Sunday, May 11, 2008

Mother's Day Lunch

Hari ni Nyah nak belanja kitaorang semua lunch sempena Mother's Day. Sebabkan Caca ada kelas taekwondo pukul 3.00 petang, kena le makan kat area Puchong. Lagipun dah orang nak belanja, hentam jelah kat mana-mana pun. Nyah pilih satu restoran masakan Indonesia kat Puchong. Nama restoran tu Anggrek Kuring. Deko dalam restorannya memang betul-betul nampak le keindonannya.. Hehehehe.. Apa le punya word tu.

Sebelum makan, kena ambik gambar dulu. Hehehehehe...

Nyah dah order semua makanan siap-siap sehari sebelum datang. Dia order Nasi Uduk, Standing Fish, Ayam Panggang Khas, Ayam Goreng Kalasan, Sambal Udang Petai, Cumi Goreng Tepung, Brocoli Udang dan Sup Buntut. Nasi Uduk tu ada rasa macam nasi lemak sikit-sikit. Yang dalam picture kat atas ni Standing Fish. Masa mula-mula sampai kat meja, ikan tu memang tegak le berdiri tapi lepas dah di ambik isi-isinya dah rendah le sikit. Nyah tak sempat-sempat nak makan. Orang nak ambik gambar dulu pun tak dapat. Sup buntut tu sebenarnya sama le dengan sup ekor tapi rasanya macam lembu tak basuh. Hehehehe.. Overall aku rasa makanan dia buat aku cekik le sebab semua jenis goreng-goreng. Tak ada langsung yang basah atau boleh cicah-cicah. Sup tak sedap pulak. Nasinya memualkan. Dah le aku teroder air cendol yang lagi bersantan. Memang rasa nak muntah. Nyah dengan abang Majid order Es Delima Merah. Pun tetap bersantan. Ely je buat pilihan tepat order Ice Lemon Tea. Tapi dah orang belanja, diam jelah. Kalau aku sendiri nak pegi makan, idak le aku pilik restoran macam ni. Kureng..

Saturday, May 10, 2008

ISO 9001:2000 Pledging Ceremony

Hari ni baru le LSSB dapat buat ISO Pledging ceremony walaupun dah dapat ISO bulan Februari 2008. Suppose majlis nak buat bulan April, pastu tunda sebab tak ada tempat. Bila dah dapat tempat tiba-tiba clash pulak dengan orang kawin yang Dato' suppose kena attend.

So akhirnya majlis ni dibuat pada 10hb Mei 2008 di Pointsettia Suite 1 & 2, PJ Hilton, Petaling Jaya, Selangor. Majlisnya biasa-biasa jelah. Mula-mula Pak Uda berucap, pastu Dato', pastu orang dari Novo, pastu ada majlis bagi ISO Award. Yang kelakar kena baca ikrar pulak. Macam budak bodoh je. Hehehehehe... Lepas dah habis majlis-majlis ni ada tea break pastu sambung pulak dengan Safety Talk. Biasa-biasa jelah.

Staff perempuan LSSB. Dari kiri aku, Kak Rad, Kak Yati, Fiza, Ms Lim, Kak Su, Kak Aspa, Lorna, Kak Tini dan Fara. Yang tak ada dalam gambar Yati dan Audrey.

Separuh daripada team LSSB. Kelakar gambar ni sebab berat sebelah.