Monday, February 28, 2011

Zoobies Batrisyia

Aku memang suka sangat dengan Zoobies ni dari sebelum pregnant lagi. Bila Batrisyia dah ada, memang berhajat nak belikan dia sekor. Tak sangka pulak hajat aku tu dimakbulkan oleh Kak Hariati. Terima kasih Kak Yati. Banyak sungguh hadiah Kak Yati bagi pada Batrisyia.

Sebenarnya banyak Zoobies aku suka tapi dalam banyak-banyak tu Tama Tortoise yang paling banyak kaler so aku pilih le yang ni. Masa kat kedai tu aku suka pulak yang small size which is Baby Tama Tortoise tapi tak ada stock le pulak. So proceed jelah beli yang medium.

Hari Jumaat lepas pegi beli dan tempah untuk jahit nama. Semalam dorang call dah siap. So hari ni aku half day terus le pegi collect Tama Tortoise ni.

Ada nama Batrisyia kat perut Tama Tortoise ni. Sapa-sapa tak boleh curik tau. Ni Batrisyia punya.

Sunday, February 27, 2011

Selepas 2 Minggu


Selepas 2 minggu kena sakit mata, baru le nampak ada perubahan. Merah cuma tinggal bahagian bawah je. Bengkak dah surut tapi masih ada sikit. Dah tiga kali jumpa eye specialist. Esok ada appointment lagi. Harap-harapnya doktor cakap dah baik betul dah. Letih lah setiap kali nak pegang Batrisyia kena basuh tangan especially bila dia nak menyusu tengah malam. Dia dah siap menjerit-jerit baru le dapat susu. Kesian Batrisyia. Mak pun dah tak sabar nak peluk sayang mak ni..

Friday, February 18, 2011

Sikitnya..

Minggu ni adalah minggu yang paling menyedihkan tengok hasil perahan aku. Awal minggu, pagi-pagi pump masih dapat dekat-dekat 4oz. Sesi lepas pagi tu memang drop tapi tak teruk. Masih boleh dapat 100ml paling kurang sekali pump. Semalam sesi pagi dapat 60ml. Dah teruk tapi masih ok sebab cukup sekali bekalan Batrisyia. Sesi yang selepasnya adoi.. penat pump. Nak dapat 100ml susah teramat-amat. Tapi masih berjaya kumpul 300ml dengan berkali-kali pump.

Pagi ni.. Ya Allah.. sedihnya aku tengok. 1oz je. Bekalan Batrisyia sekali pun tak cukup. Terpaksa guna susu semalam semua untuk bekalan hari ini. Kenapalah production susu aku ni teruk sangat? Ni macam masa aku baru lepas beranak je. Nak keluar susu pun susah. Ada ke disebabkan ini? Ke disebabkan aku sakit? Atau sebab aku tak cukup makan dan minum? Aku akui minggu ni memang aku kurang makan minum sebab mulut aku pahit tekak aku sakit. Nak menelan pun susah. Mungkin faktor-faktor nilah penyebab susu aku kurang. Doanya minggu depan aku dah sihat, production susu aku kembali macam biasa dan kalau boleh increase double. Amin...

Wednesday, February 16, 2011

Banyaknya..

Currently ni le semua pil-pil yang aku kena makan. Ada vitamin ada ubat untuk penyakit yang aku alami sekarang. Penatnya nak menelan semua pil ni. Cepatlah sihat.. Letih nak makan ubat je. Dahkah nak peluk Batrisyia pun terbatas. Huhu..

Tuesday, February 15, 2011

Sakit Macam-Macam

Hari Ahad aku dah kena sakit mata kan. Pastu semalam gatal jugak pegi klinik gigi sebab nak cabut gigi yang dah lama sakit. Percaya tak kali terakhir aku pegi klinik gigi tahun 1999 masa keja kat KH Cheah. Tu pun terpaksa sebab aku sakit gigi. Tapi tak kena apa sebab kat gigi aku cuma ada makanan tersekat sebab antara gigi tu ada poket. So betulnya last aku cabut gigi dengan dentist masa aku kecik. Dah tak ingat bila.

Aku betulnya fobia sangat jumpa dentist ni, Tak tahu le kenapa. Masa sekolah dulu kalau van Kementerian Kesihatan datang aku rasa debarnya tak tahu le nak cakap. Padahal gigi aku tak rosak tapi memang takut sangat-sangatlah. So sepanjang sekolah aku tak pernah dapat sebarangan dental treatment sebab setiap kali check lepas je.

Klinik gigi aku pegi ni kat Uptown. ismile. Lawa klinik dia. Doktor pun baik so berbaloi le aku rasa aku bayar RM110.00 untuk cabut sebatang gigi yang dah rosak tu. Tapi tak bestnya sampai sekarang sakit masih ada. Dah le sakit mata, sakit tempat kena cabut dan sekarang demam le pulak. Adoi.. macam-macam sakit aku ni..

Sunday, February 13, 2011

Sakit Mata

Pagi tadi bangun tido terasa macam mata kiri ni susah nak bukak. Pegang-pegang penuh taik mata. Bila tengok cermin.. alamak.. sakit mata le pulak. Ingatkan esok nak mc sebab nak pegi cabut gigi yang dah sakit teramat-amat. Tapi kena mc sebab sakit mata le pulak. Jangan le jangkit pada anakanda Batrisyia ku itu. Huhu..

Saturday, February 12, 2011

Batrisyia Dah Meniarap

Hari ni lepas menyusu aku letak Batrisyia kat gym dia. Ntah apa dia ngomel-ngomel sorang-sorang. Aku pegi sidai kain. Pastu tetiba dengar Batrisyia menangis. Aku pegi tengok dia nampak dia dah MENIARAP. Hehehehe.. Cute je. Tapi dia nangis pulak. Agaknya sakit baring atas tikar. Aku saja je biar dia kejap tengok apa dia nak buat. Kejap-kejap dia nak letak kepala dia dan diam, pastu dia nangis balik. Kesian tengok, aku dukung le dia. Hehehe..

Tuesday, February 8, 2011

Cutenya..

Tengok le camana anak dan bapak tido ni.. Batrisyia tidur terbongkang macam tu. Bapaknya pun sama. Dua-dua pulak pakai baju kaler putih. Hehehehe.. Risau je aku tengok Batrisyia tidur kat celah ketiak Dahlan lama-lama. Takut dia hempap je. Lepas ambik gambar cepat-cepat angkat Batrisyia. Risau aku.

Friday, February 4, 2011

100 Days

Actually 100 hari aku dah lepas minggu lepas dah. Tapi saja baru hari ni nak celebrate. Ekeke.. So hari ni belasah minum Caramel Frappucino Starbucks. Sedapnya.. Langgar pantang aku minum kopi ni. Tak apa lah sehari je ye Batrisyia.



Tuesday, February 1, 2011

Rumah Baru

Freezer aku dah kosong!!! Relax-relax jangan panic. Susu Batrisyia semua masih ok. Cuma dah berpindah rumah je. Cita mulanya camni. EBM aku dah penuh satu freezer. Dah tak muat langsung dah. Jangankan nak simpan barang mentah ikan, ayam, nak simpan susu pun dah tak muat. Dari pakai botol aku dah tukar pakai plastik ikat getah sebab tu lebih jimat space. Aku dah asing-asing ikut bulan masuk dalam plastik beg pun masih tak muat. Fed up nak arrange EBM ni semua sampai macam malas nak pump. Dahlan pulak boleh suruh aku berenti pump. Isk.. isk.. mana boleh macam tu kan. Nanti terus tak ada susu baru padan muka.


Lepas pikir-pikir aku decide beli jelah deep freezer. Lagipun boleh le simpan EBM ni semua sampai 6 bulan. Survey punya survey aku dapat le yang paling kecik dan yang paling murah. Brand Faber. 100 liter harga RM599.00. Kat Carrefour, Sen-Q, Best Denki semua sama je harga. So last-last beli kat Best Denki Tropicana. Semalam dorang dah hantar dah deep freezer ni kat rumah.

Dah transfer dah semua EBM kat deep freezer baru. Bila dah masuk deep freezer nampak sikit pulak EBM aku. Ni semangat ni nak pump lagi sebab nak penuhkan deep freezer ni.

Tapi ada satu menda yang buat aku rasa aduhai ruginya.. Tadi cuti Hari Wilayah, aku pegi le jalan-jalan kat One Utama. Sekarang ni Jusco One Utama tengah buat clearance sale sebab dorang nak renovation besar-besaran selama enam bulan. Dorang jual deep freezer brand Elba Rm699.00 ada diskaun 30%. Baru Rm489.30 je. Brand Elba pulak tu. Walaupun display item deep freezer tu elok lagi. Ada warranty setahun. Yang buruk cuma kat luar je sebab ada kesan tampal-tampal kertas. Lepas tu upright freezer Elba pulak harga RM899.00 ada diskaun 30%. Murah. Baru RM600.00 lebih. Tapi upright freezer tak pelah sebab upright cuma boleh menyimpan susu selama 3 bulan je. Tak pelah. Bukan rezeki aku le kan.. Nak buat camana. So misi sekarang penuhkan deep freezer baru. Hehehehe..