Thursday, May 20, 2010

Kena Cucuk Lagi!!

Aduh.. kena cucuk lagi kali ni. Mulanya hari Selasa lepas pegi monthly check up biasa je. Ntah camana masa ambik urine test sekali gula tinggi. Terus le doktor suruh buat test glucose tolerence esoknya. Mula kena ambik darah masa fasting. Lepas tu minum air gula yang rasa hampeh tu. Lepas 2 jam kena ambik darah lagi sekali. Sakit gila. Dah le orang lab tu aku dah pesan jangan ambik darah aku kat lengan sebab memang selalu tak boleh dapat dia degil nak try jugak. Last-last sampai 4 tempat aku kena cucuk instead of 2 kali je.. Huhu..

Petang tu result pun keluar. Nyah call aku cakap esoknya kena admit hospital sebab reading gula fasting aku sampai 14. So malam semalam aku dengan Dahlan tidur kat rumah Nyah sebab aku nak tumpang Nyah je pegi hospital hari ni. Dahlan tak boleh ambik cuti dah.

Sampai kat hospital Shary assistant pada Doktor Raja cakap kena buat test nama Blood Sugar Profile. Ambik darah 4 kali. Huhu.. sakitnya. Bila sampai kat lab, orang lab dah tahu susah nak ambik darah aku dorang suruh le buat ntah apa ke nama benda tu. Yang macam orang masuk air tu. Dah le jarumnya besar. Sakit betul. Pastu aku duduk je sepanjang hari kat wad Day Care. Selepas ambik yang masa fasting pagi-pagi tadi, kena ambik sebelum lunch. Tak ada le kena cucuk sebab dah siap-siap set menatang tu.

Sekali masa nak ambik darah kali ketiga, darah tak beku tak boleh keluar. Nak tak nak kena jugak cucuk. Nasib le nurse dari India tu pandai ambik. Tak sakit sangat. Malam pun sama kena juga cucuk lagi sekali. Dah pukul 9 lebih Doktor Raja datang review report. Dia suruh aku balik sebab result ok je tapi dia bagi aku mc 2 hari. Hehehe.. best. Tak tahu le kenapa yang mula-mula ambik tu sampai 14. Cuma doktor suruh aku control makan je. Tak kisah le asalkan aku tak kena cucuk lagi.

Saturday, May 8, 2010

Kesian Adik Aku..

Petang tadi aku, Ely, Tikah dan Pidah jalan-jalan kat Shah Alam. Nak cari baju untuk hari Ely kawin le kenkononnya. Balik rumah tu Dahlan call dia cakap dia dinner kat luar. Bapak pulak biasa le nak makan ikan masin je. So kitaorang pun decide makan nasi goreng jelah sebab malas nak masak lauk. Aku masak nasi gorengnya. Dah siap masak nasi aku suruh le Ely goreng telur dadar untuk makan dengan nasi goreng tu. Dia pun goreng le sementara aku siap-siap nak mandi. Sekali masa aku nak pegi mandi aku nampak pipi dia dah merah. Dia cakap kena minyak. Adoi.. kesiannya.. Teruk melecur kena minyak. Dah le nak kawin tak sampai sebulan lagi. Pipi pulak bertanda. Kena le Kak Lela tampal foundation tebal-tebal macam ni. Tapi bila aku ingat-ingat balik aku rasa kelakar pun ada. Camana le boleh kena minyak macam tu teruk sekadar goreng telur dadar je?? Kalau goreng ikan keli ke, goreng sotong ke ada le maaf jugak. Ni telor dadar. Kena kat muka pulak tu. Kalau kat tangan lain cita. Huhu.. kesian kat adik aku.. Hopefully sempat le recover balik kulit muka dia sebelum kawin..