Monday, December 31, 2007

Last Day of 2007

Hari ni last day untuk tahun 2007. Apa perasaan aku? Mhmm.. Sedih kot. Sebab rasanya habis setahun 2007 tapi tak ada pun apa-apa perubahan dalam hidup. Tetap juga single macam dulu malah lagi teruk kot. Dulu ada gak GG, sekarang hampeh. Bab kerja pulak, biasa-biasa je cumanya aku rasa selesa dengan kerja sekarang. Nak kata gaji banyak sangat tak juga sebab apa yang aku dapat sekarang sama dengan apa yang aku dapat masa kerja kat Amorphous dulu cuma bezanya kat Lembah Sari ni aku tak tertekan macam aku kerja kat Amorphous yang macam celaka tu. Hehehehe... Tapi gaji aku cukup le untuk aku sara diri sendiri cumanya nak saving memang tak ada, nak beli barang pun kena le budget-budget tiap-tiap bulan. Kalau bulan ni dah beli baju, so tak dapat le nak beli benda-benda lain pulak. Mhmm.. camtu le. Semuanya sebab si Celaka tu. Aku terpaksa menanggung hutang yang banyak. Gggrrrrrrr.. Aku memang tak halalkan dunia akhirat apa yang dia ambik dari aku. Mampos kau lah.

Malam tahun baru aku cuma lepak kat rumah layan TV je. Lepas satu cerita, satu cerita. Mujur ada Cikgu Taufik yang rajin melayan aku sms. Hehehe... Malam ni aku baru tahu satu benda. Dah 31 tahun hidup, camana le aku tak tahu yang cuti tahun baru tak semua negeri ada. Cikgu Taufik yang bagitau aku. Tu pun lagi nak argue dengan dia. Hahahah.. Bodohnya aku...

Saturday, December 29, 2007

Shopping Sakan @ Mid Valley

Hari ni aku pegi shopping sakan dengan Wan Chu Ma. Actually dia tak shopping. Dia pegi keja sebab nak buat report yang tak siap so aku pun ikut le dia pegi Mid Valley. Hari Khamis lepas aku dah jalan-jalan dengan Yatie kat 1-U sebab dia nak buat spek so masa tu aku dah survey-survey le baju-baju. Hari memang shopping sakan le. Aku beli dua helai baju dan 2 pasang dalam-dalam gak. Hehehe...

Nak pilih baju tak ada le lama benor sebab aku kan dah survey dah sebelum ni cuma nak make sure yang mana betul-betul suka aje. Yang jadi lama tu masa nak try kat fitting room le. Alahai.. ramai giler orang. Tak leh nak salahkan sapa-sapa le. Sebab orang Malaysia kan memang macam ni. Time raya puasa, Cina pun sibuk gak nak shopping so time nak CNY ni pun ramai jugak melyu dok sibuk shooping termasuk le aku. Hehehehe...

Pas siap beli baju aku, aku sibuk lak nak kena cari hadiah untuk tukar-tukar sesama kawan-kawan kat office. Yang payah tu sebab ada limit harga. Tak boleh lebih dan tak boleh kurang. nanti cerita detail pasal ni kemudian le. Masa jalan-jalan nak cari hadiah tu aku nampak le ada satu jam tangan. Memang lawa dan colourful. Aku ingat nak beli tu aje as hadiah tapi murah sangat le pulak. RM9.80 je so dah tak boleh. Last-last aku beli juga untuk aku sendiri. Hehehehe...

Dah penat-penat shopping gi kencing jap. Nak kencing pun kena Q. Panjang lak tu barisannya. Pastu touch up le balik mana-mana yang patut sebab tadi dah berpeluh-peluh shopping. Aku rasa macam tak ada air-cond je kat dalam Mid Valley ni. Panas giler.Ni picture dalam toilet GF Jusco MV le ni.

Letih giler shopping hari ni. Kaki pun dah sakit so lepak le kejap kat kerusi kat depan lif kat south court MV. Aku pun dah 2 kali beli air sebab haus sangat-sangat

Ni le baju-baju yang aku beli. Kaler merah dengan kaler coklat. Underwear tak leh tunjuk atas sebab-sebab keselamatan. Hahahahaha.....

Wednesday, December 26, 2007

Malik Masuk Hospital

Semalam 25.12.2007 orang lain best-best je cuti Krismas, si Malik masuk hospital pulak. Hari sebelum tu dia kena cirit-birit sampai lembik. Tu yang malam tu Nyah bawak dia pegi hospital terus kena tahan kat wad. Macam-macam le budak tu. Baru umur 5 tahun dah 4 kali masuk hospital. Cekik kertas timah ler, asthma ler, kali ni cirit-birit pulak. Lorr.. macam-macam. Kali ni dia masuk hospital Columbia Asia yang baru bukak kat Puchong tu. Tempat keja baru Nyah. Masa aku dengan Wan Chu Ma datang, sunyi sangat-sangat hospital tu. Kat registration tak ada orang. Cashier tak ada orang. Kat pharmacy tak ada orang. Peliknya hospital ni. Maybe sebab cuti umum kot sebab tu tak ada orang.

Malik dok bilik no 77. Masa kitaorang datang dia tengah nak masuk air dalam badan. Biasa le dia.. Merengek-rengek le tak nak. Tapi lepas Wan Chu Ma bagi dia main game kat handphone baru terus senyap. Kitaorang lepak kejap aje sebab Wan Chu Ma kena kerja. Tapi sempat gak le Nyah bawak melawat bilik-bilik lain. Ada bilik tu letak wall paper gambar kartun-kartun. Bilik untuk kanak-kanak kot. Bilik yang Malik duduk tu biasa je sebab bilik sorang tak ada untuk kanak-kanak. Yang best tu, menu makanan dia le. Wah macam hotel tu. Boleh pilih antara asian spicy, asian not spicy, vegetarian dan western. 4 type je ke? Rasa macam ada lagi satu tapi tak ingat. Westernnya macam-macam jenis. Chicken chop le, spagheti le, macam-macam. Ni untuk orang sakit ke untuk orang yang menunggu orang sakit? Hehehe.. Bab Malik ni rasanya Nyah le yang makan. Malik mana nak makan. Harap-harap hari ni Malik dah boleh keluar dan balik.

Monday, December 24, 2007

Hari Raya Aildiladha 2007

Overall raya haji tahun ni okay aje. Tak pegi mana pun. Bawak baju kurung balik sampai dua pasang tapi tak pakai pun. Hari raya pertama tu masak nasi tomato, ayam masak merah (macam sama je dengan menu tahun lepas), popia goreng, ketupat palas, dan rendang. Kak Semah datang pulak bawak mihun goreng, nasi impit dan puding apa ntah. Tak sempat nak ambik gambar sebab semua orang dah bedal. Tak ada pun tetamu yang datang so semua makanan tu consider kitaorang jelah yang belasah. Hehehe.. Tengok body le kan. Pak We balik juga raya kedua dengan Mak We dan Abang Mid sebab dorang masuk korban. Petang raya Nyah nak pegi Sitiawan sebab nak cari baju sekolah Caca so kitaorang pun semua le ikut. Bayangkan aku, Wan Chu Ma, Tikah, Fidah, Nyah, Abang Majid, Caca, Malik dan Iman naik satu keta. Kitaorang 4 dara pingitan ni dah le "halus-halus" belaka. Agaknya kalau keta Naza tu leh cakap.. mesti dia cakap.. BERATNYAAAA!!!!! Nyah pun satu hal juga. Punya le banyak shopping mall kat Klang Valley alih-alih beli baju sekolah kat Sitiawan. Kat Kamdar lak tu. Macam le KL tak ada Kamdar. Tapi kata orang aku pun beli gak kain kat Kamdar sepasang. Hehehe. Macam le KL tak ada Kamdar.. Yang paling kelakar nak balik ke Bota boleh sesat sampai ke Jalan Pantai Remis. Bangang giler. Dalam semua-semua tu tak ada sorang pun pass jalan. Pegi Sitiawan pun boleh sesat.

Malam raya kedua pulak, lepas Isyak baru le ada korban. Selalunya dorang buat raya kedua. Tapi sebabkan raya kedua jatuh hari Jumaat, so dorang takut tak sempat nak kejakan semua tu sebelum solat Jumaat. Tu sebab dorang wat malam raya kedua. Tahun ni emak masukkan nama Wan Chu Ma dalam list yang korban sekali. Tak aci kan. Patut aku dulu pastu baru le Wan Chu Ma. Nyah dah tak kira sebab dia dah kawin. Tak apa le. So Wan Chu Ma kenalah pegi tengok sebab nama dia ada. Tahun ni dengan Ustaz Ismi, ada 4 ekor korban. 3 lembu dan sekor kerbau. Dorang buat korban ni tepi dewan emak tu je. Khemah pasang depan dewan tapi lecah giler sebab hujan je kat kampung. Esoknya, raya kedua baru le dapat agihan daging dan dapat nasik kenduri tu.

Lembu yang bakal dikorbankan

Yang pakai baju putih tu Wan.. dia tengah tension sebab kononnya nak tunjuk skil melapah daging lembu tapi pakcik-pakcik tu tak bagi. Tu yang posing macam gitu tu...

Pakcik-pakcik yang giler kuasa.. Orang nak tolong pun tak bagi. Hahahahaha. Mak cakap maybe sebab dorang ni dah ada bahagian bayaran jadi kalau ada orang lain tolong, payment dorang dapat sikit je. Kena bagi kat orang lain. Hala... Ntah apa-apa kan..

Dah siap korban. Tunggu esok untuk diagihkan ajer. Daging korban ni dorang buat masak kari. Sedap jugak. Aku bukan suka sangat makan kari tapi consider sebab juga le. Dagingnya pun lembut. Yang tak bestnya dorang wat nasi briyani pening kepala pulak. Kalau buat nasi minyak kan best.

Monday, December 17, 2007

Cuti Lagi...

Tak ada mood le nak kerja dah hari ni. Mood dah sampai kat Bota dah. Aku dah apply cuti raya haji start 18hb Disember 2007 sampai le 23hb Disember 2007. Tahun lepas time hari raya aku, Wan Chu Ma, Tikah dengan Fidah bantai pegi berkelah kat Teluk Batik. Yang best tu kitaorang bawak bekal nasi minyak dan ayam masak merah. Hehehe.. Ada ke patut. Sebab dah masak benda tu je untuk hari raya so kitaorang bawak le bekal tu je. So tahun ni mula-mula hari tu ada le plan nak pegi berkelah lagi tapi sekarang ni cuaca macam tak tentu je. Kejap-kejap hujan, kejap-kejap panas terik. So rasa-rasanya beraya kat Bota jelah. Lagipun Wan Chu Ma masuk korban kenalah dia pegi tengok lembu nak korban. Mana boleh tinggal je macam tahun lepas.

Malasnya nak keja!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi report bulan November tak siap lagi ni. Tu pun nasib aku dah siapkan separuh dari yang tak siap tu hari Sabtu lepas. Tak pasal-pasal kena datang hari Sabtu hari tu. Nasib tak ada sapa-sapa yang bodoh buat perhimpunan. Benci betul aku kalau ada perhimpuan camtu. Kacau lah. Orang nak jalan-jalan takut, jam pulak tu. Tak ada keja ke dorang tu? Buat le keja lain. Pegi berkelah ke, pegi lawat zoo negara ke.. apa-apa le selain dari buat perhimpunan cam gitu. Balik cita keja aku. Kira hari ni tinggal nak touch up jelah mana-mana yang masih tertinggal. Bos aku pun satu ler. Asal aku apply cuti je mesti dia minta report. Asal minta report je mesti time aku nak cuti. Nyampah aku. Macam tak boleh nak hantar lepas balik raya. Tak ada le lambat sangat pun. 24hb nanti aku hantar le. Dia beria-ia cakap nak review report masa aku tengah bercuti. Yelah tu. Sebenarnya dia jeles sebab aku cuti lama. Ala.. ni kan raya aku. Nanti raya dia cuti le sebulan pun. Aku tak jelesnya... Siapkan keja. 5.30 sharp balik rumah. Esok nak balik kampung. Beg pun belum kemas lagi. Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir Batin.

P/S : Ada ke orang minta maaf hari raya haji? Boleh le kot kan. Raya gak namanya...

Friday, December 14, 2007

Kenduri Doa Selamat LSSB

Company aku dah beli building baru untuk operation centre dan warehouse. Dah lama dah belinya tapi baru ni je siap renovate. Tak ada le lama sangat proses beli dan renovate. Dalam setahun je kot. Harganya RM4.9mil. Masuk renovation cost dah lebih le. Mau dekat 7-8 juta kot. Ntah.. aku pun lom calculate lagi untuk masuk fixed asset register. Location nya kat Taman Perindustrian Sime UEP Subang Jaya. Boleh kata lawa le juga lepas renovate tapi warehouse memang camni le rupanya.

Tiba-tiba je masa operation meeting minggu lepas dorang cakap nak pindah 14hb December 2007. Tapi belum buat kenduri doa selamat. Yelah.. nak naik rumah baru kena le baca doa dulu, buat tahlil dulu, baca yassin dulu.. etc.. etc.. Kelam kabut le juga sebab mana ada malam Jumaat lain dah kecuali malam 13hb tu juga. So dalam tempoh tak sampai seminggu kenalah plan pasal catering, jemputan, barang-barang yang nak dibeli dan macam-macam le lagi. Kak Tini suh aku incharge bahagian makan-makan. Aku pun try le ambik catering Aris (husband Aidee). Actually aku pun tak pernah rasa camana makanan catering Aris sebab masa open house rumah dorang hari tu tak ada nasik. Cuma ada laksa johor, sate dan beberapa kuih-muih lain. Yang tu sedap le tapi nasi tak tahu le camana. Kira gamble jelah ni. Aku pilih catering Aris pun satu sebab jelah. Sebab aku confident yang Aris boleh bagi servis yang baik dan on time. Takut gak le jadi macam kenduri rumah Nyah dulu. Rasa makanan kena le tunggu malam tu baru leh rasa.

Sebenarnya tak ada le susah mana nak incharge bahagian catering le lagi-lagi keja dengan Aris. Dia very professional. Senang sangat deal dengan dia. Tapi disebabkan bos sini banyak songeh, tu le benda yang senang jadi payah. Mula-mula kata semua semua makan sama-sama. Campur-campur staff dengan management. Lepas tu hari Rabu pukul 4.00 petang cakap nak ada table VIP pulak. Waaaaaaaa... tension le camni. Nasib le Aris okay dengan last minute changes ni dan dia pun tak berapa berkira bab payment. Kira boleh bayar lepas kenduri le. Tu songeh Miss Lim.. masuk pulak songeh Tn Haji Rushdi.. adoii.. hari tu dia kata nak jemput orang masjid dalam 10 orang.. alih-alih hari Selasa cakap tak jadi. Dia jemput Ustaz sorang je. Camtu le pulak. Kain pelikat dah beli banyak ni. Alahai.. macam-macam le dorang ni. Tapi aku dengan Kak Tini sengap je. Tak nak cakap pada Miss Lim. Nanti dia suruh tukar bab catering lagi. Pening aku..

Hari Khamis 13hb Dec tu aku sampai kat Subang dalam pukul 1.00. Sampai-sampai je pegi makan dulu. Khemah dah siap pasang dah time tu. Masa nak keluar pegi lunch terserempak dengan Aris. Rajinnya mamat ni datang check. Consider dia berat gak le dengan keja dia walaupun LSSB cuma order takat untuk 60 orang makan je. Lepas makan baru le kitaorang check apa-apa yang belum buat. Kiranya dah banyak yang dah siap dah. Cuma belum bentang sejadah dalam surau, belum bersihkan kat lobi dan kawasan lalang-lalang tu je. Pukul 6.00 baru le sibuk-sibuk nak bersihkan bahagian lobi. Baru le sapu, mop dan time yang sama catering datang set-up tempat makan.

Ni muka-muka yang ponteng baca Yassin. Hehehe.. Ada yang mc.. Aku on duty.. bz le katakan

Majlis start dari maghrib berjemaah tapi lelaki jelah. Perempuan dah tak muat nak solat jemaah sekali. Lepas tu ada bacaan Yasin dan tahlil. Lepas tu baru le makan. Komen dorang - makanan sedap. Pada aku foodnya not bad le. Tapi ayam masak merahnya tak rasa ayam masak merah sebab banyak rempah kot. Tapi still ok le. Not bad. Tapi biasa le, bila jadi organiser mesti tak lalu nak makan. Majlis habis pukul 9 lebih. Sampai rumah memang letih giler.

Thursday, December 13, 2007

Performance Appraisal 2007

Pagi sebelum pegi Subang Jaya, Miss Lim baru le buat appraisal untuk aku. Biasa jelah. Aku kan pekerja terbaik. Hahahahaha... Tak ada le issue besar. Cuma aku bagitau aku nak belajar benda-benda baru macam pasal treasury dan aku nak improve knowledge pasal corporate tax. Dah lama sangat aku tak update info untuk corporate tax ni. Ntah-ntah nak buat tax computation pun aku dah tak ingat. Hahahahaha.. Melampau tu sampai computation pun tak ingat. Insyallah ingat lagi.

Komen Miss Lim pulak - Aku kena improve bab communication. Yang tu memang aku setuju le sebab aku rasa English aku tak bagus. Nak wat camana yek..??? Lagi satu yang dia komen.. aku tak suka senyum.Dia cakap muka aku berbeza sangat antara senyum dengan tak. Dia suh aku jangan serius sangat. Dia cakap muka aku nampak sombong. Hah???????!!!! Senyum?? Sombong?? Apa ke jadahnya tengah keja nak tersengih-sengih. Aku bukannya customer service atau receptionist nak tersengih-sengih time keja. Kalau aku sengih-sengih sambil buat report nanti orang cakap aku tak keja tapi aku chatting atau tulis blog. Hehehehehe.. Ntah apa-apa le komen dia. Lagi pun tu kan personaliti seseorang. Mana boleh dia menilai benda-benda macam tu untuk dimasukkan dalam merit bonus. Tak tahu le aku dia nilai atau tak. Kalau sekadar dia tegur suruh aku memaniskan muka je.. tak pelah. Aku terima jelah teguran dia macam dia gurau-gurau dengan aku nak masukkan ukuran pengurangan berat badan dalam merit bonus. Tapi kalau benar-benar dia masukkan melampau le tu. Aku tampor kang...

Dalam semua-semua performance factors appraisal ada juga le aku dapat 5/5. Hehehehe. Yang confirm dapat 5/5 attendance le. Tu kalau dia tak bagi 5/5, memang le. Aku memang jarang sangat-sangat datang lambat dan selalu balik last. Kena kunci office. Muka aku le tu. Dan bab yang lain-lain rahsia. Mana leh cita kat dalam blog ni. Dalam diari boleh le. Orang lain tak baca.

Overall aku puas hati le dengan apa yang dia bagi. Tunggu dan lihat jelah berapa bonus dan increment yang dorang nak bagi. Pada aku pulak kalau ada bonus tu walaupun sebulan, aku bersyukur sangat-sangat. lagi-lagi kalau dapat lebih.. aduhai.. bestnya.. Alhamdulillah..

Monday, December 3, 2007

Movies Under The Stars

Hari ni boss aku pegi course so aku leh le meluangkan masa mengupdate blog kejap. Hehehe. Sesekali je mengular. Ok kot. Aku selalu keja lebih masa aku tak ada pun claim apa-apa. So kalau aku curik masa sikit ok kot kan. Nak cerita pasal hari Sabtu lepas 1hb Disember 2007. Aku dapat tiket free tengok movie under the stars. Tapi malam tu tak ada star le pulak. Awal-awal tu macam nak hujan je. Tiket ni aku dapat sebab aku pegi tukar kat HLBB. So aku pilih cerita Mr. Bean's Holiday. Kalau ikutkan aku nak tengok Transformers tapi cita tu dorang tayang hari Jumaat malam pukul 9.45. Aku nak pegi tengok dengan sapa pulak kalau ambik tiket hari Jumaat malam. So ambik jelah tiket hari Sabtu.

Tempat diaorang buat ni kat Central Park, Bandar Utama. Actually boleh kata sempit le dorang buat kat sini. Orangnya ramai tapi tempat sempit. Sampai antara aku dengan orang sebelah memang rapat betul. Tapi sebabkan aku dengan Ely sampai awal juga, so kitaorang dapat pilih tempat landing yang agak ok. Kitaorang punya tikar pun besar so boleh kata selesa juga le. Siap boleh baring-baring lagi tengok movie. Syok le juga.. Nasib tak ada nyamuk je. Cerita yang aku pilih pun ok sebab tak panjang dan cerita kelakar. Jadi bising pun tak pe.

Budak yang pakai baju hitam ni kan memandai je alihkan kasut aku sebab dia nak landing kat sebelah aku. Sibuk je. Dah le makan nasi masa tengok wayang. Dia ingat pegi piknik ke??? Siap makan nasi lagi satu group. Sabar jelah. Orang lain pun bawak gak makanan tapi bawak fries, junk food,coklat, burger. Diaorang satu geng leh bawak nasi. Makan dengan tangan lak tu. Kelakar je. Hahahaha.. Dah tu diaorang boleh jadi pengulas cerita pulak sepanjang movie. Ala.. tahu le dah tengok. Tak payah le nak jadi pengulas filem pulak. Nyampah betul le.