Showing posts with label Movie. TV Show. Show all posts
Showing posts with label Movie. TV Show. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Super Spontan 2013

Malam ni dah start episode pertama Super Spontan 2013. Pandai Astro. First episode siap tunjuk kat Astro Ria lagi. Ni mesti nak pancing pelanggan-pelanggan baru Mustika. Yelah macam aku tahun lepas le. Subscribe channel Mustika semata-mata sebab tengok Super Spontan. Masa tu Astro bagi free view semua channel selama 2 minggu.

Tahun ni nama group lain. Semut Sentap FC dan Ketam Konfius FC. Pesertanya nampak lebih best dari tahun lepas. Aku memang tak sabar nak tengok eposide pertama ni.

Ketam Konfius FC. Ada Yus Jambu, Munir, Almy Nadia, Suhaimi, Along Cham, Nabil Ahmad dan Shuib Sepahtu

Semut Sentap FC. Rahim R2, Johan, Jep Sepahtu, Khiriah, Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Eko Say Who. Aku sokong group ni sebab ada Jep dan Ajak. Hehehe..

Tapi lepas habis episode pertama ni rasa macam hambar sangat Super Spontan tahun ni. Nak kata peserta tak best, tahun ni lagi best kot. Ada Jep, Ajak, Yus Jambu. Plus yang tahun lepas masuk yang best pun ada lagi macam Johan dan Tauke. Cuma Zizan je tak ada le. Tak layak le pulak Zizan nak masuk sebab dia dah menangkan last year. Aku rasa yang pertama yang hambar tu sebab pengacara kot. Tahun ni pengacara Hanif dan Ray Era. Tak best sungguh dorang mengacara. Rindu Adibah Nor.. 

Saturday, June 1, 2013

Versus 2

Dah final dah pun semalam. Gila best realiti TV yang ni. Hehehe.. aku memang minat rancangan nyanyi-nyanyi of coz le aku cakap best. Kilauan Emas pun aku tengok tapi aku tak ada le cakap best gila sebab aku rasa tu sama je macam rancangan realiti pertandingan lain-lain cuma peserta dia orang tua. Hehehehe.. Ok balik pada cita Versus. Cita ni setiap hari Jumaat pukul 9.30 malam kat TV9. Aku adalah orang yang paling jarang tengok citer kat TV9 tapi sebab Versus aku tengok cuma yang tak bestnya clash pulak dengan Sebenarnya Saya Isteri Dia kat TV3 yang Izzue Islam berlakon tu. Tu pasal le kejap tengok ni kejap tengok tu. Tapi kebanyakannya memang tengok Versus le lepas pukul 9.30 tu. Live rugi tak tengok. SSID boleh tengok kat Tonton nanti. Actually tahun ni Versus dah masuk musim kedua. Musim pertama yang Hujan menang tu aku tengok gitu-gitu je. Tahun ni aku tengok betul-betul memang sebab Tomok masuk. Peminat Tomok sejak OIAM 3. Hehehehe.. 

Masa mula-mula keluar aku fikir dengan sapa le yang Tomok bergabung ni. Memang tak kenal langsung. Modread. Ntah sapa-sapa. Aku memang tak minat band underground ni. Tapi minggu ke minggu baru tahu yang Modread tu best jugak lagu-lagu dia. Tu pun sejak aku tengok battle drum solo tu baru tahu lagu dia satu. Sedap pulak aku dengar dan cari le lagu tu kat Youtube. Memang boleh diterima akal le lagu-lagu dia walaupun muzik dia sedikit keras.

Every week aku rasa persembahan Manifesto (Tomok + Modread) memang terbaik. Dalam semua persembahan dia yang aku tak berapa suka minggu mash up Wings & Search. Aku rasa biasa-biasa je show dorang dengan Jacklyn Victor tu. Paling gempak minggu Generasi Pop yang dorang buat dikir tu. Dan lain-lain tu pun best le semua. Semalam masa Manifesto dapat battle akhir, adoi.. seronoknya aku. Ingatkan tak ada harapan nak menang sebab dari awal Manifesto nombor 4 je. Dan bila Manifesto menang aku pulak yang lebih-lebih happy. Muhahahahaha.. Bengang je Dahlan aku menjerit-jerit seronok.

MANIFESTO
 (gambar dari Fanpage FB Modread)

Memang layak sangat Manifesto menang. Dorang kreatif ditambah pulak dengan suara Tomok yang sangat sedap. Tetiba je aku rasa aku ada minat tambahan kat Manifesto selain Tomok. Aku suka drummer dorang, Ainol. Muhahahaha... suka dia sejak dia perform drum solo battle. Memang hebat. Lepas dari tu every week tengok dia je. Dia main dram unik sebab orang lain kalau main duduk diam-diam. Dia idak, kejap bangun kejap duduk. Seronok tengok. Memang patut le dia hebat macam gitu sebab dia main dram sejak umur 10 tahun dengan Kristal. Masa dulu comel je.. sekarang dah berjambang tapi aku rasa tetap comel. Muhahaha..



Saturday, August 8, 2009

Setem The Movie


Hari ni aku pegi tengok cita Setem dengan Ely, Tikah dan Pidah kat GSC Tropicana City Mall (macam tak ada tempat lain je kan). Actually dari mula-mula aku tengok poster movie ni beberapa bulan lepas aku memang dah interested nak tengok movie ni sebab pengarahnya Kabir Bhatia. So far cerita-cerita arahan dia memang tak menghampakan le macam Cinta dan Sepi. Drama-drama tv dia pun best-best jugak tapi DM tak nak lak tengok cita Melayu. Last-last aku racun Chu Ma suruh tengok gak cita ni sebab Yatie pun cakap best. Hehehe.. berjaya jugak aku meracun deme.

Lama rasanya tak tengok movie Melayu yang boleh dikategorikan best dan superb. Setem boleh dikategorikan cita kelakar yang bukan lawak bodoh. Aku suka cerita ni. Tapi biasa le kenapa kalau cerita Melayu susah nak dapat sambutan daripada penonton termasuk orang Melayu sendiri? Padahal cerita camni ok apa. Betterlah dari Harry Potter yang buat orang tu sampai berdengkor dalam cinema. Lagi tak nak tengok cerita Melayu.. nak jugak-jugak tengok Harry Potter padahal bukan mengikuti pun semua episode Harry Potter. Huhu.. So aku suggest ramai-ramai pegi le tengok cita Setem ni. Memang berbaloi walaupun kena bayar RM10.00. Kalau dah abis tayangan kat cinema, beli original VCD tau. Kalau cita omputih tak pe beli cetak rompak. Hehehe..

Poster ni amik dari sini

Friday, March 6, 2009

Season 3 ke Season 4??

Semalam ada sambungan Heroes. Tapi Heroes season 3 part 2. Isk.. Ada part 2 pulak. Pening.. pening. Masa eposide ke 13 hari tu dah tunjuk dah season 4 - fugitives. So yang ni apa pulak?? Patut le hari Ahad lepas 1.03.2009 Star World buat marathon season 3 dari episode 1 hingga 13. Mula-mula masa dorang war-warkan aku ingat ulangan balik season 3 part 1. Pelik gak sebab baru je habis dah nak ulang balik. Rupanya ada part 2. Tu tak pe lagi. Tetiba episode ke 14 ni Sylar hidup balik pulak. Memang patut le aku tak puas hati dia mati macam tu je masa episode 13 hari tu. Tengok jelah. Kurang-kurang malam Jumaat aku ceria dengan adanya cita Heroes.

Thursday, January 22, 2009

End Of Volume 3 Villains

Hari ni adalah episode ke 13 atau episode akhir Heroes Volume 3 kat Star World. Macam tak puas hati je ending camtu. Senang sangat pulak si Sylar tu mati. Pastu Peter pulak dapat kuasa dia balik dengan cara macam tu. Ala.. tak thrill langsung.

Volume 3 ni cam tak berapa nak best le. Dengan banyak sangat orang-orang yang ada kuasa, tak kenal lak tu sapa orangnya. Dah le sekali je dapat tengok dalam masa seminggu tu. Star World tayangkan hari Khamis pukul 10 malam. Ulangan kali pertama pukul 2 pagi hari Jumaat. Dan ulangan kedua pukul 12 tengahari hari Jumaat jugak. So memang kalau miss hari Khamis pukul 10 malam tu memang tak ada chance le nak tengok. Ntah apa-apa le Star World ni. Buat le ulangan weekend jugak kan. Pastu selalunya kalau dah nak ending, biasa dorang akan buat marathon tapi kali ni tak ada. Huhu.. sedih sungguh. Agaknya dorang pun rasa volume kali ni tak berapa nak best kot. Apa-apa pun tunggu jelah volume 4 nanti yang to be called "Fugitives".

Thursday, November 6, 2008

Heroes Season 3


Heroes season 3 akan start malam ni pukul 10.00 malam kat Star World. Happynya. Lama aku tunggu sambungan season 2 hari tu.. Jangan lupa semua. Kena tengok tau. SAVE THE CHEERLEADER SAVE THE WORLD.

Tuesday, February 5, 2008

Telemovie PGC KDRM

Tayangan telemovie ni buat kat operation office kat USJ Subang. Sebelum start tu kitaorang ada makan-makan kuih yang mana kitaorang order dari Suanson. Ada currypuff, sardine roll, kuih lapis dan butter cake. So masa lepak-lepak nak tunggu Maghrib tu, sempat le kitaorang celebrate birthday Mr. Yong yang kebetulan jatuh hari yang sama.

Food malam ni Dato' yang pilih catering. Ada keow teow goreng, mi kari, salad, grill lamb, roti canai, tosei, kari ayam, ABC, teh tarik.. errhmm apa lagi ek.. Tu jelah kot. Rasa makanannya.. pada aku biasa-biasa je. Tak ada le sedap. Setakat boleh makan jelah. Keow teownya tawar. Tak rasa apa. Tak tahu le kalau camni yang dia kata sedap sangat. Ikut jelah. Dah dia nak juga-juga pakai catering ni.

Movie KDRM ni punya le hampeh. Tak best langsung. Rasa nak penampor pun ada kena tengok citer camni. At least wat le cita ala-ala cita Gerak Khas The Movie tu. Kalau citer camtu pun masih boleh diterima akal. Tension giler. Camana le dorang leh wat cita ala kadar camni dan pastu KDRM gi approve pulak. Nak tunggu cita ni abis sejam setengah.. macam rasa apa lagi. Bosan. Setengah bintang je. Tu pun bintang kesian. Hehehehehe....

Monday, December 3, 2007

Movies Under The Stars

Hari ni boss aku pegi course so aku leh le meluangkan masa mengupdate blog kejap. Hehehe. Sesekali je mengular. Ok kot. Aku selalu keja lebih masa aku tak ada pun claim apa-apa. So kalau aku curik masa sikit ok kot kan. Nak cerita pasal hari Sabtu lepas 1hb Disember 2007. Aku dapat tiket free tengok movie under the stars. Tapi malam tu tak ada star le pulak. Awal-awal tu macam nak hujan je. Tiket ni aku dapat sebab aku pegi tukar kat HLBB. So aku pilih cerita Mr. Bean's Holiday. Kalau ikutkan aku nak tengok Transformers tapi cita tu dorang tayang hari Jumaat malam pukul 9.45. Aku nak pegi tengok dengan sapa pulak kalau ambik tiket hari Jumaat malam. So ambik jelah tiket hari Sabtu.

Tempat diaorang buat ni kat Central Park, Bandar Utama. Actually boleh kata sempit le dorang buat kat sini. Orangnya ramai tapi tempat sempit. Sampai antara aku dengan orang sebelah memang rapat betul. Tapi sebabkan aku dengan Ely sampai awal juga, so kitaorang dapat pilih tempat landing yang agak ok. Kitaorang punya tikar pun besar so boleh kata selesa juga le. Siap boleh baring-baring lagi tengok movie. Syok le juga.. Nasib tak ada nyamuk je. Cerita yang aku pilih pun ok sebab tak panjang dan cerita kelakar. Jadi bising pun tak pe.

Budak yang pakai baju hitam ni kan memandai je alihkan kasut aku sebab dia nak landing kat sebelah aku. Sibuk je. Dah le makan nasi masa tengok wayang. Dia ingat pegi piknik ke??? Siap makan nasi lagi satu group. Sabar jelah. Orang lain pun bawak gak makanan tapi bawak fries, junk food,coklat, burger. Diaorang satu geng leh bawak nasi. Makan dengan tangan lak tu. Kelakar je. Hahahaha.. Dah tu diaorang boleh jadi pengulas cerita pulak sepanjang movie. Ala.. tahu le dah tengok. Tak payah le nak jadi pengulas filem pulak. Nyampah betul le.