Hari Khamis ni aku dah start cuti. Jumaat pulak flight aku ke Seoul. Yahoo!!!.. Seronoknya nak pergi berjalan. Tapi sebelum pegi berjalan nak cerita le dulu pengalaman persiapan aku pegi Seoul ni. Insyallah aku akan pergi Seoul 10 Nov 2017 flight pukul 12.50 pagi dan balik 18 Nov flight 3.55pm. Flight kitaorang reschedule. Citer pasal persediaan nak pegi Seoul ni, aduh susah sangat-sangat. Aku khatam blog kemain banyak lagi tapi masih tak faham. Ye le namanya semua dekat sama. Ada dong.. dong kang belakang. Antara blog yang banyak membantu blog Kak Kiah, blog life of a traveller dan blog Radin Fadli. Lain dari tu Lia dan Ainul pun banyak sangat-sangat membantu untuk buat itinerary.
Tengok jumlah hari aku pegi memang lama kan. Semua orang cakap aku boleh pegi Jeju Island sekali. Tapi aku rasa macam tak berminat nak pindah-pindah. Jadi aku betul-betul spend kat Seoul je dan boleh le travel chill-chill. Bulan April, kami start book hotel. Kebetulan hotel yang aku nak tu harga turun. Cepat-cepat grab. At first jenuh nak pilih hotel mana. Nak kat Myeondong, yang ada lif, yang dekat dengan subway, tak nak yang panjat bukit. Hahaha.. Hotel kat Seoul melambak-lambak nak pilih. Sudahnya kami pilih 57 Myeongdong Hotel bilik triple. Harga untuk 8 malam RM2,454.76 lepas tolak point RM285.41. Actually, kalau baca blog tak ramai rakyat Malaysia memilih hotel ni. Tak tahu kenapa. Mahal kot. Kitaorang pilih sebab hotel ni menepati semua kriteria yang aku nak.
Bulan Mei pulak, aku pegi Korea Tourism Organization (KTO) untuk redeem voucher DKYW (Discover Korea Your Way). KTO ni letaknya dekat sangat dengan office aku. Dekat Menara Hap Seng. Aku pegi dengan Kak Aishah dan Fiza masa lunch hari Jumaat. Senang je nak redeem. Jadi member Kaki Korea Club, isi borang survey. Pastu dapat code, print passport, print itinerary hantar je ke dorang. Pastu dia bagi booklet voucher. Dalam booklet tu selain daripada dorang bagi diskaun-diskaun voucher, ada dorang ada bagi T-money card. Walaupun harga T-money card tak mahal mana pun kalau beli, seronok le juga bila dapat percuma kan.
Bulan September, sebelum book McD birthday party Batrisyia, kitaorang pegi Dewina Food kat Bangi untuk borong ready to eat food brand Brahim. Memang jimat banyak le beli kat sini compare to beli kat supermarket. Kalau nak beli sikit-sikit tak payah le datang sini. Ni beli banyak kan. Aku dah siap susun dah hari apa nak makan apa. Plannya, satu kali je makan kat luar. Dinner makan Brahim.
12 Oktober - Aku beli Travel Insurance dengan Axa Affin. May ejen insurans office aku pesan kena beli travel insurance sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh berlepas untuk memudahkan apa-apa proses claim. Kitaorang beli family package cuma RM97.50 je. Sebelum-sebelum ni, aku tak penah beli travel insurance bila berjalan. Atas nasihat ramai orang dan bacaan dari group travel, kali ni beli juga.
2hb hari tu, baca-baca lagi.. calculate sana sini, terjumpa le pulak ticket Everland online yang lebih murah dari beli on the spot kat sana walaupun dah pakai diskaun voucher dalam buku DKYW. Aku jumpa kat Seoul Travel Pass. Tapi syaratnya kena download apps tu dulu dalam hp baru boleh beli. Pulak dalam buku DKYW ada lagi extra 5% off untuk guna dalam apps tu. Apa lagi.. beli le terus. So aku dapat tiket Everland cuma KRW95,000 je untuk 3 orang. Walaupun credit card conversation rate agak mahal tapi tetap untung juga.
Dahlan pulak, pagi tadi baru decide beli sim card Korea dari apps Seoul Travel Pass juga. Sebab dapat lagi 5% off jadi murah kan. Kesimpulan aku cakap, nak pegi Korea ni tak boleh depends satu apps je. Kena download banyak-banyak apps. Pastu nak naik subway pulak kena ownload apps Subway Korea. Apps ni semua yang pegi Korea suggest kena download.
Untuk tukar Ringgi Malaysia ke Korea Won pulak gila tinggi. Pegi Australia pun baru RM3.00 untuk AUD1. Ni sampai dekat RM4.00 untuk KRW1,000.00. Tunggu punya tunggu turun le forex ke 3.73. Aku dah malas nak pikir weekend terus beli. Sekali minggu depannya weekday dapat 3.71. Tapi payah juga nak pegi tukar hari kerja. Lepas sehari dua turun 3.71, terus naik balik memang tak turun ke 3.75 pun. Ok le dah rezeki aku situ kan. Ok bag pun dah kemas. Kerja 3 hari pastu boleh cuti..





