Friday, December 31, 2010

31 December 2010

Hari ni hari terakhir untuk tahun 2010. Seperti biasa, hari terakhir tahun tu mesti akan review balik apa pencapaian dan peristiwa sepanjang tahun. Tahun 2010 ni, macam tahun 2009 juga. Bercampur-campur. Dan perkara paling besar berlaku ialah kehadiran cinta hati, pengarang jantung, si manja aku, BATRISYIA.

Tapi peristiwa sebelum mendapat Batrisyia ni, aduhai.. macam-macam. Mula-mula sekali bleeding dalam LRT. Masa tu aku tengah mengandungkan dia 4 bulan. Alhamduillah tak ada apa-apa. Aku cuma diberi cuti rehat 2 minggu. Bila rahim dah kuat semua, aku kena diabetes pulak. Masa tu aku mengandungkan dia 5 bulan. Aku kena control semua pemakanan aku dan kena monitor sendiri sugar level aku. Teruknya rasa kena cucuk jari untuk buat test. (Aku memang penakut bab-bab jarum ni) Lepas tu masa beranak pulak. Ingatkan boleh normal. Dah bukak 10 cm pun sekali tak boleh keluar. Kena emergency cesarean. Tak pasal bil beranak mencapai dekat-dekat 10K. Huhu.. Tapi walau macamana pun harga aku bayar, mana sama dengan Batrisyia kan. Dia lebih berharga dari segala-galanya. Tak kisah le kena cucuk ke habis duit ke yang penting Batrisyia selamat dan sihat.

Benda-benda lain tak ada kot pencapaian aku sebab sepanjang tahun 2010 aku cuma keja 9 bulan je. 3 bulan lagi aku cuti. Maternity leave - 60 hari. MC - 14 hari. Hospitalisation leave - 17 hari. Annual leave - 11.5 hari. So total semua 102.5 hari. Dah 3 bulan lebih. Tu tak masuk cuti Sabtu, Ahad dan public holiday lagi tu. Kalau campur-campur semua berapa bulan je aku keja kan. Hahahaha.. best best.

Lain-lain peristiwa 2010 pulak. Awal tahun majlis kawin aku untuk side Dahlan. Lepas tu kitaorang buat outdoor photography. Lepas tu rumah terbakar. Ely kawin bulan June. Pertama kali tak beraya dengan family kat Bota ramai-ramai sebab tahun ni turn rumah Dahlan. Lagi apa ek.. tu je kot.

Bercuti dan jalan-jalan. Awal tahun pegi holiday kat Swiss Garden Damai Laut. Tak best langsung. Bosan giler. Lepas tu tengah tahun pegi Kelantan sebab Ely kawin side Ikram. Yang ni syok jugak le sebab aku naik flight. Hehehe.. Hujung tahun pulak holiday kat Bota selama lebih sebulan sebab berpantang.

Azam 2011 - Nak make sure dapat breastfeed Batrisyia sepanjang tahun dan bersambung ke tahun 2012. Kiranya sampai dia umur 2 tahun le. Azam lain tak ada sebab malas nak berazam-azam tapi hampeh je.


Thursday, December 30, 2010

Gaya Bebas

Akhirnya aku beli juga breast pump lain. Dan yang paling caya tak caya tu aku beli Medela Freestyle. Huhu.. Kena guna duit bonus tahun ni untuk beli. Bonusnya belum dapat tapi dah ada dah barang dibeli. Bankrupt aku. Semua ni sebab aku malu masa pump susu kat office, pump Medela Mini E aku berbunyi ekk ookk ekk ookk.. ganggu semua orang.

Masalah utamanya sebab aku tak ada time nak pegi sukaria buat pumping session. Dah le aku amik masa hampir setengah jam setiap kali pumping session. Pulak tu aku plan nak pump 4/5 kali sehari. Maunya boss aku bising aku asyik tak ada je kat tempat aku. Karang tak pasal-pasal aku stress mengejar nak cepat abis pump last-last susu tak keluar, naya je. Jadi aku amik keputusan pump je kat workstation aku memandangkan office aku ni tak ada staff lelaki. Yang ada depatch dan driver which is dorang jarang sekali masuk dalam office. Oppss lupa plak Dato'pun lelaki. Tapi Dato' bukan duduk sama workstation dengan aku. Bilik dia pun jauh so tak payah le amik kirakan.

Bila dah pump kat workstation, aku rasa pump Medela Mini E tu betul-betul ganggu semua orang. Aku pun naik malu. So tu pasal le aku ambik keputusan untuk beli pump baru. Mula-mula macam nak beli Spectra yang berat nak mampus tu (sebab ada orang cadangkan tinggal je kat office, kat rumah pakai Mini E). Tapi bila aku fikir-fikir balik, dah alang-alang nak beli baru, beli jelah yang terbaik ni. Tak ada dah aku pikir pasal nak membeli pump baru lepas ni. Lagipun aku nak pakai pump ni lama so tak rugi rasanya kalau invest lebih sikit.

Nasib baik le aku dapat beli dari sini, harga dia jaaaauuhhh sangat-sangat murah berbanding di mana-mana website atau kedai lain. Kalau sapa-sapa nak beli, aku memang recommend belilah dengan dorang. Dorang memang ok dan boleh percaya. Tak payah nak risau bayar deposit ke apa ke. Wah.. ni baik punya promote ni. Hehehe..

Aku dah dapat pump ni hari Rabu lepas. Sendiri collect sebab office Iffa kat KLCC. Jenuh ni bawak naik LRT. Sampai la ni aku belum lagi bukak dah baca manual pump ni. Nanti le weekend ni baru le aku try dan baca manual dia abis-abis. Harap-harap lepas guna pump ni production susu aku bertambah baik. Amin..

Sunday, December 26, 2010

1st Anniversary

Hari ni aku dan Dahlan punya first wedding anniversary. Kejap je pejam celik pejam celik, dah setahun dah aku kawin dengan Dahlan. Kitaorang celebrate pun biasa-biasa je. Cuma pegi makan kat Muhibbah Seafood. Selain dari celebrate annivesary, aku nak belanja Tikah dengan Pidah sebab dorang tolong jaga Batrisyia masa dalam pantang. Sepatutnya nak belanja Kak Semah dengan Abang Harun sekali tapi dorang tak jadi datang KL pulak. Lepas makan-makan, kitaorang pegi jalan-jalan kat Ikea sebab nak menghabiskan voucher hadiah kawin aku. Huhu.. dah setahun tak abis-abis. Hadiah annivesary - Tak ada hadiah material sebab masing -masing dapat hadiah paling besar dan berharga iaitu BATRISYIA


Thursday, December 16, 2010

Batrisyia 8 minggu

Hari ni genap Batrisyia 8 minggu tapi belum 2 bulan lagi. Hehehe.. apa punya ayat ler. Maknanya kalau kira minggu dah minggu kelapan tapi kalau kira bulan belum lagi. Minggu depan baru dia cukup 2 bulan. Hari ni aku ada appointment dengan Doktor Raja so aku pun set appointment injection 2nd month Batrisyia sekali. Senang pegi sekaligus. Masa kena injection kemain kuat lagi menangisnya.. macam aku jugak kot.. takut jarum. Hehehe... Berat Batrisyia sekarang dah 4.72kg. Kira average je. Tak besar tak kurus. Panjang dia pun sama gak. Average. Bagus le kan macam tu.

Tak tahu apa le dorang ni suka sangat ambik gambar Batrisyia menangis. Isk.. isk..

Monday, December 13, 2010

Stok EBM


Semalam cukup seminggu aku dah mengumpul stok EBM. Tak banyak mana tapi syukur alhamdulillah, ada juga rezeki untuk Batrisyia. 7 hari pump dapat le 20 pek. Setiap satu tu ada 100ml. Mula-mula dulu aku buat 3 oz (lebih kurang 90 ml) tapi lepas tu aku tambah sikit lagi jadi 100 ml sebab sekali Batrisyia minum 50 ml so senang le nak cairkan nanti. Bahagi dua je. Aku rasa lepas ni nak beli liner brand lain sebab yang jenis ni makan space. Dah le mahal. RM12.90 untuk 25 pcs je. Yang satu brand lagi tu RM29.90 untuk 100 pcs. Ada diskaun 20% pulak tu kat BB Store. Cuma yang tak bestnya liner lagi satu tu kena ikat pakai getah. Harap-harap lepas ni dapat buat stok banyak-banyak lagi.

Sunday, December 12, 2010

Aktiviti Perah Susu

So far aku tak penah perah susu dapat banyak macam ni. Selalu kalau aku perah masa bagi Batrisyia tek, dapat le maksimum pun 3 oz. Pernah pump kat kampung masa Batrisyia tidur, maksimum dapat 4 oz je untuk dua belah breast. Tu pun dekat sejam kot. Hari ni setengah jam boleh dapat 5 oz. Betul le orang cakap masa pump jangan fokus dengan pump je, nanti stress so susu tak keluar. Tadi masa pump aku main farmville. Hehehe.. Tak sedar pulak boleh dapat banyak tu. Lain kali tiap kali nak pump aku nak main farmville le. Boleh dapat banyak.

Sekarang tunggu Batrisyia bangun nak direct feeding dia dengan sebelah breast lagi. Hari ni nak test berapa banyak susu dia cukup so sepanjang siang ni tak boleh nak bagi dia tek. Huhu.. macam tak best je tak dapat peluk-peluk. Baru test tak dapat direct feeding dah rasa macam tu camana nak tinggal dia kat nursery ni????

Wednesday, December 8, 2010

Breast Pump & Cooler Bag

Masa sebelum beranakkan, antara barang yang aku dah beli ialah breast pump dan cooler bag sebab aku memang bercita-cita nak bagi Batrisyia breast milk sampai dia umur 2 tahun. Aku beli kat baby fair satu set macam dalam gambar bawah ni. Masa aku beli breast pump, aku ni tak ada knowledge langsung. Nak beli brand apa, yang macamana semua tak tahu. Aku refer pada beberapa orang kawan ramai yang cakap dorang pakai brand Medela. Nyah pun ada suggest aku pakai brand sama sebab dia cakap hospital pakai brand tu. So aku pun beli le. Satu set camni harga dalam RM500 lebih. Kira murah le sebab kalau beli pump aje dah RM400 lebih. City Style Cooler Bag dah RM200 lebih. Campur pulak dia ada bagi free 2 storage bottle dan nipple cream.


Actually masa beli tu aku tertarik jugak pada package model Medela Swing sebab yang ni boleh stimulate breast dulu baru le pump tapi harganya dah lari budget aku. Package tu dah RM800 lebih. Kalau ikutkan hati sapa tak nak yang terbaik kan. Kalau aku berduit aku beli terus yang double pump freestyle tu tapi lepas tu boleh bankrup. Hehehe.. pasal yang tu dekat RM2,000.00 harga dia. Memang tak mampu le aku. So ikut budget aku, memang Mini Electric ni jelah yang mampu dibeli. Lepas beli je aku pegi pulak booth Moms Little Ones sebab nak beli extra storage bottle sekali orang yang jaga booth tu cakap dengan budget aku tu sebenarnya aku boleh dapat double pump brand lain yang actually ok jugak. Eee.. mana nak tahu kan. Nak buat camana dah beli dah.

Serius cakap sebenarnya aku tak berapa puas hati dengan pump ni bukan sebab dia terus sedut je susu tapi sebab bising. Bila aku pump masa bagi Batrisyia menyusu dia pun macam bengang je sebab bising. Hehehe... sian anak mak. Tak pelah, lama-lama nanti dia biasa le kot bunyi bising tu. Kalau ada budget lebih, macam bercadang je nak beli double pump pulak. Huhu.. besarnya cita-cita aku.

Lepas tu, masa aku beremail dengan sorang blogger yang success betul penyusuan anak dia (kagum aku tengok dorang boleh buat EBM melambak-lambak macam tu), baru le aku terfikir camana aku nak hantar stok susu ke nursery nanti sedangkan cooler bag tu aku nak bawak ke office. Lagi pun cooler bag aku boleh muat 4 bottle je. Dia suggest aku beli jugak cooler box walaupun perjalanan dari rumah ke nursery tak lama mana. Dia jugak suggest aku pegi ke Moms Little Ones, PJ branch supaya aku boleh tanya dorang apa-apa saja yang aku musykil.


So tadi aku pun pegi le ke sana. Owner kedai dan staff dia memang baik. Both dorang LC dan PC so dorang memang pakar le bab breastfeeding ni. Macam-macam soalan le aku tanya sampaikan aku suruh dorang tengok betul ke tak cara lekapan aku bagi Batrisyia menyusu.

Masuk bab cooler bag ni, dorang suggest jangan letak susu kat fridge nursery. Dorang cakap biar je maintain dalam bag tu sebab cooler bag brand Moms Little Ones boleh tahan sampai 16 jam. Lepas tu bag tu boleh muat 6 botol besar so kira cukup sangat-sangat le keperluan Batrisyia sehari. Yang paling aku sakit hati tu, harga bag tu termasuk 3 ice pack dan 6 storage bottles baru RM125.00. Ada diskaun 20% pulak tu so dapat le harga dia RM100.00. Eee.. mau tak bengang. Aku ingat aku beli Medela tu dah abis murah dah sekali aku boleh dapat yang lagi murah. Aku beli jugak le bag ni untuk Dahlan bawak ke nursery dan senang boleh tinggal terus. Yang Medela punya aku boleh bawak pegi office.

Menyesal memang le menyesal tapi nak buat camana. Kalau aku betul-betul survey dan tahu pasal ni sebelum beli, dah sah-sah aku boleh dapat double pump. Tu lah lain kali baca banyak-banyak dulu baru le buat keputusan nak beli. Jangan main beli je. Doakan le aku berjaya dengan cita-cita aku bab penyusuan ni sebab aku rasa dah banyak aku invest ni. Insyallah..



Thursday, December 2, 2010

First Haircut

Semalam lepas selesai kenduri doa selamat, kitaorang gunting le rambut Batrisyia. Hehe..macam cukur jambul pulak. Actually bukan le buat upacara cukur jambul. Gunting rambat dia bahagian bawah je sebab seluruh leher dia penuh dengan ruam sebab panas. Tukang guntingnya tak lain dah tak bukan Attikah Haron le. Dah dia je yang berani buat semua. Potong kuku Batrisyia pun dia, cuci lidah pun dia so gunting rambut pun dia jugak le. Thank you Kak Ikah..

Wednesday, December 1, 2010

Batrisyia's Full Moon

Hari ni hari ke 41 umur Batrisyia. Kiranya semalam dah lepas dah pantang 40 hari. So hari ni kitaorang buat doa selamat sempena lepas pantang untuk Batrisyia. Aku buat lepas 40 hari je sebab kalau 44 hari jatuh hari Sabtu ni. Ahad aku dah nak balik PJ dah.

Dah siap-siapkan dia lawa-lawa sekali dia meragam. Lepas bagi tek dia tidur pulak. Tak dapat nak ambik gambar dengan dia banyak-banyak. Lawa tak Batrisyia pakai cekak rambut? Ada le sikit rupa gegirl kan tapi masih ada orang tanya boy ke gegirl. Huhu.. sian Batrisyia.

Ni le food untuk hari ni. Pulut kuning dan rendang ayam makanan wajib kenduri doa selamat tak ada dalam gambar. Lain dari tu ada mihun goreng, karipap, durian, kuih lompong sponsor by Makcik Shidah dan yang special untuk kenduri lepas pantang mesti le bubur anak lebah. (yang kaler hijau tu)


Kak Semah nak bagi bunga telor pada tetamu so ikutkan jelah lagipun dia cakap dia nak sponsor. Bekas bunga telor balance masa Ely kawin.

Gambar dengan Batrisyia. Mula-mula masa orang baca doa elok je pakai tudung. Lepas tu Batrisyia meragam nak tek lagi terus cabut semua tudung. Ekekeke.. nasib le masa ni orang dah balik dah. Tinggal sikit-sikit je sedara mara perempuan.

Tuesday, November 30, 2010

Jalan-Jalan @ Ipoh

Kiranya ni le pertama kali Batrisyia berjalan. Pegi Jusco Ipoh. Kalau sebelum-sebelum ni bawak dia pegi kedai pun dia tak turun keta. Kitaorang pegi makan je pun kat Jusco. Lepas tu Batrisyia nak susu nak pegi le baby room kat Jusco. Sambil aku bagi dia tek, Tikah dengan Pidah bershopping. Lepas tu aku pulak shopping. Hehehe..


On the way nak balik rumah kitaorang buat keja gila sebab aku le nak sangat tengok sekolah Bainun. Hehehe.. dah lama tak datang sini. Last datang masa tahun 2002 kot. Kelakar aku tukang tunjuk jalan tapi sesat larat sebab aku serius tak ingat camana nak pegi balik sekolah. Nasib le jumpa jugak.

Tikah & Pidah cakap lawa sekolah ni so kitaorang semua bergambar sakan le. Lawak betoi. Macam pegi bercuti ke mana je.


Balik tu singgah kedai Mommy Baby Shop. Ambik membership card aku yang baru siap dan nak beli reben Batrisyia untuk esok. Dah beli pakai siap-siap. Ekekeke.. lawak le Batrisyia pakai reben. Tak macam gegirl pun. Dha le comot je sebab dah seharian berjalan. Tengok pulak esok camana rupa dia lepas make up lawa-lawa yer.

Pijak Masjid

Aku ada le baca satu entry dalam satu blog yang aku follow, dia cakap sebelum bawak anak kecik pegi mana-mana, bawak le anak tu pijak masjid dulu sebab elok le kalau tempat pertama yang dia cecah tempat yang elok-elokkan. Tapi aku tak pasti le untuk semua baby atau baby lelaki je, maka aku anggap semua jelah. Tak rugi pun buatkan. Moga Batrisyia jadi anak yang beriman kelak.

Disebabkan semalam nak bawak dia jenjalan kat Jusco, so sebelum pegi Jusco Ipoh, aku bawak le Batrisyia menjejakkan kaki dia kat masjid dulu. Masjid Bota je pun. Actually ni bukan le pertama kali Batrisyia keluar rumah. Kali pertama masa pergi hospital check up lepas seminggu lahir. Kali kedua pegi Klinik Kesihatan Bota Kiri sebab nak check jaundice. Lepas tu pegi Klinik Satu Malaysia sebab aku tak sihat. Lepas tu pegi Klinik BS Yeoh kat Ipoh. Kira ok le kan sebab semua-semua pun dia pegi sebab terpaksa je. Kali ni betulnya nak bawak dia pegi klinik jugak sebab dia banyak ruam tapi lepas tu kitaorang nak pegi makan kat Jusco so dah kira berjalan le tu. Hehehe.. belum abis pantang dah berjalan yer.. ala.. aku dah 39 hari dah masa aku berjalan, kira ok le kan.

Masa nak bawak dia pijak masjid ni, dia tengah tido. Tu muka dia semacam je masa jejak kaki tu sebab tido dia kena ganggu. Hehehe..

Monday, November 29, 2010

34th Birthday


Hari ni birthday aku yang ke 34 tahun. Alhamdulillah dah masuk 34 dengan kesihatan yang baik. Tahun ni celebrate birthday kat kampung. Tak ada buat apa pun cuma beli kek kecik untuk menghargai diri sendiri. Tapi dah malam baru dapat celebrate sebab sepanjang siang kitaorang pegi Ipoh. Balik-balik dari Ipoh, Batrisyia pulak mengamuk. Dah pukul 10 lebih baru le dapat potong kek. So abaikan jelah rupa aku yang macam hapa sebab penat Batrisyia mengamuk. Agaknya dia rasa pedih kat tempat ruam dia bila aku sapu ubat doktor. Huhu.. last-last bedak sejuk jugak berguna untuk Batrisyia. Buat menghabis duit RM114.00 je aku pegi jumpa doktor pakar kat Ipoh kalau tau dia macam ni. Huhu..

Sunday, November 28, 2010

Zombie Kampung Bota


Comel tak muka Batrisyia kena bedak macam ni?? Aku tengok dah rupa Zombie Kampung Pisang dah.. ekekeke.. so ni kiranya Kampung Bota le. Al kisahnya badan dia banyak sangat ruam especially kat belakang leher dia. Tak tahu le kenapa jadi macam tu. Sebab panas ke, alergic ke kitaorang pun tak pasti. Memula nak bawak gi doktor je tapi hari ni tutup pulak klinik BS Yeoh so bawak esok jelah. Sementara nak tunggu esok, Kak Semah suruh letak bedak sejuk kat tempat yang beruam tu. So alang-alang dah sapu kat belakang leher sapu le sekali kat seluruh muka sebab muka dia pun ada ruam jugak.

Sunday, November 21, 2010

Batrisyia Dah Sebulan


Alhamdulillah..hari ni Batrisyia dah genap sebulan. So far tak susah sangat nak menjaga Batrisyia. Kadang-kadang je dia meragam sebab perut dia tak selesa dan sebagainya. Tinggal sebulan je lagi aku nak berkepit dengan dia, lepas ni terpaksa tinggal kat nursery pulak. Huhu.. rasa macam tak harap je orang lain nak jaga dia. Risau je.

Babysitter yang hari tu dah confirm nak jaga Batrisyia tetiba cancel pulak. Menyusahkan betullah. Nasib baik le ada Nina tolong bagi beberapa contact nursery so dapat le satu nursery kat Damansara Utama. Aku tak tahu le ok ke tak sebab yang pegi tengok Dahlan sorang je. Dia dah booking tempat siap-siap nursery tu. Aku doa-doa dorang jaga le Batrisyia baik-baik. Biar le dorang sayang Batrisyia.

Monday, November 15, 2010

Minyak Kembung Perut


Masa tengah pregnant dulu sibuk gak le mencari minyak kembung untuk baby sebab tu salah satu dari item yang orang letak dalam list. Aku tanya dua tiga orang member aku yang anak kurang dari umur setahun semua syorkan aku beli minyak Yuyi cap limau so aku pun beli le brand tu. Kalau ikutkan aku semua nak beli botol besar sebab aku tengok botolnya walaupun paling besar tapi aku tengok kecik je.. hehehe tapi niat aku tu dihalang oleh Dahlan so aku beli jelah botol kecik. Nasib jugak le aku beli botol kecik sebab masa Batrisyia berurut dengan Makcik Bidan hari tu, makcik tu cakap minyak Yuyi dan minyak telon tak berapa berkesan untuk kembung baby. Dia sarankan beli minyak TYT.

Aku pun try le pakai minyak TYT pulak memandangkan Batrisyia pun dah banyak hari menangis malam sebab kembung perut. Beli kat kedai Bota je botol yang kecik. Dah pakai sehari dua nampak ada perubahan. So aku pun mintak le Tikah belikan aku yang roll on kat Sitiawan supaya senang sikit aku terus sapu je tak payah guna tangan especially bila dah balik ke PJ esok nak handle Batrisyia sensorangkan. Sekali Tikah silap beli pulak. Dia terbeli botol besar. Huhu.. tapi aku tetap nak jugak yang roll on so suruh dia beli lagi. Last-last semua type aku ada. Kecik besar roll on.. hahaha.. macam buat iklan minyak je dah..

Thursday, November 11, 2010

Traditional Massage

Hari ni hari ketiga aku berurut dengan Makcik Bidan Timah. Batrisyia pun kena urut sekali jugak sebab dia selalu kembung perut. Lepas Makcik Bidan mandikan dia, terus dia kena urut sekali. Diam je dia kena urut.

Tuesday, November 9, 2010

Klinik Dua Generasi

Sejak dari hari Dahlan balik kampung tu Batrisyia kerap tersedak bila minum susu. Kadang-kadang tak minum susu pun tersedak jugak sampai naik fobia aku nak menyusukan dia takut tersedak. Lepas tu perut dia pulak besar semacam. Tak tahu kenapa. Nyah cakap kalau nak betul-betul kepastian pegilah bawak dia jumpa doktor.

So hari ni aku bawak le Batrisyia pegi doktor pakar kat Ipoh dengan bapak, Tikah dan Fidah. Actually klinik ni aku dah biasa pegi dari kecik-kecik lagi. Kalau sakit tak baik last sekali mesti bawak pegi klinik ni jugak. Punya le lama dah klinik ni ada. Doktor ni pun dari muda sampai dah tua dah sekarang. Dari tak ada pangkat sekarang dah ada gelaran DATO' dah. Last sekali aku penah mendapat rawatan dari klinik ni masa aku form one ke form two. Dah tak kanak-kanak dah masa tu. Hehehe...

Susun atur klinik masih sama cuma rasa macam lawa sikit kot dari dulu. Doktor check Batrisyia dia cakap semua ok. Dia selalu tersedak sebab dia menyusu laju sangat. Masa tak menyusu tersedak sebab dia nak keluarkan lendir je. Perut dia besar pulak cuma kembung je. Ok le at least aku puas hati dengan jawapan doktor dan dah tak fobia lagi dah.

Sunday, November 7, 2010

Pil Tambah Susu

Rasulullah saw bersabda :

” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ”

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.

Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

“Gunakanlah Halba sebagai ubat”



Masa baru lepas bersalin ritu susu badan aku tak keluar banyak. Sikit sangat-sangat. Jenuh perah nak dapatkan 2oz pun susah. Batrisyia pulak kuat bergayut sampai satu tahap susu aku kering langsung, terpaksa bagi dia minum susu formula hari tu. Sedih aku rasa. Aku pun sms le kawan-kawan yang dah beranak tanya kalau-kalau ada petua menambah susu. Dalam ramai-ramai yang aku sms, Angah aka Nina suggest suruh makan halba.

Mula-mula aku malas nak beli kapsul sebab Dahlan cakap kapsul tu dijual banyak sangat. Satu pek sampai 1000 biji so aku cuba le rebus halba ni dan lepas tu aku cadang nak minum je airnya. Sekali bau dia punya le kuat. Tak boleh tahan aku. Masuk je mulut terus muntah. Lepas tu aku suruh jugak Dahlan beli kapsul tu dan beli le halba banyak-banyak untuk bawak balik kampung. Sampai kampung pun tak proses lagi halba ni sebab banyak hal lagipun jaundice Batrisyia masih ada risau gak nak makan benda-benda ni.

So hari ni baru le ada kesempatan nak proses halba ni. Tak susah pun nak buatnya. Basuh bersih-bersih, keringkan (aku jemur je), pastu blend kering dan masukkan dalam kapsul. Halba ni keras sikit susah nak hancur so kalau susah hancur panaskan dulu dalam microwave pastu blend le sampai hancur.

Dah siap dah pil halba@pil tambah susu aku. Menurut kata Nina, dulu dia makan 5 biji pagi dan 5 biji malam tapi so far aku cuma makan 3 biji pagi dan malam je. Takut nak makan banyak-banyak lagi takut Batrisyia cirit.

Actually khasiat halba ni ada macam-macam lagi selain menambah susu ibu tapi aku malas nak tulis so korang baca jelah kat sini.


Saturday, November 6, 2010

Jom Mandi

Hari tu 03/11/2010 buat pertama kalinya aku mandikan Batrisyia. Hehehe.. takut giler tapi terpaksa le buat jugak kalau tak nanti dah balik PJ sapa pulak nak mandikan dia. Kak Semah guide aku camana nak mandikan dia je.


Mula-mula cuci mata dia. Cuci muka dia. Cuci bawah tengkuk dia. Pastu baru cuci kepala dan rambut. Pastu bilas. Pastu lap sampai kering. Kalau tak kering nanti Batrisyia boleh dapat selsema. Dah siap keringkan rambut baru masukkan dia dalam bath tub. Mula-mula nak mandi terus macam Kak Semah buat tapi masuk-masuk je dia dalam bath tub rasa macam tak boleh nak handle dia dalam tub tu.

Nasib baik le aku dah mengambil langkah keselamatan beli menatang kaler pink tu untuk letak dia supaya tak direct terus dalam bath tub. Hehehe.. Bagus ada benda tu untuk orang yang baru nak belajar mandi baby macam aku ni. Tapi Batrisyia tetap nangis jugak sampai aku dah berpeluh-peluh tak boleh nak handle dia.

Last-last Kak Semah jugak le kena ambik alih sudahkan sebab Batrisyia dah meraung-raung dalam bath tub tu. Adoi lah.. patut le lepas tu aku pening kepala sampai susah nak bernafas. Pastu terus kena pegi klinik ambik ubat.

Lepas dari hari tu aku ada try mandikan dia lagi tapi cara aku le. Tak ada tadah-tadah air dalam besen dia. Buat je satu air sabun satu air bersih dalam besen kecik pastu curah je kat badan dia. Besen mandi besar tu jadi tempat alas air lalu je. Hehehe.. cara tu lagi senang kot sebab tak takut sangat sebab air tak ada dalam bath tub tu. Bantai le Batrisyia. Dah tu cara yang mak boleh buat nak buat camana kan...

Thursday, November 4, 2010

Klinik 1 Malaysia

Sejak dari semalam rasa macam tak sedap badan je. Rasa susah nafas sikit, cepat penat pastu rasa macam pening-pening pun ada. Tak tau le kenapa. Nak kata angin kot sebab dari semalam asyik keluar angin sampai Batrisyia pun meragam je. Agaknya dia pun dapat angin jugak. Bila baring rasa ok tapi bila jalan-jalan rasa tak sihat. Hari ni masih rasa macam tu so aku cakap le pada Tikah. Dia ajak aku pegi klinik. Mula macam malas tapi fikir-fikir elok pegi at least boleh check apa yang tak kena.

Masa pegi klinik tu pukul 2.00 lebih. Mula plan nak pegi Klinik Najiha kat pekan Bota ni. Sekali tutup pulak. Pukul 3.00 petang baru bukak. Terus kitaorang gerak pegi Sri Iskandar. Pegi pulak klinik Dr Azhar. Pun sama jugak. Doktor hanya ada pukul 3.30 petang. Lagi lambat dari klinik tadi. Pastu aku assume memang semua klinik situ memang bukak semula lepas pukul 3.00 je. So terus le kitaorang pegi Klinik 1 Malaysia.

First time pegi klinik ni. Aku agak mesti macam pegi klinik kerajaan lain je. Kena tunggu lama. Check ala kadar je. Tapi sangkaan aku silap le kali ni. Tunggu tu tak ada le lama sangat. Service memang boleh consider ok sangat-sangat. Dia check detail jugak. Check blood pressure, check glucose, check kencing dan macam-macam le. Kira puas hati le jugak dengan cara dorang check. Klinik swasta pun sesetengah macam ala kadar je. Dah le bayar RM1 je. Memang puas hati cuma yang check bukan doktor le. Setakat medical assistant je. Kira ok le untuk sakit yang ringan-ringan kan.

Kat sana ada penimbang aku pun apa lagi nak tengok le berapa berat aku lepas dua minggu bersalin. Naik-naik sekali aku dah turun lagi 6kg. Macam tak percaya je dalam tempoh dua minggu aku boleh turun 18kg. Sekarang berat aku lagi kurang dari masa kawin. Masa nak kawin kemain susah payah lagi diet. Siap makan Jusmate bagai. Ni tak payah makan apa-apa pun dah turun macam ni banyak. Hehehe.. Terima kasih le kat baby sayang aku Batrisyia sebab menyusu banyak-banyak sampai mak boleh turun berat camni sekali.

Monday, November 1, 2010

Check up kat kampung

Sekarang ni rupanya kalau bersalin kat mana-mana sekalipun, kalau balik kampung kena report pada klinik kerajaan terdekat. Purposenya aku tak pasti pulak untuk apa. Tapi dah kawan-kawan Kak Semah cakap kena register so report jelah. Semalam nurse dari klinik kesihatan dah datang ke rumah dah. Semalam dia check blood pressure aku, tengok kesan cesarean. Pastu Batrisyia dia check jaundice. Dia suruh pegi test darah kat klinik so kitaorang bawaklah Batrisyia ke klinik Bota Kiri. Jaudice dia dah banyak kurang dah. Resul dia cuma 160+ je.

Hari ni nurse datang lagi. Kali ni check pusat Batrisyia dan pastu timbang berat dia cara klasik. Cute je guna penimbang macam timbang pisang. Ekekeke.. Berat Batrisyia dah naik ke 3.6kg. Ok le tu. Kira kuat juga le dia menyusu walaupun aku rasa macam susu aku sikit je.

Thursday, October 28, 2010

12kg

Hari ni pegi follow up check up kat hospital. Kebetulan pulak dorang set appointment untuk aku dan Batrisyia hari yang sama so senang le keja. Sampai sana tak ada le timbang-timbang aku dah tapi aku saja je gatal nak timbang sebab penimbang rumah dah rosak. Timbang sekali berat dah turun 12 kg sejak last check up before bersalin. Yeay!!!!... Memang selama ni yang naik tu berat Batrisyia dan bengkak air jelah. Sebab kalau tak, takkan le cepat sangat turunkan. Sikit je lagi dah sama dengan berat masa kawin je. Bagi Batrisyia minum susu banyak-banyak boleh kot kurus dari sebelum kawin. Ekekeke..

So lepas check up, Doktor Raja cakap aku dah ok. Cuma dia cakap lepas ni kalau nak beranak nombor dua kena caesarean jugak. Huhu.. apa nak buat. Terpaksa le kan. Kalau masa hari pertama lepas beranak tu memang dah tak nak dah tapi hari ni rasa tak best pulak kalau Batrisyia sorang jekan. Kurang-kurang kena jugak try sorang lagi kalau rezeki dapat baby boy pulak kan. Anyway kena tunggu sampai Batrisyia dua tahun baru le boleh pregnant lagi. Pantang ni pun baru seminggu je dah pikir nak ke tak nak.. Apa le aku ni.

Batrisyia pulak, Doktor Cheok cakap jaundice dia nampak dah kurang so tak perlu amik darah cuma perlu monitor je. Lain-lain nampak dia ok le. Dia selalu berak sebab dia breastfeeding. Sama jugak dengan sebab kenapa dia kejap-kejap lapar tu le. So nampak semua ok. Sabtu ni boleh le kitaorang balik kampung berpantang kat kampung pulak. Tinggal le bapak sorang-sorang yer..

Tuesday, October 26, 2010

10 Bulan Dan 6 Hari

Hari ni genap le 10 bulan usia perkahwinan aku dengan Dahlan. Hari ni jugak Batrisyia dah berumur 6 hari. Actually nama belum register tapi memang nak letak nama dia tu je. Batrisyia binti Dahlan.

Aiyoo semalam dia mengamuk bila sampai rumah. Tak tahu nak handle camana. Bagi tetek tak nak isap. Bagi botol pun tak tahu isap. Pakai syringe pun dia marah-marah. Nangis tak berhenti-henti. Panik sangat-sangat. Sampai le Kak Suzana (bakal babysitter Batrisyia) datang, baru le dia senyap. Minum susu habis-habis. Adoi..Pengsan le kalau hari-hari macam ni..

Saja nak tunjuk satu gambar je. Bapak yang tak abis-abis ambik gambar Batrisyia. Agaknya kalau Batrisyia boleh cakap mesti dia cakap.. udah le bapak oiii. kasi chance le Batrisyia nak tido ni. Ekekeke...

Monday, October 25, 2010

My Bushuk Dah Balik!!

Pagi tadi doktor Cheok call bagitau Batrisyia dah boleh balik hari ni. Yeah.. gembiranya.. Semalam rasa sedih sangat-sangat sebab dia tak ada kat rumah. Hari Sabtu masa first day balik rumah tak rasa sangat lagi mungkin sebab masa tu masih sakit. Nak uruskan badan pun rasa macam tak larat. Nak bangun sakit, nak baring sakit. Tapi malam Ahad tu sempat jugak pump susu nak bagi dia semalam. Masa Dahlan hantar susu aku tak ikut sebab really rasa sakit dalam kereta bila terhentak-hentak. Malam rasa macam menyesal sangat tak pegi tengok dia. Sedih sangat. Pastu nak hilangkan rasa sedih pump susu berkali-kali dan tak sangka boleh dapat banyak jugak. Hari Sabtu nak dapat 1oz sekali pump pun payah. Semalam boleh dapat 3oz. Semangat untuk Batrisyia agaknya. Dalam hati memang niat nak pegi tengok Batrisyia hari ni tak kira apa dah. Sakit pun sakit le. Tapi bila doktor call dah boleh keluar, rasa tak sabar-sabar nak pegi ambik dia. Hehehe.. Sayang Bushuk ni..

Saturday, October 23, 2010

Cerita bersalin

Al-kisah ceritanya macam ni. Aku nak sangat kan baby lahir pada 20.10.2010 tapi memang tak dapat le sebab sepanjang hari Rabu tu tak ada pun rasa sakit. Nyah cakap petuanya suruh banyak mencangkung supaya senang bersalin. Aku siap cuci bilik air le semata-mata nak banyak mencangkung tapi dah memang bukan rezeki nak beranak date cantik so tak dapat jugak le. Malam tu lebih kurang pukul 12.30 pagi, 21.10.2010 aku baru je baring-baring lepak lepas Isyak. Pastu terasa macam ada air keluar dari vagina. Ingatkan discharge macam biasa. Sekali check macam lain tapi aku tak sure apa dia. Dalam hati dah rasa macam air ketuban cuma rasa pelik sebab tak banyak. Nyah dah pesan kalau apa-apa tak pasti call emergency nanti dorang boleh jawab apa-apa kemusykilan. So aku pun call. Orang sana pun cakap le memang tak mesti banyak air ketuban sebab kalau banyak tu dia pecah kalau sikit tu leaking je. Both pun kena datang hospital secepat mungkin. So aku pun bersiap le pegi hospital. Tak ada kelam kabut sebab semua barang dah ready dah aku pun tak ada rasa sakit. On the way pegi hospital ada terasa contraction cuma tak kuat dan dalam 10 minit sekali. Ok le masih boleh bertahan. Sampai hospital dah dekat pukul 2 pagi terus masuk labor room. Midwife check bukaan baru 2.5cm. Memang air yang keluar tadi tu memang ketuban leaking. Contraction pun tak kuat sangat lagi tapi tak boleh balik so kena dok kat wad dulu. Dah le tak ada bilik sorang, Dahlan kena balik pulak. Rasa nak nangis pun ada masa tu. Masa kat wad, nurse nak ambik blood pressure banyak kali tak dapat yang betul sebab contraction kerap. Dalam masa 10 minit ada 3 kali cumanya pendek-pendek. So dorang suruh masuk balik labor room. Lega jugak sekurang-kurangnya Dahlan ada.

Pastu dah pukul 4 pagi memang tak boleh tahan dah. Contraction makin kerap. Aku dah mintak pain killer dah kat midwife. Dia cakap kejap lagi Doktor Raja datang. Doktor datang, dia check bukaan baru 4cm tapi sakitnya Allah je yang tahu. Doktor cakap ambik jelah epidural Ismi, awak tak boleh tahan ni. Sebab dia nampak aku teruk sangat kot. Last-last aku decide ambik je. dalam pukul 5.30 pagi tu memang dah tak rasa apa sakit dah. Lega rasa boleh tidur sampai pagi. Cuma kesian kat Dahlan keletihan. Aku suruh dia turun surau, pegi solat Subuh dan lepas tu rehat ambik breakfast sebab doktor cakap aku cuma boleh bersalin paling awal pukul 10 pagi.

Dah pagi tu dalam pukul 9 lebih doktor cakap bukaan baru 7cm. Memang lambat. Dah le contraction pendek-pendek. Setakat beberapa saat je dah stop. Doktor cakap pukul 11.00 lebih baru dia datang balik. So kena tunggu lagi. Doktor datang kemudiannya pukul 12 lebih. Dia check terus cakap dah sampai masa. Dah bukak 10cm. Aku masa tu baca doa banyak-banyak je. Mintak diberi tenaga yang cukup untuk push baby keluar. Bila doktor suruh push, tak sakit tapi kena push kuat-kuat baby tak boleh keluar. Ada le dalam 5-6 kali push, contraction kejap sangat. Doktor try vacum pun tak dapat sebab terlalu kejap contractionnya. Doktor cakap sorry Ismi, kena cesarean sebab heartbeat baby dah drop. Doktor dah tak nak tunggu takut risiko. Adoi..rasa nak nangis je dengar ayat tu. Tapi nak buat camana. Tawakal jelah.

Siap-siap semua baru dorang bawak aku masuk OT. Dahlan pun boleh masuk sekali tengok. takut masa tu tapi tak nampak apa sebenarnya. Macam-macam doa aku baca dah sampai aku pun tak sure betul ke tidak doa yang aku baca. Yang pasti aku mengucap entah berapa puluh kali. Tak lama lepas tu boleh dengar suara baby. Dorang pun bawak baby pada aku. Tunjuk jantina, tunjuk tag kat kaki dia, lepas tu bagi aku kiss baby dua kali dan dorang bawak baby kuar. Masa doktor tengah jahit luka aku, aku rasa sangat-sangat tak selesa. Aku komplen rimas kaki tak boleh gerak. Lepas tu aku dengar doktor Raja cakap, Ismi jangan bergerak-gerak, saya tengah jahit ni.. lepas tu aku dah tak dengar apa. Sedar-sedar dorang bukak topeng gas kat muka aku sambil panggil-panggil nama. Patut le tak sedar rupanya aku dah tidur. Lepas tu dorang bawak aku keluar dari OT. Aku dibawa ke wad dalam sejam lebih lepas tu. Kat wad aku dah boleh cakap-cakap telefon cuma rasa kebas seluruh kaki dan punggung tapi masih boleh gerak-gerak le.

Dah pukul 5.30 petang dorang hantar baby pada aku. Tak tahu le camana nak cakap perasaan masa tu. Masa kat OT lain sebab macam blur-blur je dan takut tu mengatasi segalanya. Ni macam tak percaya je yang dorang hantar tu anak aku yang aku kandung 9 bulan. Huhu..

Malam tu aku tidur sorang. Dahlan tak boleh tunggu sebab tak dapat bilik sorang. Aku memang tak boleh tidur. Kejap rasa panas kejap rasa sejuk. Bangun sejam sejam sekali. Panggil nurse ntah berapa kali. Mintak air le. Suruh betulkan suhu air cond le. Aku rasa nurse tu pun naik rimas aku asyik panggil je. Nak buat camana, aku nak bangun sendiri memang tak boleh.

Pagi-pagi buta kena ambik darah lagi. Alahai.. tapi tak ada le sakit sangat. Lepas doktor datang check, dia cakap boleh off semua tiub-tiub lepas pukul 12 tengahari termasuk le epidural cuma tak bukak lagi tiub tu takut tetiba aku tak boleh tahan sakit so kena pasang balik le. Lepas dah sejam off baru le cuba bangun pegi toilet lap-lap badan. Tu pun nurse temankan. Ok le, boleh jalan cuma sakit le. Aku pun betulnya tak tahu aku sakit yang mana satu. Petang aku tanya doktor, doktor cakap angin satu badan tu pasal sakit kat perut tu. Lepas tu baru dapat tukar bilik so aku dah start jalan-jalan pelan-pelan. Masa tu punya le banyak kali kentut sampai ada cirit sikit. Ekekeke.. lega bila dah kentut macam tu. Tak ada dah sakit perut. Lepas tu baru rasa yang sakit tu cuma bahagian yang operate je.

Malam kedua dah duduk single room, Dahlan boleh tunggu aku. Aku rasa macam serba tak kena je malam tu. Nak tidur salah, nak duduk salah sampai aku mintak ubat tidur. Tapi ubat tu berkesan pada aku cuma dua jam je. Pukul 10 makan, pukul 12 aku dah terbangun balik. Kesian Dahlan, dia kena bangun banyak kali sebab aku asyik nak terkencing je. Rasanya setiap jam kot aku bangun. Yang tak bangunnya pukul 3 dengan pukul 5 je. Lain-lain semua dia kena bangun.

Dah pagi tu, rasa macam dah kuat sikit dah. Doktor Raja datang check dia tanya nak balik tak.. Of course aku nakkkk sangat-sangat. Dia cakap ok le boleh balik. Dia pesan suruh jaga bahagian operate betul-betul. Keringkan selalu. Jalan-jalan banyak boleh. Lepas tu tunggu pulak Doktor Cheok datang nak tahu condition baby. Sekali dia cakap baby dah kena jaundice. Tak boleh balik. Kena stay dalam 2 hari untuk rawatan. Huhu.. sian dia kena tinggal sorang-sorang kat hospital. Pukul 2.00 lebih aku pun discharge. Tinggal le baby sorang kat hospital. Nak buat camana. Kalau aku stay lagi nanti bil hospital makin tinggi. Lagipun susu aku tak ada lagi nak breastfeed dia so macam no point jugak aku tunggu. Harap-harap baby boleh balik hari Isnin nanti. Insyallah..


Thursday, October 21, 2010

My Baby Girl

Alhamdulillah.. Dah selamat melahirkan baby girl seberat 3.14kg pada hari ni 21.10.2010 jam 1.46 petang.

Tuesday, October 19, 2010

Belum Lagi..

Belum bersalin lagi ni. Masih ada kat rumah. Layan farmville, movie, sambil baca-baca artikel pasal kelahiran je. Semalam pegi check up tapi doktor cakap baru bukak sikit so boleh balik rehat-rehat dulu kat rumah. Macam hari tu kalau sakit je baru doktor suruh datang. Semalam doktor dah bagi mc sampai le hari bersalin.

Doktor bagi date sampai hari Sabtu ni 23 October 2010 which is actual EDD aku. Kalau tak sakit-sakit juga sampai ke Sabtu, kena induce. Mintak-mintak le sakit sebelum Sabtu. So far ada le rasa sakit sikit tapi kontraksi tak konsisten. Dalam artikel web doktor cakap konktraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten iaitu berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap. Yang ni tak ada le teratur. Kejap dalam masa 20 minit. Karang 10 minit so belum lagi le kot. Macam menurut kata doktor yang aku pegi talk tu, sakit tu rasa kalau range 1-10, number 10 baru le betul. Kalau belum tu bukan le tanda sebenar.

Hopefully sehari dua ni akan rasa sakit betul dan boleh bersalin normal tanpa ada masalah. Insyallah..

Saturday, October 16, 2010

Minggu 39

Hari ni dah masuk minggu 39 pregnancy aku. Kalau ikut EDD lagi seminggu je. Masa latest check up hari Selasa lepas, doktor check dah bukak 1.5cm tapi tak ada pulak doktor suruh tahan kat hospital. Dia cuma pesan kalau sakit baru datang hospital. Sampai hari ni tak ada pulak rasa sakit sangat-sangat. Sikit-sikit tu ada tapi lepas tu hilang. So aku tak ada le pegi hospital lagi sehingga ke hari ni.

Next check up hari Isnin depan. Doktor pun nak bagi mc start dari Isnin depan sehingga le aku bersalin. Tu pun kalau tak bersalin esok le. Ekekeke.. Makin dekat makin debar je rasa. Takut le.. Doakan aku selamat segalanya yer..

Thursday, October 14, 2010

Tungku Pulak..

Rasa macam tak abis-abis beli barang untuk baby dan pantang ni. Ingatkan baby list tu dah complete dah tapi ada je tertinggal. Yelah bila borak-borak dengan orang mesti orang ada suggest macam-macam yang elokkan. Aku pun tak ada le beli semua ikut macam orang cakap. Aku tapis-tapis le jugak tengok mana yang betul-betul perlu aku beli le. Contohnya macam hari tu borak dengan Nina, dia suggest beli nursing pillow sebab dia cakap masa travel nak balik kampung menda tu memang banyak membantu sebab masa tu nak duduk sangat le tak selesa. So aku pikir menda tu memang perlu bukan untuk bagi breastfeed tapi sebab nak travel jauh tu. Orang lain maybe rasa tak perlu sebab badan dorang tak besar cam aku kan. Lagi pun tak rugi sangat le sebab lepas tu boleh je jadikan nursing pillow betul. So hari Ahad lepas dah beli dah nursing pillow tu. Aku tak beli yang mahal sangat. Beli yang murah-murah je.

Lepas-lepas tu, Kak Semah pulak call cakap aku kena juga bertungku masa beberapa hari di PJ sebelum balik ke kampung. Macam tu jugak dengan baby. Kena tuam-tuam dia lepas mandi. Dia suruh aku cari tungku untuk baby. Untuk aku patutnya dia suruh cari batu sungai je. Pastu bakar cam cara dulu-dulu le. Mana pulak nak mencari batu sekarang ni. So aku teringat le dulu pernah borak-borak dengan Yati OC cita pasal tungku moden. Guna elektrik je. Masa tu tak terpikir pun nak beli sebab dok pikir nak bertungku di kampung je. Sekarang kena le surf balik. Tuam untuk baby pulak aku macam rasa confident je kat tempat jamu-jamu tu ada jual sebab Kak Semah cakap kawan dia kata Sendayu Tinggi ada jual.

So semalam aku decide le pegi Jalan TAR cari dua-dua benda ni. Memang le tungku moden tu dah surf dalam internet tapi kalau boleh beli direct lagi puas hati kot dari beli online. Ada satu supplier tu aku jumpa kat Puchong Permai. So aku ada le standby supplier in case tak jumpa kat Jalan TAR. Tapi dia cuma supply tungku moden je. Baby punya tak ada. Aku pun gagah le jugak pegi ke Jalan TAR semalam walaupun sebetulnya aku memang tak larat. Aku ajak Kak Yati temankan aku. Nasib dia nak temankan. Kalau pegi sensorang buatnya sakit tengah jalan mampuih aku.

Sampai sana kitaorang terus pegi Semua House je sebab memang terpikir sana banyak kedai jamu. Tapi tanya pasal tungku semua kedai yang ada cuma tungku herba je. Dah le mahal antara RM45-RM50. Bau busuk plak tu. Tak tahan aku bau-bau herba macam tu. Pastu aku tanya untuk baby dorang semua cakap boleh guna tungku yang sama. Biar betul. Kang tak pasal-pasal melecur anak aku. Dah le tak tahu apa menda dorang letak dalam bunjut tu. Besar plak tu dah macam besar kepala baby je. Tak ada le aku. Last-last kitaorang balik jelah tanpa dapat tungku for aku dan baby. Nasib le jugak aku beli bengkung lagi satu sebab yang ritu aku beli satu je kan. Kali ni dapat murah sikit. RM38.00 je. Kira ok le.

Balik office aku call le Kak Semah bagitau aku tak jumpa pun menda tu. Dia cakap untuk baby nanti le dia tanya kat bidan kat kampung apa yang dorang letak so nanti aku buat le sendiri. Tapi aku rasa sungguh le tak puas hati. Camana kat Jalan TAR boleh tak ada orang jual tuam baby sebab sebelum pegi aku memang nampak menda tu kat internet mustahil tak ada jual. So aku pun surf le lagi. Sekali dapat le sorang ni yang memang jual tungku moden dan tuam baby sekaligus. Tuam baby dia jual harga RM18.00. Ada promosi RM10.00 tapi tak tahu le promosi tu ada ke tak lagi. Aku pun try luck call jelah dengan harapan orang ni memang kat KL le. Sekali call-call dia keja kat Hong Leong Bank sebelah office aku je. Ceh... buang karan sungguh aku pegi Jalan TAR. Dia jual set tungku moden dengan tuam baby harga RM60.00. Nak senang aku beli je terus dengan akak tu memandangkan akak tu cakap boleh hantar.

So tadi siang aku dah dapat dah barang aku nak. Yeah!!!.. comel sangat tuam baby tu. Cuma lupa aku nak cakap kat akak tu suruh bagi aku tungku moden kaler gelap-gelap supaya kalau kotor tak nampak. Tapi tak kisah le. Yang penting aku dah dapat dah benda yang aku cari. Tak payah susah-susah hati dah. Harap-harap lepas ni tak ada dah barang yang kena beli lagi. Penat aku tau.. sampai dah sarat macam ni pun kena shopping lagi..

Wednesday, October 13, 2010

Teruknya Bengkak!!!

Aiyooo.. tengok le kaki aku ni.. Dah bengkak macam orang untut dah. Macam kaki gajah. Sekarang ni nak duduk mencangkung, nak jalan, duduk atas kerusi semua serba tak kena. Duduk bersila kat bawah lagi le tak boleh. Kaki bengkak teruk macam ni start pregnancy aku masuk ke minggu ke 35. Mula-mula tak perasan bengkak. Sekali masa hari check up 21.09.2010 tu pegi le solat maghrib kat surau hospital. Kat surau tu memang tak ada kerusi so nak tak nak kena solat biasa le. Masa nak sujud serius tak boleh. Aku sampai pelik kenapa jadi camtu. Pastu masa timbang berat sekali naik sampai 4kg. Mak aii.. takkan le dalam masa dua hari boleh naik macam tu banyak sebab aku baru je timbang berat aku dua hari sebelum tu. Terkejut aku. Lepas-lepas tu baru le aku perasan yang kaki dan tangan aku dah bengkak teruk. Tanya doktor dia cakap memang tak ada ubat. Tunggu jelah bersalin nanti surut le bengkak. Huhu.. so tahan jelah sampai bersalin. Tak lama dah kan..

Monday, October 11, 2010

Keow Teow Doli

Semalam pegi makan keow teow kat Doli Taman Tun. Actually dah lama dah nak try rasa kuew teow sini tapi asyik bertangguh je. Sebab bapak dah datang dari kampung hari Sabtu lepas so best jugak kalau makan ramai-ramaikan. Kali ni ajak Ely dan Ikram join sekali sebab aku pun tak ada buat open house raya so belanja makan kat sini jelah. Nak ajak Nyah sekali dia asyik busy je mengalahkan PM so kitaorang pegi berlima jelah.


Aku mula-mula tengok kedai Doli ni dalam Warung Kita tapi kat Taiping le. Nampak macam sedap giler. Dorang cakap kedai ni famous kat Taiping. Pastu masa lalu kat Taman Tun ternampak pulak dia dah bukak cawangan kat sini. Masa tu dah rasa teruja nak try tapi tak tahu le kenapa tak jugak pegi. So sebelum beranak ni baik pegi try mana-mana nak try. Karang baby kuar air liur dia meleleh je kalau tak dapat. Hehehehe..

Kitaorang semua order keow teow goreng biasa je. Pastu order mee rebus sepinggan share ramai-ramai. Saja nak cuba sedap ke tak mee rebus sini. Bapak dah tak sabar-sabar nak makan dah tu. Tapi sempat pose sebelum makan. Huhu..

Sila abaikan gambar blur yer sebab dalam kedai ni pun cahaya dia cam tak berapa elok je. Ni le keow teow goreng biasa, Banyak juga portionnya. Sepinggan ni harga RM5.50. Ada lagi satu dalam menu dia keow teow goreng special. Harga sampai RM10.00 sepinggan. Aku sesaja le tanya yang special tu camana. Waiter tu cakap portion lagi banyak. Masa aku tengok orang sebelah meja makan yang special tu, mak aii.. memang banyak gila. Boleh share berdua atau bertiga. Pastu beza dengan yang biasa ni udang dia besar-besar. Mesti syok kan. Tapi tak boleh le nak makan dengan Dahlan sebab dia alergic udang. Mesti dia bengang je kalau order yang tu share berdua. Yang biasa pun banyak jugak udang cuma udang dia comel-comel. Kira sedap le jugak tapi tak le sampai sedap teramat-amat. Yang aku suka lagi keow teow ni sebab dia tak basah macam sesetengah char keow teow yang kembang sampai aku tak lalu nak makan. Orang lain suka le kot masak macam tu tapi aku tak suka kembang-kembang macam tu. Mual rasa tekak.

Yang ni pulak mee rebus yang kitaorang order sepinggan tapi share reramai sebab nak rasa je. Pada aku rasa dia kalau rate 1-5 tu boleh le dapat markah 3.5. Tak sedap sangat tapi tak le tak sedap langsung. Compare dengan mee rebus Otak-Otak Place, sedap lagi kat sini tapi kalau compare dengan mee rebus kat Satay Station memang kalah teruk le. Rasanya sebab dia kurang manis kot sebab tu tak berapa sedap pada aku le. Orang lain tak tahu le taste camana kan. So lain kali boleh le datang lagi kat sini sebab kedai dia boleh kata ok juga dan convenient nak pegi. Malam-malam parking senang.