Showing posts with label Breastfeeding Story. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding Story. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Camana nak hantar susu ke nursery

Update



Dah amik gambar dah. Camni le cara nak rendam susu tu malam sebelum nak hantar susu ke taska. Rendam dalam air dan letak ke dalam fridge. Esoknya susu tu sure mencair semulajadi perlahan-lahan.




Esoknya letak le susu siap-siap dalam botol sebanyak mana anak kita nak minum satu kali. Bubuh label siap-siap supaya pengasuh kita tahu mana nak bagi dulu. Tak payah nak pesan-pesan mana susu baru mana susu frozen yang nak kena abiskan dulu.
 _______________________________________________________________

Alhamdulillah.. hari ni genap umur Batrisyia 18 bulan. Dan genap jugak le aku menyusukan Batrisyia secara exclusive selama 18 bulan. Tak ada campur tau. Hihi.. Sempena hari ni aku nak buat satu entry special berkenaan penyusuan kot-kot le ada kengkawan aku mencari camana nak hantar susu ke pengasuh dah jenuh google tapi haram tak jumpa camana caranya. Cita Singapore kita postponed dulu yer. Sebab cita ni aku memang dah berhajat nak tulis lama dah.

Dulu masa aku tengah jahil pasal penyusuan susu ibu sepanjang pantang aku jenuh blog walking cari camana le cara aku nak hantar bekalan kat nursery. Berapa banyak nak hantar etc. Ada yang tulis camni ada yang tulis camtu sampai aku pening mana satu nak ikut. Alhamdulillah aku jumpa blog Ayu yang membolehkan aku berkenalan dengan dia. Sikit banyak dia dapat membantu terutama bila dia cadangkan aku pegi ke Moms Little One PJ. Masa tu ada lagi MLO PJ. Kat sana aku jumpa Kak Ajui dan Aishah. Pun syukur sangat-sangat. Dengan dorang segala macam menda yang aku musykil semua terjawab. So nasihat aku, pada sapa-sapa yang ada masalah penyusuan seeloknya pegi le jumpa pakar laktasi. Sila jangan tanya kawan-kawan je sebab pendapat kawan lain-lain. Ada yang boleh pakai ada yang tak boleh. Doktor pun tak digalakkan sangat sebab ada doktor yang tak pro bf. Pakar laktasi adalah orang terbaik yang korang kena jumpa sebab dia ada jawapan untuk segala pertanyaan kita. Ok balik pada tajuk asal. Ni aku nak cerita dari apa yang aku dapat le dari pakar laktasi yang aku jumpa.


Berapa banyak EBM yang nak hantar ke pengasuh
Cara dia camni. Pada hari Sabtu/Ahad, letak sikit dulu EBM dalam satu botol. Dulu aku buat 50ml je sekali minum. Last bagi baby direct feeding pukul 7.00 pagi katakan. Sebab time tu kita hantar dia ke pengasuh. Lepas tu jangan bagi dah sampai time kita amik dia kelak. So kata le baby dah lapar pukul 9.00 pagi. Bagi dia menyusu 50ml tu dulu. Biasa 50ml dia boleh habiskan. Lepas tu tengok cukup tak baby bertahan 2 jam untuk next feeding. Kalau dalam sejam dia dah nangis nak susu so maksudnya tak cukup. Tambah sikit lagi maybe dalam 60ml (2oz). Terpulang pada budi bicara kita. So try lagi. Kalau cukup 2 jam dia bertahan untuk next feeding kira dah ok. Kalau tak tambah lagi. Lepas tu calculate berapa botol yang cukup untuk dia sampai petang.

Macam Batrisyia aku bekalkan dia 7 botol x 60ml susu seharian. Actually Batrisyia cuma minum 6 botol je tapi sahaja aku spare lagi sebotol tu kot aku balik lambat pulak. Biasanya susu yang ketujuh tu memang bawak balik rumah je.


Camana cara nak hantar EBM ke pengasuh


Ok ni cara aku le dan aku rasa kebanyakan orang pun buat cara camni. Elok campurkan susu tu. Susu baru diperah dan susu beku yang dicairkan. Macam aku, aku bagi pengasuh 7 botol susu yang dah dicairkan kecik-kecik (brand Mom Little Ones) siap ada puting dan penutup setiap satu botol. Kat penutup tu aku buh siap-siap number 1-7. So biasanya susunan susu tu aku buat macam ni.

1) Susu baru
2) Susu beku dicairkan
3) Susu baru
4) Susu beku dicairkan
5) Susu baru
6) Susu beku dicairkan
7) Susu baru

Aku buat selang-selang macam ni. So dia dapat balance 3 botol susu baru dan 3 botol susu beku yang dicairkan. Susu no 7 biasa dia tak minum aku bekukan bila dah balik rumah.

Setiap botol tu aku dah siap-siap bubuh 60ml dah semua dan dah siap cair bagi susu beku. Puting pun dah bubuh siap. Tinggal dorang nak amik dari cooler bag dan panaskan je. Aku tak suka bagi pengasuh susu beku belum cair sebab tak tahu camana cara dorang cairkan. Kalau kita cairkan sendiri kita tahu apa kita buat. Lepas tu aku bagi botol dan puting 7 biji sebab aku tak nak dorang basuh botol aku. Ntah camana gamaknya dorang basuh. Biar aku basuh sendiri aku tahu apa aku buat. Aku cuma pesan lepas habis menyusu just jirus air paip dan masuk balik dalam cooler bag.


Camana cara nak cairkan susu bekuMalam sebelum tu kira-kira dalam pukul 10.00 malam keluarkan berapa banyak yang cukup je untuk bekalan esok. Pastu rendam dalam bekas yang ada air paip dan letak balik dalam peti ais bahagian bawah. Insyallah nanti susu tu akan cair perlahan-lahan. Esok paginya baru transfer siap-siap dalam botol yang dah siap ada puting dan bernombor sebanyak yang diperlukan untuk sekali penyusuan. Kadang-kadang walaupun dah rendam semalaman dalam air paip susu tu tetap tak mau cair so korang lalukan susu tu bawah air paip. Nanti cair le dia.


Extra tipsWalaupun rumah pengasuh atau nursery anak ada peti sejuk sebaiknya tak payah le tumpang peti sejuk deme. So beli le cooler bag yang elok dan boleh tahan lama. Contohnya macam cooler bag dan ice packs Moms Little Ones boleh bertahan selama 16 jam. So tak payah nak transfer susu kita ke peti sejuk orang. Biar je dalam cooler bag tu sampai balik. Susu kita pun tak ada le tercemar dengan campuran makanan lain yang ada dalam peti sejuk deme tu kan. Brand lain aku tak pasti kena check le berapa lama cooler bag tu bertahan.

P/S Entry ni tak ada gambar sebab aku malas nak tangkap gambar. Nanti le bila aku rajin aku amik gambar aku tepek sebagai update.


Sunday, July 24, 2011

Stok EBM Terkini

Ni rupa stok EBM terbaru aku. Huhu.. Dah tak ada bakul dah dalam freezer ni pasal tak muat. Nak susun elok-elok pun dah pening kepala. Dah le semua letak dalam liners je sekarang. So susu-susu tu semua aku pack mengikut bulan. Dalam sebulan ada dua atau tiga plastik beg besar. Jumlah liter terkini tak tahu sebab malas nak kira. Atas tu pulak frozen solid food Batrisyia. Ada nasi, ada labu, ada ikan, ada kentang etc. Batrisyia paling suka makan labu. So hari-hari kena panaskan nasi campur labu dan ikan. Dulu aku pernah cuba bagi dia makan ikan bilis tapi dia macam ada allergic. So kena stop dulu. Dah besar sikit nanti boleh cuba balik.

Friday, March 25, 2011

Beg Kerja

Ni le rupa beg kerja aku. Heheheh.. brand LSSB. Kalau orang lain bawak beg sandang mesti isi note book kan. Aku plak isi menatang kat bawah ni..

Tu dia.. Cooler bag dengan ice pack dan susu. Breast pump dan accessories. Payung dan bekas ayor minum sebab selalu dahaga bila jalan dari office ke KLCC. Nampak macam sikit je tapi berat wooo.. mau dekat 3 kilo bebanan aku bawak hari-hari. Sebelum ni kenkonon nak lawa le sikit, aku bawak le bag Medela sendiri. Tapi dengan bebanan yang semacam ini, mau rebeh bau aku sebelah. Dah le masa balik selalu kena berdiri dalam LRT. Maka aku bertukar le ke beg sandang LSSB ni. Nasib le ada beg ni free gift masa company trip ke Langkawi. So belasah jelah. Janji aku selesa nak kendung semua menda ni hari-hari. Demi Cik Batrisyia, mak sanggup kendung hari-hari, ke mana pegi menda-menda ni.

Saturday, March 12, 2011

Marmet Class

Ni le first time aku join kelas breastfeeding ni. Kebetulan hari ni agak free dan rasa rugi sangat kalau tak join. Bukan senang nak dapat ilmu dengan bayaran semurah ni. Mana le tahu esok-esok emergency memerlukan aku menggunakan teknik marmet untuk memerah susu, sekurang-kurangnya aku dah ada sikit pengetahuan dengan caranya.

Bergambar lepas kelas. Gambar ihsan dari Ayu. Hari ni baru le dapat jumpa Ayu setelah sekian lama beremail je. Ayu ni aku kenal dari baca-baca blog je. Dia banyak juga membantu di kala aku kebuntuan masa awal-awal meyusukan Batrisyia dulu.

Friday, February 18, 2011

Sikitnya..

Minggu ni adalah minggu yang paling menyedihkan tengok hasil perahan aku. Awal minggu, pagi-pagi pump masih dapat dekat-dekat 4oz. Sesi lepas pagi tu memang drop tapi tak teruk. Masih boleh dapat 100ml paling kurang sekali pump. Semalam sesi pagi dapat 60ml. Dah teruk tapi masih ok sebab cukup sekali bekalan Batrisyia. Sesi yang selepasnya adoi.. penat pump. Nak dapat 100ml susah teramat-amat. Tapi masih berjaya kumpul 300ml dengan berkali-kali pump.

Pagi ni.. Ya Allah.. sedihnya aku tengok. 1oz je. Bekalan Batrisyia sekali pun tak cukup. Terpaksa guna susu semalam semua untuk bekalan hari ini. Kenapalah production susu aku ni teruk sangat? Ni macam masa aku baru lepas beranak je. Nak keluar susu pun susah. Ada ke disebabkan ini? Ke disebabkan aku sakit? Atau sebab aku tak cukup makan dan minum? Aku akui minggu ni memang aku kurang makan minum sebab mulut aku pahit tekak aku sakit. Nak menelan pun susah. Mungkin faktor-faktor nilah penyebab susu aku kurang. Doanya minggu depan aku dah sihat, production susu aku kembali macam biasa dan kalau boleh increase double. Amin...

Tuesday, February 1, 2011

Rumah Baru

Freezer aku dah kosong!!! Relax-relax jangan panic. Susu Batrisyia semua masih ok. Cuma dah berpindah rumah je. Cita mulanya camni. EBM aku dah penuh satu freezer. Dah tak muat langsung dah. Jangankan nak simpan barang mentah ikan, ayam, nak simpan susu pun dah tak muat. Dari pakai botol aku dah tukar pakai plastik ikat getah sebab tu lebih jimat space. Aku dah asing-asing ikut bulan masuk dalam plastik beg pun masih tak muat. Fed up nak arrange EBM ni semua sampai macam malas nak pump. Dahlan pulak boleh suruh aku berenti pump. Isk.. isk.. mana boleh macam tu kan. Nanti terus tak ada susu baru padan muka.


Lepas pikir-pikir aku decide beli jelah deep freezer. Lagipun boleh le simpan EBM ni semua sampai 6 bulan. Survey punya survey aku dapat le yang paling kecik dan yang paling murah. Brand Faber. 100 liter harga RM599.00. Kat Carrefour, Sen-Q, Best Denki semua sama je harga. So last-last beli kat Best Denki Tropicana. Semalam dorang dah hantar dah deep freezer ni kat rumah.

Dah transfer dah semua EBM kat deep freezer baru. Bila dah masuk deep freezer nampak sikit pulak EBM aku. Ni semangat ni nak pump lagi sebab nak penuhkan deep freezer ni.

Tapi ada satu menda yang buat aku rasa aduhai ruginya.. Tadi cuti Hari Wilayah, aku pegi le jalan-jalan kat One Utama. Sekarang ni Jusco One Utama tengah buat clearance sale sebab dorang nak renovation besar-besaran selama enam bulan. Dorang jual deep freezer brand Elba Rm699.00 ada diskaun 30%. Baru Rm489.30 je. Brand Elba pulak tu. Walaupun display item deep freezer tu elok lagi. Ada warranty setahun. Yang buruk cuma kat luar je sebab ada kesan tampal-tampal kertas. Lepas tu upright freezer Elba pulak harga RM899.00 ada diskaun 30%. Murah. Baru RM600.00 lebih. Tapi upright freezer tak pelah sebab upright cuma boleh menyimpan susu selama 3 bulan je. Tak pelah. Bukan rezeki aku le kan.. Nak buat camana. So misi sekarang penuhkan deep freezer baru. Hehehehe..

Tuesday, January 25, 2011

Vitamin oh vitamin

Masa aku pregnant aku aku makan 3 jenis vitamin ni. Obimin Plus, vitamin C dan kalsium. Lepas beranak pun aku masih ambik ketiga-tiga vitamin ni lagi. Actually dah tak pregnant ambik multivitamin biasa pun boleh tapi aku saja ambik lagi Obimin Plus sebab aku nak ada DHA tu. Harap-harapnya dengan izin Allah aku ambik DHA ni, Batrisyia akan jadi seorang yang bijak pandai macam maksud nama dia. Insyallah. Vitamin C pulak, aku saja suka ambik yang isap-isap macam ni. Sedap sikit dari asyik kena telan je. Hehehehe...


Hari tu aku ada cakap yang aku nak cerita pasal product yang aku amik sekarang untuk menambah kuantiti dan kualiti susu. So inilah dua vitamin tambahan yang aku makan sekarang. Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein (ESP). Alfalfa tu memang agen penambah susu sebab tu le aku ambik. ESP pulak salah satu kebaikannya elok untuk mengurangkan eczema. Memandangkan cinta sayang aku tu ada eczema so aku cuba le. Mahal sikit tapi tak apa le. Aku berkorban untuk Batrisyia. Kalau ikutkan dorang suggest ambik set lengkap breastfeeding which is ada alfalfa, vitamin C, B complex dengan Vita Lea. Vita Lea ni aku pun tak tahu untuk apa ntah. Tapi bila aku tengok macam vitamin yang aku ambik sebelum ni dah cukup dah semuanya so aku cuma tambah dua ni je. Hopefully lepas ni supply susu aku aku bertambah dan eczema Batrisyia akan berkurang le hendaknya.


Wednesday, January 12, 2011

Update EBM

Ni le rupa stok aku setelah lebih sebulan aku buat stok EBM. Ada lebih 50 semunya. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Tu pun ada hari yang aku culas membuat stok sebab tak ada botol. Mula-mula pakai liner. Lepas tu aku rasa susah nak cari dalam peti ais tu. Aku kena keluarkan semua untuk tengok date. Aku tukar pakai storage botol MLO. Dah berlambak-lambak botol MLO sampai dah ada 48 bijik. Tak cukup jugak so kena pakai liner balik. Sekarang satu liner kena isi 15oml. Tak boleh 100ml dah sebab tak muat. Lepas ni aku ingat aku nak beli liner yang murah yang ikat dengan getah tu. Yang tu nampak macam kurang makan space.

Sejak pump pakai Medela Freestyle aku pump cepat sikit. 20 minit dah siap untuk dua-dua belah sebab ada double pump. Dan aku pulak terpaksa pump 3 kali je masa office. Tak sempat sangat-sangat. Alhamdulillah masih cukup bekalan untuk Batrisyia. Kalau aku tak pakai frozen EBM pun cukup. Cuma aku masih bagi dia campur-campur. Frozen dan fresh. Cuma kebelakangan ni je frozen EBM aku tak berusik sebab aku bagi dia hari-hari fresh EBM sebab dia tengah tak berapa sihat. Biar le dia dapat fresh je hari-hari supaya dia cepat sihat. Aku doa susu aku akan sentiasa ada le. Sekarang ni pun aku dah order benda baru untuk menambah kuantiti dan kualiti susu. Tu kena cerita dalam entry lain.

Thursday, December 30, 2010

Gaya Bebas

Akhirnya aku beli juga breast pump lain. Dan yang paling caya tak caya tu aku beli Medela Freestyle. Huhu.. Kena guna duit bonus tahun ni untuk beli. Bonusnya belum dapat tapi dah ada dah barang dibeli. Bankrupt aku. Semua ni sebab aku malu masa pump susu kat office, pump Medela Mini E aku berbunyi ekk ookk ekk ookk.. ganggu semua orang.

Masalah utamanya sebab aku tak ada time nak pegi sukaria buat pumping session. Dah le aku amik masa hampir setengah jam setiap kali pumping session. Pulak tu aku plan nak pump 4/5 kali sehari. Maunya boss aku bising aku asyik tak ada je kat tempat aku. Karang tak pasal-pasal aku stress mengejar nak cepat abis pump last-last susu tak keluar, naya je. Jadi aku amik keputusan pump je kat workstation aku memandangkan office aku ni tak ada staff lelaki. Yang ada depatch dan driver which is dorang jarang sekali masuk dalam office. Oppss lupa plak Dato'pun lelaki. Tapi Dato' bukan duduk sama workstation dengan aku. Bilik dia pun jauh so tak payah le amik kirakan.

Bila dah pump kat workstation, aku rasa pump Medela Mini E tu betul-betul ganggu semua orang. Aku pun naik malu. So tu pasal le aku ambik keputusan untuk beli pump baru. Mula-mula macam nak beli Spectra yang berat nak mampus tu (sebab ada orang cadangkan tinggal je kat office, kat rumah pakai Mini E). Tapi bila aku fikir-fikir balik, dah alang-alang nak beli baru, beli jelah yang terbaik ni. Tak ada dah aku pikir pasal nak membeli pump baru lepas ni. Lagipun aku nak pakai pump ni lama so tak rugi rasanya kalau invest lebih sikit.

Nasib baik le aku dapat beli dari sini, harga dia jaaaauuhhh sangat-sangat murah berbanding di mana-mana website atau kedai lain. Kalau sapa-sapa nak beli, aku memang recommend belilah dengan dorang. Dorang memang ok dan boleh percaya. Tak payah nak risau bayar deposit ke apa ke. Wah.. ni baik punya promote ni. Hehehe..

Aku dah dapat pump ni hari Rabu lepas. Sendiri collect sebab office Iffa kat KLCC. Jenuh ni bawak naik LRT. Sampai la ni aku belum lagi bukak dah baca manual pump ni. Nanti le weekend ni baru le aku try dan baca manual dia abis-abis. Harap-harap lepas guna pump ni production susu aku bertambah baik. Amin..

Monday, December 13, 2010

Stok EBM


Semalam cukup seminggu aku dah mengumpul stok EBM. Tak banyak mana tapi syukur alhamdulillah, ada juga rezeki untuk Batrisyia. 7 hari pump dapat le 20 pek. Setiap satu tu ada 100ml. Mula-mula dulu aku buat 3 oz (lebih kurang 90 ml) tapi lepas tu aku tambah sikit lagi jadi 100 ml sebab sekali Batrisyia minum 50 ml so senang le nak cairkan nanti. Bahagi dua je. Aku rasa lepas ni nak beli liner brand lain sebab yang jenis ni makan space. Dah le mahal. RM12.90 untuk 25 pcs je. Yang satu brand lagi tu RM29.90 untuk 100 pcs. Ada diskaun 20% pulak tu kat BB Store. Cuma yang tak bestnya liner lagi satu tu kena ikat pakai getah. Harap-harap lepas ni dapat buat stok banyak-banyak lagi.

Sunday, December 12, 2010

Aktiviti Perah Susu

So far aku tak penah perah susu dapat banyak macam ni. Selalu kalau aku perah masa bagi Batrisyia tek, dapat le maksimum pun 3 oz. Pernah pump kat kampung masa Batrisyia tidur, maksimum dapat 4 oz je untuk dua belah breast. Tu pun dekat sejam kot. Hari ni setengah jam boleh dapat 5 oz. Betul le orang cakap masa pump jangan fokus dengan pump je, nanti stress so susu tak keluar. Tadi masa pump aku main farmville. Hehehe.. Tak sedar pulak boleh dapat banyak tu. Lain kali tiap kali nak pump aku nak main farmville le. Boleh dapat banyak.

Sekarang tunggu Batrisyia bangun nak direct feeding dia dengan sebelah breast lagi. Hari ni nak test berapa banyak susu dia cukup so sepanjang siang ni tak boleh nak bagi dia tek. Huhu.. macam tak best je tak dapat peluk-peluk. Baru test tak dapat direct feeding dah rasa macam tu camana nak tinggal dia kat nursery ni????

Wednesday, December 8, 2010

Breast Pump & Cooler Bag

Masa sebelum beranakkan, antara barang yang aku dah beli ialah breast pump dan cooler bag sebab aku memang bercita-cita nak bagi Batrisyia breast milk sampai dia umur 2 tahun. Aku beli kat baby fair satu set macam dalam gambar bawah ni. Masa aku beli breast pump, aku ni tak ada knowledge langsung. Nak beli brand apa, yang macamana semua tak tahu. Aku refer pada beberapa orang kawan ramai yang cakap dorang pakai brand Medela. Nyah pun ada suggest aku pakai brand sama sebab dia cakap hospital pakai brand tu. So aku pun beli le. Satu set camni harga dalam RM500 lebih. Kira murah le sebab kalau beli pump aje dah RM400 lebih. City Style Cooler Bag dah RM200 lebih. Campur pulak dia ada bagi free 2 storage bottle dan nipple cream.


Actually masa beli tu aku tertarik jugak pada package model Medela Swing sebab yang ni boleh stimulate breast dulu baru le pump tapi harganya dah lari budget aku. Package tu dah RM800 lebih. Kalau ikutkan hati sapa tak nak yang terbaik kan. Kalau aku berduit aku beli terus yang double pump freestyle tu tapi lepas tu boleh bankrup. Hehehe.. pasal yang tu dekat RM2,000.00 harga dia. Memang tak mampu le aku. So ikut budget aku, memang Mini Electric ni jelah yang mampu dibeli. Lepas beli je aku pegi pulak booth Moms Little Ones sebab nak beli extra storage bottle sekali orang yang jaga booth tu cakap dengan budget aku tu sebenarnya aku boleh dapat double pump brand lain yang actually ok jugak. Eee.. mana nak tahu kan. Nak buat camana dah beli dah.

Serius cakap sebenarnya aku tak berapa puas hati dengan pump ni bukan sebab dia terus sedut je susu tapi sebab bising. Bila aku pump masa bagi Batrisyia menyusu dia pun macam bengang je sebab bising. Hehehe... sian anak mak. Tak pelah, lama-lama nanti dia biasa le kot bunyi bising tu. Kalau ada budget lebih, macam bercadang je nak beli double pump pulak. Huhu.. besarnya cita-cita aku.

Lepas tu, masa aku beremail dengan sorang blogger yang success betul penyusuan anak dia (kagum aku tengok dorang boleh buat EBM melambak-lambak macam tu), baru le aku terfikir camana aku nak hantar stok susu ke nursery nanti sedangkan cooler bag tu aku nak bawak ke office. Lagi pun cooler bag aku boleh muat 4 bottle je. Dia suggest aku beli jugak cooler box walaupun perjalanan dari rumah ke nursery tak lama mana. Dia jugak suggest aku pegi ke Moms Little Ones, PJ branch supaya aku boleh tanya dorang apa-apa saja yang aku musykil.


So tadi aku pun pegi le ke sana. Owner kedai dan staff dia memang baik. Both dorang LC dan PC so dorang memang pakar le bab breastfeeding ni. Macam-macam soalan le aku tanya sampaikan aku suruh dorang tengok betul ke tak cara lekapan aku bagi Batrisyia menyusu.

Masuk bab cooler bag ni, dorang suggest jangan letak susu kat fridge nursery. Dorang cakap biar je maintain dalam bag tu sebab cooler bag brand Moms Little Ones boleh tahan sampai 16 jam. Lepas tu bag tu boleh muat 6 botol besar so kira cukup sangat-sangat le keperluan Batrisyia sehari. Yang paling aku sakit hati tu, harga bag tu termasuk 3 ice pack dan 6 storage bottles baru RM125.00. Ada diskaun 20% pulak tu so dapat le harga dia RM100.00. Eee.. mau tak bengang. Aku ingat aku beli Medela tu dah abis murah dah sekali aku boleh dapat yang lagi murah. Aku beli jugak le bag ni untuk Dahlan bawak ke nursery dan senang boleh tinggal terus. Yang Medela punya aku boleh bawak pegi office.

Menyesal memang le menyesal tapi nak buat camana. Kalau aku betul-betul survey dan tahu pasal ni sebelum beli, dah sah-sah aku boleh dapat double pump. Tu lah lain kali baca banyak-banyak dulu baru le buat keputusan nak beli. Jangan main beli je. Doakan le aku berjaya dengan cita-cita aku bab penyusuan ni sebab aku rasa dah banyak aku invest ni. Insyallah..



Sunday, November 7, 2010

Pil Tambah Susu

Rasulullah saw bersabda :

” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ”

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.

Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

“Gunakanlah Halba sebagai ubat”



Masa baru lepas bersalin ritu susu badan aku tak keluar banyak. Sikit sangat-sangat. Jenuh perah nak dapatkan 2oz pun susah. Batrisyia pulak kuat bergayut sampai satu tahap susu aku kering langsung, terpaksa bagi dia minum susu formula hari tu. Sedih aku rasa. Aku pun sms le kawan-kawan yang dah beranak tanya kalau-kalau ada petua menambah susu. Dalam ramai-ramai yang aku sms, Angah aka Nina suggest suruh makan halba.

Mula-mula aku malas nak beli kapsul sebab Dahlan cakap kapsul tu dijual banyak sangat. Satu pek sampai 1000 biji so aku cuba le rebus halba ni dan lepas tu aku cadang nak minum je airnya. Sekali bau dia punya le kuat. Tak boleh tahan aku. Masuk je mulut terus muntah. Lepas tu aku suruh jugak Dahlan beli kapsul tu dan beli le halba banyak-banyak untuk bawak balik kampung. Sampai kampung pun tak proses lagi halba ni sebab banyak hal lagipun jaundice Batrisyia masih ada risau gak nak makan benda-benda ni.

So hari ni baru le ada kesempatan nak proses halba ni. Tak susah pun nak buatnya. Basuh bersih-bersih, keringkan (aku jemur je), pastu blend kering dan masukkan dalam kapsul. Halba ni keras sikit susah nak hancur so kalau susah hancur panaskan dulu dalam microwave pastu blend le sampai hancur.

Dah siap dah pil halba@pil tambah susu aku. Menurut kata Nina, dulu dia makan 5 biji pagi dan 5 biji malam tapi so far aku cuma makan 3 biji pagi dan malam je. Takut nak makan banyak-banyak lagi takut Batrisyia cirit.

Actually khasiat halba ni ada macam-macam lagi selain menambah susu ibu tapi aku malas nak tulis so korang baca jelah kat sini.