Friday, April 30, 2010

Tragedi Bulan April

Bulan ni macam-macam perkara yang berlaku pada aku. Aku pun tak tahu le kenapa. Mula start dari pregnancy. Dari awal ada discharged le, lepas tu bleeding sampai mc dua minggu, Baru je kerja 2 hari lepas mc dua minggu, ada pula ujian baru yang datang.

Malam tu aku tidur macam biasa le pukul 10.30 sebab sejak lepas habis mc dua minggu hari tu aku dah mintak tolong Yatie nak tumpang dia pegi keja balik. Dia kena hantar Shitah ambik bas pukul 6.45 pagi kat depan Perkim so kitaorang kena keluar rumah pukul 6.15 pagi. Aku kena le bangun seawal 5.30 pagi nak mandi bersiap-siap semayang etc. Jadinya tiap malam aku cuba tidur seawal yang boleh supaya esoknya aku cergas. Tapi ntah kenapa malam tu susah betul aku nak lelap mata. Jenuh paksa. Dahlan pulak tengok tv layan cerita Desperate Housewives yang start pukul 10.30 malam.

Tengah sedap tidur, tetiba je aku tersedar. Aku dengar macam kecoh-kecoh. Aku terus tanya Dahlan apa jadi. Dia cakap "Rumah Terbakar!!" Aku tanya rumah sapa. Dia jawab rumah kita dan terus lari kebelakang. Aku dengar-dengar je "rumah kita" terbakar, aku terus bangun capai handbag dan handphone. Terus bukak pintu grill dan keluar.

Lepas tu aku nampak ada seorang lelaki kat luar. Rupanya dia yang bagitau rumah terbakar pada Dahlan. Alhamdulillah Dahlan belum tidur masa tu. Kalau tak, tak tahu le jadi apa. Aku terus je call bomba. Rupanya jiran belakang rumah pun dah call bomba dah. Asap banyak dan ada bunyi meletup kat dalam so aku tak tahu apa yang jadi. Dahlan sibuk padam api. Aku mintak tolong orang yang panggil Dahlan tadi tengokkan Dahlan. Dia pun masuk. Dalam 20 minit lepas tu api pun padam. Lepas tu baru le bomba datang dengan polis. Dahlan dengan orang tu je yang padamkan api. Tapi bomba tetap masuk tengok kot-kot ada yang belum padam. Dalam pukul 1.00 pagi semua pun dah balik. Lepas tu datang pulak orang TNB just cabut plug elektrik. Malam tu tak boleh nak tidur kat dalam rumah ni sebab dah le asap masih ada, bau terbakar kuat dan elektrik pun tak ada. Last-last aku ajak Dahlan ke rumah dia kat PJS. Kitaorang sampai PJS dah pukul 4.00 pagi lepas siap buat laporan polis etc.

Esoknya pukul 8.00 pagi Dahlan dapat call dari polis cakap nak ambik keterangan. Dia datang dengan forensik dari bomba. Dengan tak mandi, Dahlan terus ajak aku balik PJ. Dia sorang je yang mandi kat PJS pagi tu.

Sampai je kitorang pun masuk le. Masa tu baru le aku dapat tengok betul-betul apa yang terbakar. TV lama memang habis langsung. Lepas tu extension plug. Benda-benda yang ada atas meja pun semua terbakar. Aku pun tak berapa ingat apa yang ada atas meja. Salah satu kotak yang ada betul-betul bawah meja pun terbakar. Yang malangnya dalam kotak terbakar tu ada sijil-sijil persekolahan aku dari sekolah rendah sampai le ke universiti. Sedih betul tengok sijil-sijil tu abis terbakar. Komputer cuma wayar je terbakar. Tapi CPU tu dah kena simbah air dek bomba so tak tahu le ok ke tak. Yang lain-lain aku sendiri tak berapa nak pasti tapi rasanya yang penting tu jelah. Alhamdulillah Dahlan masih belum tidur time kejadian dan dia dapat padamkan api dengan cepat. Kalau dah merebak sampai ke tilam bantal semua tak tahu le apa nak jadi. Dah le dalam almari belakang tu ada baju kawin aku. Huhu.. sayang tu..



Bila bomba dengan polis tu masuk dorang tengok-tengok sikit je terus je cakap punca kebakaran dari litar pintas. Aku pun tanya le balik boleh ke jadi litar pintas kalau extension plug tu tak on. Dorang cakap boleh jadi. Tapi aku dengan Dahlan tak percaya. Maybe dorang nak senangkan keja dorang so buat je kesimpulan macam tu.

Bila electrician datang petang tu mula-mula dia pun cakap litar pintas sebab dia tengok macam punca dari extension plug tu. Tapi aku cakap boleh ke jadi kalau tak on.. dia cakap tak mau. Pulak dah. Lepas dia test satu-satu plug dalam rumah, dia cakap tak ada pun yang trip. Plug yang sambung ke extension plug pun ok dan tak ada masalah. Masih elok dan boleh dipakai. Lagi satu dia cakap kalau litar pintas memang ada trip tapi masa kejadian memang tak ada trip at all so camana nak cakap litar pintas pulak. Dia pun macam kata bukan dari litar pintas dan dia rasa macam ada orang buat.


Aku macam tak puas hati je dengan cakap dia so aku panggil pulak Richard datang. Dalam pukul 6.00 lebih dia sampai dia tengok-tengok dia terus cakap dia rasa macam ada orang buat. Dari tingkap yang pecah. Dari plug yang ok so susah nak cakap litar pintas. Tapi nak tuduh sapa pun tak boleh sebab tak ada bukti. Selain dari tu Dahlan cakap dia ada nampak plastik serunding yang ada atas almari tu ada dalam longkang dan tak ada sikit pun kesan terbakar. Camana serunding tu boleh ada kat dalam longkang. Nak kata terkeluar masa terbakar takkan sikit pun tak ada kesan. Nampak macam menda tu terkeluar sebelum kebakaran berlaku. Aku call balik sarjan yang datang ambik keterangan hari tu. Bila aku cakap dengan dia, dia macam menidakkan apa yang aku cakap. Dia tanya balik orang electrician tu ada sijil apa ntah. Ntah le.. masa TNB datang cut elektrik, aku tanya sapa yang boleh pastikan punca dia cakap electrician tahu le nak check. Polis pulak cakap orang tu tak bertauliah. Nak senang keja dia kot. Tapi aku, Dahlan even bapak tengok pun dia cakap memang perbuatan orang so nak cakap apa lagi. Lagipun bilik belakang tu ntah berapa kali kena seluk dah..

Bila aku pegi office esoknya bos yang tak pernah paham perasaan orang tu sikit pun tak tanya. Masa aku cakap aku EL, dia macam anggap benda yang jadi tu tak ada apa-apa je. Eee.. serius aku rasa sakit hati. Aku doakan satu hari jadi le pada dia apa yang aku rasa baru dia tahu camana rasa.

Macam-macam betul ujian aku bulan ni. Letih aku dibuatnya. Aku harap dah habis le ujian untuk aku. Bak kata Nina, banyak ujian masa pregnant ni harap-harap masa aku bersalin nanti mudah je.. Amin..

Tuesday, April 20, 2010

Cuti-Cuti @ Damai Laut

Cuti-cuti ni sebenarnya dapat free. Biasa le ada offer suruh jadi club member dengar cerita dia yang ntah apa-apa pastu dapat le free trial. Actually ada 3 pilihan. Pegi Kuantan, Damai Laut dengan Swiss Garden KL. Memandangkan Kuantan tu tak tahu jalan nak pegi, dan takkan pulak nak pilih KL, last-last kitaorang pilih Swiss Garden Damai Laut. Lagipun boleh singgah kampung ambik kad nikah, buat baju Dahlan dan macam-macam lagi. Actually aku ni masih dalam mc tapi dah tanya doktor Raja ritu dia kata boleh pegi bercuti berehat. So pegi jelah.

Jalan nak ke Damai Laut ni mula-mula ok je tapi bila sampai masuk simpang yang ke dalam 7km tu mak aii.. teruknya jalan. Dah le kecik, kiri kanan paya bakau pulak tu. Isk.. sungguh le tak best. Sampai sana kitaorang dapat apartment. Eeeee.. aku dah le tak suka stay apartment ni. Memang mati terus mood percutian aku.


Malam tu memula ingat nak keluar cari makan kat gerai-gerai mana-mana tepi jalan on the way tapi sepanjang jalan dari simpang Pantai Remis sampai le ke dalam ni aku ada jumpa satu je gerai jual kuih. Gerai-gerai tomyam tak ada pun. Agaknya di sebelah jalan ke Lumut kot. Pastu pulak dengan jalan yang kecik dan aku pasti gelap gelita (sebab aku tak nampak ada tiang lampu) ngeri aku nak cari makan kat luar. Nasib baik le aku memang dah standby maggi cup dengan bun yang macam-macam jenis. So dinner malam ni makan maggi jelah

Pagi esoknya kitaorang dah beli breakfast promo siap-siap dah. So pegi le ke coffee house kat hotel. Sampai sana waiteress kat sana mintak voucher. Bila kitaorang bagi kertas yang kitaorang dapat dari HQ dia cakap dia tak terima. Dia nak voucher yang kecik yang apartment issue. Aku cakap masa check in semalam orang sana suruh tunjuk kertas je, Dah memang betul. Pastu dia mati-mati nak suruh jugak ambik sebelum makan. Aku dah angin dah. Kalau dia paksa ambik memang aku mengamuk aku tak kira. Tapi nasib baik dia terus cakap tak pe.. tak pe..Agaknya dia nampak aku dah angin satu badan. Lepas-lepas tu dia dah tak mintak apa-apa sampai le dah sudah makan Dahlan pegi tanya balik dia cakap reception kat apartment tu orang baru so dia tak tahu kena issue voucher. So salah kitaorang ke? Pastu dia minta maaf dan dia cakap nanti dia akan uruskan dengan apartment. Nasib.. kalau tak dah kecoh dan dengan angin tak baik aku sejak semalam.

Lepas breakfast ingatkan nak jalan-jalan kat pantai tapi aku dah rasa semacam. Rasa nak pitam pun ada. Tak tahu le sebab jalan jauh ke, sebab panas ke, last-last Dahlan pegi tengok sensorang je kejap lepas tu kitaorang terus balik. Lepas tu tidur sampai tengahari. Hari ni mula-mula plan nak pegi keluar ke Lumut, tapi memandangkan jauh benor aku rasa so aku cakap kat Dahlan baik le pegi esok je sambil nak balik. Jimat minyak. Dia pun setuju, Dan seharian le kitaorang lepak je dalam bilik layan movie.



Petang-petang sikit aku ajak Dahlan pegi berendam kat swimming pool. Masa kitaorang sampai ada le sorang dua je.. Panas lagi time tu tapi hentam jelah. Dahlan mula-mula masuk pool. Aku duduk melepak je kat tepi. Tapi lepas tu panas nak mampus last-last aku pun berendam jugak le tapi kat tangga je sebab pool tu dalam jugak. Kejap je kitaorang berendam sebab lepas tu dah ramai pulak orang dan ramai yang batuk le bersin le. Isk.. risau aku. Aku pun naik dan Dahlan dah ajak balik.



Malam kena le makan kat coffee house lagi sebab tak nak keluar ke mana-mana. Bekalan makanan pun dah habis. Sunyi sepi coffee house ni malam-malam. Kitaorang dengan satu couple lagi je pelanggannya. Makan sini biasa je. Asal kenyang udah le.


Esoknya pagi-pagi kitaorang dah siap-siap check out. Lepas check out kitaorang terus pegi ke Lumut. Rupanya ni le first time Dahlan sampai ke Lumut. Next time boleh ajak dia pegi Pangkor pulak. Kat sini kitaorang cuma ambik brunch. Lepas tu jalan-jalan kat tepi jeti nak ke Pangkor. Lepas tu Dahlan beli le sikit-sikit keropok, satay ikan dan ntah apa-apa lagi. Dalam pukul 11.00 lebih kitaorang dah bertolak balik ke KL. On the way singgah Sri Iskandar ambik kad nikah yang dah siap. Lepas tu terus je balik.


Kesimpulan aku boleh buat percutian kat Damai Laut memang tak best. Tak tahu le kalau duduk kat hotel best pulak sebab dekat dengan beach. Macam apartment ni dah le jauh dari beach. Kalau datang ramai-ramai ok le kot sebab boleh buat aktiviti sendiri. Ni datang berdua je memang bosan jadinya.

Friday, April 16, 2010

Temporary Housewife

Dah lebih seminggu dah aku mc dan berehat-rehat di rumah. Syok jugak kan jadi suri rumah ni. Cuma aku tak ada le buat keja berat-berat. Tu pasal syok kot. Masak pun kadang-kadang je sebab selalunya Ely dah masak malam so tengahari tu makan je lauk semalam dan kadang-kadang je bapak nak lauk lain kena le masak. Sidai kain pun buat malam-malam. Ely dengan Dahlan selalu tolong aku. Kalau aku kena sidai pun biasanya dorang dah angkat bakul baju tu keluar rumah so tinggal aku sidai je.

So rutin aku hari-hari lepas Dahlan pegi keja aku mesti membuta balik. Huisshhh.. seronok dapat membuta sampai pukul 10.00 pagi. Bangun mesti cari breakfast sambil tengok tv. Lepas dah breakfast baru le nak buat keja sikit-sikit. Kemas-kemas, masak, sidai baju, lipat baju etc. Lepas tu tengok tv lagi sampai petang dan selalunya tertidur sambil tengok tv. Hehehe..

Macam-macam cerita drama bersiri kat tv yang memang agaknya khas untuk suri rumah ni. TV3 je pukul 1.00 tengahari ada drama siri. Pukul 4.30 petang ada, 6.30 petang ada. Tu tak masuk kalau ikut drama siri korea le, indon le.. Isk tak kuasa le aku nak tengok semua tu..

Hari Rabu dengan semalam Ely cuti so sempat le kitaorang start buat hantaran kawin dia. Haha.. macam biasa tonggang langgang semua. Dan hantaran hentam keromo jugak le. Sekarang aku dah tak berapa boleh duduk lama-lama kat atas lantai nanti sakit pinggang so buat keja kejap duduk kejap terbongkang baring. Hehehe... Kali ni aku paksa Ely buat banyak benda pulak. Biar air tangan dia ada untuk hantaran dia sendiri. Ni satu hantaran yang dah siap. Lawa ke? Bantai jelah. Asal ada rupa hantaran dah le kan.. Hahahaha...


Tali pinggang dengan wallet tu letak-letak je dulu. Belum pikir nak buat camana betul-betul. Banyak lagi yang belum siap ni. Minggu depan sambung pulak sebab masih mc lagi kan..

Friday, April 9, 2010

Muhibbah Lagi..

Plan nak belanja makan ni dah buat awal-awal dah so tak best le nak postponed lagi. Aku nak belanja bapak sempena bonus aku dapat ritu dan Ely aku nak belanja sempena birthday dia 6 April lepas. So dah pikir-pikir nak makan mana last-last pilih Muhibbah Seafood jugak. Macam tak ada tempat lain dah. Hehehe.. Food sini sedap. Karang pegi tempat lain food tak sedap tu yang malas nak layan tempat lain tu.

Disebabkan aku baru keluar hospital dan doktor pesan jangan jalan-jalankan.. So kitaorang naik keta Ely sebab keta dia parking kat atas. Dua tiga langkah je aku dah sampai ke kereta. Pastu Ely turunkan aku betul-betul depan restoran so dua tiga langkah juga nak sampai ke meja. Hehe.. so tak langgar pantang doktor..

Acara wajib sebelum makan kena amik gambar. Gambar makanan malas nak amik sebab dah berkali-kali masuk gambar makanan kat sini dalam blog aku. Kitaorang order siakap sweet & sour size M, butter prawn size S, deep fried sotong size L (hahaha size besar sebab dah experience selalu sotong ni tak cukup kalau amik M makan 4 orang), tomyam size M dan sayur campur size S.

Mula-mula order 3 nasi je sebab bapak dengan Ely share. Sekali nasi tu sikit pulak so kena order satu lagi tapi dah rasa nak muntah pulak nak abiskan. Tapi semua abis.. Ely makan banyak.. Huhu tak ingat nak kawin tu.. nanti baju tak muat weh.. Tak pe.. sekali sekala je sebab birthday boleh off diet kan. Dahlan first time makan kat sini, dia cakap memang sedap food sini. Hehehe.. Kalau tak sedap takkan le aku dok ulang pegi makan sini kan..

Thursday, April 8, 2010

Adoi.. Sakit!!

Sapa-sapa yang close dengan aku memang tahu yang aku ni teramat le penakut dengan jarum tambah-tambah lagi kalau kena ambik darah. Semalam tak pasal-pasal je aku kena cucuk.. huhu adoi.. sakit.. Ni semua gara-gara bleeding dalam LRT.

Cita dia camni. Semalam, masa tu dah dekat pukul 6.15 petang. Macam biasa aku ler last kat office kena tutup lampu, kunci office etc. Tapi dekat-dekat aku nak balik tu Audrey datang balik, so tak ada le aku orang last kat office. Dia tanya dah nak balik dah? Agaknya sebab awal aku balik hari tu. Aku betul-betul rasa letih teramat. Jalan pegi KLCC macam biasa pada kadar kelajuan biasa je. Pastu aku singgah kejap kat Maybank sebab cadangnya nak bank in duit kat saving account tapi dorang tutup semua cash deposit machine. Tinggal satu je je yang bukak dah queue nyer mak aii.. panjang berjela-jela. Sebabkan aku rasa teramat letih so aku decide esok jelah bank in.

Tunggu LRT pulak. Ramai orang walaupun dah dekat 6.45 petang. Aku terlepas 2 train sebab penuh. Naik train ketiga dapat naik tapi ramai orang. So tak ada seat kosong kena berdiri. Depan aku masa tu ada dua mamat muda. Geram aku rasa. Bagi le orang yang tak mampu macam aku duduk. Tapi dorang buat derk je.. sampai aku rasa aku nak je cakap.. boleh tak bagi aku duduk.. Tapi ntah le naper tak terkeluar dari mulut aku. Masa tengah berdiri tu aku rasa teramat le letih dan rasa nak termuntah. Berapa kali jugak le termuntah angin dan yang last tu aku rasa macam ada menda keluar dari tut.. Rasa macam kalau period berketul keluar. Ya Allah.. aku cuak dah.. tapi sebab lebih letih dan nak cari tempat duduk so aku ignore je dulu. Aku dapat duduk masa sampai kat Pasar Seni. Lepas tu aku tidur sampai le ke Taman Paramount sebab memang letih sangat.

Sampai kat LRT Taman Paramount, Dahlan dah tunggu aku. Aku cakap dengan dia, aku rasa macam ada darah keluar. Dia macam buat derk je. Sampai rumah aku terus pegi toilet.. damn.. memang darah.. BANYAK!! Berketul-ketul. Aku panic sangat. Rasa nak nangis pun ada. Takut hilang baby ni. Aku suruh Ely call Nyah dan Nyah suruh pegi emergency masa tu jugak. Takut bleeding lagi banyak. Aku sempat tukar baju je dan terus pegi hospital dengan Dahlan dan Ely. Jauh pulak tu pegi Puchong. Lagi pulak jammed. Adoiii... So dalam keta aku doa banyak-banyak tak ada le bleeding lagi dan harap baby aku selamat.



Sampai Columbia Puchong terus register dan pegi emergency. Lepas tu MO tu check ada bleeding lagi ke tak. Amik tekanan darah etc. Lepas tu MO cakap Doktor Raja lambat sikit sampai so dia suruh aku admitted. Huhu.. Pasal kena admitted kena le amik darah pastu siap set line untuk masuk drip. Sakitnya..

Tak lama lepas tu dorang hantar aku kat wad. Aku ambik bilik berdua sebab aku takut tidur sensorang. Hehehe.. Dah le datang sehelai sepinggang so kena pakai baju spital.

Pukul 10.00 lebih Doktor Raja baru sampai. Dia scan.. Alhamdulillah.. baby masih ok. Aktif lagi. Dah nampak dah bentuk kepala, tangan, kaki, badan dia. Syukur sangat-sangat. Aku cakap dengan doktor kena ke cucuk-cucuk ni.. Hehehe serius rimas ada jarum kat tangan. Dia cakap naper dorang set ye? Dia pun pelik dan suruh bukak. Sukanya... Doktor suruh aku tidur kat hospital malam tu sebab dia nak monitor ada bleeding lagi ke tak ada. Doktor cakap bleeding ni jadi sebab aku stress dan letih. Ni boss aku le punya pasal ni.. selalu bagi aku stress. Aku sakit tak bagi mc. Sekarang doktor bagi aku mc sampai dua minggu sampai 22hb April. Amik ko.. tak bagi sangat aku mc, bising aku mc sekarang aku kena mc dua minggu nasib le..

Pagi-pagi tadi Doktor Raja datang visit aku kat wad. Dia cakap dia bagi mc ni jangan pegi shopping. Kurangkan bergerak. Rehat banyak-banyak. Jangan buat keja berat dan jangan stress. Pastu aku teringat aku dah plan dengan Dahlan nak pegi bercuti 18-20 April ni. So aku terus tanya doktor boleh ke tak aku pegi holiday. Dia cakap pegi le.. bagus, bagus pegi berehat dan bercuti. Yahoo.. So boleh pegi jugak holiday nanti.

Lepas doktor check dah tak ada bleeding (cuma ada sikit-sikit discharge colour je) dia pun bagi le aku balik. Bil hospital yang duduk tak sampai sehari ni RM800++. Adoii.. bankrup aku camni. Lepas tu aku call Dahlan suruh datang amik aku. Dia bawak baju baru le aku boleh mandi. Seharian tak mandi ni so abaikan muka buruk aku kat gambar atas ni. Huhu...



Ni gambar Dahlan amik masa aku pegi mandi. Ada satu lagi gambar lampu siling. Ntah apa motifnya ntah laki aku ambik gambar ni. Hehehe...