Showing posts with label My Wedding. Show all posts
Showing posts with label My Wedding. Show all posts

Monday, December 26, 2016

7th Wedding Anniversary

Today marked 7 tahun wedding aku dan Dahlan. Alhamdulillah walaupun hari-hari bergaduh, samapi juga usia melebihi 5 tahun ye. Hehehe

Tahun ni macam sibuk sangat dengan persiapan budak kecik ni nak masuk sekolah semua, jadi tiada le anniversary holiday. Kitaorang just buat simple celebration bertiga. Pegi makan-makan je di Bubba Gump Citta Mall.


Order menu-menu favaorite biasa je. Ingat nak try makan tempat lain tapi takut tak sedap. Sudahnya kalau tak Bubba Gump, Chillis je pilihan


Deko X-Mas kat Citta Mall ada snowman. Suka Batrisyia.

Saturday, December 26, 2015

6th Annivesary Trip 2015 - Cyberview Resort & Spa


Tahun ni kebetulan pulak wedding anniversary aku dan Dahlan jatuh pada hari yang sama hari wedding dulu which is hari Sabtu. Dahlan cakap ada point Agoda yang dah nak expired jadi elok le gunakan. Aku pun pilih pegi cuti sempena wedding anniversary keenam kitaorang. Dekat je cuma di Cyberview Resort & Spa.

Keluar rumah dekat pukul 12 tengahari. Sampai Putrajaya Dahlan hantar aku dengan Batrisyia dekat Padi House Restaurant. Dahlan pegi solat Jumaat. Aku makan dulu dengan Batrisyia sebab tadi kitaorang tak breakfast

Budak ni makan favorite dia. Fish sweet & sour.  
 
Aku order Thai Style Fish Finger Rice. Sedap jugak menda ni. Ada popia lagi. Lepas Dahlan balik dari solat Jumaat, ingatkan dia nak order lain. Dia tak nak order. Cuma habiskan food kitaorang je. Sebelum check in hotel, tapau dua slice cake dulu


Kitaorang book bilik paling cikai kat sini. Tapi cikai-cikai pun cantik gila. Konsep bilik bukan satu building camtu. Macam chalet-chalet. Nama pun resort kan. Dapat bilik tingkat atas. Viiew balconi dia tak lawa sangat. Tu kot beza bilik mahal dengan bilik murah. Sebab rumah depan kitaorang tu betul-betul pool access. Keluar bilik je boleh terus terjun pool cuma tak best orang lalu lalang dan dorang tak ada privacy nak lepak kat balcony macam kitaorang



Petang tu kitaorang pegi pool. Memang cantik dan besar sangat pool dia. Penuh dengan hijau je. Tapi aku biasa le bila hutan-hutan camgini mula le aku rasa ada tikus je. Hahahaha



Lepas mandi manda, kitaorang pikir nak dinner apa pulak. Jenuh pikir sebab nak le something special sikit. Anniversary dinner kan. Jenuh pusing sana sini kat Cyberjaya ni last-last pilih Volcano Shabu-Shabu. 

Esoknya breakfast kat hotel. Breakfast dia superb. Banyak sangat pilihan. Disebabkan X-mas deco breakfast pun cantik sangat. Ada train kat meja buffet dia. Lepas breakfast, as usual aku stay kat bilik mengemas dan tidur balik. Deme berdua berendam kolam lagi.
 

Lepas check out hotel, ajak Dahlan pegi Mitsui Premium Outlet dekat Sepang. Dah dekat sangat dah dengan KLIA tempat ni. Tujuan pegi Mitsui ni nak beli kasut. So dapat le beli kasut Nike dengan harga yang murah tapi tak tahu le stok bila. Lantak le yang penting murah. Overall aku cakap sini tak bestlah. Macam shopping mall biasa je. Jauh beza dengan JPO.

Thursday, December 26, 2013

Wedding Anniversary ke 4

Happy 4th Annivesary!!!. This year kitaorang berdua dah janji nak amik cuti dan pegi dating. Hehehe dating le sangat. Cuma tengok Hobbit je. Tapi best sikit sebab kali ni tengok kat Imax 3D. Mahal tu tiket nya. Dahlan belanja sesekali. Sebelum ni aku tak berapa suka tengok 3D sebab aku rasa pening kepala. Tapi lepas masuk Imax ni rasa best pulak. Tapi kena make sure amik seat yang tinggi baru best.

Lepas abis wayang pegi late lunch. Petang amik Batrisyia. Tu je celebration wedding anniversary kali ni. 

Monday, December 26, 2011

2nd Wedding Annivesary

Alhamdulillah. Genap dua tahun aku dan Dahlan. Sempena ulangtahun kedua ni aku nak tunjuk le gambar-gambar dari lensa cameraman tersohor aku.. hehehehe abang epoi. Lambat tunjuk sebab aku pun dapat lambat. Pastu dah dapat lambat, pregnantkan Batrisyia sibuk macam-macam hal. Sangat cantik gambar-gambar dia tapi sayang ada separuh majlis je. Huhu.. Nanti lain kali kita ambik lagi yer abang epoi. Buat outdoor photography sempena ulangtahun ke 10 ke kan.. kan..



P/S: Gambar last je bukan dari lensa abang epoi. Ni dari lensa abang Hazman. Jurugambar terjun yang sudi menggantikan abang epoi untuk sesi bersanding. Anyway thanks to both of you.

Sunday, December 26, 2010

1st Anniversary

Hari ni aku dan Dahlan punya first wedding anniversary. Kejap je pejam celik pejam celik, dah setahun dah aku kawin dengan Dahlan. Kitaorang celebrate pun biasa-biasa je. Cuma pegi makan kat Muhibbah Seafood. Selain dari celebrate annivesary, aku nak belanja Tikah dengan Pidah sebab dorang tolong jaga Batrisyia masa dalam pantang. Sepatutnya nak belanja Kak Semah dengan Abang Harun sekali tapi dorang tak jadi datang KL pulak. Lepas makan-makan, kitaorang pegi jalan-jalan kat Ikea sebab nak menghabiskan voucher hadiah kawin aku. Huhu.. dah setahun tak abis-abis. Hadiah annivesary - Tak ada hadiah material sebab masing -masing dapat hadiah paling besar dan berharga iaitu BATRISYIA


Saturday, January 23, 2010

Outdoor Photoshoot Session

Masa hari wedding aku hari tu rasanya semua dah tahu yang OP aku mengalami masalah yang tak dapat nak dielakkan so hajat aku nak bergambar outdoor memang tak kesampaian langsung. Tapi kalau dia tak kena heart attack masa tu pun tak dapat jugak buat outdoor photo shoot sebab hujan turun lebat yang teramat sebaik sahaja selesai upacara makan beradap. So di sebabkan aku rasa ralat betul tak ada outdoor photos, lepas aku calculate budget boleh le aku buat lagi sekali photo shoot. Tapi kali ni tak dapat le dengan Abang Epoi dah sebab dia masih tak sihat.

Photographer yang aku pilih kali ni adalah kawan kepada kenalan aku yang duduk kat Section 17. So aku memang pilih berdasarkan apa yang kenalan aku cakap jelah dan harga dia pulak match dengan budget aku. Ada je yang lagi murah dari dia tapi tak tahu hasil keja orang tu camanakan. Orang tu siap ada make up percuma lagi tapi dah le.. serik aku nak amik make up artis sebarangan dah. Nanti aku frust lagi. So aku tetap import Hary dari Bota gak. Dia pun setuju untuk make up kan aku lagi. Thanks Hary sebab sudi nak susah payah datang KL untuk make up kan aku lagi.

So venue untuk photoshoot ni yang outdoor di Taman Tasik Menjalara dan Desa ParkCity. Indoor kat studio photographer aku je. First make up untuk studio photo shoot. Stail macam masa akad nikah.

Gelap sikit gambar dari camera sendiri. Hope gambar dari lensa photograper lawa dan tak mengecewakan.


Lepas stail nikah terus tukar baju kenduri side Dahlan dan terus pegi ke Taman Tasik Menjalara. Lawa jugak kawasan ni.


Last sekali baru buat stail sanding. Stail ni aku frust sebab tak ada gambar dari lensa Abang Epoi. So stail ni ambik dalam studio dan outdoor jugak. Kali ni kat Desa ParkCity.

Penat tau ambik gambar seharian ni. Siap baring-baring lagi. So tunggu jelah hasil keja dari photographer camana. Harap-harap semua ok.

Dah selesai photo shoot session baru le rasa lapar yang teramat so singgah le 1-Utama makan kat Delifrance. Dengan tak cuci make up camni semua orang pandang aku. Lawa sangat kot sebab tu semua orang pandang camtu. Hehehe..

Sunday, January 10, 2010

Kenduri Side Dahlan

Masa aku dan suami on the way nak balik ke KL lepas kenduri kahwin kat Bota, mak mertua aku call suami dan mak cakap kenduri sambut menantu nak buat hari Ahad 10.01.2010. Uish.. tetiba je plan berubah sebab kalau ikutkan suami dia nak buat kenduri dalam minggu 17hb Januari atau 24 Januari. Mak mertua aku suruh cepatkan sebab takut adik ipar aku dah bersalin time tu so follow jelah.

Masa kitaorang honeymoon kat Kuching pulak, mak call lagi bagitau dia akan carikan mak andam dan baju colour purple untuk aku. Larr.. nak bersiap-siap pulak ke. Hari tu cakap kenduri simple je. Nasib aku dah tempah baju elok sikit dengan Makcik Mi dan kebetulan aku pilih colour purple. Sebenarnya aku bukan suka sangat colour ni pun tapi sebab Dahlan dah ada baju melayu colour ni so tinggal aku jelah nak buat baju tu yang bantai pilih je colour purple. Tak sangka pulak theme colour dorang memang purple. Pastu cepat-cepat le aku cakap dengan MIL aku dah ada baju dan nanti aku cari sendiri mak andam. Isk.. risau plak ntah sapa-sapa dia cari karang lari budget plak.

So satu hal pulak le aku nak cari mak andam ni. Call Hary dia cakap dia ada job kat kampung on 10.01.2010 tu. Call le 2-3 orang semua dah penuh sebab date tu cantik jugakkan. 10.01.10. Lawa tu.. Last-last Wan Chu Ma cakap dia ada contact number sorang mak andam ni. Harga pun macam ok je.

Balik dari Kuching aku pun call le mak andam ni. Harga dia boleh kata murah jugakkan sebab RM250.00 make up dan sewa aksesori untuk aku dan Dahlan. So aku pun confirm jelah. Dia datang memang on time le. So start le make up. Sekali bila dah siap mak aii.. buruknya rupa aku. Macam tepung gomak je. Wan Chu Ma pulak cakap mata aku dah rupa karakter dalam cita Avatar. Sabar jelah.. Nak buat camana lagi.. Pegi jelah terus ke rumah MIL.

Ini le rupa make up aku. Bawah cahaya matahari ok sikit le sebab tak nampak buruk sangat. Lagi pun of course le aku dah pilih gambar yang lawa-lawa je upload kat blog.

Tengok make up dia bila indoor pulak. Hodohkan. Blusher camtu buat aku nampak extra-extra gemuk. Dah le pipi memang bulat lagi pakai blusher camtu lagi le nampak bertambah bulat. Kak Semah sampai sms tanya aku dah put on weight ke? Tidakkkk.... make up yang buat aku jadi camtu. Padahalkan masa aku pegi jumpa mak andam ni kat rumah dia, aku dah cakap aku nak make up macam Hary buat tapi dia tak buat.. Sedih..

Udah le cerita pasal make up. Cerita pasal kenduri pulak. Kenduri rumah mak mertua aku sempoi je. Kitaorang makan pun dok bersila dalam rumah dan buffet je sebab mula-mula memang dorang nak hidang kat luar tapi orang ramai datang tak henti-henti so last-lastnya dorang jamu je dalam rumah memandangkan masa tu dah pukul 2.30 petang. Lapar gila..


Nampak sangat Abang Majid dan Nyah dah lapar gila, sebab Abang Majid makan bertambah. Tapi masakannya sedap sebab jarang kenduri makan lauk macam ni dan semua masakan ni masak sendiri. Nasi putih, ayam goreng berempah, masak lemak nangka dan sambal goreng.

With both side family. Atas family aku dan bawah dengan family Dahlan. Patutnya nak ambik gambar dengan mak mertua je tapi mak mertua percaya lagi le dengan kuno-kuno, tak boleh ambik gambar bertiga. Layan jelah..