Showing posts with label Cerita-Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita-Cerita. Show all posts

Tuesday, November 15, 2016

Air Asia Promo Seats 2017/2018


Semalam Cah hantar gambar ni kat whatsapp Fantastic Four.  Eee.. Dahlan le ni.. kenapa tak inform dah keluar tiket untuk bulan November 2017. Dia yang beria nak sangat ke Korea, tapi tak ada inform. Kalau tidak. hari Ahad malam dah boleh book dah. Air Asia promo seat ni biasanya dimulakan dengan free seat untuk member pada hari pertama which was semalam 14 November 2016. So kalau rasa nak dapat chance untuk dapat free seat, memang kena standby depan komputer / handphone. Tepat pukul 12.00 malam je kena login beli. Tapi dah sehari macam ni memang jangan harap le nak dapat free seat. So we go for promo seat jelah.

Balik kerja malam tadi, aku dah suruh Dahlan book dah. Tapi dia sibuk pulak nak pegi tengok wayang sebab nak pakai ticket free GSC aku yang last day hari ni. Ceritanya last week, kitaorang redeem 2 seats untuk cerita The Accountant. Seriously aku tak perasan citer tu kategori 18. So dah masuk dah sampai esclator, sekali budak tu panggil. Kak.. cerita ni kategori 18. Budak tak boleh masuk. Hayoo.. camana.. aku memang nak tengok The Accountant. So budak kaunter tu baik hati sikit bagi le kitaorang voucher staff yang boleh pakai dalam masa satu minggu. Hari Sabtu suppose aku nak pegi tengok dengan Kak Aishah, sekali sakit perut period pain, lepas ihtifal Batrisyia tidur sampai malam. So dah cancel. Jadi daripada rugi burn ticket ni, biar le Dahlan redeem. Dah balik tengok wayang ingatkan dia nak book ticket Koreanya, haram buat. 

Suppose my original plan nak pegi Korea tahun 2017 pada hari Sabtu 4 November 2017 flight pukul 1.00 pagi. Balik hari Sabtu berikutnya 11 November 2017 flight pukul 4.25 petang. Kira oklah le pegi Korea waktu ni sebab time ni dah dekat nak cuti sekolah. Batrisyia dah habis exam. Autumn pun masih tengah best. Sekali pagi ni  sampai-sampai office aku login Air Asia website, tengok-tengokticket yang aku nak tu dah habis dah promo seat. Jadi aku cakap dengan Dahlan tak apa pe lah kita balik hari Jumaat. Kurang sehari je. Meaning travel period aku 4-10 November 2017. Aku suruh Dahlan book cepat-cepat sebab promo ticket hari Sabtu 4hb tu dah tinggal 3 je. Ngam-ngam untuk kitaorang. 

Sekali pukul 9.01 pagi, aku terima e-mail daripada Dahlan tengok-tengok dia pergi book date Jumaat 10 November 2017 dan balik Sabtu 18 November 2017. OMG!!! Instead of kurangkan sehari dia boleh pegi tambah sehari. Habis le burst budget aku camni. Plan asal gi 8D7N. Sebab tak ada tiket nak pegi 7D6N. Sekali terbook 9D8N. Dia cakap benda tu auto click. Dah le buat kelam kabut. Huhu.. Tapi bila pikir-pikir ada yang bagus le. Lama kat Korea jadi boleh cover semua tempat. Tak ada le jadi macam Melbourne ritu. Kedua date ni seminggu lagi nak cuti sekolah panjang. Jadi rasanya memang dah tak belajar dah budak kecik tu nanti.

So total aku dapat untuk ticket je RM2,406.24. Kira sorang RM802.08. Tak murah kan ticket dia. Some more, child ticket pun harga sama. Lepas tu sekarang kan Air Asia dah bijak pandai suruh orang beli luggage, makan pilih seat siap-siap kalau nak discounted price. Mula pergi aku ingat nak amik value pack tu untuk aku dan Dahlan je. Batrisyia punya beli le satu-satu since nak luggage 40kg je masa pegi. Sekali tak boleh. Kalau book ticket sekali camtu, sorang amik semua kena amik. Memang hampeh sungguh Air Asia ni. So nak tak nak, pegi kena customise luggage, seat dan meal. Tak ada le penjimatan sangat. Balik ambik value pack. Jadi balik dapat 60kg luggage kau. Boleh borong kosmetik kat Seoul!! Total untuk semua-semua ni dah RM3,068.24. Cuma meal masa pegi je belum beli lagi. Dah dekat nanti baru add on meal pulak.

 

Tuesday, August 19, 2014

Gambar dari AEE Magicam S70

Sabtu lepas ada open house rumah kawan Dahlan kat Seksyen 27 Shah Alam. Saja je bawak camera baru nak test-test. Kang terus bawak pi Bali haram tak tahu pakai naya je. Casing agak berat untuk monopod cikai RM10 so kena bukak casing. Bila bukak casing tak fix pulak lubang dia jadi bila selfie, berpusing-pusing camera tu.. Ceh.. So kena bersabar ajelah memegang monopod cikai dengan camera berat.

Outdoor picture. Aku tak reti lagi nak ambik gambar lawa-lawa. Aku tengok gambar orang lain pakai camera camni lawa je.. ke camera aku cikai so gambar tak lawa? Ntah le. Tak kisah le janji dah ada camera jenis ni.

Indoor picture. Kat One Utama masa dinner. Comel pulak aku rasa Batrisyia kat gambar ni. Hahahaha.. puji anak sendiri. Sapa lagi nak puji yer tak..

Thursday, August 14, 2014

Merit Bonus 2014

Bulan Ramadhan lepas, masa pegi PMI evening talk pasal GST awareness dengan Miss Lim, dia ada bagitau aku pasal Dato' setuju bagi merit bonus untuk team yang terlibat dengan tender MEAL. Tak sangka juga tak pernah-pernah dapat tetiba je dapat. Rezeki aku le kan. Aku dapat sebulan gaji tapi untuk bayaran kali ni semua orang dibayar separuh je dari amount yang dapat. Seminggu sebelum raya bonus ni dah pun masuk dalam akaun bank tapi aku tak ada le keluar-keluar sebab belum ada plan nak beli apa pun. Nak belanja untuk hari raya aku dah provide duit dah. So simpan jelah dulu sampai rasa perlu.

Aku memang dah decide duit ni aku memang tak akan saving. Aku nak beli something dengan duit ni. Mula-mula aku ada tanya Dahlan nak tak beli tv baru, tapi dia cakap tak payah lagi sebab tv lama elok lagi walaupun dah outdated sangat-sangat. Lepas dia cakap tak payah, aku ada rasa macam nak beli basikal exercise tapi yang jumpa kena dengan budget macam tak best je. Yang best semua 3-4 ribu. 

Lepas tu masa raya ritu ada janji dengan bapak nak bagi dia handphone baru hadiah raya. Plan mula nak bagi Nokia je. Sekali masa nak pegi beli bapak cakap dia tak Nokia sebab dia boikot produk yang support Israel so delete Nokia. Aku cakap beli Samsung le. Korea brand. Bapak pun setuju. Masa gathering raya rumah nyah ritu aku terus ajak bapak pegi beli kat Tesco Puchong. Kat Tesco tu ada 3 je kedai telefon dan pilihan telefon dia pun limited. Aku suruh bapak pilih je mana dia nak. Kalau bapak pilih S5 aku beli je sebab aku dah niat nak beli bapak tepon baru. Tak cukup duit bonus aku tambah duit lain. Tapi bapak idak le pilih S5. Dia pun tahu kot tak guna beli mahal-mahal tapi tak pakai sangat. Bapak pilih Samsung Galaxy Trend Plus. Dapat harga RM399.00 je. 

Lepas beli handphone bapak, ada lagi balance duit bonus aku. So aku pun decide beli action camera. Mula-mula teringin nak beli GoPro Hero 3+ sebab tengok gambar Yus, gambar Tomok.. aduh cantiknya. Aku pegi le Digital Mall hari Ahad lepas balik dari open house rumah Adi. Sekali tengok harga GoPro umak.. camera aje dah RM1,499.00. Salesman tu cakap kalau abis murah pun dia boleh bagi RM1,350.00 je. Tak masuk display screen. La.. baru aku tahu yang display screen tu kena beli asing. Tambah tu tambah ni dekat RM2,000.00 jugak harga camera tu. Isk tak jadi le aku beli. Salesman tu suggest aku satu camera lain. AEE Magicam S70. Brand china je tapi distributor dia memang Malaysia. Ada dua tahun warranty. Orang tu cakap kualiti gambar semua sama je. Dia bagi RM1,299.00 Tapi aku tak ada le beli terus sebab Dahlan suruh balik pikir dulu.

Dah beberapa hari pikir, aku pun tak ada le reti sangat nak compare-compare. Lagipun aku memang nak camera ni, jadi aku decide beli jelah AEE Magicam S70 sebab tu memang bawah budget aku. GoPro memang dah luar kemampuan dah tu. Lagipun aku tak ada le nak bawak camera ni untuk action sangat pun. Saja nak syok-syok je. Hari ni aku ada course GST kat Concorde Hotel. Course habis pukul 5.00 petang so cepat-cepat balik ajak Dahlan beli terus hari ni. Tak mau pikir-pikir dah nanti aku tukar pikiran lagi. Pegi kat kedai yang sama. Rezeki aku kot tawar-tawar dia bagi best price RM1,199.00. Wah.. memang betul-betul bawah budget. Happy sangat.  


Ni le rupa cameranya. Tak try lagi pun camana. Tadi kat kedai, salesman tu dah ajar dah camana nak guna tapi aku kena belajar balik. Nampak macam senang je.  Macam compact camera je. Boleh kot. Yeah.. boleh bawak camera baru gi Bali.. 

Friday, February 28, 2014

AirAsia Travel Fair 2014

Aku dah lama teringin sangat nak pegi Bali. Keinginan tu meluap-luap bila baca blog Yus pasal trip dia pegi Bali. Dah ajak Dahlan berapa kali dah tapi dia asik tangguh-tangguh. Aku pun dah beberapa kali jugak usha flight tiket Bali tapi tak penah dapat murah. Abis murah pun tetap 200+ per pax. Memandangkan aku nak buat kitchen cabinet, terpaksa le aku memendam rasa. Ntah camana bulan Januari ritu aku kena keja masa public holiday sebab nak submit a/c sebelum Ms Lim pegi cuti CNY. LSSB keja PH dapat RM40.00 sejam campur meal allowance RM50.00. So keja sehari boleh dapat RM370.00. After CNY dorang mintak aku datang pulak hari wilayah sebab nak buat tender. So sehari lagi dapat claim RM370.00. Campur mileage pegi USJ sepanjang bulan Januari, lepas aku tolak bayar taxi, bayar Gooi etc dapat le aku 1500.00 jugak. Wah best betul. Aku cakap kat Dahlan jom le pegi Bali aku belanja flight sebab aku dah dapat RM1,500.00 ni. Kena paksa juga baru le Dahlan cakap suruh tengok-tengok date. 


23hb ritu tetiba Air Asia bukak sehari sale untuk Big Point member travel. Dahlan dah mula ajak aku pegi tempat lain. Aku tak mauuuu... aku nak gi Bali. Tempat lain tu murah so bila sama-sama tak ada duit pegi le sana. Ni aku tengah ada budget nak beli tiket ni. So tak jadi le book lagi. Esoknya AA bukak lagi sale. Ada free seat lagi tapi tak best sebab travel date dari October 2014 sampai March 2015. Aku nak pegi end August atau awal September. So ignore jelah offer tu. Semalam Dahlan bagitau hari ni ada AirAsia Travel Fair kat Paradigm Mall. Semua tiket ada 20% off. Ok sangat tu so mesti pegi tengok

Aku dah dapat dah date nak pegi Bali which is between 24 August to 31 August selama 5D4N. So kena pandai-pandai adjust tiket flight tu mana dapat the best deal. Mula nak pegi 27 August dan balik 31 August tapi tiket mahal so adjust pegi 24 balik 28 August. Murah sikit tiket flightnya. Kalau online dapat 1,176.00 tak campur baggage, seat dan makan. Mana tau kot dapat lagi murah kat fair ni kurang-kurang 20% off kan.

Dari LRT terus le pegi Paradigm. Jalan jam jugak tapi managed to sampai sebelum pukul 8.00 malam. Nasib baik tengah period so tak ada le kisah nak Maghrib dulu. Sampai sana tengok orang dah queue panjang giler. Join le jugak beratur. Mula aku suruh Dahlan pegi tengok-tengok apa yang best. Dia pun pegi tengok-tengok. Tak lama lepas tu aku punya turn pulak. Actually offer yang AirAsiaGo.com bagi macam best jugak tapi masalahnya aku tak boleh beli sekali dengan hotel lagi sebab aku langsung tak review pasal mana-mana hotel lagi. So cancel le. Bila aku balik ke queue, tengok Batrisyia dah tertidur. Kesian pulak tengok Dahlan kena dukung, aku suruh Dahlan duduk kat Starbucks sementara aku beratur sorang.



Dah sampai lane depan, dalam 5-6 orang kot depan aku baru aku panggil Dahlan. Masa tu dah dekat pukul 10.00 malam dah. Gila kau 2 jam aku beratur nak dapat diskaun. Ni mesti beli tiket ni kalau tak penat je aku beratur. Masa ni risau gak takut tetiba dia cakap dah tutup so tak boleh beli. Mampos... penat beratur 2 jam. Sekali dorang announce dorang akan bukak kaunter sampai pukul 12.00 malam. Fuh lega. Insyallah turn kitaorang boleh siap sebelum tu.

Sampai turun kitaorang, tiket yang betul-betul murah semua malam. Pegi pukul 8.25 malam which is sampai sana dah pukul 11.25 malam dan balik pukul 9.20 malam. Ada flight yang sebelum tu semua dah habis. Isk tak nak le sampai lewat sangat. Rugi je bayar duit hotel nanti. So pi mai pi mai lebih kurang je kuar duit nyer nanti sebab tilket murahnya tu pun RM292.00. Seratus je beza sorang. Nanti bayar hotel extra, bayar surcharge taxi lepas pukul 12.00 malam sama je kot. So aku decide amik je time asal yang aku nak. So diskaun sekadar 20%. Total tiket bertiga RM1,020.00 which is RM340.00 sorang. Nampak macam tak berbaloi je tapi ok le. Jadi le dari tak ada langsung. So confirm insyallah kitaorang akan ke Bali pada 24 August ni flight pukul 10.50 pagi dan balik pada 28 August flight pukul 5.00 petang. Ok sekarang masa untuk review hotel pulak. 

Saturday, January 25, 2014

Airfryer Idaman


Alhamdulillah. 6 November 2013 genap 7 tahun aku bekerja di LSSB. Macam-macam kejadian pahit manis 7 tahun di LSSB. Tentang gaji.. mhmm walaupun increment LSSB ni sedia maklum tidak memberansangkan, tapi lepas 7 tahun dah biasa dengan increment yang macam gitu. Score le full mark pun, itu jelah incrementnya kecuali ada adjustment salary. Anyway aku tetap bersyukur. Di LSSB hutang AKPK aku abis. Lega sangat rasanya.  Bonus alhamdulillah juga belum putus sejak dari tahun pertama aku  join. Sikit banyak tu rezeki kita le. Kena redha atas apa yang dapat. Alhamdulillah jugak tahun ni dapat bonus walaupun kurang sikit pada tahun lepas. 

Selasa lepas dah masuk dah bonus dan salary baru. Tetiba pulak dapat sms dari Aeon yang mengatakan 24 Jan ada special day untuk member. Beli RM100 dapat voucher RM10. Wah apa lagi peluang besar dah ni. Aku memang lama dah mengidam nak beli Philips airfryer tapi harga dia mahal bebenor. Aku memang dah berangan kalau dapat bonus kali ni nak beli airfyer reward untuk diri sendiri. Apa lagi lepas keja zas terus pegi One Utama. Keja pulak kat USJ maka cepat le sampai ke One Utamanya. 

Sampai-sampai je terus tuju eletrical appliances department dulu. Tengok harganya RM999.00. Fuh nasib tak beli masa home fair hari tu. Masa tu harga RM930.00 Memang le murah dari segi cash. Tapi kalau aku beli ni dapat voucher Aeon RM100 kira harganya cuma RM899 le kan. Lagi berbaloi. Aku memang suka dapat voucher Aeon sebab aku boleh beli baju kat sana. 

Lepas beli airfyer jalan-jalan jap dalam Aeon tu. Sekali nampak ada tulis ada cooking demo menggunakan peralatan Philips kat Aeon Mid Valley esoknya. Apa lagi ajak le Dahlan pegi. Nasib kitaorang baik tadi sampai-sampai je terus dapat parking yang kira dekat jugak. Mid Valley ni bukan senang nak dapat parking tambah-tambah lagi Sabtu Ahad. Cooking demo ni conduct by Chef Zam duta Philips. Tapi dia cuma tunjuk satu masakan je yang pakai airfryer ni. Baru kejap tadi baru bukak box. Ada buku resepi jugak dalam tu. Banyak jugak resepi yang boleh buat pakai airfryer ni. Cake pun boleh bake dalam ni. Menarik tu. Nanti kita cuba buat yer. 

Wednesday, June 26, 2013

Kegilaan Yang Melampau

Aku beli CD Modread?? Huhu.. sebelum ni haram tak kenal sapa pun Modread tetiba je beli CD. Muhahahaha.. Actually aku dengar lagu Neeruza Ozawa tu sedap sangat. Bermain-main dalam kepala lagu tu. First dengar Tomok nyanyi dengan Manifesto kat Versus 2. Pastu aku nak dengar original song aku cari le Youtube. Dengar Fami nyanyi lagi sedap aku rasa dari Tomok nyanyi. Decide beli album dorang. Nampak sangat tak kenal sapa Modread, terus main beli je. Online pulak tu. Rupanya lagu tu dalam album pertama. Aiyak.. tapi aku tanya jugak nak beli album tu dah tak ada stock pulak. Hentam jelah labu. Ada jugak lagu sedap dalam album ni tapi muzik dia keras bebenor. Kalau driving dengar CD ni confirm tak tido. Hehehehe....

CD Modread yang dah sampai ke meja aku pagi tadi. Suppose semalam dah sampai tapi Pos Laju yang ngok ngek tu boleh tak cari orang kat dalam. Dia cakap tak ada orang kat office. Mangkuk betul le. Kalau tak ada orang camana pulak le ko boleh masuk dalam cik abang oiii.. Penat je aku bayar RM7 untuk postage laju-laju kalau dua hari baru sampai. Huhu...

Budak ni le punya pasal aku beli CD Modread. Lantak le orang lain cakap dia tak hensem, pada aku dia hensem.. comel sangat. Muhahahaha.. Hadoi.. apa kena aku ni..Sebelum ni gila kat Izzue Islam. Ni udah Ainol Eqraf le pulak. Sedap-sedap pulak nama depa ni. Aku dapat anak lelaki nanti nak bubuh nama Izzue Islam ke Ainol Eqraf? Muhahahaha..

P/S: Pix Ainol Versus dari FBBentley Music Sdn Bhd

Sunday, May 5, 2013

Cerita Hari Mengundi 2013

Kome percaya tak tahun ni adalah tahun pertama aku mengundi? Kira ok le kan sebab ada orang langsung tak pernah daftar mengundi pun. Ngeh.. ngeh.. Tahun 2008 aku nak pegi mengundi tapi masa tu mak sakit so aku balik kampung sedangkan pusat mengundi aku kat UIA PJ. Jadi tak merasa le mengundi tahun ni. Aku pegi mengundi petang. Pusat mengundi masih UIA. Dekat je. Jalan kaki pun boleh tapi dah hakikat aku memang pemalas, aku suruh Dahlan hantar. Tapi kereta tak boleh masuk dalam le pulak. Park kat luar je. Kena jalan masuk jaaaauuuhhhhhh dewan tu. (tipu.. tak ada le jauh mana). Cuma tak seronok sebab kena jalan dalam hujan renyai-renyai.

Sampai sana mula-mula kena amik nombor saluran. Aku dah tahu dah saluran mana pun kena jugak pegi check sebab katanya nak tengok muka dengan IC betul ke orang yang sama. Dah dapat nombor terus je pegi saluran. Kat tepi pintu ada polis jaga. Tunjuk nombor saluran yang dibagi kat luar. Pastu park payung (hehehe.. tu tak termasuk dalam cara-cara mengundi). Pastu pegi je kat tempat orang yang jaga. Bagi IC. Deme check nama. Kabo muka surat berapa. Nama sapa dan IC number. Pastu dia check tangan depan belakang. Bubuh dakwat biru kat jari telunjuk kiri. Pastu dapat kertas undi 2. Satu untuk parlimen satu untuk DUN. Pastu pegi le duduk dekat meja tempat undi tu. Teruknya meja UIA ni. Udah patah-patah. Lepas tanda mana yang berkenan, masuk je dalam kotak undi. Pastu siap. Boleh balik. Nasib kejap je dan tak payah beratur langsung. Masa aku masuk tu ada sorang je tengah mengundi. Tak sampai 5 minit pun pegi mengundi. Yang lamanya berjalan kaki pegi balik ke gate je. Huhu..

 Bukti aku telah menunaikan tanggungjawab.

Balik dari mengundi bawak Batrisyia pegi main kat JKids Playground kat Tropicana City Mall. Dah janji dengan dia nak main sini. Best sangat pegi Tropicana hari ni sebab parking lengang. Senang gila. Dalam playground pun tak ramai orang. Nak masuk playground ni weekday RM20.00. Weekend dan public holiday RM30.00. Unlimited time. Boleh le kan sesekali. Kalau kerap tumpo gak le.

Tapi aku geram sangat dengan budak ni. Penakut yang amat tapi nak main. Nak jalan kat titi gantung tu sampai dia merangkak. Nak main tu takut main ni takut. Eee.. baik toksah masuk.

Sekali ada budak cina besar usik dia. Sengaja henjut-henjut atas titi tu. Lagi le dia menjerit-jerit. Sampai Dahlan terpaksa datang sebelah dan suruh budak tu jangan buat gitu. Hadoi.. le Batrisyia..

Main block ni paling dia suka. Eeee.. takat main menda ni kat rumah pun boleh kan.. Kawan le dia dengan budak baju belang tu. Dua-dua penakut. Last-last aku fedup tengok Batrisyia semua takut aku pegi gunting rambut. Dahlan sorang tunggu dia main sampai semua orang dah balik tinggal dia sorang je. Dahlan cakap last-last dia merasa jugak naik semua menda. Mhmm.. kena lama baru berani Batrisyia ni. Kena kerap bawak nampak gayanya.

Dah main kat playground, nak jugak naik menda ni. Haiyoo... Kitaorang balik dekat pukul 9.00 malam. Dinner kat rumah je. Sekarang menunggu keputusan pilihanraya. Hehehe betulnya menunggu pengumuman cuti sebab cemburu Selangor cuti esok. Dahlan dan Batrisyia seronoklah kat rumah berdua.

Wednesday, April 11, 2012

Macam-macam hal

Hari Jumaat ni dah nak pegi Singapore sekali baru realized camera rosak. Huhu.. Asalnya macam ni. Malam tadi aku nak charge bateri siap-siap plus nak delete le gambar-gambar yang tak berkenaan yang ada dalam memory card tu supaya banyak le empty space kenkonon leh le amik gambar banyak-banyak kat Singapore nanti. Sekali ntah apa aku tekan-tekan semua gambar dalam tu hilang. Huuuwaaaaaaa!!!!!!!!!!!! ada video birthday Batrisyia semua. Sayang tu.

So pagi tadi kebetulan ada makan-makan kat Taman Raintree sure jumpa Gooi aku pun bagi le pada Gooi mintak dia tolong recover balik gambar-gambar yang hilang tu. Gooi pun ambik memory card je. Pastu of coz le aku dah tak ada memory card so lepas abis kat majlis tu aku pun ajak le Dahlan gi beli memory card baru kat Tropicana. Dah beli testing sekali tengok gambar semua ada line-line. Adoi.. pelik kenapa jadi camtu. Tekan sana tekan sini sama je. Pastu dah balik rumah, Dahlan nak pegi on fridge kat PJS dan aku mintak dia singgah kat Digital Mall check naper jadi camtu. Sekali orang kat Ditigal Mall cakap camera tu dah rosak. Adoooooiii makkkk.. stress nyer. Nak pegi jalan camera tak ada. Camera Dahlan dah le tak best. Nak amik dengan Galaxy Note aku rasa macam tak cukup best. Huhu..

Last-last aku decide aku nak beli camera baru je. Tak rugi aku beli betulnya sebab aku memang sentiasa bawak camera mana pegi jalan-jalankan. So lepas Dahlan balik dari PJS terus kitaorang pegi Jusco One Utama. Malas nak survey kedai lain-lain dah. Reason beli kat Jusco dapat point. Hihi.

So tengok-tengok le mana berkenan. Ikutkan berkenan Samsung MV800 tapi aku tak ada budget sebanyak tu. Harga dia RM999.00. Lagi singgit nak cukup RM1K. Mahal tu. Tengok model lain Samsung macam model lama je. Pastu tengok Lumix. Murah. RM379.00. Aku tak kisah sangat betulnya touch screen ke tak touch ke. Pastu saleman tu cita-cita dia cakap better amik Canon. Last-last aku decide amik Canan Ixus 115HS kaler pink lagi. Hahahaha.. Harga RM599.00. Salesman cakap normal price RM799.00. Aku check kat internet harga RM649.00. Kira still ok lekan.


Bye-bye camera Samsungku.. banyak jasa tau camera tu. Gi Langkawi dengan arwah mak, masa kawin, masa Batrisyia lahir, dalam pantang dan macam-macam lagi. Nak buat camana. Bukan aku suka-suka nak cari penggantikan.. Hehehehe..

Sunday, March 11, 2012

Kami Dah Ada Passport

Setelah 2 tahun tak ada company trip (sob sob sian sungguh), tahun ni plan pegi Singapore dah diapprove oleh Dato'. Yahooo... So hari ni kitaorang pegi buat passport untuk aku dan Batrisyia. Dahlan tak buat sebab passport dia tahun depan baru mati. Sekarang buat passport sangat le senang. Hari Sabtu dan Ahad bukak dari 8.00 pagi sampai 1.00 petang. Kitaorang buat dekat imigresen kat Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta. Besar tempat ni. Parking pun free. Pastu kat dalam ni jugak boleh buat IC, nak amik surat beranak ke pun ada. Aku pun pegi le amik salinan surat beranak sekali memandangkan surat beranak lama dah terbakar. Dah le tak ada orang kat situ. Tapi tak dapat pulak amik sebab dia cakap orang kat Ipoh belum upload lagi so kena tunggu sebulan.

Lepas buat bayaran passport tu kitaorang pegi le amik surat beranak pastu pegi breakfast. Dalam masa sejam je dah siap dah passport tu. Best cepat je service sekarang ni. Yeay.. aku dah ada passport dah. Pertama kali ada passport. Sian kan kat aku. Hahahaha..

Tuesday, February 21, 2012

Iklan Jer..

Tengok gambar kawin ni rasa cantik sangat-sangat. Kaler temanya macam rasa nak MAKAN. Haha.. Apa punya komen tu. Tapi serius lawa. Ada banyak lagi contoh wedding picture dari dorang yang aku rasa lawa dan manis je. Sapa-sapa nak kawin boleh pakai khidmat ni.

Wednesday, February 15, 2012

Cerita Hari Rabu

Saya sangat penat memasak sebab tu le saya baring kat dapur ni. Mak suruh saya kupas bawang le, angkat beras le, susun besen le, banyak betul mak suruh saya buat. Sekarang saya dah letih jadi saya nak baring-baring je..

Bawang yang mak suruh saya kupas tadi, saya tak kupas pun. Saya sorok dalam bakul kain jadi mak tak nampak. Hehehe..

Tuesday, December 20, 2011

Try..test..


Test tulis entry pakai hp baru. Macam senang jugak. Tapi bila upload gambar tak nampak rupa gambarnya. Huhu..

Saturday, December 10, 2011

Cubaan Entry Galaxy Note


Letak gambar reti, nak tulis-tulis aku tak reti lagiiii.... tulis ni update pakai pc gak.. Tulun.. tulun camana nak update pakai henpon ni?

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 2011

Hari ni hari raya aidiladha. Kitaorang tak balik kampung sebab raya haji tahun ni turn raya rumah Dahlan. Raya kat KL ni biasa-biasa je. Tak ada rasa sambut raya langsung. Tambah-tambah cita tv pun tak ada cita special apa-apa. Lepas Dahlan balik semayang raya kitaorang breakfast, kejut Batrisyia bangun dan mandikan dia. Siap-siap keluar pegi kubur mak. Pastu baru gerak rumah MIL. Balik tu singgah kejap rumah Pak We pastu balik rumah zzzzz sampai petang. Tu je aktiviti hari raya tahun ni. Esok nak pegi rumah achik pulak. Kalau rajin singgah rumah Pak Nyah. Jom layan gambar pulak.


Ni je hidangan raya yang aku buat. Nasi impit dengan kuah kacang segera. Ayam rendang dan swiss roll tu beli. Jadi le kan. Teringin nak makan lemang. Masa pegi kubur mak, ada nampak orang jual kat TTDI tapi Dahlan tak nak stop pulak. Nasib singgah rumah Pak We ada lemang. Bukan takat lemang je ada pulut kuning gak. Nyum.. nyum.. sekarang rasa sebu perut pasal banyak makan pulut. Huhu..


Batrisyia pakai baju baru lagi. Actually baju ni aku beli untuk raya pose ritu tapi raya pose dia deman dan tak jalan mana so tersimpan jelah. Kebetulan pulak masa tu baju ni beso lagi. Sekarang dah elok-elok je dia pakai. Lepas ambik gambar tercabut dah cekaknya. Haiya Batrisyia, tak boleh bergaya langsung.


Gambar family pulak. Ngam tak kitaorang pakai kaler purple semua? Hehehe.. Tengok cekak Batrisyia dah tak ada. Dia cabut dan aku letak dalam beg terus.


P/S Hari ni ulangtahun kelima aku di LSSB. Tak sangka pejam celik pejam celik dah 5 tahun dia LSSB. Ada rasa nak cari keja lain tapi takut pulak tak dapat gaji macam ni dan keja kurang macam LSSB. Sabar jelah yer sampai abis hutang-piutang tu dulu


Monday, October 31, 2011

Sedut Ingus


Aku terjebak shopping online lagi. Huhu... Asalnya baca kat blok Yati pasal menda ni. Memang sangat-sangat menarik perhatian aku sebab Batrisyia selalu selsema dan aku sangat-sangat tak reti nak sedut ingus dia bawak keluar. Yang sedut ingus biasa tu ala.. yang bentuk dia gemuk kat bawah tu, aku dah beli masa dalam pantang tapi haram tak reti guna sampai sekarang. Last-lastnya jadi "toy" Batrisyia je menda tu. Pastu aku ada le cita-cita dengan Yati pasal aku memang tak reti nak sedut ingus dia. Yati suruh sedut pakai mulut pun tak reti jugak. Last-lastnya selalu le ingus Batrisyia meleleh je. Sian dia. Bila baca kat blog Yati aku teruja jugak le dan pesan le dia suruh belikan tapi tak bestnya kedai yang dia beli tu tak ada stok so dia suggest aku beli kat LittleWhiz. LittleWhiz tengah ada sale pulak tu so kira ok le. Aku pun tengok-tengok le dulu tetiba ternampak yang lain sikit dari Yati punya. Yang ini dijual semata-mata sedut ingus yang dari mulut tu dan harganya of coz le murah lagi sebab satu barang je. Lepas diskaun dan masuk delivery charges menda ni berharga RM21.30. Hari ni menda ni dah sampai ke office tapi tak bestnya dalam gambar kaler kuning ada gambar ayam, yang dihantar kaler biru gambar rabbit. Salah aku gak le sebab tak quote nak gambar ayamkan. Tak pelah so balik karang boleh le try nanti reti ke idak aku menyedut ingus Batrisyia. Kalau tak reti nampaknya kena praktis le sedut ingus Dahlan dulu.. eee yerk..

Sunday, October 30, 2011

Happy Halloween

Batrisyia punya toy baru. Boleh dia pilih menda ni... tak takut ke? Aku yang tengok yang takut. Dia suka. Pegang je tak lepas-lepas.


Sunday, September 11, 2011

Moon Cake

Pernah makan kuih bulan? Peberet aku ni tapi ketahui le semua bahawa kalorinya saaaangggat tinggi. Huhu.. Tapi tetap suka gak. Dulu-dulu masa keja kat Nacap selalu dapat free dari supplier. Of course yang halal punya le. Sekarang dah melambak dah kuih bulan ni yang halal. Lepas tu bila dah tak kerja kat Nacap tak ada le dapat free dah makan aku nak makan moon cake ni kena le beli. Dulu harganya tak sampai RM10 seketul tapi la ni.. mak aii mahal. Berbelas-belas ringgit.

Moon cake ni ada pelbagai perisa tambah-tambah yang dah dimodenkan le. Macam kat gambar atas tu belah kiri tu namanya Mango Jackpot.. hoho.. kaya tu kalau makan sebab gudang emas.. yang ni moon cake yang dah dimodenkan le. Dan sebelah kanan tu tradisonal punya. Lotus paste with double yolk lagi. Paling aku suka ni sebenarnya. Aku betulnya tak berapa gemar perasa moden-moden ni macam pandan le.. mango le even red bean pun aku tak berapa. Memang aku paling suka lotus paste tak kisah le ada telor ke tak ada. Ni dua-dua dapat free dari supplier gak ni. Banyak dapat so dorang bahagi-bahagi le yang mana-mana yang halal bagi pada yang Muslim ni.

Thursday, April 21, 2011

Aku Dah Grad Stage 1

Hari ni genap Batrisyia umur 6 bulan. Yeah!!!! Gumbiranya hati kerana akhirnya aku berjaya grad stage 1 menyusukan Batrisyia. Alhamdullilah. Syukur sangat-sangat. Jenuh tau jerih payah aku lalui. Entry pasal perjalanan penyusuan Batrisyia ni belum boleh tulis lagi sebab baru grad stage 1. Insyallah nanti bila dah grad penuh-penuh aku tulis.

Cita kedua pada hari ni cita tak berapa best. Dua hari lepas aku EL sebab Cik Batrisyia ni demam pulak. Tinggi tau demam dia sampai ada satu masa time tengahari tu sampai 39.3 dah. Cepat-cepat aku basahkan kepala dia dengan towel dan pasang air-cond. Alhamdulillah sehari je dia demam. Semalam aku pulak mc sebab tetiba kat leher aku ada biji-biji. Aku pegi doktor Kok, doktor tu cakap macam thyroid ke cyst ke dia pun tak pasti. Dia cakap macam besar jugak. Dalam 3cm. Tapi memang rasa sakit kat biji yang bengkak tu. Nak makan, nak menguap, nak berpaling boleh kata apa-apa aktiviti yang melibatkan tengkuk tu memang sakit le. Rasa macam tegang semacam. Doktor tu suruh aku tengok camana sampai Isnin depan. Kalau tak surut dia suruh datang balik ambik refer letter untuk ke hospital. Aku dengar-dengar cyst tu rasa macam hapa je takutnya. Semalaman aku tak boleh tidur. Aku fikir kata le kena operate camana dengan Batrisyia. Boleh ke dia tidur malam kalau aku kena tahan kat wad. Huhu.. macam-macam aku fikir.

Pagi tadi disebabkan rasa tak puas hati tu, aku pegi le terus ke specialist. Disebabkan tak pasti apa dia, aku pegi le buat appointment dengan ENT kat Columbia Asia Puchong. Doktor Megat tu baik sangat. Walaupun tunggu lama tapi sebab dia baik terus tak jadi nak marah. Bagus le doctor tu. Dia tengok-tengok je tengkuk aku dia terus cakap dia rasa macam thyroid. Tapi untuk confirmkan dia suruh scan dulu. Pas scan memang betul ada cyst kat thyroid glands aku. So kena le pegi doktor lain sebab thyroid bukan under dia. Dia referkan aku pada Doktor Muzzamil pulak. Menurut kata doktor tu tak perlu remove pun sebab masa scan memang cakap tak bahaya. Tapi dia nak monitor jugak pada menda tu. Aku cakap aku tak selesa bengkak camni. Pastu dia pun cucuk le kat tempat bengkak sebab nak kuarkan cecair tu. Pakai jarum tu. Macam ngeri je kan. Tapi tak sakit pun. Sakit lagi ambik darah kot. Rasa macam buat facial time dorang buang blackhead tu je. Tapi tak ada dapat banyak pun cecair yang kuar. Agaknya kecik sangat jarum dia guna kot. Pastu doktor tu cakap tengok le camana. Kadang-kadang dia boleh surut sendiri tanpa apa-apa treatment pun. Huhu.. harap-harapnya macam tu le. Amin..

Thursday, April 7, 2011

Sweetie

"Sapa penah makan roti ni sila angkat tangan macam saya.." hehehehe... Nampak roti ni masa singgah kat Newsplus kat Stesen LRT Taman Paramount tadi. Ntah kenapa tetiba teringin nak makan. Dulu masa belajar kat UPM, popular betul roti ni. Rasa macam hari-hari beli especially Yatie le. Lepas makan nasi, mesti dia bantai makan roti ni tapi semua pun tak habis. So tukang habis sapa lagi, aku, Mai dan Cah le. Hehehehe..

Dulu aku rasa macam sedap giler roti ni. Tapi tadi aku makan tak sedap mana pun. Roti ni yang dah tak sedap atau aku yang always kebulur masa kat UPM dulu so apa-apa pun semua sedap. Sekarang ni harga roti ni dah RM2.60. Rasa aku masa kat UPM harga dia baru RM1.50. Ok le lebih 10 tahun baru naik banyak tu je kan..


Sunday, February 13, 2011

Sakit Mata

Pagi tadi bangun tido terasa macam mata kiri ni susah nak bukak. Pegang-pegang penuh taik mata. Bila tengok cermin.. alamak.. sakit mata le pulak. Ingatkan esok nak mc sebab nak pegi cabut gigi yang dah sakit teramat-amat. Tapi kena mc sebab sakit mata le pulak. Jangan le jangkit pada anakanda Batrisyia ku itu. Huhu..