Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Pejam celik pejam celik dah sampai 31hb Disember 2009. Rasa macam baru je melangkah masuk 1hb Januari 2009 tup tup dah sampai penghujung tahun. Tahun 2009 ni aku rasa memang tahun yang memberi impak yang sangat besar dalam hidup aku.

Awal tahun 2009 menyaksikan aku kehilangan orang yang paling aku sayang iaitu emak aku sendiri, Allahyarhammah Hajah Ropidah Harun yang pegi meninggalkan kami semua pada tanggal 8hb Februari 2009.

Bulan berikutnya aku berjumpa semula dengan Dahlan dan pada 3hb April 2009 kami declare as couple. Dua minggu sebelum bulan Ramadhan tahun 2009, aku berjumpa dengan keluarga dia dan dalam minggu pertama bulan Ramadhan tahun 2009, dia pulak datang berjumpa dengan keluarga aku.

3hb Oktober 2009, keluarga Dahlan datang merisik dan terus adakan mini engagement. 26hb Disember 2009 pulak aku dan Dahlan telah melangsungkan perkahwinan kami. Actually nak sampai ke tarikh 26hb Disember ni macam-macam dugaan berlaku especially aku le yang suka buat hal. Syukur le Dahlan bukan jenis suka melayan karenah aku dan dia sangat sabar dengan karenah aku maka sampai jugak le misi ke tarikh 26hb Disember 2009.

Aku harap tahun 2010 ni akan menjanjikan perkara yang baik-baik je dalam hidup aku terutamanya bila status aku dah berubah so harap-harapnya ada perkara yang lebih baik akan terjadi di tahun 2010. Insyallah. Amin..

Honeymoon - Day 3

Hari ketiga kat Kuching. Breakfast kat hotel. Sebenarnya breakfast kat hotel ni sedap. Dinner tak sedap. So memang puas le makan breakfast 2 kali kat sini. Lepas breakfast kitaorang dah kena bersiap-siap untuk check out sebab orang Mayflower akan datang pukul 10.00 pagi, check out dan dia akan bawak kitaorang beli kek lapis dan ikan masin.


Walaupun gambar ni tersangat le blur, aku tetap nak upload jugak sebab ni ni jelah gambar kitaorang berdua kat dalam bilik hotel yang elok sikit. Yang lain tu lagi le hampeh. So dah siap-siap nak check out dah. Tunggu orang hotel nak angkat beg je.


Mula-mula sekali kitaorang pegi borong kek lapis. Untuk family Dahlan sorang satu aku beli so tu dah 6 rumah dah. Untuk family aku plak 3 je. Dah untuk rumah aku beli 2 sebab kiranya satu untuk Wan Chu Ma le kan. 11 bijik kek tu regenya RM110.00. Yang 10 tu semuanya harga RM10 satu so dia kira buy 9 free 1. Ada satu jenis aku beli special sikit untuk rumah aku harga RM20.00.


Lepas pegi beli kek lapis Sarawak, kitaorang pegi Pasar Satok pulak. Beli ikan masin terubuk dan telur masin terubuk. Aku beli biasa-biasa je. Tak ada le banyak sangat sebab untuk family aku, masa hari wedding hari tu Abang Majid dah bawak melambak-lambak ikan terubuk masin dan udang.

Lepas pegi Pasar Satok, kitaorang pegi lunch kat Grand Malay Restaurant. Buffet lunch. Biasa-biasa je rasa food kat sini. Lagipun masih kenyang sebab makan heavy breakfast. Tapi makan jelah sebab dah bayarkan.


Lepas lunch, on the way nak pegi airport kitaorang singgah kat tempat buat pasu. Terror sungguh apek ni membuat pasu. Tak sampai 10 minit dah siap satu pasu. Agaknya sambil baring pun dia boleh buat.


Kat sini aku tak ada beli banyak benda. Aku cuma beli bekas nak isi kunci sebab bekas lama dah pecah. Lepas tu aku beli satu mug untuk Dahlan sebab aku tengok dia tak ada beli satu pun souvenir untuk diri dia sendiri.


Ni le tour guide dari Mayflower yang bawak kitaorang jalan-jalan sepanjang 3 hari kat Kuching. Baik budaknya.

Dari tempat buat pasu, kitaorang terus je pegi airport ready nak balik ke KL. Flight kitaorang pukul 4.30 petang. So lepak-lepak jelah kat airport ni.


Sampai KLIA dah pukul 5.45pm. Dahlan ntah apa-apa dibuatnya kat terminal sampai kitaorang jadi last person collect baggage.


Ni jelah barang-barang yang kitaorang bawak balik dari Sarawak. Tak banyak sangat pun. Dari KLIA naik airport limo je dan sampai rumah dalam pukul 7.30 malam. Letihnya..

Wednesday, December 30, 2009

Honeymoon - Day 2

Hari kedua kat Kuching, pagi-pagi lepas breakfast kitaorang pegi Kampung Budaya. Jalan kaki je pegi sana dari hotel. Actually dekat je Cultural Village ni dengan hotel tu tapi sebabkan jalannya berbukit bukau so berpeluh jugak le ketiak.


Kat entrance Cultural Village. Tiket nak masuk dalam ni RM60.00 seorang. Mak aii.. mahal tu. Kalau bayar sendiri, pikir dua kali jugak le nak masuk ke tak.


Masuk-masuk lepas amik tiket, kitaorang diberi passport. So di setiap rumah yang kitaorang pegi tu kitaorang kena le cop passport ni menandakan kitaorang dah sampai.


Ni Pak Guard dorang yang jaga rumah dorang. Satu kecik satu besor. Lupa plak nak tanya yang kecik tu apa yang besar tu apa. Aku cuma tanya amenda ni je.


Kat rumah Iban, aku nak try costume dorang. Saja suka-suka je. Bayar RM10.00 boleh le pakai full costume dan amik gambar. Hehehe... Dah pakai costume ni teringat pulak zaman aku belajar kat UPM aku ada suka kat mamat Iban sorang. Hahahaha.. Lawak.. lawak..


Ni kat pelamin orang Iban. Menurut kata orang yang jaga tu, kalau pelamin tu tak merestui pasangan tu, gambarnya tak cantik. So gambar aku dengan Dahlan ni cantik so kiranya good couple le. Isk.. ye ke? Mana boleh percaya menda-menda macam ni. Tapi aku sentiasa le mendoakan agar both of us akan jadi 100 years couple forever.


Yang ni pulak pelamin orang Melayu Sarawak. Pelamin zaman dulu-dulu le. Tak banyak sangat beza melayu sana dengan Melayu Semenanjung.


Dalam banyak-banyak menda kat yang menerujakan aku kat Cultural Village ni, aku berjaya turun dan naik tangga yang cerun gila ni. Takut beb tapi aku cekalkan hati naik jugak sebab Dahlan ada kalau aku jatuh pun. Hehehe.. Kira macam pecah rekod aku boleh panjat tangga ni.


Dah abis semua rumah-rumah, ada pulak persembahan kebudayaan. Persembahan tu aku dan penah tengok dah masa kat KLCC. So rasa biasa-biasa jelah.


Abis show, lunch kitaorang kat dalam Cultural Village jugak. Kali ni lauk pauk dia semua makanan orang Sarawak. Ada asam pedas. Asam pedas dorang lain sikit rasanya. Pastu ayam yang masak dalam buluh tu. Makanan tradisional orang Iban. Aku pun tak tahu namanya. Pastu ada macam adik beradik paku masak belacan. Yang ni tak tahu aku apa namanya tapi sedap. Aku yang tak makan sayur pun aku rasa sedap je. Dan yang paling aku suka Umai. Sedap betul Umai ni. Masam-masam rasanya.


Balik dari Cultural Village, kitaorang balik hotel kejap lepas siap-siap terus naik Shuttle Van pegi town. Tambang shuttle ni kalau one way RM12.00 seorang tapi kalau beli tiket siap-siap pergi balik dapat harga RM20.00 je. So jimat RM4.00 kat situ.

Kat town memang kitaorang dah berpisah dengan orang Mayflower so kitaorang jalan-jalan sendiri je sebab main agendanya nak bershopping je. Tapi mula-mula sebelum shopping kitaorang singgah kat muzium Cina kat tengah town tu. Lupa plak nak amik gambar. Lepas tu terus je pegi main baazar nak beli souvenir untuk dua-dua family aku. Tapi dah abis-abis shopping baru sedar yang souvenir yang aku beli untuk bapak tertinggal. Huhu.. sedih


Tengah-tengah shopping hujan lebat pulak. Dah janji dengan Mahani nak jumpa dia pukul 5.30 petang kat satu mall tu tapi camana nak jalan sebab hujan lebat. Last-last Mahani ambik aku kat main bazaar dan kitaorang pegi dinner kat seafood restaurant.


Dah lama betul tak jumpa Mahani. Dah 10 tahun sejak graduate dari UPM. Dinner malam ni Mahani belanja kitaorang sempena hadiah wedding katanya. Thank you Mahani. Sedap betul dinner malam ni. Ketam masak black pepper, siakap 3 rasa, sup sayur dan sayur paku yang aku tak tahu namanya. Midin Belacan kot namanya. Hentam jelah labu yang penting sedap je rasanya. Mahani nak order macam-macam lagi tapi aku yang sekat. Udah-udah le tu. Confirm berat badan aku naik balik dari Kuching ni.

Tuesday, December 29, 2009

Honeymoon - Day 1

Hari ni aku dan hubby akan bertolak ke Kuching untuk honeymoon. Yeah!! Syoknya dapat pegi jalan-jalan. Flight kitaorang pukul 8.15 pagi so seawal 6.00 pagi kitaorang dah bertolak dari PJ. Pakcik teksi tu datang punya le awal. Pukul 5.45 pagi dia dah sampai so dia kena le tunggu kitaorang solat Subuh jap sebelum bertolak.


Pukul 6.45 pagi dah sampai KLIA. Jalan tak jammed sebab awal pagi lagi kan. So lepas ambik boarding pass dan check in semua luggage, kitaorang pun pegi le jalan-jalan cari makan sebab aku dah semestinya kena breakfast kalau tak nanti boleh meroyan. Hehehehe..


Breakfast Mc Donalds je. Actually aku nak makan Prosperity Burger sebab aku punya le lama menahan nafsu tak nak makan fastfood sebelum kawin sebab takut naik berat badan tapi mana pulak nak ada Prosperity Burger pagi-pagi buta so nak tak nak ambik jelah set meal Sausage McMuffin. Ok jugaklah sebab ada aku nyer favorite Hash Browns yang dah lama giler tak makan.

Kitaorang abis makan pukul dekat-dekat nak close gate dah. Kelam kabut dibuatnya. Dah le Mc D kat hujung sebelah sini. Bagai nak mampos berjalan nak kejar time. Huhu. Nasib baik sempat tapi kiranya macam dah jadi orang last-last dah masuk.


Seat kitaorang number 21A dan 21C. Best sebab depan tu tak ada orang so lapang je rasa. Kat dalam flight rupanya ada serve meal lagi. Adoi.. dah le kenyang breakfast Mc D, kena makan lagi pulak. Kalau tak makan rasa macam rugi so makan jelah. Aku amik set nasi lemak. Dahlan amik set roti canai. Selain dari main course tu ada fruit cake, coklat, fresh orange dan air coffee atau tea.

Sampai kat Kuching, wakil dari Mayflower dah tunggu kitaorang. Masa tu baru pukul 10.45 pagi. Program dalan jadual untuk hari ni, dia akan bawak kitaorang pegi lunch pastu terus bawak kitaorang pegi hotel. Mak aii.. awal giler nak lunch. Nasib baik le dia memahami yang aku memang dah rasa nak termuntah kalau kena makan lagi time ni. So dia bawak le kitaorang pusing-pusing town. Dia tunjuk le kat mana shopping area, muzium, hotel 5 star dan last sekali dia stop kat tepi Sungai Sarawak. Kat tepi tu kiranya macam Bintang Walk le. Suppose ada gerai-gerai makan, jual-jual barang tapi semua tutup plak. So kitaorang just singgah kejap amik gambar je.

Kat Sungai Sarawak tu ada le sampan-sampan kecik untuk ke seberang sana. Ala-ala macam kat Parit tu le. Dekat je seberang sungai tu. Tapi rasanya kalau aku naik gerun gak tu.


Tapi untuk pertama kali experience aku tetap ajak Dahlan naik sebab aku betul-betul teringin nak rasa. So aku mintak pakcik tu bawak aku ke seberang dan dengan sampan yang sama aku balik ke sini balik. Jadi kiranya sekali jelah aku kena melangkah masuk dan sekali melangkah keluar.


Dah masuk-masuk dalam sampan.. mak aii.. takutnya. Air sungai tu dekat gila dengan tempat duduk. Aku rasa macam sampan tu nak terbalik je. Dah le aku tak reti berenang. Dahlan pun sama tak reti berenang. Sapa le nak selamatkan aku kalau jadi apa. Aku memang dok diam-diam je sepanjang jalan. Tak bergerak-gerak sebab takut jatuh. Padan muka. Tadi gedik sangat nak naik, sapa yang susah. Lepas turun dari sampan rasa macam nak buat semayang sunat je. Hahaha...


Lepas dah sudah bersampan, wakil Mayflower tu bawak le kitaorang lunch. Masa parking aku nampak signboard ni. Macam ada tak kena je kan dengan signboard ni..


Hari ni kitaorang lunch kat Bangkok Thai Seafood Restaurant. Namanya seafood tapi ada satu je masakan seafood. Yang lain tu ayam. Menda ntah. Rasa masakannya boleh tahan tapi sikit je varietynya. Maybe sebab kitaorang berdua je kot.


Lepas lunch terus kitaorang check in hotel. Dari town ke hotel makan masa dekat sejam. Jauh betul. Kitaorang stay kat Damai Beach Resort, Kuching. Hotel ni tepi laut dan boleh le kata best jugak cuma jauh je.


So ni le room kitaorang untuk tiga hari dua malam ni. No bilik 222. Hotel ni tak ada lif. Room kitaorang kat tingkat satu so kena le panjat tangga. Nasib baik tak tinggi sangat.


Pemandangan dari tingkap bilik hotel. Nampak terus swimming pool. Laut jauh ke depan lagi. Eee.. bestnya kalau dapat mandi laut ni.


Ni le decoration katil untuk room kitaorang. Ada bunga-bunga apa ntah sebab kenkonon untuk honeymooner kan.


Kat toilet pun ada bunga-bungaan jugak. Atas jamban berak, sinki, kat bath tub pun ada. Mula-mula rasa teruja je tengok bunga-bungaan ni tapi lelama rasa menyemak pun ada.


Dah redup-redup sikit baru le kitaorang keluar amik angin tepi pantai. Nak mandi malas pulak nak tukar-tukar baju so jalan-jalan dan melepak jelah kat sini.


As usual walaupun tak mandi aku tetap jugak nak mencecahkan kaki ke air laut. Kena buat ni sebab bukan senang nak cecah kaki kat laut Sarawak ni. Aku sorang jelah main air laut sebab Dahlan tak nak turun takut kasut dia kotor. Mentang-mentang le dia beli kasut baru semalam. Khas untuk pegi Kuching pulak tu. Tu yang takut sangat kasut dia kotor.


Malam, lepas solat Maghrib kitaorang dinner kat coffee house hotel je sebab dah masuk dalam pakej. So masuk je dalam coffee house ni dah ada setting table yang sangat special untuk kitaorang. Ada candle dan bunga-bungaan berbentuk love. Romantik le jugak..

Kitaorang pilih makan buffet untuk malam ni. Lepas tu aku rasa macam tak berbaloi pulak sebab buffet dinnernya tak sedap. Baik ambik dinner set course ntah-ntah lagi sedapkan.

Monday, December 28, 2009

Diari Pengantin - Part 6

Selesai sudah majlis perkahwinan aku dengan Dahlan. Macam tak percaya je dah ada title Puan. Kesimpulan aku buat untuk majlis aku, aku suka sangat-sangat dengan semua benda. Simple tapi meriah. Macam tak percaya je semua-semua benda ni aku siapkan dalam masa 3 bulan je. Dari mencari cincin risik, cincin kawin, cari pak andam, cari pelamin, cari baju, hand bouquet, cari tempat nak ukir inai, cari cadar, bunga telor, curtain, hiasan yang macam-macam, wedding cake, hantaran dan macam-macam lagi. Betulnya stress tau buat persiapan majlis kawin ni, boleh gugur rambut semua. Tapi bila tengok hasilnya dapat sepertimana yang aku nak, aku rasa sangat puas hati. Dan rasanya setiap inci persiapan ni semua aku ada take part. Jom view gambar-gambar ni..

Signboard ni letak kat jalan nak masuk supaya tetamu aku especially yang datang dari luar Bota Kanan tak silap rumah. Maklum le.. 26.12.2009 ni ada banyak kenduri kawin. Dah siap-siap print signboard ni baru aku perasan yang ejaan Disember aku ejaan English.. Bantai jelah kan..


Bilik pengantin. Ni penah buat aku rasa stress betul sebab dah dekat dengan tarikh kawin tapi idea pun tak ada lagi. Last minutes kena beli cadar dan hiasan-hiasan semua.
  • Cadar tu aku beli kat Jakel dengan harga RM300.00 je. 100% cotton tapi murahkan.
  • Curtain recycle balik guna yang masa Nyah kawin sebab aku nak konsep putih maroon tu. Curtain yang arwah mak buat untuk aku colour peach so dah tak kena. Yang tu Wan Chu Ma boleh guna masa dia kawin nanti.
  • Cushion tekad tu turun temurun punya.
  • Table lamp ni aku beli kat Ikea. Satu biji RM34.90. Mentol RM2.50 satu. Campur plastik Ikea 2 kupang total semua RM75.00.
  • Kerusi sampan beli kat kedai Jati kat Manjung. Harga RM230.00.
  • Bunga dengan vase kat atas dressing table aku beli kat SSF. Bunga sekuntum RM7.80. Mahal dari bunga betul. Aku beli 5 kuntum. Vase RM25.00 satu. Tapi bunga tak boleh bawak balik rumah aku lagi sebab ada budak tu nak pinjam untuk dia kawin nanti..
  • Petals kat side table - Bunga ros maroon yang aku beli depan pasar Sitiawan. RM2.00 sekuntum. Fresh sangat bunganya.
  • Table runner - hadiah dari Kak Hariati LSSB. Banyak Kak Yati bagi aku tau. Dah le bagi cadar, bagi table runner, cash lagi. Terima kasih banyak-banyak..
  • Carpet yang suppose letak dalam bilik tapi dah diletak di atas pelamin beli kat Kamdar harga RM59.90.
  • Curtain kat pintu pun beli kat Kamdar harganya RM21.00. Upah jahit Kak Semah yang bayarkan.
  • Bunga tangan aku yang colour maroon tu. Yang putih bunga budak gediks 3 orang. Bunga tangan aku beli kat Sayang You. Kenangan beli dengan arwah Kak Aspa. Masa tu pegi beli goodies bag untuk hi-tea dengan KDRM so ambik kesempatan cari bunga sekali. Kak Rad yang gubah bunga ni sampai jadi marvelous gila macam tu. Bunga tu murah je. Sepokok ada 5 kuntum harganya RM3.50 je. So aku beli 5 pokok. Reben maroon harganya RM8.00 satu roll. Bunga ni pun ada budak tu nak pinjam gak. Dia ni semua benda nak pinjam aku punya. Buat le idea lain kan.. Sibuk je..

Komen dari Chew pasal pelamin aku kat Facebook

"Superb red coloured design on the background, one quick glance you would think "double happiness"! This is very "ong" indeed!"


Bunga pahar colur purple pink yang arwah mak beli untuk aku dulu sebab tu colournya lari langsung dari theme aku tapi tak kisah le sebab ni letak dekat tepi je. Lagipun ada campur colour lain sikit pun menarik jugak.


Nilah wedding cakes yang aku tempah dengan Nanie. Yang atas 1/2kg vanilla butter cake dengan butter icing. Bawah 1kg chocolate cake dengan butter icing. Tapi macam tak berapa sedap le chocolate cake dipadankan dengan butter icing. Next time tak boleh mintak buat macam tu. Cup cakes Nanie kasi hadiah pada aku. Satu pun aku tak rasa so aku tak tahu camana rasanya. Suppose aku nak cake ni kaler putih dan bunga rose maroon tapi Nanie cakap dia dah try buat cuma colour tu je dia dapat. Ok le kan. Lawa jugak. Semua-semua ni including cup cakes hantaran RM120.00 je. Murahkan.


Meja santapan pengantin. Aku pun tak tahu le apa menunya sebab aku makan betul-betul sekadar duduk sebab ada upacara je. Aku nampak ada ikan, ayam golek, buah-buahan lagi ntah apa ntah. Menu kenduri untuk semua tetamu pulak : -
  • Nasi minyak dan nasi putih
  • Ayam masak merah
  • Daging masak hitam
  • Acar buah
  • Dalca
  • Kerabu umbut
  • Air sirap dan buah oren
  • Bubur gandum dan teh tarik

Atas dua orang pengapit aku masa akad nikah dan bersanding. Tikah tudung merah dan Pidah tudung hitam. Dorang berdua ni pun kecoh jugak sebelum hari majlis dengan cerita baju dorang yang Kak Semah tak berkenan sebab besar sangat. Adoi.. macam-macam.

Gambar bawah 3 orang pengiring kecil aku yang gedik-gedik belaka. Caca, Auni dan Tasya. Baju sponsor by Nyah. Bunga dorang, aku beli kat SSF dan digubah oleh Kak Rad.


Malam sesi kira-kira duit dan bukak hadiah le pulak. Hehehehe..

Ni duit mas kawin aku. Belum tahu lagi nak beli apa dengan duit ni.

Aku tak dapat banyak sangat hadiah kawin sebab kebanyakkan dorang bagi aku cash. Ok gak tu kan. Tapi dalam banyak-banyak hadiah kawin, aku rasa yang ni yang paling aku suka. Daripada one of best friend aku masa form 5 kat Bainun, Nina. Tulisan khat tu nama Dahlan dan aku. Unikkan..

Dalam banyak-banyak gambar dari lensa Abang Hazman, aku paling suka dua gambar kat atas ni. Gambar pertama sebab nampak aku kurus walaupun tak nampak muka. Hehehe.. Yang kedua ni aku rasa lawa sebab nampak loving je walaupun Dahlan muka macam terpaksa je kan.. Gambar dari lensa Abang Epoi nanti update kemudian le.. Ok dah abis cerita diari pengantin aku. Esok pegi honeymoon kat Kuching flight pukul 8.15 pagi..