memang kena berbahasa Inggeris sebab mesti tak ada sapa pun boleh paham aku cakap Melayu. So lama-lama mesti pandai dan ada confident nak berbahasa Inggeris. Huhu.. tapi nak keja kat mana? Takut le pulak nak pegi keja oversea.. Camana ni??? Tolongggg....

Saturday, January 3, 2009

Belanja Bonus 2008

Bonus 2008 belum dapat lagi tapi dah kena belanja family sebab nanti takut mak dah tak ada selera nak makan. Tak pelah belanja in advance. Memandangkan hari ni nyah datang tido PJ, so nyah pun ikut le sekali. Mak pilih makan kat Restoran Muhibbah. Hehehe.. Wan Chu Ma tahun lepas pun aku belanja tempat yang sama juga.

Semua dah ready nak pergi makan. Tunggu bapak je tak siap-siap lagi. Lama benor dia bersiap

Tengah tunggu order. Iman ni kejap nak duduk kerusi dia, kejap nak duduk atas meja, kejap nak duduk kat mama. Sampai gambar Malik pun dah tak boleh nampak.

Lambat nyer makanan sampai. Dah lapar ni.

Makanan dah sampai. Mak nak makan sayur yang berbentuk sup. So order mixed vegetables soup. Tomyam campur aku yang nak. Dua-dua ni order saiz S je.

Siakap Sweet & Sour. Size M. Sedap betul ikan ni. Rasa macam tak cukup je.

Butter prawn. Saiz M jugak. Tapi tak abis dan kitaorang tapau. Anak-anak nyah semua makan sikit sangat. Iman pulak kata yang ni bukan "lan" sebab besar. Apa le Iman ni.

Deep fried sotong size M. Yang ni rasa tak cukup le pulak. Baik order size L. Lain kali le kot. Sedap sangat sotong ni.

Chicken Lemon Sauce size S. Tak laku le. Agaknya sebab dorang hantar lambat sangat. Semua orang dah nak abis makan. Tapau bawak balik juga.

Yang ni tauhu masak apa aku pun tak ingat. Sebab masa order aku tunjuk gambar je nak yang macam ni. Hahaha... Nyah le nak yang macam dalam gambar so aku order le macam tu je. Total bil hari ni ok je. Tak sampai RM150.00 pun. Happy sebab dapat share bersama-sama family bonus yang bakal dapat tengah bulan nanti. Hehehe..

Friday, January 2, 2009

Bonus 2008

Happy New Year 2009. Bila mula tahun baru ni selain dari azam mesti cakap pasal bonus dan increment. Tapi so far belum tahu lagi berapa dapat dan tak tahu bila akan dapat tapi senarai benda nak beli tu dah macam-macam ada dalam kepala. Huhu.. So antara benda yang termasuk aku nak ialah MP4 or MP3. Bestnya kalau dapat Ipod Nano. Tapi mahal le. Macam rugi je kalau beli benda ni dengan duit bonus. Ada tak sapa-sapa yang bermurah hati nak hadiahkan? I wish ada.. hehehe

Kalau 8GB boleh muat 2,000 lagu atau 8 hours of video dan harganya RM599.00. Kalau 16GB pulak boleh muat 4,000 songs or 16 hours of video dan harganya RM799.00. Boleh muat satu season cita heroes tu. Heheh.. Nak yang kaler purple.. pink pun cantik. Sapa nak bagi aku ni???

Thursday, January 1, 2009

Makan-Makan Kat Pandan Leaf

Hari ni tahun baru 2009 ni. Aku dan Chu Ma bawak mak pegi jalan-jalan dan makan-makan sebab kitaorang dah janji dari sebelum krismas nak jalan-jalan. Masa krismas nak pegi tapi masa tu mak belum masuk darah so risau pulak dia letih. Since semalam, dia dah masuk darah, so kitaorang bawak le dia ke One Utama. Orang punya le ramai. Nak parking pun susah. Tak abis-abis gamaknya manusia-manusia ni bershopping. Banyak benor duit deme. Masuk kat Jusco ingat nak tengok le baju-baju kot-kot ada menarik tapi cina-cina ramai shopping utk CNY kot. Tak jadi le aku. Mak je yang beli bra dua helai. Pastu lagi mak beli tanah dan biji benih sayur kat Jusco Home Centre. Dia nak tanam sayur pulak kat rumah. Masa masuk kat Jusco Home Centre tu ada le iklan cakap kat dalam tu ada Fish Spa harga RM5.00 untuk 10 minit. Cam murah je tapi aku ajak Chu Ma try dia tak nak lak. Lain kali le try.

Hari ni kitaorang pilih Pandan Leaf untuk makan tengahari. Sedap juga dan harganya tak ada le mahal sangat.

Model untuk Pandan Leaf. Hehehe

Mak sempat tido sementara nak tunggu order. Letih sangat dia pegi shopping kot.

Mak order Penang Asam Laksa. Boleh tahan rasanya. Harganya RM7.90++. Mak makan separuh je. Lagi separuh dia tapau makan kat rumah.

Ni pulak set yang aku dan Wan Chu Ma order. Ada tomyam sup, Sweet & Sour Chicken Rice, kangkung goreng belacan dan Ice Lemon Tea. RM12.90++. Sayur portion aku, mak suruh bawak balik sebab dia nak makan malam. Huhu.

Mak order Ice Kacang tapi tak sempat nak ambik gambar dah abis makan. Hehe.. Dessert hari ni Ice Cendol. Kitaorang share bertiga

Total bil hari ni RM49.70. Murah dari makan pizzakan. Gambar ni waitress kat sini yang ambik. Dia punya le takut nak ambik gambar. Aku cakap tekan je . Tak apa. Last-last dia ambik juga. Mesti hari ni jadi hari paling bersejarah pada dia sebab berjaya mengambil pix. Hahaha...