Saturday, September 12, 2015

BFF Wedding - Maisarah & Ridzuan

Alhamdulillah.. akhirnya geng Fantastic Four semuanya dah selamat bergelar isteri. Awal tahun 2015 Yatie kawin dan hari Khamis lepas giliran Mai pulak. Teringat tahun lepas masa kitaorang pegi outing ke Melaka, teruk-teruk Mai kena belasah dengan aku dan Yatie. Hehehehe.. akhirnya..kalau dah jodoh tak ke mana kan.

Akad nikah Mai hari Khamis lepas Asar. Memula aku plan nak ambik cuti. Sekali lepas balik dari Bukittinggi terpaksa pergi Singapore, cancel terus cuti. Kerja tak siap. Dah tak jadi cuti full day, aku just mintak Miss Lim balik awal jelah. Nanti stayback ganti balik. Pukul 4.00 petang Yatie dah ambik aku dekat office. Nasib baik le hari tu dah datang dengan Dahlan ke rumah Mai so senang jelah nak cari rumah Mai.

 
Akad nikah Mai lepas solat Asar dekat surau dekat je dengan rumah dia. Alhamdulillah dengan sekali lafaz dah sah dah. Lepas tu ada jamuan minum petang dekat kawasan surau tu jugak. Geng F4 dengan pengantin.


Kelakar betul. Masa tunggu nak akad nikah, kitaorang sibuk bergambar sesama sendiri. Maklumlah macam mini reunion geng Kolej Tun Perak. Geng F4 jumpa dengan geng Mai yang satu lagi.

Tengahari tadi reception Mai. Dia buat dekat dewan TNB Bangsar. Serius dewan ni besar gila. Lebih pada macam stadium tertutup kot. 

Geng F4 dengan pengantin. Dahlan ntah kemana perginya. Biasa le dia. Asal lama sikit je sentap. Boring betul. Along pun tak tahu kemana jadi nya ada Add jelah dalam gambar ni.
 

Again mini reunion geng ex Kolej Tun Perak

Monday, September 7, 2015

Short trip Singapore - Cousin Wedding

Balik je dari Bukittinggi, Dahlan bagitau aku mak sedara dia Cik Jamaliah call jemput datang kenduri kawin anak dia kat Singapore. Ha?? Wei.. mana ada duit nak pegi Singapore lagi lepas balik dari annual trip ni. Lepas-lepas tu Dahlan bagitau aku makcik dia bukan setakat invite je tapi nak mintak tolong drivekan dia masuk Singapore sebab dia tak larat nak naik bas. At first aku argue jugak. Kenapa husband dia aka pakcik Dahlan tak boleh drive sendiri. Kendian Dahlan cerita baru le aku tahu yang warganegara dan PR Singapore tak boleh drive kereta Malaysia masuk Singapore. Hah?? Susah yer. Baru tau info ni. Jadi tak sampai hati le pulak kesian mak pengantin kena naik bas, aku setuju le pegi. So jual balik balance IDR, ada le duit nak book hotel. Minyak tong tong. Toll dan expenses kat Singapore, Dahlan cakap dia bayar semua sebab dia masih ada duit SGD. Actually family kitaorang je dijemput datang kenduri ni. Adik beradik lain tak dijemput. Aku tak tahu le kenapa. Lantak le family deme. I follow je.

Maka pada pagi Sabtu lepas, bertolak le kitaorang ke JB. Masa nak keluar tu aku rasa badan Batrisyia macam panas-panas sikit. Aku tanya Dahlan tak nak bawak ubat ke. Dia cakap tak payah le. Nanti kalau deme JB ada banyak farmasi dan klinik. Aku ok kan aje. Sampai kat Ayer Keroh rasa badan dia makin panas. Aku rasa demam budak ni. Dah le termometer pun tertinggal. Sungguh aku tak ready trip ni sebab baru balik kan. Beli je Kool Fever kat RNR tu. Ada rasa badan dia macam sejuk sikit. So kitaorang decide singgah JPO jugak sebab masih awal. Batrisyia pun nampak ok. Siap pau aku satu dress princess. 

Keluar dari JPO, badan dia dah panas balik. Kitaorang pegi Plaza Angsana sebab nak tapau lunch lepas tu baru nak check in. Beli termometer kat Watson. Masuk Guardian, sekali Guardian tu tak ada farmasi. Camana nak beli ubat demam. Aku tak pernah bagi Batrisyia makan panadol biasa macam tak confident pulak rasa. Tak jadi beli. Ada satu farmasi tu dari kitaorang sampai, sampai le kitaorang balik, break dia kemain lama. Ntah hapa-hapa. Nak bisnes ke tak nak. Dah tapau mee rebus Haji Wahid dengan Kacang Pool Haji kitaorang pun gerak le ke hotel.

Atas ihsan achik tersayang Azbarina, dapat le duduk hotel Thistle dengan kadar yang mampu bayar selama 2 malam. Masa nak check in teruk betul servis hotel ni. Serius aku cakap. Slow nak mampos. Dahlan sampai nak hangin tunggu dalam kereta. 


Dapat bilik kat tingkat 7. Nombor 717. Masuk je bilik serius terubat marah check in slow nak mampus tadi. View dia cantik sangat. Nampak swimming pool dan dataran Johor Bahru. Memang rasa berbaloi le dengan bayaran yang aku bayar

Ada bath tub. Kat cermin tu boleh nampak katil. So Batrisyia berendam aku tak risau sangat sebab aku boleh nampak dia. Dia nampak je bath tub terus berendam. Macam dah tak demam dah budak ni.  Tengok dia aktif sangat so aku kurang sikit risau. Maybe panas sebab hari panas kat sekolah kot


Toiletries banyak gila dorang bagi. Selain dari bath tub, hotel ni ada shower jugak. Serius aku suka giler hotel ni.



Hotel ni ada tafsir Al-Quran. Sejadah pun dah ada siap-siap dalam bilik. Kagum aku.  Hotel ni memang complete facilities dia. Tak payah nak request-request dah. Iron, iron board, extra pillow semua dah ada siap-siap dalam bilik


Dah settle unpack barang baru le dapat lunch. Actually bukan lunch pun. Dah pukul dekat 5 dah time ni. Aku dengan Dahlan makan mee rebus Haji Wahid dan Kacang Pool. Batrisyia aku dah tapau dia bubur ayam Mc D takut dia tak ada selera nak makan yang lain-lain ni.


 Malam ni dah janji nak datang rumah Aidee. Dah berapa kali dah datang JB nak visit rumah dia tak penah ada rezeki dapat. Alhamdulillah hari ni dapat jugak datang rumah dia. Cantik dan comel je rumah Aidee. Aidee masa spaghetti Bolognese untuk dinner. Tapi sebab baru je makan mee dan kacang pool macam kenyang sanagt nak makan beria kat rumah Aidee. Seronok berborak sampai dekat pukul 11 malam jugak borak dalam rumah pastu sambung borak tepi kereta dekat setengah jam. Hahahaha.. Batrisyia lepas makan Mc D dekat hotel tu terus tido. Rasa badan dia panas balik. Kat rumah Aidee pun dia tidur je. Aidee ada bagi ubat demam Adam punya. Sebab sikit terus bagi botol tu bawak balik hotel. Malam dah sampai hotel aku rasa badan Batrisyia tak kebah pun demam dia. Bagi lagi satu dos ubat campur dalam susu. Dia tidur je sepanjang malam. Aku terpaksa letak kain basah je kat kepala dia. Aku decide kalau tak kebah Dahlan sorang jelah masuk Singapore bawak makcik dia. Aku stay kat hotel bagi Batrisyia rehat. 

Subuh Ahad tu, rasa-rasa badan dia macam belum kebah. Aku cakap dengan Dahlan aku nak bawak dia gi klinik. So google cari Klinik Pakar Kanak-Kanak.  Nasib le jumpa satu klinik dekat Taman Pelangi yang bukak hari Ahad. Tapi JB ni hari Ahad kan hari bekerja untuk government. Kemungkinan klinik ada yang bukak tu memang besar. Doktor tu bagus sangat. Doktor lelaki agak berumur. Banyak pengalaman kot. Bagi je Batrisyia ubat masuk bontot. Dan bagi jugak standby kalau demam lagi. 

Masa nak tunggu doktor bukak klinik, Cik Jamaliah call bagitau dorang akan pergi dulu sebab dorang ada sewa van. Pulak. Tapi tak apa le sebab kitaorang pun tak dapat nak pergi awal uruskan Batrisyia. Memandangkan Cik Jamaliah dah pergi, aku cakap tak payah le kita pegi awal sangat. Lepas Zohor pun sempat sebab nikah pukul 3 petang. Cik Jamaliah mintak kitaorang bawak anak dia je pegi nanti. Balik hotel tengok Batrisyia dah sihat so Dahlan ajak aku pegi jugak. So aku cakap dengan Dahlan dia keluar le amik dorang cepat sikit. Lepas tu singgah dekat hotel amik aku pulak.

Dalam 1.15 petang aku pun turun dengan Batrisyia ke parking. Nampak ada dua orang sepupu Dahlan. Sorang Nasuha yang fren dengan aku dekat FB. Sorang lagi tengah merokok lelaki. Aku kenal-kenal dan salam-salam. Dalam kereta dorang bagitau yang lagi sorang lelaki tu le pengantin. Aku like WHAT????? Kitaorang kena bawak pengantin!!! Oh my God.. sempat ke. Dalam masa kurang dua jam nak sampai Singapore ni. Berdoa banyak-banyak tak jam dekat imigresen. Dah le Dahlan punya Autopass belum renew due to tukar road tax baru. 

Sekali dekat imigresen Malaysia jammed kau.. Kaunter bukak ada berapa je. Aku serius cuak giler. Boleh pulak si pengantin ni ingat dia kawin pukul 4.00 petang. Hadoilah... amenda le dorang ni. Masa Dahlan activate autopass dia, aku cakap dengan bebudak ni. Korang tau kat mana kan tempat nikah. Nanti guide sebab lagi cepat. Masa Dahlan masuk kereta dia nak set gps, aku cakap dorang tau tak payah set. Sekali budak dua orang ni tak tahu. Sesat!!!  Ya Allah!! amenda ni.. rumah bakal bini kau kot.. Masa nak u-turn orang dah start call-call dah cakap tok kadi tak boleh tunggu lama sebab ada pengantin lain nak dinikahkan. Dah le pengantin ni tak pakai baju kawin lagi. Sabar jelah. Sampai dekat rumah singgah dah pukul 3.00 petang. Berlari dorang berdua tak sempat nak cakap apa dah. Actually kitaorang tak tahu kenduri tu ada dekat mana dan apa jadi. Nak bawak balik pengantin ke apa ke. Dok le tercongok kat bawah flat tu dekat sejam. Aku suruh Dahlan call pakcik dia tak dapat pulak. Dah sejam tu baru le dapat call. Pakcik dia cakap dah selamat. Lega kau.. rupanya pengantin lepas pakai baju dia marathon pegi rumah wife dia. Huhu..Tak boleh nak salahkan dia le sebab dia pun kelam kabut. Cuma aku tak berapa nak paham arrangement dorang camana. Kalau aku tahu kena bawak pengantin, confirm aku takkan solat Zohor kat JB. Aku boleh jamak kan. Apa susah.

Mula aku nak ajak Dahlan terus je ronda-ronda sebab Dahlan dah janji nak belanja chicken wing Mc D Singapore. Tapi pakcik dia suruh datang kejap. Kitaorang pun pegi jelah. Naik atas. Kecik je kenduri dia. Makan pun tepi rumah je. Tak ada khemah-khemah bagai. Tapi serius lauk kenduri dia sedap gila. Macam-macam ada. Habis je kenduri, mula dua makcik Dahlan nak ikut balik. Aku cakap dengan Dahlan mana nak muat sebab kerusi Batrisyia besar. Cik Jamaliah pulak besar lagi dari aku. So kalau dia duduk depan, aku belakang dengan Batrisyia camana nak sumbat lagi sorang. Lain le kalau dua orang yang nak tumpang tu kecik-kecik macam sepupu Dahlan tadi. Last-last orang lain naik bas. Bawak Cik Jamaliah je.

Sebelum balik kitaorang pusing-pusing dulu Singapore. Singgah Mc Donalds mana ntah. Nak cari Bengawan Solo kek tapi tak tahu kat mana ada jual. Nak masuk Orchard Road takut susah pulak. At last balik je. Sampai rumah Cik Jamaliah, dia bagi kitaorang nasi dan lauk kenduri dan satu cake daripada hantaran. Malam dinner je nasi orang kawin tapi punya le susah sebab kitaorang tak ada pinggan. Makan atas plastik je. Huhu


Pagi ni breakfast kat tempat lain. Mungkin orang dah kurang jadi letak tempat kecik sikit. Lepas breakfast Dahlan dengan Batrisyia mandi pool. Sebelum check out amik gambar pemandangan dari bilik dulu. Cantikkan view dia. Pagi ni kan baru le sedar satu menda. Ubat yang Aidee bagi tu rupanya bukan ubat demam tapi ubat batuk. Patut le demam budak Batrisyia ni tak kebah-kebah. Hahahahaha.. kelakar pulak rasa.  Tengah siap-siap nak check out, Cik Jamaliah call ajak kitaorang lunch nasi briyani dekat Batu Pahat. Kitaorang pun setuju le pegi


Ni le tempat nasi briyani tu. Yang paling popular kat sini Nasi Baryani Mohd Shah. Masa kitaorang sampai actually Cik Jamaliah dah gerak dah pegi Melaka. Lama sangat tunggu kitaorang. Habis tu dia call masa tu kitaorang belum habis packing. Dia dah dekat nak sampai masa tu.


Sampai je dekat gerai Mohd Shah, dah habis pulak baryani dia. Ada rombongan Cik Kiah satu bas dari mana tak tahu. So terpaksa le makan briyani kedai lain. Serius cakap nasi briyani kat food court ni murah. Mohd Shah punya lagi murah daripada yang kitaorang makan ni. Patut le cepat habis. Sedap dan murah kot. Nasi brayani yang kitaorang makan ni pun sedap jugak. Mohd Shah punya tak tau le. So kena repeat lagi ni. Sebelum balik sempat tapau Kacang Pool Haji lagi sekali. Kat sini pun ada branch dia.