Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Saturday, September 12, 2015

BFF Wedding - Maisarah & Ridzuan

Alhamdulillah.. akhirnya geng Fantastic Four semuanya dah selamat bergelar isteri. Awal tahun 2015 Yatie kawin dan hari Khamis lepas giliran Mai pulak. Teringat tahun lepas masa kitaorang pegi outing ke Melaka, teruk-teruk Mai kena belasah dengan aku dan Yatie. Hehehehe.. akhirnya..kalau dah jodoh tak ke mana kan.

Akad nikah Mai hari Khamis lepas Asar. Memula aku plan nak ambik cuti. Sekali lepas balik dari Bukittinggi terpaksa pergi Singapore, cancel terus cuti. Kerja tak siap. Dah tak jadi cuti full day, aku just mintak Miss Lim balik awal jelah. Nanti stayback ganti balik. Pukul 4.00 petang Yatie dah ambik aku dekat office. Nasib baik le hari tu dah datang dengan Dahlan ke rumah Mai so senang jelah nak cari rumah Mai.

 
Akad nikah Mai lepas solat Asar dekat surau dekat je dengan rumah dia. Alhamdulillah dengan sekali lafaz dah sah dah. Lepas tu ada jamuan minum petang dekat kawasan surau tu jugak. Geng F4 dengan pengantin.


Kelakar betul. Masa tunggu nak akad nikah, kitaorang sibuk bergambar sesama sendiri. Maklumlah macam mini reunion geng Kolej Tun Perak. Geng F4 jumpa dengan geng Mai yang satu lagi.

Tengahari tadi reception Mai. Dia buat dekat dewan TNB Bangsar. Serius dewan ni besar gila. Lebih pada macam stadium tertutup kot. 

Geng F4 dengan pengantin. Dahlan ntah kemana perginya. Biasa le dia. Asal lama sikit je sentap. Boring betul. Along pun tak tahu kemana jadi nya ada Add jelah dalam gambar ni.
 

Again mini reunion geng ex Kolej Tun Perak

Sunday, November 2, 2014

Jalan-jalan F4 - Part 2










Jalan-Jalan F4 - Part 1












Saturday, June 7, 2014

Yatie's E-Day

Bulan March lepas, masa gathering The Fantastic Four, Yatie bawak berita gembira yang dia akan kawin. Atas permintaan bapak dia, dia tetap adakan majlis pertunangan. Sejak dari tu, kami bertiga ni dah rancang nak attend majlis Yatie kat Sg Petani. Tapi aku biasa le, kalau tak bawak Batrisyia mesti le tak boleh tidur sana. Dahlan takkan bagi punya. So kitaorang decide pegi single-single je naik flight balik ari. 

Dekat-dekat nak sampai majlis pertunangan Yatie, tetiba aku terasa macam nak hadiahkan dia something, hantaran ke camtu le. Tapi hantaran dia dah complete so aku tanya dia door gift dah ada ke dia cakap belum. So decide nak bagi door gift. Tetiba Cah dengan Mai pun cakap nak share. Ok sangat le kan. So start le prepare door gift untuk Yatie E-Day. Cari barang kat Jalan TAR. Nasib Kak Aishah sudi meneman aku.

Untuk main door gift which is untuk bakal MIL Yatie, aku decide beli ni je. Tak payah pening-pening nak buat bagi grand.

Actually tugas aku cuma buat deco untuk door gift je. Isi dalam Cah yang buat. Aku memang suka buat menda-menda ni kan. Cah hantar cookies seminggu sebelum majlis Yatie. Malamnya aku start buat terus deco sebab tak nak simpan lama-lama cookies ni takut bersemut. Botol ni beli dari Ikea. Ikutkan ada tempat lagi murah tapi pasal aku buat 30 pcs je beli jelah dari Ikea.

Sticker depan tu Fiza designer Amec Larastia tolong aku buat. Nak bayar upah dia cakap tak payah pulak. Rezeki le kan. Atas aku akan cover dengan doily paper putih dan just ikat reben pink. Mula-mula aku dah beli reben warna soft pink polkadot putih sebab nak nampak very sweet le. Sekali bila dah siap print sticker, tak kena pulak warna reben tu dengan sticker. Menapak balik ke jalan TAR cari reben lain. Nasib salesgirl tu sangat baik hati mengajar camana nak bagi cantik. Dia buat memang le senang main cantum-cantum je. aku tak reti gitu. So aku kena buat reben depan siap-siap, cantumkan dua reben pastu baru paste je. Banyak keja le untuk orang yang tak reti macam aku. Sampai ke pagi jugak le aku buat 32 bekas ni.

Ni le hasilnya lepas dah siap. Lawa ke? Boleh le tahan kan untuk orang yang tak professional macam aku buat. Pagi tu aku sms Yatie suruh amik siap-siap. Selesai keja aku.

Hari E-Day. Kitaorang kan pegi bertiga. Aku dengan Mai naik Firefly ke Penang sementara Cah pulak naik Air Asia. Flight kitaorang pukul 8.10 pagi dari Subang. Lepas je solat Subuh aku dah suruh Dahlan hantar aku pegi Subang Skypark. Dalam pukul 6.40 macam tu aku dah sampai. Aku sms Mai rupanya dia baru nak keluar rumah. Sabar jelah minah ni. Aku check in luggage dulu. Sementara menunggu Mai tak sampai-sampai ni terpikir nak breakfast ke tidak. Last-last lambat sangat aku beli jugak kuih dua biji. Tak tahan aku. Aku dah masuk departure hall Mai tak sampai-sampai lagi. Flight pukul 8.10 kan, pukul 7.40 baru si Maisarah ni sampai. Nasib le naik Firefly kalau naik Air Asia dah lama kena tinggal.

Sampai Penang dah pukul 9.15 pagi. Besar jugak airport Penang ni. Yang kelakar tu aku dengan Mai ni dok menunggu bag kitaorang keluar sekali silap tunggu. Patut le tak keluar-keluar. Buang masa betul. Jumpa Cah kat luar dia dah lama tunggu kami. Sewa kereta dari sorang mamat ni Proton Inspira. Dia bagi murah sebab ikutkan mula nak sewa kereta lain tapi dia cakap kereta tu rosak tingkapnya. Dah le kitaorang dah lambat, pastu kena pulak menghantar mamat tu balik rumah dia. Buang masa betul.

Masa tu dah pukul 10 lebih dah. Mula-mula plan kitaorang nak pegi Georgetown makan breakfast, tu yang masing-masing tak breakfast tu. Sekali dah lambat macam ni cancel terus sebab dari airport Penang nak pegi rumah Yatie, amik masa sejam jugak. Kitaorang singgah salin baju kat R&R je. Nampak ada van jual makanan beli jelah nuggets, burger dan air mineral. Sian betul datang Penang makan tu je. Hahahaha..

Nak cari rumah Yatie pun terkial-kial jugak. Aku ingatkan Cah penah pegi. Nasib le jumpa. Masa sampai Yatie tengah makeup. Kak Ani je pun make up kan dia



Dah siap make up biasa le sesi mengambil gambar. Tengok kitaorang bertiga. Berjanji nak pakai baju sama kaler. Kononnya nak pakai kaler red chilli tapi Maisarah baju dia bukan red chilli. Tipu betul minah ni. Hehehe.

Ambik gambar reramai pulak dengan Kak Wan, Kak Ayu, Kak Ani dan Noruf. Nasib tak runtuh je katil mak Yatie dek kitaorang semua ni. hadoi..

Dah penat bergambar Yatie suruh kitaorang makan dulu. Pegi le makan. Sekali tengah makan rombongan lelaki sampai. Takkan nak stop pulak. Sambung jelah makan so tak dapat le dengar apa cerita discussion dorang kat dalam. Makanan kenduri sedap betul. Masak sendiri semua tapi tak boleh nak makan banyak sebab lepas ni ada plan baik punya.

Tak lama lepas rombongan lelaki balik, kitaorang pun balik. Tak dapat nak lama-lama sangat sebab ada plan lain dan lepas tu nak kejar flight balik KL pulak. Ha ni le plannya. Makan nasi kandar. Hoho.. baru je pas makan nasi kenduri makan pulak nasi kandar. Nasib aku baru je pegi Penang bulan March lepas so tau sikit le area kedai ni kat mana. Kitaorang makan kat Restoran Hameediyah. Dorang tengah renovate kedai asal so segala lauk pauk semua masuk kat kedai baru. Agak sempit sikit le jadi kedai baru. Kitaorang order nasi briyani satu dan nasi kandar satu share bertiga. Tu pun jenuh nak mengabiskan. Sebelum balik masing-masing tapau murtabak. Mai tapau dua. Hahahaha.. melampau

Lepas bergerak dari Restoran Hameediyah aku ajak dorang lepak cari Pasembor pulak. Gila betul. Dah kenyang sangat sebenarnya tapi kalau tak rasa rugi. Kali ni aku bawak dorang makan Pasembor kat Padang Kota. Aku pun hari tu tak makan kat sini. Just datang singgah je. Lagipun masa aku datang tu tengahari. Tak happening. Petang fuh happening sangat. Semua kedai bukak. Best rupanya.


Dalam pada kenyang, order jugak Pasembor. Sikit je aku amik tapi lepas letak sayur campur kuah still jadi banyak. Mula ingat nak tapau tapi takut tak lepas kat airport. Lepas tu rasa menyesal sangat tak tapau. Isk.. Cah pulak order char keow teow. Makan lagi. Sengal betul memasing

Sampai airport agak awal jugak sebab takut jam. Pukul 5.00 kitaorang dah sampai airport. Jenuh jugak menunggu mamat tu nak amik kereta dia balik. Lepas mamat tu datang dalam pukul 6.00, baru boleh masuk dalam.Flight kitaorang malamnya. Cah pukul 8.55 malam. Aku dan Mai pukul 9.30malam. Nak check in luggage awal-awal supaya boleh lepak kat dalam tak boleh le pulak lagi. So sementara menunggu nak check in, kitaorang minum lagi. Teruk betul kitaorang ni.


Buang masa dengan bergambar pulak. Dah masuk departure hall still kena tunggu lama. Aku solat Maghrib semua lepas tu melepak. Maisarah siap tidur lagi. Bosan sangat aku pun jalan-jalan dalam tu. Tengok make up, tengok parfume. Sekali singgah kat kedai jual bag. Belek-belek tanya harga ada satu sling bag warna coklat serius aku berkenan sebab besar. Pulak tu leather dan harga cuma RM145.00 after less. Nak beli tapi takut Dahlan marah sebab aku baru je beli handbag, tapi pikir-pikir balik tu handbag jenis lain. Ni senang nak travel Bali nanti bawak sling bag besar camni. Last-last beli jugak. Dah shopping bag baru duduk diam-diam. Hahahaha.. Flight aku dan Mai bertolak seperti jadual. Cah delay dari 8.55pm sampai kitaorang dah masuk pun dia tak gerak lagi. Sampai Subang Skypark dah dekat pukul 11.00 malam. Dahlan dah tunggu aku dah. Overall memang fun sangat lah hari ni. Jalan-jalan bujang ni terasa balik ke zaman kat UPM dulu. Kena buat satu hari jalan-jalan camni single-single je sesekali.

Thursday, March 27, 2014

Sepetang Di Marche The Curve

Dekat setahun kitaorang berempat tak bergathering. Seperti yang dah plan, kitaorang amik half day sebab nak melepak. Mai je cuti penuh. Mula pegi warehouse sale Charles & Keith kat SS2 Mall. Nak masuk pun kena queue punya le panjang. Parking pun payah sangat nak dapat. Yatie dengan Mai je bershopping. Aku tak ada apa nak beli sebab baru je achik bagi handbag. Kasut tak minat langsung.

.
Lepas dah habis bershopping kitaorang pegi makan kat Marche The Curve. Amik gambar dulu sebelum masuk. Tapi budak yang ambik tu tak reti ambik sampai tak nampak kepala lembu tu.

Konsep Marche ni buffet tapi bukan buffet biasa. Sebelum masuk dia bagi kita satu sorang kad. Pastu apa-apa nak order, pegi kat station tu, bagi kad. Nanti dorang akan prepare. After certain time pegi collect dan boleh makan. Mushroom soup Mai yang order. Sedap betul sup ni. Penuh mushroom dia.

Caesar salad. So-so je. Pun Mai order. Kitaorang sharing

Pasta aglio olio seafood. Cah order. Pun so-so je.

Shepard pie kanan, Mix grill kiri. Sherpard pie first time makan rasa sedap sangat. Pastu order lagi. Dah tak rasa sedap sangat pun. Hahaha.. Mix gril biasa-biasa. Tak ada rasa. Macam tak cukup marinate je daging tu semua. Sos black pepper pun tak sedap.

Aku order breaded chicken. Boleh le sebab dia deep fried dan letak tepung rangup. Sos pun ok ok je. 

Yatie order Spring Chicken grill. Pun tak sedap. Tak ada rasa langsung gril-gril kat sini 

Baked potato. Pun biasa-biasa sahaja.


Mula nak makan dessert sekali tapi rasa tak best sangat nak lepak dalam ni. Bahang semacam. Macam tak ada aircond. At last kitaorang melepak dia Starbuck jugak.


Marche, Mai belanja. Sepatutnya share tapi dia tak mahu. Aku belanja Starbucks sahaja. Total bil makan kat Marche RM280+. Tak berbaloi kot sebab rasa food dia biasa-biasa aje.