Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, December 26, 2015

6th Annivesary Trip 2015 - Cyberview Resort & Spa


Tahun ni kebetulan pulak wedding anniversary aku dan Dahlan jatuh pada hari yang sama hari wedding dulu which is hari Sabtu. Dahlan cakap ada point Agoda yang dah nak expired jadi elok le gunakan. Aku pun pilih pegi cuti sempena wedding anniversary keenam kitaorang. Dekat je cuma di Cyberview Resort & Spa.

Keluar rumah dekat pukul 12 tengahari. Sampai Putrajaya Dahlan hantar aku dengan Batrisyia dekat Padi House Restaurant. Dahlan pegi solat Jumaat. Aku makan dulu dengan Batrisyia sebab tadi kitaorang tak breakfast

Budak ni makan favorite dia. Fish sweet & sour.  
 
Aku order Thai Style Fish Finger Rice. Sedap jugak menda ni. Ada popia lagi. Lepas Dahlan balik dari solat Jumaat, ingatkan dia nak order lain. Dia tak nak order. Cuma habiskan food kitaorang je. Sebelum check in hotel, tapau dua slice cake dulu


Kitaorang book bilik paling cikai kat sini. Tapi cikai-cikai pun cantik gila. Konsep bilik bukan satu building camtu. Macam chalet-chalet. Nama pun resort kan. Dapat bilik tingkat atas. Viiew balconi dia tak lawa sangat. Tu kot beza bilik mahal dengan bilik murah. Sebab rumah depan kitaorang tu betul-betul pool access. Keluar bilik je boleh terus terjun pool cuma tak best orang lalu lalang dan dorang tak ada privacy nak lepak kat balcony macam kitaorang



Petang tu kitaorang pegi pool. Memang cantik dan besar sangat pool dia. Penuh dengan hijau je. Tapi aku biasa le bila hutan-hutan camgini mula le aku rasa ada tikus je. Hahahaha



Lepas mandi manda, kitaorang pikir nak dinner apa pulak. Jenuh pikir sebab nak le something special sikit. Anniversary dinner kan. Jenuh pusing sana sini kat Cyberjaya ni last-last pilih Volcano Shabu-Shabu. 

Esoknya breakfast kat hotel. Breakfast dia superb. Banyak sangat pilihan. Disebabkan X-mas deco breakfast pun cantik sangat. Ada train kat meja buffet dia. Lepas breakfast, as usual aku stay kat bilik mengemas dan tidur balik. Deme berdua berendam kolam lagi.
 

Lepas check out hotel, ajak Dahlan pegi Mitsui Premium Outlet dekat Sepang. Dah dekat sangat dah dengan KLIA tempat ni. Tujuan pegi Mitsui ni nak beli kasut. So dapat le beli kasut Nike dengan harga yang murah tapi tak tahu le stok bila. Lantak le yang penting murah. Overall aku cakap sini tak bestlah. Macam shopping mall biasa je. Jauh beza dengan JPO.

Monday, December 7, 2015

Wedding Wan

8 March 2016

3 May 2015




28 November 2015


 





 

Wednesday, July 15, 2015

Wordless Wednesday - Raya 2015


Monday, July 28, 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014

Raya tahun 2014 ni sekali lagi bapak tak nak raya kat Bota. Memandangkan tahun ni turn nyah balik JB maka aku le kena jadi tuan rumah.  Nasib le yer rumah sempit. Ely dan Ikram datang tidur kat PJ hari Sabtu malam Ahad lagi. Dah tengah malam dah pun baru sampai. Aku dah tidur dah pun.Yong datang semalam dekat-dekat nak berbuka. Pagi semalam lepas sahur aku dengan Ely dok bertungkus lumus memasak. Ceh macam banyak sangat menda masak pun. Cuma buat rendang daging, ayam masak merah dan nasi tomato je. Jelatah Yong buat lepas dia datang. Lemang kirim Yong beli kat area rumah dia.


Macam biasa le acara pagi raya lepas semayang raya mesti mengambil gambar family. Kali ni tak payah pakai tripod sebab ada ramai cameraman tolong amik gambar.

Muka Batrisyia toya betul. Asal mulanya suruh bangun tidur tak nak bangun. Nak tidur. Dah gerak bangun, Dahlan dah balik dari semayang raya tak sudah lagi mandi. Dah siap mandi satu hal lagi tak nak pakai baju raya. Nak pakai baju Frozen.. eee.. geram betul. Tahun depan aku buat baju kurung gambar Frozen. Last-last suruh Tasya pujuk, nak jugak le dia pakai baju raya dia. Rayyan sampai ke sudah tak pakai baju melayu. Lagi best. Elok sangat perangai deme berdua. Pastu dah elok pakai baju bagai angin apa ntah nak duduk je bergambar. Masa tu turn family Yong, dia pun sibuk nak jugak. Aku last-last tarik jugak dia. Tu muka dia toya je tu. Patung Frozen tetap tak lepas.

 Girls only

Amik gambar dengan bapak pun susah jugak Bapak tak abis-abis dengan cerita channel Bella dia. Hadoi.. masa nak ajak pegi rumah Mak Nyah pun, kena tunggu dia abis tengok citer Filipina baru boleh keluar. Sabar jelah.

 
Food hari ni ada lemang semalam, rendang masak sendiri, rendang tok beli kat pasar tani, serunding ayam dan daging. Pastu extra masakan untuk hari ni laksa. Yong masak. Lepas bergambar, salam-salam raya, makan sikit aku beraya kat rumah MIL. Bawak laksa je dengan kek. Mak masak mee di pagi raya. Dan ketupat beras le macam biasa. Aku tak reti nak makan ketupat tu dengan rendang. Rasa tercekik aku dibuatnya. 

Balik dari rumah mak, pegi rumah Pak We kejap. Tak minum pun. Betul-betul salam-salam raya tengok Pak We kejap pastu balik. Tak ada sapa pun kat rumah tu kecuali Yong Yan. Lepas solat Zohor, plan nak pegi rumah Mak Nyah tapi delay sebab tunggu bapak tengok tv. Bapak kalau dah tengok tv, makan pun sampai kena beranto baru makan. Huhu.. Tu jelah cerita raya pertama tahun 2014 ni.

Monday, October 28, 2013

Kenduri Kesyukuran & Batrisyia 3rd Birthday

Alhamdulillah. Semalam berjaya jugak kenduri kesyukuran aku walaupun hari hujan lebat. Mula nak buat kenduri ni hari Sabtu tapi Nyah kata dia keja dan Ely pulak kata dia ada training sampai pukul 12 so aku postponed hari Ahad. Dah ajak-ajak orang semua sekali deme dua-dua tak jadi keja dan training tapi camana nak tukar. Hikmah di sebalik aku tak buat hari Sabtu, hari Sabtu tak ada ayo. Kalau idak tumpo weh...

Kenduri kesyukuran ni sempena aku abis hutang AKPK. Memang aku dah niat dari awal tahun lagi. Hutang AKPK habis aku bayar dengan duit bonus tapi aku masih ada hutang Maxis yang habis bulan June. So abiskan hutang Maxis lepas tu aku betul-betul debt free. Lega betul rasanya. Nak buat bulan July dah start puasa, pastu raya pastu pegi KK, last-last buat bulan October. Memandangkan dah satu bulan dengan birthday Batrisyia, combine sekali birthday dia. Dan dah lama tak buat tahlil untuk arwah mak, buat sekali jugak tahlil.

Birthday girl bangun tido lambat tapi tak mau mandi. Huhu.

Cuma dah datang tolong aku dari hari Sabtu. Tapi Sabtu alih-alih barang semua aku dengan Dahlan je buat. Deme sampai dah petang. Malam lepas balik dari dinner kat Uptown baru start keja-keja mengupas bawang. Tak ada apa pun yang kitaorang masak cuma rendang ayam je. Tu pun menu requet by Bapak yang suruh masak pulut kuning dan rendang. Lain semua aku tempah je.


Menu hari ni nasi lemak bungkus aku beli dari Jalan 223. Sedap nasi lemak ni. Aku order 100 bungkus. Melambak-lambak lebih. Aku bagi Yong suruh bagi kat budak-budak rumah dia banyak last-lastnya. Pastu aku order mihun, roti jalan kuah kari dan kuah durian, kuih seri muka dan kuih lapis dan karipap dari junior aku kat Bainun. Dia memang buat catering kecik-kecik ni. Semua tu dia charge RM400 including transport. Nyah tolong masak pulut kuning. Pulut Kak Semah sponsor. Pastu nyah bawak pulut sambal tumis bilis petai sebab takut tak cukup rendang. Last-last melambak lebih rendang tu. Aku bagi-bagi orang banyak jugak lastnya. Selain rendang kitaorang goreng nugget je untuk budak-budak. Air pulak root beer dan teh tarik. Chu Ma buat memang sedap.  Chu Ma memang duty 100% kali ni. TQ Chu Ma. Kalau tak ada dia, memang tumpo aku. 

Majlis tahlil sepatutnya start pukul 2.30 tapi orang datang lambat termasuk Yong. Dia sampai orang dah habis baca doa dah. Tak ramai pun datang masa tahlil. Sepatutnya aku ajak family member datang time ni supaya masa birthday tak ada le sesak sangat. Tapi memasing datang lambat. Yang ada masa tahlil cuma family Azhar je. Adi sampai tak lambat sangat. Sempat baca Yasin dan tahlil jugak tapi dia sorang je masuk dalam. Kitaorang panggil satu budak muda ni conduct tahlil dan baca doa. Dia student lagi tapi ok sangat handle tahlil

Pastu ada le satu kejadian yang tak sepatutnya berlaku. Dalam pukul 1.00 petang aku suruh Dahlan pegi amik nasi lemak dah kek. Sekali pegi rumah Aunty Asmah, dia boleh lupa nak buat kek Batrisyia. Rasa nak nangis aku. Dia cakap dia akan buat sekarang dan boleh collect sebelum pukul 4 petang. Huhu.. tapi kesian le pada orang yang attend tahlil tak ada kek. Nasib baik achik memang cakap nak bawak kek kecik untuk makan-makan. Aku pun terpaksa le call achik suruh datang cepat sikit bawak kek tu. Sebab dorang datang awal, Razak dengan Khairul, husband Ita pun join tahlil. Ada le ramai sikit orangnya. Kalau idak sikit bebenor.

Sebab tahlil start lambat, macam tak sempat aku nak bernafas melayan tetamu tahlil, dah sampai tetamu birthday pulak. Pukul 4.00 Dahlan pegi amik kek. Batrisyia pulak sibuk nak ikut so tak sempat jugak nak siapkan dia. Dia balik je orang dah ramai. Suruh dia masuk tukar baju party pulak. Mula tak nak pakai cekak. Nasib dia tengok Zara dengan Nisa, anak angah pakai cekak. Terus nak pakai. So semua pun dah ada terus le nyanyi birthday.

Baru le dapat bukak kek sebab tadi sampai tak sempat nak tengok pun. Tengok-tengok cantik sangat kek Aunty Asmah buat. Aku memang request nak chocolate cake Minnie Mouse . Kaler ke apa ke semua terpulang pada dia. Puas hati le tengok kek ni. Dia cakap sebabkan kesalahan dia, aku cuma perlu bayar harga kek Minnie Mouse ni je. Carrot Cake tu dia bagi free tanda minta maaf. Rezeki aku lagi. Alhamdulillah. Carrot Cake Aunty Asmah memang terbaik. Sedap dari mana-mana tempat lain aku penah makan.


Batrisyia sangat happy tengok cake dia. Tak sabar-sabar nak tiup lilin dah. Tapi tulah hujan kesian semua orang berhimpit-himpit dalam rumah. Kalau tidak aku dah sediakan meja kat luar. Dah some more budak-budak boleh lepak atas buai.

Dalam banyak-banyak gambar dengan tetamu, aku rasa gambar ni jelah paling elok semua tengok satu camera. Even gambar kitaorang bertiga pun tak ada yang elok. Caca tukang amik gambarnya. Hapa-hapa je si Caca ni amik.

Gooi datang dah agak lewat semua orang dah nak balik. Bila Gooi balik Kak Aishah pulak sampai dah senja dah. Tetamu last aku family Pidah dan mak. Pidah memang cakap dia datang malam sebab Faizan keja.

Batrisyia dapat banyak hadiah. Kak Yati bagi dia kitchen set dan sepit rambut. Kelly bagi pelampung. Gooi bagi teddy bear. Romy dan Kak Aishah bagi beg. Eita bagi bekas makan dan bekas air. Yati bagi baju. Achik bagi baju jugak sebab aku request. Hahaha.. Ita pun bagi baju dan buku. Angah bagi buku. Kak Wan bagi buku jugak. Fidah bagi botol air Mickey. Joe bagi baju Pocoyo walaupun aku dah cakap tak payah bagi sebab dia dah bagi duit tapi dia tetap beli jugak. Pastu ada toys sepit2 rambut dan kaler pensel sebenarnya aku tak tahu Ain bagi mana, Hanif bagi mana. hahahaha.. teruk betul aku kan. Sebelum kenduri aku teringat yang aku belum bayar kat housemate aku dulu duit TV yang aku beli dengan harga RM300. So kitaorang ber10 jadi aku kena bayar RM30 sorang. Dayang, Enjang dan Joe suruh aku beli hadiah Batrisyia je. So dengan duit tu aku beli dia cawan Pocoyo dan PlayDoh. Nini pulak suruh aku simpan duit tu dalam bank Batrisyia. Nyah pakai toys rumah. Ely bagi baju tidur dan selipar. Bapak, Kak Huda, Yong dan Pidah bagi duit kat Batrisyia. Banyak betul Batrisyia dapat hadiah sampai Caca jeles cakap dia tak penah dapat hadiah macam ni. Aku cakap suruh le mama buat birthday party panggil ramai-ramai nanti banyak le hadiah dapat. Hehehehe..