Saturday, May 24, 2014

Sepetang Di Ayers Rock Avenue K

Awal tahun ritu masa pembukaan semula Avenue K selepas renovate, dapat voucher dari Ayers Rock Avenue K. Kalau belanja RM120.00 ke atas ada diskaun RM20.00. Boleh le try. Hari ni pegi buat rambut dekat Galaxy Ampang. Lepas je abis buat rambut singgah le Avenue K dinner. Hari Sabtu datang Avenue K serius tak ada orang. 

Lepas solat Maghrib aku dengan Dahlan masuk le ke restoran ni yang letak kat tingkat atas. Tak ada orang langsung makan kat sini. Lepas dah separuh jalan kitaorang makan, baru le ada dua family masuk. Ok let check it out apa yang kitaorang order

Dahlan order steak. Aku pun tak tahu apa ke jenis steaknya. Biasa-biasa je rasa steak ni. Pada aku tak ada le awesome sangat.

Aku order burger. Sebab nakkan kelainan aku order slices daging bukan patty burger. Ok le jugak rasa dia. Tapi portion dia macam sikit je.

Kitaorang order dessert jugak. Ingatkan dessert dia buat sendiri rupanya dah siap-siap dalam bekas. Dessert boleh tahan. Total semua bill tak sampai pun RM80.00. Camana nak guna voucher camgitu yer tak. Heheheh..

Monday, May 12, 2014

Melaka Trip 2014 - Day 3

Day 3 - Melaka Trip. Pagi ni kemain awal Batrisyia bangun sebab semalam dia tak bangun makan. Pagi ni dia makan banyak jugak. Serius aku puji hotel ni selain breakfast dia ada macam-macam  jenis pilihan, dorang tak repeat menu yang sama. Menu pun bertukar-tukar. Baru le tak bosan kan.




Lama kitaorang breakfast hari ni sampai tutup le. Lepas tu melepak amik gambar sekeliling hotel dari tingkat 20 ni. Boleh nampak Dataran Pahlawan dengan jelasnya.  Balik ke bilik, Dahlan dengan Batrisyia pegi mandi pool lagi. Aku tak pegi sebab sibuk kemas-kemas barang.

Pukul 12 check out. Kitaorang terus pegi Pantai Klebang nak pegi ke muzium Kapal Selam. Sampai kat sana agak blur sikit kat mana letaknya muzium ni. Rupanya jauh ke dalam lagi. Dalam GPS tak ada tunjuk.

Jalan nak masuk ke kawasan muzium ni agak teruk sikit. Pelik kenapa le tak tar elok-elok. Kan nak jadikan tempat pelancongan.


Dah sampai ke dalam, ada gate tertutup. Aku cuak jugak pehal pulak tutup ni. Kata bukak hari Isnin. Amik jelah gambar dari luar ni. Sekali baru perasan yang belah sana tu ada pintu boleh masuk park kereta kat dalam.

Nak masuk ke muzium ni kena bayar RM1.00 untuk dewasa. Kanak-kanak percuma. Murah bebenor yer tiketnya. 


Masuk je dalam kapal selam ni aku terkejut betul. Sempit yang amat. Pastu penuh dengan mesin. Eee... camana yer dorang boleh kerja dalam keadaan camni. Untuk crew ada tempat tidur macam pangkin bertingkat. Kecik sangat tempat tidur dia. So sapa-sapa nak keja dalam ni memang kena saiz comel-comel je. 


Kat bawah kapal selam ni, ada tayangan video camana kapal selam ni dibawa ke Melaka ni. Punya le susah proses nak membawaknya. Jadi sesiapa yang datang Melaka ni hargai le sikit pegi tengok kapal selam ni. RM1.00 je bayarannya. 

Balik dari muzium singgah minum Coconut Shake yang mabeles tu. Sedap sangat. Aku siap tapau lagi. Makan nasi lemak jugak dan kuih-kuih. Lepas tu terus balik PJ. Sekian saja cerita short vacation ke Melaka untuk tahun 2014. Vacation seterusnya ke Bali bulan August. Nasib esok cuti.. lega..

Sunday, May 11, 2014

Melaka Trip 2014 - Day 2

Day 2 - Trip ke Melaka kali ni. Breakfast kat floor 20. Satu yang tak best hotel ni dia punya lift punya le lembab. Dari parking kena turun ke lobi untuk ambik lift hotel dah satu hal lembab. Lepas tu dari lobi nak naik atas pun lembab jugak. Tapi semalam baru tahu satu rahsia kalau dari parking boleh turun ikut lift mall sampai ke lobi juga. Jimat masa sikit.

Breakfast ada dua pilihan tempat. Satu kat coffee house dan satu lagi dekat ballroom. Kitaorang pilih kat coffee house. Dua-dua pun kat floor yang sama. Masuk-masuk coffee house dia fuh.. serius terpegun giler aku tengok kerusi dan kebesaran dia. Macam dining hall yang sangat besar. Best betul

Pilihan makanan untuk breakfast pun banyak. Rasa pun sedap. Bestlah breakfast kat hotel ni. Kitaorang duduk melepak breakfast lama jugak. Lepas tu baru naik mandi. Tanya kat waitress situ kalau jalan kaki pegi Jonker Walk boleh ke dari hotel dia. Dia cakap boleh sangat sebab kalau naik kereta jam giler hari Ahad camni. So kitaorang decide jalan kaki je.

Nak kata jauh sangat dari hotel ke Jonkers Street ni tak jugak. Nak kata dekat pun tak jugak sebab berpeluh jugak le ketiak. Penat jugak weh.. maybe sebab panas kot. Mula-mula singgah kat Hard Rock Cafe Malacca. Beli achik souvenir. 

Ada satu kedai kat jalan nak masuk Jonkers Street ni ramai sangat orang beratur. Dia jual chicken rice ball dan semestinya tak halal le. Sedap sangat ke pun yer sampai ramai sangat orang beratur. Nak try tak boleh pulak.

Almost kedai-kedai makan/minum kat Jonkers Street ni tak halal so kalau nak singgah makan susah sikit le. Tapi review yang aku baca kedai Jonker 88 ni halal. Nak singgah minum cendol full pulak. Tak jadi minum cendol kat sini. Tak ada beli apa pun kat Jonkers Street ni. Beli fridge magnet dan toys untuk Batrisyia je.

Akhirnya kami tetap memilih minum Cendol Jam Besar. Cendol ni confirm halal tanpa ragu-ragu le. Batrisyia bising nak aiskrim. Oder aiskrim je tapi last-last dia tak makan pun sebab dok sibuk nak bukak toys baru dia. Jenuh aku dengan Dahlan kena habiskan aiskrim dia. Gambar ni adalah cubaan selfie kami berlatar belakang bangunan merah tu tapi nampak sangat tak pro hapah tak nampak. hahahaha..

Try lagi sekali kali ni nampak dah bangunan tu tapi Batrisyia dah malas nak melayan aku. Still tak pro sebab boleh nampak batang monopod. Camana ek nak selfie lawa-lawa? Tak reti aku.

Batrisyia nak amik gambar dengan dinosour tapi takut sorang-sorang so aku kena temankan dia. Lepas dari tempat ni kitaorang terus ikut jalan dalam nak balik ke hotel. Penat woo ikut jalan luar sebab panas dia semacam. Ikut mall pun still penat jugak. Singgah kat Garden Cafe order lunch untuk Batrisyia. Ikan sweet & sour le. Apa lagi. Sambil tunggu order minum sirap. Lega tak terkira.

Sepatutnya plan hari ni lepas balik dari Jonkers Street ni kitaorang kena pegi tengok Muzium Kapal Selam kat Pantai Klebang tapi sebab dah penat sangat cancel semua plan. Balik hotel tidur.

Petang lepas bangkit tidur, ajak Dahlan pegi dinner. Lapar weh tak makan lunch. Sebelum tu singgah beli kerepek dulu sekali ada pasar malam pulak depan tu. So aku sorang je turun membeli belah. Dah abis belah kerepek pikir nak makan apa. Last-last teringat ada satu Asam Pedas yang katanya sedap sangat kat Kota Laksamana. So pegi le makan asam pedas lagi kat Restoran Asam Pedas Claypot.  Batrisyia tidur lagi yer time dinner so dia tak dinner pun last-lastnya.


Nak order asam pedas ikan lain tapi dah habis. Yang tinggal cuma ikan pari je. Aku order asam pedas pari dan Dahlan order asam pedas daging tetel. Set asam pedas ni didatangkan dengan nasi telor masin dan sayur sikit. Rasa asam pedas sedap lagi yang makan semalam kot kat Restoran Asam Pedas Mak Mah. Lepas dah makan, tapau roti canai dengan sate untuk Batrisyia tapi dia tak bangun makan pun sampai sekarang.

Saturday, May 10, 2014

Melaka Trip 2014 - Day 1

Hari tu Achik Ina ada bagitau dia nak resign dari comp sekarang so untuk last ni mintak le voucher hotel apa-apa. Mula aku plan tak ada le nak pegi jauh-jauh. Nak pegi PD je. Tapi Dahlan nak sampai dua malam. Kalau takat PD apa nyer yang nak buat sampai dua malam. So at last decide pegi Melaka lagi. Last year pun pegi Melaka jalan kejap sangat. Kali ni boleh lah jalan lama sikit dan pegi tempat yang tak sempat nak pegi hari tu.

Macam biasa le cakap nak bertolak awal pagi tapi tak dapat jugak keluar awal pagi. Mula plan nak breakfast kat R&R Seremban. Sekali penuh gila sampai tak ada parking. At last singgah breakfast kat R&R Ayer Keroh. Ada ramai staff Affin Bank buat treasure hunt kat sini. Sesak jugak le jadinya R&R ni. Dari R&R Ayer Keroh masuk jalan ke Melaka dekat sangat. Kali ni kitaorang ikut jalan highway. Dekat je rupanya. Masa dari JB ritu rasa jauh bebenor nak sampai. 


Masa on the way nak pegi town tu nampak le ada Mini Malaysia & Asean. Singgah tengok entrance dia sekejap je. Nak masuk bayaran dia mahal so cancel. Ni kan percutian budget so tak boleh nak masuk tempat mahal-mahal. Terus jelah pegi ke town.

Mula-mula sekali masuk Muzium Samudera. Tiket masuk untuk warganegara RM3.00 seorang. Budak tak perasan pulak berapa ringgit. Tapi Batrisyia free.


Masa tour dalam kapal ni punya le ramai makcik-makcik. Ni mesti geng Cik Kiah buat rombongan. Pastu kebetulan masa aku go toilet sempat le bersembang dengan sorang makcik ni. Seperti tekaan aku dorang geng merhaban Puchong. Hehehehe..

Hang Tuah in the house. Muhahahaha.. Baru beli monopod nak selfie. Tak pandai lagi aku. Terkial-kial jugak le aku nak mengambik gambar sendiri.  Seronok jugak betulnya masuk muzium ni. Disarankan masuk sebab lepas tu boleh tengok binatang-binatang pulak.

Lepas abis tour muzium, baru le cari lunch. Kali ni tak nak le makan tempat yang sama. Nak rasa asam pedas kedai lain pulak. Pusing-pusing terjumpa lah kedai ni atas saranan Kak Aishah.

Restoran ni biasa-biasa je susun atur. Tak ada aircond pun. Display food pun kecik je. Amik asam pedas pari sebab tu je yang tinggal. Lunch pun dah lambatkan. Sotong goreng kunyit dan sayur campur. Asam pedas dia sedap jugak. Sotong mhmm.. liat rasa getah sekerap. Camana le dorang masak sampai jadi camtu. Lepas makan nasi kitaorang makan tapai sorang satu. Kos lunch RM33.80. Tak jugak murah walaupun kedai cikai camni.

Lepas lunch patah balik pegi Aeon sebab nak belikan Batrisyia goggle. Sempat beli roti-roti untuk tea time dan beli kopi dan teh lagi. Lepas tu terus check in hotel. Hotel pilihan Hatten Hotel. Hotel ni betul-betul sebelah Dataran Pahlawan. Ada connecting dengan mall. Sebenarnya ada Hatten Square jugak tapi belum bukak. Akan bukak hujung tahun ni.

Bilik dia best. Ada dua tv. Satu kat katil, satu kat small hall. Yang tak bestnya katil super single asing-asing pulak. Mintak dorang cantumkan dorang tak dapat nak cantumkan. Jadi aku pepandai sendiri je tolak katil tu ke tepi dinding sebab takut Batrisyia jatuh.

Small hall

Padangan bilik dari pintu. Pemisah antara hall dengan katil area ada cermin. Ada curtain jugak tapi aku saja bukak senang nak tengok Batrisyia buat apa.


Bilik kitaorang kat tingkat 22. Bilik memang start dari tingkat 22. Kat floor yang sama ada business centre dan swimming pool. Sauna dan gym pun kat floor yang sama jugak. Lepas lepak-lepak kejap, kitaorang pun biasa ke pool le. Dahlan mengada nak pegi gym dulu. Lepas tu baru dia ke pool. Malam lepas mandi pegi dinner kat area-area situ je sebab Batrisyia dah tidur. Tak sempat dinner dah tidur pulak budak ni. Kitaorang dinner Mc D je.