Monday, October 31, 2011

Sedut Ingus


Aku terjebak shopping online lagi. Huhu... Asalnya baca kat blok Yati pasal menda ni. Memang sangat-sangat menarik perhatian aku sebab Batrisyia selalu selsema dan aku sangat-sangat tak reti nak sedut ingus dia bawak keluar. Yang sedut ingus biasa tu ala.. yang bentuk dia gemuk kat bawah tu, aku dah beli masa dalam pantang tapi haram tak reti guna sampai sekarang. Last-lastnya jadi "toy" Batrisyia je menda tu. Pastu aku ada le cita-cita dengan Yati pasal aku memang tak reti nak sedut ingus dia. Yati suruh sedut pakai mulut pun tak reti jugak. Last-lastnya selalu le ingus Batrisyia meleleh je. Sian dia. Bila baca kat blog Yati aku teruja jugak le dan pesan le dia suruh belikan tapi tak bestnya kedai yang dia beli tu tak ada stok so dia suggest aku beli kat LittleWhiz. LittleWhiz tengah ada sale pulak tu so kira ok le. Aku pun tengok-tengok le dulu tetiba ternampak yang lain sikit dari Yati punya. Yang ini dijual semata-mata sedut ingus yang dari mulut tu dan harganya of coz le murah lagi sebab satu barang je. Lepas diskaun dan masuk delivery charges menda ni berharga RM21.30. Hari ni menda ni dah sampai ke office tapi tak bestnya dalam gambar kaler kuning ada gambar ayam, yang dihantar kaler biru gambar rabbit. Salah aku gak le sebab tak quote nak gambar ayamkan. Tak pelah so balik karang boleh le try nanti reti ke idak aku menyedut ingus Batrisyia. Kalau tak reti nampaknya kena praktis le sedut ingus Dahlan dulu.. eee yerk..

Sunday, October 30, 2011

Happy Halloween

Batrisyia punya toy baru. Boleh dia pilih menda ni... tak takut ke? Aku yang tengok yang takut. Dia suka. Pegang je tak lepas-lepas.


Monday, October 24, 2011

Birthday Party Batrisyia 2

Baru ada kesempatan nak update pasal birthday party Batrisyia Sabtu lepas. Gambar pun dari merata-rata sebab memang tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak. Harapkan cameraman aku, lepas amik satu video je terus dia pegi makan lepas tu tak ingat hapa dah. Huhu.. So tima kasih banyak-banyak pada penyumbang gambar-gambar ni. Yati dan akak aka Diamond Honey.

Ni jelah deco birthday yang aku mampu buat. Suppose ada belon kiri kanan tapi ntah camana masa dorang pasang asyik pecah je so tak ada le belon yang menunjukkan suasana party tu.

Food hari ni nasi tomato, ayam masak merah, pajeri nenas, papadom, fries, coleslaw, nugget, mango puding (ikhsan Ely), cucur badak (ikhsan Nyah), carrot cake SR (ikhsan Kak Hariati), ada choki choki dan lolipop. Semua food homemade tau. Jenuh le jugak memasaknya. Dari hari Jumaat dah start masak memasak. Meja dessert tak ada gambar. Gambar makanan ni pun dari lensa akak. Patutnya dah buat hi tea tak suppose masak nasi tomato kan tukar timing dan date short notice jadi menu susah nak tukar memandangkan aku dah beli dah barang-barang nasi tomato so terpaksa le proceed je.


Ni le kek birthday Batrisyia. Gigih tu cari kek nombor 1. Sekali je dapat merasa kek bernombor 1 pasal tu aku susah payah cari gak sampai jumpa. Kek ni chocolate moist yang ditempah dari Auntie Nor kat Kelana Jaya. Lama tu aku dah tak tempah kek dari dia. Nasib dia masih buat dan pastinya kek dia masih sedap dan murah.

Tetamu yang datang pulak Yong, Nyah, Ely (orang kuat aku ni, siap ada meeting-meeting lagi hehehe) dan Wan. Belah Dahlan June datang bawak Bapak, Azhar dan Adi sekeluarga. Kengkawan pulak sempat le bergambar lepas satu group ke satu group.


Kak Yati yang datang dengan maid dia dan Yati datang sekeluarga.


Bainunians. Ely pun boleh kira sebab dia sekolah sana 2 minggu. Hehehe..


Kelly yang datang single. Orang suruh bawak bf dia cakap bf dia banyak sangat tak tau nak pilih mana satu nak bawak. Huhu..


Ni pulak geng rumah sewa masa kat UPM Serdang. Terima kasih semua sebab sudi datang. Maaf le apa-apa yang terkurang yer. Pertama kali buat party banyak sangat kecohnya.



Birthday girl dah terbongkang sebelah hadiah so terpaksa le mak yang bukak semua hadiah-hadiah yang Batrisyia dapat.


Ni semua hadaiah yang Batrisyia dapat. Banyak Batrisyia dapat baju baru. Terima kasih bagi hadiah pada Batrisyia.


Birthday girl dah bangun tidur dah. Kejap je tidurnya. Bangun-bangun terus terkam hadiah-hadiah dia. Suka dia selongkar-selongkar semua bagi sepah-sepah.


Sunday, October 23, 2011

15 Step


Hari ni Batrisyia dah jalan 15 langkah. Hehehehe.. Sempat amik video dia jalan tapi dari belakang le sebab kalau aku ambik dari depan confirm dia tak nak jalan. Yang best tu siap bawak teddy bear hadiah birthday dia. Sila abaikan kain yang bersepah-sepah tu yer.. aku tengah proses melipat kain sambil melayan Batrisyia belajar berjalan.

Saturday, October 22, 2011

Birthday Party Batrisyia 1



Videonya nampak kek lebih dari orang. Pulak tu sekerat jalan. Maaf le sebab orang yang mengambiknya sangat le amatur. Jadi le dari tak ada kan.

Friday, October 21, 2011

Batrisyia is 1

Alhamdulillah.. hari ni genap sayang busyuk aku ni berumur setahun. Kejap je kan pejam celik pejam celik dah setahun dah Batrisyia. Rasa macam baru lagi tengok dia dalam katil kaca hospital tu masa lepas dia lahir. Rasa macam baru je terkial-kial nak bagi dia menetek pertama kali. Rasa macam baru lagi mendukung dia meragam masa dalam pantang sebab sakit perut. Rasa macam baru tengok dia mula meniarap. Sedar tak sedar dah setahun. Dah hampir boleh berjalan betul. Maksimum step dia buat 8 step sekarang. Insyallah tak lama lagi berjalan betul le tu. Esok aku akan adakan birthday party dia yang pertama. Harapnya semua berjalan lancar.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah Batrisyia anak yang solehah, yang taat perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Semoga Batrisyia jadi anak yang berguna pada mak bapak, family dan agama. Semoga berjaya di dunia dan akhirat, diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan dan menjadi anak yang cergas dan pintar. Amin.

Tuesday, October 18, 2011

Saja-saja je

Tahun lepas date hari ni aku sedang berehat-rehat di rumah sambil menunggu Cik Batrisyia nak kuar. Hahahaha.. Sekarang aku tengah sibuk nak siapkan birthday party dia pulak. Cepatnya masa berlalu. Aku tak kaya, budget nak buat party pun kecik je. Maka terpaksa le semua menda buat sendiri including persiapan untuk makanan. Kalau aku banyak duit mesti aku dah hire party planner so boleh buat macam-macam ada kat party Batrisyia. Tapi syukur le dengan apa yang ada. Harap-harap party kecik aku ni berjaya.

Tuesday, October 11, 2011

Macam-macam Batrisyia

Batrisyia punya favourite port memang bawah meja makan. Aku tak tahu kenapa dia suka betul main gayut-gayut bawah meja. Tak pun main dengan tudung saji tetap bawah meja makan. Tarik tudung saji tu pastu macam-macam aksi le dia buat. Selalunya dia takat masukkan barang dalam tudung saji tu pastu dia goyang-goyang tudung saji tu macam dia main buaian. Hari ni masa aku tengah online dia sibuk jugak le duduk bawah meja ni sambil main tudung saji. Sekali aku tengok dia pulak masuk dalam tudung saji tu. Adoi.. macam-macam le Batrisyia ni.



Sunday, October 9, 2011

Batrisyia Dah Boleh Berdiri

Buat masa ni Batrisyia belum boleh jalan sendiri lagi tapi kalau jalan meniti tu kemain laju lagi. Kalau tatih dengan dia pun dia laju jugak. Kekadang aku saja je bawak dia tatih pastu lepaskan tangan nak tengok dia melangkah sendiri atau berdiri tanpa support sendiri. Selalunya ada le dua tiga saat dia berdiri tanpa support pastu mesti dia duduk balik cuma sekarang dia duduk pelan-pelan. Kira dah tak jatuh le. Hari ni hari yang paling banyak dia berdiri tanpa support pastu lama juga. Sempat rekod dalam 25 saat jugak le dia berdiri tanpa support. Tapi nak bangun tetap jugak bertampan lagi. Hopefully menjelang setahun, Batrisyia dah boleh jalan dah.


Saturday, October 8, 2011

Sepetang Di The Manhattan Fish Market

Bukan aku je dah terjebak dengan offer deal deal ni.. kali ni Dahlan plak. Hahahaha.. dia tengok offer deal dari Groupon untuk 50% off kat The Manhattan Fish Market so dia beli. Yeah.. dapat makan.. Kitaorang pegi branch kat IPC

Sebelum makanan sampai kena bergambar dulu. Aiseh.. Batrisyia pejam mata le pulak. Suruh bapak ambik lagi, dia dah tak nak amik dah. Malas nak layan karenah aku le tu.


Batrisyia main cucuk-cucuk empin masa tengah tunggu food sampai. Hehehehe.. Lawak betul dak ni main cucuk diri sendiri.


Offer Groupon untuk The Manhattan Fish Market ni ada 3 jenis. Semua 50% off. Yang pertama Giant Fried Platter sahaja. Kedua Giant Fried Platter dengan 2 gelas Tropical Breeze. Satu lagi Giant Fried Platter, 2 gelas Tropical Breeze dan 2 Chowder Soup. Dahlan beli Giant Fried Platter je sebab dia nak order air panas.


Ambik kau selambak dibaginya. Ada ikan, udang, sotong dan cendawan goreng tepung semua diserve dengan Garlic Herb Rice dan fries dan sikit sayur. Nasi tu sedap. Batrisyia pun makan banyak. Batrisyia makan nasi dengan ikan dan brocolli tu sikit. Sedap rasa makanan ni cuma banyak-banyak terasa sikit mual sebab semua pun deep fried salut tepung kan. Air pulak mula aku nak order smoothie sekali mesin air rosak plak. Air yang ada semua fountain drink dan air panas je so tak jadi le aku order air. Dahlan pulak mula-mula nak order latte tapi aku racun dia suruh order offer add on tu. Black coffee dengan mud pie cuma RM7.90++. Kalau mud pie je dah RM7.90++ campur coffee RM5.90++ dah berapa kan. Latte tu pulak RM6.90++. So berbaloi kan dapat dessert lagi. Hehehe..

Mud pie dia wallah... sedap. Chocolate cookie ice cream top dengan nuts dan chocolate syrup. Tapi sayang tak ambik gambar sebab dah kenyang sangat-sangat so kitaorang tapau dan makan kemudian. Kitaorang makan kat depan Ikea. Nasib masa makan tu masih sejuk dan keras. Cair sikit-sikit je tapi memang sedap.

Batrisyia dah kenyang! Tu yang asyik isap botol ayor dia je. Botol tu baru beli minggu lepas. Tak berapa pandai lagi dia minum pakai botol tu. Kena tolong dia. Lepas minum dari botol, tek pulak pastu dia zzzzz... selamat. Senang nak jalan-jalan.