Saturday, March 25, 2017

Cuti-Cuti Melaka Tahun 2017

Macam biasa le. Sejak tahun lepas bulan Januari ke bulan Mac rasa macam tak boleh bernafas dibuatnya. Dulu-dulu takat closing account dan audit je. Sejak tahun lepas dengan GST dengan pulak aku amik alih payroll.. fuh tak menang tangan. Aku punya replacement leave dah berbelas-belas hari dah since tahun lepas. Bagus le juga. Boleh simpan kot ada rezeki nak pegi umrah kan. Amin..

Cuti sekolah tahun ni, nak juga berjalan. Letih le juga asyik keja-keja. Try juga cari flight ticket yang best-best tapi agaknya musim cuti sekolah semua pun mahal-mahal. Akhirnya decide pegi Melaka lagi. Lagipun Batrisyia dah bising-bising nak pegi zoo. Nak bawak le dia ke Zoo Melaka.

Plan asalnya konon nak bertolak awal pagi supaya boleh masuk zoo sebaik sahaja buka, tapi tetap le lambat juga setengah jam. 9.30 pagi baru le kitaorang sampai di zoo. Tapi masih tak ramai orang. Parking pun boleh pilih-pilih. Masuk zoo Melaka ni tiketnya masih mampu beli lagi le. Adult RM17.80. Children RM7.10
  

Mula-mula kitaorang jalan-jalan kejap kat area entrance. Tengok show lambat pulak lagi nak start jadi pusing-pusing kejap.


Lepas tu nampak le tram. Nak naik tram ni kena bayar lain. Dewasa RM5.00. Kanak-kanak RM3.00. Tapi ok le boleh tahu apa yang ada di seluruh zoo sebelum explore jalan kaki. Seronok juga le naik tren ni. Bila sampai tempat gajah, dorang stop suruh kitaorang turun bagi gajah makan. Tapi food dia mahal le kot. Tak jadi aku membeli. Tengok aje le orang bagi makan. 



Lepas dah turun keretapi, tengok le pulak show-show yang biasa ada. Bird show etc. Serupa je semua show-show ni. Habis show kitaorang masuk pulak dalam satu kawasan yang dipanggil safari. Kawasan ni haiwan dia semua lepas bebas dan kitaorang jalan atas platform. Semua haiwan yang kat sini tak ada le bahaya. Tapi bila zirafah tu datang dekat, macam takut le juga kan. Hahahaha...

Keluar je dari safari tu, sedang elok jumpa cafe. Kitaorang terus makan lunch kat sini. Habis lunch baru le pusing seluruh zoo jalan kaki pulak. Boleh tahan penat juga walaupun tak ada le besar yang teramat-amat. Sebab aku rasa banyak laluan dia mendaki. Masa jalan-jalan tu ada le nampak emu. Alahai.. kurus gila emu compare yang aku jumpa di Melbourne. Tak sesuai gamaknya duduk cuaca Malaysia. Lupa pulak nak amik gambar emu kurus tu. Sampai kat tempat harimau dan singa, Batrisyia pulak buat ragam. Dia nampak ada budak pakai teropong. Dia nak jugak. Jenuh pusing-pusing cari tak ada. Lastnya tanya kat satu bapak budak tu mana dia beli. Dia cakap kat gerai luar masa masuk. Masa kitaorang sampai tak ada satu kedai yang bukak so camana nak nampak. Jenuh pujuk Batrisyia nanti beli. Masalahnya dia cakap lepas beli dia nak masuk balik tengok haiwan pakai teropong tu. Eee.. geram aku. 


Lastnya pujuk punya pujuk, termakan le dia dengan pujukan aku. Tapi kena le pau beli kipas pusing tangan tu sebelum kena pau beli teropong pulak.

Dari Zoo Melaka, kitaorang terus je check in hotel.  Kali ni kitaorang duduk dekat The Pines Melaka. Untuk kali ni sengaja book hotel tak payah ambik breakfast sebab konon-kononnya nak pegi rasa makanan Melaka. Sebelum tu singgah kejap beli kudap-kudapan petang. Beli goreng pisang cheese. Sebelah tu ada pulak orang jual nasi. Aku beli jugak le nasi dengan pari asam pedas sebab semua lauk dah habis. Tak cukup makan kat cafe dalam zoo tadi.






Overall aku puas hati dengan hotel ni. Bilik dia besar. Ada bilik yang ada pool access tapi sikit jelah dan mahal juga. Tak kisah sangat sebab aku bukan nak berendam pun. Check in bilik, aku terus solat dulu. Pastu kitaorang semua membuta. Petang sikit, Batrisyia dengan Dahlan pegi mandi swimming pool. Aku malas nak join sebab pool dia macam tak berapa awesome untuk dicuba. Hahahaha..

Day & night view dari bilik kitaorang. Boleh nampak Malacca River Cruise kat bawah nun. Tapi tak ada le rasa nak naik lagi sebab dah naik dulu tak best mana pun. Air sungai tu busuk. Malam tu kitaorang pegi dinner dekat dengan area Asam Pedas Selera Kampung. Ingatkan kedai tu bukak belah malam alih-alih tak bukak pulak. Tak ada pilhan makan jelah restoran depannya. Tak berapa sedap pun asam pedasnya. Rasa tak puas hati mesti juga nak pekena Asam Pedas Selera Kampung tu sebelum balik KL nanti. Lepas dinner, shopping kerepek-kerepek. Pastu balik hotel je.

Esok paginya dikala hujan, kitaorang keluar breakfast dengan Perhentian Kuih Kampung. Dalam beberapa cerita makan-makan kata tempat di recommended. Kuihnya melambak-lambak. Tapi masa kitaorang sampai, tak ada pun kuih melambak-lambak. Aku assume belum sampai kot kuihnya sebab awal lagi. Tapi tunggu punya tunggu tak ada pun kuih. Sudahnya bangun tanya. Owner kedai cakap orang yang hantar kuih tu cuti lama balik kampung. Aiseh.. tak ada rezeki sungguh nak rasa kuih melambak-lambak. At last, aku dan Dahlan makan nasi lemak je. Batrisyia pagi-pagi dah makan nasi ayam. Untuk dua-dua menu ni aku rasa biasa-biasa je masakannya.

Lepas breakfast, kitaorang terus pegi ke Freeport A'Famosa Outlet. Agak jauh juga pegi ke sini sebab kitaorang dari bandar Melaka. Suppose eloknya sapa nak datang sini singgah sebelum masuk bandar Melaka sebab location dia dekat highway. Sebab semalam kitaorang memang kejar nak pegi zoo pagi-pagi jadi tak dapat singgah dulu. Kedai-kedai yang ada kat sini pada aku biasa-biasa je. Tempat ni lagi tak best dari Mitsui. Tapi tak best tak best pun shopping le juga sikit. Beli dress dan baju tidur Batrisyia. Aku beli kasut. Dahlan pun beli baju juga.

Balik dari Freeport A'Famosa Outlet, kitaorang pegi pulak makan cucur udang Baha kat Alor Gajah. Tempat ni recommend by Kak Aishah. Macam gerai biasa je. Tak ada yang istimewa pun. Cucur udang kat sini stailnya cucur tu campur dengan benda-benda lain macam tauhu, kentang, timun dan bubuh kuah cili. Lebih kurang macam rojak singapore tapi kuahnya beza. Sebab aku tak suka benda macam tu, aku amik cucur udang je. Rasa.. so-so je. Tak excellent pun sebab pada aku cucur udang yang excellent kena makan dengan kuah kacang.



Malam tu, kami plan nak keluar dinner makan best-best sikit. Mula plan nak makan ikan bakar tapi bila gugel cam malas rasa cam jauh. Sudahnya ada satu restoran yang ramai suggest. Makan shellout. Nama restoran tu Cengkerang Seafood Jumble yang terletak di Kota Laksamana. Kitaorang ni pegi guna waze le. Tapi serius kawasan ni sangat keliru alamat dia. Namun dengan usaha yang sangat gigih akhirnya kami jumpa. Rasa food dia sedap juga dan harga pun agak berbaloi. Yang kelakar tu Batrisyia first time makan shellout. Dia macam pelik gila kenapa tak ada pinggan. Makan lambak-lambak je camtu. Pastu yang tak boleh blah, dia cakap kenapa ada rambut-rambut tu. Hadoi.. tu janggut udang anak oii.. rambut menda nya.

Esok paginya aku malas bangun pagi untuk breakfast. Lastnya Dahlan sorang keluar pegi try roti canai kayu arang. Balik dia tapau kitaorang makanan tapi bukan ditapaunya roti canai tu. Di tapaunya mihun dan kuih-kuih pulak. Lepas check out singgah kat Hatten Square Mall. Lepas tu lunch jugak le dekat Asam Pedas Selera Kampung. Karang balik tak puas hati pulak. Nak cari tempat duduk kat Asam Pedas Selera Kampung susah nak mampos. Tapi dek sedap, tunggu juga le. Sekian cerita short trip cuti sekolah bulan Mac tahun 2017.