Hari ni ntah mimpi apa Dato' ajak kitaorang pegi makan sempena raya lunch kat Trattoria Cucina Italiana yang baru bukak kat bawah. Wah.. hebat betul big bos aku ni. Belanja untuk raya kat Italian restoran camtu. Hehehehe..

Kak Aspa order sup ni. Hehehe.. hebat dia leh makan semua course.. Hehehe.. Ni ntah sup apa dia order ntah. Sup asparagus rasanya. Tapi nama kat menu tu berbelit lidah nak menyebutnya. Crema Di Asparagi Con Crostini atau cakap bahasa melayunya Sup Apragus Berkrim bersama dengan Roti Bawang. Hehehe.. memandai je aku..
Yang ni starter kitaorang. Pizza hapa ntah. Ada four four something le. Makan jelah. Toksah banyak cita. Tapi sedap.
Main course yang aku dan Kak Aspa order. Tapi kitaorang share-share sesama sendiri. Dalam banyak-banyak list pasta, ni le yang paling mahal. Sampai RM32.00 sepinggan. Hehehe.. tu pasal le aku order. Nama menda ni Tortelli Di Zucca Alla Bolognese. Menda ni tortellini pasta tu disumbat dengan pumpkin pastu makan dengan bolognese sauce. Kiranya translation menu ni dalam bahasa melayunya Tortellini Labu Sumbat Bersama Kuah Bolognese. Hehehe..
Last sekali kitaorang mesti nak order dessert jugak. Tapi dorang makan satu sorang. Aku, Kak Aspa, Kak Yati dan Dorin order dua dan share berempat. Mampuih nak makan sensorang. Takkan terabis punya. So yang ni pulak nama untuk yang kiri tu Torta Di Mele Calda ataupun Apple Cake. Torta Di Mele tu maknanya apple cake. Calda tu ntah sauce tu le kot kan. Hentam le labu. Yang sebelah kanan tu pulak namanya Semifreddo. Semifreddo ni maknanya half cold. Macam aiskrim cake le. Separuh cake, separuh aiskrim pastu ada coklat plak kat tengah-tengah. Sedap tapi memang menggemukkan.