Saturday, November 29, 2008

My Birthday Celebration

Happy Birthday to me.. Happy Birthday to me.. Happy Birthday to Ismi.. Happy Birthday to me. Hari ni birthday aku yang ke 32. Tuanya aku dah. Malam ni pegi makan kat Uptown celebrate birthday aku dengan bapak sekaligus. Yang ada malam ni celebrate birthday, aku, bapak, mak, Wan Chu Ma, Kak Semah, Abang Harun, Wan, Tikah dan Pidah.

Bluberry Mousse Block Cake. Hadiah dari Wan Chu Ma. Mak dan Bapak pulak belanja makan. Camana pulak bapak leh belanja. Dia kan celebrate birthday juga. Yang tak bestnya baru snap picture 3 keping, battery camera abis pulak. Huhu.. Kesian betul.

This year birthday aku dapat hadiah daripada Kak Yati. Dia bagi aku subang dan hair clip. Lawa. Thank you Kak Yati. Nyah pulak hari tu bagi clutch beli dari Sabah. Aku ingat tu souvenir dari Sabah sekali dia cakap merangkap hadiah birthday. Apa le Nyah ni.

Friday, November 28, 2008

Gathering Rumah Desa Serdang

Dayang datang dari Sabah sebab bawak anak-anak dia jalan-jalan kat KL sempena cuti sekolah. So disebabkan lama dah kitaorang tak gathering, hari ni semua setuju berjumpa di KLCC. Semua ada kecuali Ani, Ala dan Mahani.

Sebabkan masa tu dah malam so kitaorang terus le dinner kat Secret Recipes. Masa ni Joe belum sampai sebab dia sangkut dalam jem kat Bulatan Kg Pandan. Sabar le Joe. Hari Jumaat, KL memang le macam tu.

Dayang dan Enjang. Kat rumah Desa Serdang dulu ada 4 bilik. Mula-mula Dayang dok dengan Mahani. Lepas tu bila Mahani keluar, Ala masuk. So Ala jadi roommate Dayang. Enjang pulak dok dengan Ani. So hari ni kiranya roommate dorang berdua je yang tak ada.

Picture atas Yati, Cah dan Fidah. Bawah aku dan Ninie. Aku dulu roommate dengan Yati dan Cah. Fidah pulak dengan Ninie dan Joe. So bilik kitaorang je yang dok bertiga.

Joe dah sampai pun. So kena le ambik gambar beramai-ramai sekali lagi. Yang lain-lain semua dah kawin kecuali yang masih available cuma aku, Yati dan Joe je. Sapa-sapa nak boleh le isi borang. Hehe..


Monday, November 24, 2008

Lunch Treat By Encik Rozlan

Sejak dari raya hari tu En Rozlan janji nak belanja kitaorang kat HQ ni gi makan-makan tapi yang peliknya kena tunggu kereta baru dia sampai. Apa saja le En. Rozlan ni. So akhirnya hari ni dia menunaikan juga janji dia. Mula-mula dia nak bawak kitaorang makan Kari Kepala Ikan kat satu restoran kat Taman Wahyu. Tapi Ms Lim ni mengada-ngada tak nak drive. Ada ke dia boleh suggest makan kat kopitiam je. Ntah apa-apa le dia tu. Nak kedekut, kedekut sensorang dah le. Tak payah le melibatkan En. Rozlan jugak. Last-last setelah Kak Aspa volunteer nak drive so kitaorang pegi makan kat Sentul Curry House.

Nampak sangat dah lama betul tak pegi Sentul Curry House sebab sekarang dah lawa. Dah ada fountain kat entrance. Ni salah satu fountain yang ada. Ada lagi satu kat belah depan.

Gambar atas tu Kari Kepala Ikan. Aku makan sikit je. Balik office memang pening. Ntah apa le yang dorang letak sampai boleh jadi pening macam tu. Kas-kas kot. Yang lagi satu tu my all time favorite Ayam Madu.

Sunday, November 23, 2008

Birthday Caca

Hari ni Nyah invite kitaorang semua datang rumah dia sempena birthday Melissa aka Caca yang ke 8. Actually Nyah kena tunaikan janji dia sebab Caca dapat 5A masa final exam hari tu. Tema birthday - Red. Tapi kitaorang je pakai baju merah, orang lain tak ada pun.

Birthday cake yang Caca pilih sendiri. Seksi giler gambo yang dia pilih.

Food for today. Ada mee tomato, ayam goreng, agar-agar, sardine roll dan apam mak buat. Gambar atas goodies bag. Beza untuk boys dan girls. Bebudak yang datang hari ni memang best giler. Dah le dapat goodies bag, yang girls dapat teddy bear from Nyah dan Abang Majid bagi duit lagi. Aku dulu tak merasa pun party macam ni. Nyah cakap aku pun dapat goodies bag, tapi masa nak balik tak ada pun dia bagi. Huhu.. sedihnya..

Sesi nyanyi lagu happy birthday.

Game untuk bebudak. Musical chair. Tengah-tengah panas terik dorang boleh main musical chair.

Yang ni pulak untuk bebudak bawah 6 tahun. Tapi cuma berdua je. Acara kutip coklat. Fatin yang menang.

Peace from Iman. Ntah apa-apa peace camtu. Jenuh ajar tapi tak reti-reti.

Sesi bergambar beramai-ramai sebelum party tamat.

Friday, November 7, 2008

Birthday - November 2008

Tahun ni kitaorang decide birthday party semua celebrate sendiri-sendiri. No more buat kat company sebab bengang kat Ms Lim dan Audrey. Banyak sangat songehnya. So untuk birthday girl bulan November, kitaorang decide pegi makan-makan kat Eastin Hotel. Sapa-sapa lain nak join pun boleh tapi orang lain semua tak nak join sebab kena bayar sendiri kecuali Lorna je yang nak join. So yang pegi celebrate birthday ni aku, Kak Yati, Yati, Kak Tini dan Lorna. Harga buffet dinner RM68++. Tema buffet masakan Thailand.

Aku dengan Kak Yati sampai awal. Pukul 5.30 petang kitaorang dah sampai Eastin. Mula-mula kitaorang berdua pegi collect cheque kat PMI. Lepas tu terus jelah pegi Eastin dan tak balik semula ke office. Yang kelakar tu kitaorang terpaksa naik bas dari Pusat Bandar Damansara sebab cab kat area tu semua demand-demand. Boleh dorang mintak sampai RM30.00 dari Pusat Bandar Damansara ke Eastin Hotel. Gila ke apa. Last-last kitaorang naik bus, baru RM1.00 sorang tapi punya adventurous. Driver bus tu bawak gila babi. Dah le kena berdiri. Lagi pulak dalam bus tu penuh Indon. Leganya bila dah sampai. Tapi kena jalan kaki le pulak. Adoi.. penatnya.

Lorna, Yati dan Kak Tini sampai dah pukul 8.00 malam sebab Kak Tini meeting dengan Zul. Apa le Kak Tini ni. Cakap jelah ada kenduri ke apa-apa ke. Takut sangat. Sian Yati dengan Lorna kena tunggu lama. Aku dengan Kak Yati dan start dah makan-makan dulu. Lama sangat nak tunggu dorang sampai. Kitaorang balik dekat pukul 10.00 malam.

Thursday, November 6, 2008

Heroes Season 3


Heroes season 3 akan start malam ni pukul 10.00 malam kat Star World. Happynya. Lama aku tunggu sambungan season 2 hari tu.. Jangan lupa semua. Kena tengok tau. SAVE THE CHEERLEADER SAVE THE WORLD.

Tuesday, November 4, 2008

Dear Diary

Last weekend aku pegi rumah Nyah. Malam tu aku tengok Caca tertidur kat atas lantai tepi kerusi malas bapak dengan buku dan pensel. Nyah cakap dia memang hari-hari akan tulis buku tu ibarat buku tu macam diary dia. Wah.. baru umur 8 tahun dah pandai ada diary ke. Aku tertanya-tanya juga apa yang dia tulis sebab Nyah cakap tiap kali dia cakap phone dengan abang Majid dia akan bawak buku tu dan mengadu macam-macam. Memandangkan dia dah tidur, aku pun ambik le buku tu. Tak ada apa pulak dia tulis. Dia cuma lukis-lukis je gambar princess pakai dress. Dia berangan tu dia le kot. Agaknya diary luahan hati dia, dia dah simpan dan sorok kot. Hehehe...

Cita pasal tulis diary ni, aku rasa diary pertama aku masa aku darjah 5. Masa tu umur aku dah sebelas tahun dah le. Dah pandai le kot meluahkan isi hati. Tapi bila aku bukak balik diary tu, tak ada menda pun luahan hati. Yang ada cita bangun pukul berapa, makan pukul berapa, tidur pukul berapa, buat keja rumah apa, makan lauk apa dan seumpamanya.

Bila dah masuk sekolah sekolah menengah baru le aku pandai menulis pasal luahan hati dan perasaan. Rasanya every year aku memang ada diary. Sebelum tidur aku memang suka menulis hal yang berlaku dan bercerita tentang hati. Habit ni aku buat sehingga le aku dah masuk UPM dan dah keja. Bila bukak kotak.. banyak diary aku. Boleh buat koleksi. Dan bila baca balik rasa nak gelak ada, rasa nak nangis pun ada.

My favorite diary dari dulu sampai sekarang. Dah naik lunyai sebab aku rajin baca semula. Diary tahun 1993 masa aku form five di Bainun. Kat dalam diary ni ada gambar 4U2C. Hehehe.. masa tu aku kan gila sangat dengan 4U2C especially Joe. Kat belakang pulak ada gambar Faridzuan Che Hamid, pemain bola Kedah masa tu. Aku kerat dari newspaper dan tampal. Ntah apa le yang aku berkenan sangat dengan Faridzuan masa tu.

Ni antara collection diary yang aku suka baca semula dan gelak bagai nak rak sendiri. Diary tahun 2001, 2002 dan 2003. Selepas tahun 2003 aku masih ada diary tapi dah tak ada luahan hati. Yang ada minutes meeting, things to do pasal keja etc. Kiranya dah 5 tahun aku dah tak ada diary luahan hati. Sekarang kalau nak meluahkan perasaan kat blog je. Tu pun benda-benda yang tak berapa secret. Yang secret-secret semua luah kat DIA je.