Monday, March 17, 2008

New Born - Yati Baby Girl

Hari ni dalam pukul 3.00pm dapat sms daripada Yati yang bagitau dia dah selamat bersalin baby girl kat Damansara Specialist Hospital. So petang tu aku dengan Kak Yati dan Yatie pegi le tengok Yati kat hospital. Banyaknya Yati... peningkan. Ok betulkan sikit.. aku dengan Kak Hariati dan Mariati pegi le tengok Nurhayati kat hospital.. hehehehe.. Baru tak confusekan.

Disebabkan kitaorang pegi lenggang kangkung je, macam tak best le pulakkan, kitaorang pun pegi le beli belon yang jual kat kedai gift yang ada kat DSH tu untuk Yati. Kak Yati yang bayar. Aku nak bayar kat dia balik mati-mati dia tak nak. Apalah Kak Yati ni. Janji nak share. Alih-alih dia bayar sorang je.

Ni le baby girl yang lahir pukul 12 lebih seberat 2.55kg. Cute sangat. Nama dia Qasrina Zahra binti Zafaris. Mata dia bulat macam mama dia. Baru beberapa jam lahir tapi dah melilau tengok macam-macam. Eh.. kat belakang tu leh nampak le tali belon yang kitaorang bagi. Hehehe.. nampak tali pun jadi le.

Yati dengan baby girl dia. Nampak sihatkan walaupun baru beberapa jam bersalin

Sempat gak ambik gambar dengan Yati. Masa nak balikkan, kitaorang temankan Kak Yati tunggu cab kat lobby DSH. Kitaorang terserempak dengan Raja Nazrin dan adik beradik dia keluar dari lif. Wife dia kan bersalin juga kat DSH hari Jumaat lepas. Adik-beradik dia datang hospital, baju masing-masing punya ler glamer macam nak pegi dinner je. Hehehehe...

Sunday, March 16, 2008

Kenduri Kawin Rumah Fidah

Hari ni aku, Yati, Kak Wan dan Kak Ayu pegilah kenduri kawin kat rumah Fidah. Tapi bukan Fidah yang kawin, adik dia yang kawin. Fidah dah lama dah kawin cuma majlisnya tak dibuat kat rumah je. Selain kitaorang berempat, Cah pun datang dengan husband dan anak sulung dia.

Kenduri rumah Fidah consider grand jugak le. Khemah pun pasang dua tiga. Ada karaoke lagi. Tapi balik-balik budak yang sama je yang menyanyi. Tak ada le orang lain. Dah tu pulak tak abis-abis pilih lagu Siti. Dia perasan sore dia macam Siti kot. Tapi sedap ler juga sore budak tu. Makanan pulak macam dah banyak habis. Maybe sebab kitaorang pun sampai lewat kot.

Ni le anak sulung Cah. Nama dia Hana. Tengok rupa memang confirm anak Cah dengan Alongkan. Memang muka orang Negeri Sembilan 100%. Hehehehe... Dulu masa kecik tembam sangat. Ni dah besar dah kurang tembamnya tapi masih cute dan gedik macam Cah. Hahahahaha.... Cah yang dulu le. Cah sekarang dah model busana muslim dah....