Thursday, December 26, 2013

Wedding Anniversary ke 4

Happy 4th Annivesary!!!. This year kitaorang berdua dah janji nak amik cuti dan pegi dating. Hehehe dating le sangat. Cuma tengok Hobbit je. Tapi best sikit sebab kali ni tengok kat Imax 3D. Mahal tu tiket nya. Dahlan belanja sesekali. Sebelum ni aku tak berapa suka tengok 3D sebab aku rasa pening kepala. Tapi lepas masuk Imax ni rasa best pulak. Tapi kena make sure amik seat yang tinggi baru best.

Lepas abis wayang pegi late lunch. Petang amik Batrisyia. Tu je celebration wedding anniversary kali ni. 

Tuesday, December 24, 2013

Office Baru

Tajuk je gempak tapi sebenarnya idak le pindah office baru pun. Aku ada special assignment nak kena buat di mana aku ditugaskan kena berada di USJ office sehingga le special assignment tu settle. Parah jugak le sebab nak pegi USJ office tak ada transport. Huhu.. naik cab pegi balik mau RM50.00 tu. Nasib boleh claim. 

Start dari Jumaat lepas operasi angkut mengangkut barang dari Rohas ke USJ. Jenuh no.. dah le nak closing. Aku cuma dibenarkan datang Rohas ada hari Jumaat sahaja setiap minggu sebab hari Jumaat orang yang special task tu pun off duty. Tapi pegi Rohas pun payah jugak PC aku dah tak ada kat sana. Mhmm... 



Kat USJ ada bilik khas untuk finance department. Hehehehe.. kena le ada sebab nak simpan dokumen-dokumen P&C kan. Ada 2 workstation dalam bilik ni. Satu untuk Kak Aishah kalau-kalau dia kena turun buat special assignment jugak. Tapi rasanya aku yang lebih kot memakai. Sampai dua-dua meja aku conquer. Aku doakan cepat le special assignment ni habis. Jenuh betul nak buat keja kalau sumber tak 100% ada.

Sunday, December 22, 2013

Percutian Sepelaung 2013 - Golden Palm Tree Part 2

Lepas berendam balik bilik. Mandi solat dan siap nak pegi dinner. Keluar pegi dinner pun jalan kaki jugak. Jauh jugak sebenarnya nak jalan dari bilik keluar tempat makan.

Restoran terdekat dengan resort ni Bayu Malam. Masa sampai penuh dah orang. Macam tak ada meja kosong je. Sekali dapat le jugak meja kosong open tak ada bumbung. Ok le kot. Dah siap pilih ikan semua, tetiba hujan turun. Hadoi.. camana nak makan dalam hujan camni. Terus cancel order. Nasib boleh cancel lagi. Bayar air je, Dahlan pegi amik kereta dan pegi cari kedai lain

Last-last makan je kat kedai ni. Nampak macam tak ada orang tapi tak ada le cepat sangat servicenya. Kitaorang order siakap sweet & sour, kailan ikan masin dan sotong goreng. Harga RM73.00. Tak sedap sangat rasa masakannya. Tapi dah dekat pukul 10.00 malam bedal jelah. Balik bilik dah tak larat nak jalan kaki tunggu jugak le buggy car. Konon nak tengok Harry Potter, last-last semua tertidur. Dahlan siap tertidur atas couch je. Rugi dapat katil besar-besar.

Esok paginya breakfast ada dua tempat. Satu kat coffee house lagi satu dia bukak kat ballroom. Kitaorang pegi yang kat ballroom. Batrisyia tidur tak nak breakfast. Breakfast biasa-biasa je. Tak sedap kot. Yang paling pelik tu aku mintak artificial sugar macam palsweet ke, equal ke tapi waiter cakap tak ada. Aikk pelik betul tempat macam ni canggih boleh tak ada. Aku panggil ketua dorang pun dia cakap tak ada. Hadoi.. macam kesian betul resort 5 star camni tak ada menda mudah camtu. Aku siap komplen masa check out kenapa dorang tak sediakan. Pastu orang tu cakap memang ada. Isk.. aku tanya dua orang tu. Kalau budak mula-mula tak tahu ok le takkan le ketua dia pun tak tahu. Ntah le service kureng betul aku rasa kat sini.




Balik dari breakfast just lepak-lepak sementara tunggu check out. Pastu call buggy car dari pukul 11.45 lagi. Lebih sejam tunggu tak sampai-sampai. Sempat le bergambar, berak balik, baring-baring balik. Letih betul aku rasa. Service sini macam tak berapa bagus aku rasa especially bab buggy car. Tu pasal betulnya aku tak suka pegi hotel yang berkonsep macam ni sebab aku rasa macam susah je nak ke mana-mana. Tapi tak apa le experience kan semua tu.

Balik dari Bagan Lalang terus pegi rumah Azhar sebab  dia ada kenduri. Sempena apa aku pun tak tahu. Sampai rumah dia dah pukul 3 petang. Dia cakap kenduri start pukul 2. Dahlan cakap go ahead dulu le. Kitaorang still akan sampai. Sampai je ingat dah boleh makan, sekali belum start apa pun. Lapar sangat tapi kena tunggu lagi. Huhu.. Batrisyia masa orang baca doa dah bising nak nasi nak nasi.. Hihi.. Abis je baca doa orang lelaki ni tak nak pulak amik makanan. Orang dah le lapar. Pastu yang perempuan-perempuan ni semua cakap biar orang lelaki amik dulu.. Hoi.. dah pukul 3.30 ni.. anak aku dah bising. Sorang start je amik aku terus bangun. Tak kisah dah tunggu lelaki ke tak tunggu ke. Sian Batrisyia dah lapar. Nasib nasi dan lauk pauk semua sedap.

Saturday, December 21, 2013

Percutian Sepelaung 2013 - Golden Palm Tree Part 1

Sempena wedding anniversary aku dan Dahlan yang ke 4, achik kasik kitaorang hadiah voucher lagi. Kali ni kat Golden Palm Tree Resort. Patutnya aku request nak pegi 25 December dan betul-betul celebrate anniversary kat sana tapi fully booked pulak that day. Weekend still available. Sebelum pegi sana singgah Puchong dulu sebab nak pegi tengok paip. Kebetulan nampak pulak salon, terus turun tanya untuk Batrisyia. Dia amik RM10 je. Apa lagi terus le potong. Kali ni stail lain sikit. Cute je aku rasa rambut cam gitu. Lepas tu singgah Aeon Big lunch kejap baru gerak pegi Bagan Lalang.

Resort ni tengah proses renovation sebab dia akan tukar nama jadi AVANI Sepang Goldcoast Resort. Masuk je dalam kawasan tu boleh drop off beg je. Aku sorang je turun sebab kereta kena parking jauh kat kawasan lain. Pastu ada pulak van yang membawak dari parking ke resort. Registration buat dekat restoran sebab lobi dia renovate.

Nak pegi ke bilik kalau nak jalan jauh jugak so kena naik buggy car. Kena queue pulak tunggu buggy car sampai. Actually bilik kitaorang tak ada le jauh mana. Masih boleh menapak kalau nak tapi jenuh le sikit dengan membawak beg bagai.


Sampai je bilik walah.. cun. tapi lawa Ascott lagi. Hehehe.. Balconi boleh bukak dan boleh lepak kat sana. Ada kerusi meja lagi. Resort ni memang dibina atas laut so of coz le pemandangan dia semua pun laut kan.

Katil best. Super single dekat-dekat. Ni tidur berempat pun boleh ni. Besar betul katil dia.

Ada couch jugak disediakan. Kalau sorang lagi nak tidur situ pun boleh. Tapi lastnya tu jadi tempat melepak Dahlan surfing internet. Kat sini internet free.

Shower room je ada. Shower room dia ada tingkap yang boleh open. Kalau mandi bagi orang tengok pun boleh. Hehehehe.. tapi ada bidai boleh tarik sampai bawah.  Resort ni konsep dia semua green so sabun shower gel letak dalam bekas besar je. Losyen pun dalam bekas tembikar. Semua toiletries di balut dengan recycle paper. 

Ni le rupa resort ni dari jauh. Semua dalam laut.

Bukak-bukak je TV ada nama aku le. Hehehehe.. Channel banyak jugak. Pastu siap boleh beli lagi movie kalau tak cukup channel yang dia bagi free. Boleh beli satu-satu atau kalau nak murah beli pakej semua movie. 

Kecik macam biasa selain dari excited naik atas katil, mesti nak mandi. Punya le lama dia mandi sekali dia boleh berak atas lantai pulak. Satu hal aku mengutip taik dia pulak budak ni.

Sesi bergambar sebelum pegi kolam. Swimming pool dia terletak kat tengah-tengah. Kiranya bentuk resort ni macam pokok kepala. Bilik kitaorang kat batang. Pastu ada bilik-bilik lain kat daun-daun. Macam spa, gym dan pool kat buat kelapa tu. Tapi pasal tengah renovate, spa dan gym dia locate tempat lain sementara waktu. Nasib pool masih boleh guna. Kitaorang jalan kaki je pegi pool sebab malas nak tunggu buggy car. Pastu lagi satu kat sini ada disediakan basikal. Basikal tu sapa-sapa boleh pakai. Jumpa je boleh terus amik dan pakai.


Pool dia cantik tapi kecik nak tampung semua orang especially pool budak. Bersesak jugak le dalam tu. Pastu pool budak agak kotor ada pasir-pasir. Batrisyia tengok orang lain ada pelampung dia pun nak jugak so aku suruh le Dahlan beli. RM30 tu harga pelampung tu. Mahal betul. Kalau kat luar tu RM10 je gamaknya.

Kitaorang duduk kat sini sampai sunset. Cantik betul pemandangan macam ni. Sangat suka.

Tuesday, December 10, 2013

JB-Melaka Trip - Part 4

Lepas habis lepak makan cendol, kitaorang pun gerak nak lunch. Dah pukul 2.00 petang dah pun. Lama jugak merayap kat AFamosa tu. Mula aku ajak dorang jalan kaki je pegi lunch tapi Dahlan tak nak. Nak bawak kereta. Sebenarnya restoran yang nak pegi tu seberang jalan Menara Taming Sari je. Tapi ntah camana Dahlan boleh bawak berpusing-pusing.


Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni aku tengok Kumpulan Forteen pegi dalam rancangan Xpresi Kembara. Macam sedap benar aku tengok dorang makan masa tu so aku pun suggest lunch kat sini. Rupanya bapak cakap dia pun penah makan sini dulu dengan Nyah. Oo memang famous le restoran ni rupanya.


Bapak yang pilih lauk. Aku ikut je.  Bapak order asam pedas ikan jenahak, masak lemak daging salai, sambal bilis petai dan sayur. Asam pedas tu memang sedap tapi yang aku rasa saaaangaaat sedap ialah masak lemak daging salai. Sedap siot.. Aku tak penah tau yang rasa masakan ni sesedap itu. Selama ni aku memang tak berapa suka masak lemak lagi-lagi guna daging salai. Restoran ni ada dua cara makan dia. Pertama boleh amik individu. Macam makan nasi campur tu. Kedua boleh amik lauk dan makan berhidang. Since kitaorang datang sefamily elok le makan berhidang. Kat sini boleh kata full jugak orang makan dan harga pun boleh tahan mahal. Tapi ok le sebab ikan jenahak kan  memang mahal jugak.



Abis lunch, kitaorang jalan-jalan kat gerai depan je dengan restoran tadi. Gerai ni ada jual macam-macam makanan dan kraftangan. Nasib baik le jumpa lagi kerepek udang geragau so dapat le beli lagi bawak balik PJ. Harga kat sini pun ada macam-macam. Kena pandai tawar dan tengok sebab gerai mula-mula aku tanya kerepek tu mahal nak mampus. Dua tiga gerai baru jumpa yang sama harga dengan aku beli kat River Cruise.


Sebelum balik PJ tetap nak rasa Coconut Shake Klebang yang orang sebut-sebut tu. Jauh yang amat tempat ni. Jam pulak tu. Kat sini sapa yang nak tapau kena beratur kat luar. Punya le panjang aku tengok queuenya. Sapa yang nak minum terus masuk dalam sampai nampak pintu gerbang ni. Ada parking space kat gerai ni. Gerai ni bukak dari tengahari sampai pukul 6.00 petang. 



Selain dari coconut shake ada jugak jual makanan yang ringkas-ringkas macam nasi lemak, kuih karipap, kerepok lekor, cekodok etc. Nasi lemak dia sedap giler. Aku beli untuk Batrisyia tapi dia makan sikit sangat last-last aku kena abiskan. Coconut shake kat sini memang marvelous giler. Rugi sapa datang Melaka tak try coconut shake kat sini. Kira berbaloi le perjalanan jauh dan jam tadi. 


Harga satu coconut shake special minum RM2.20 je. Murah kan. Yang special tu ada letak sekerim vanila atas dia. Kalau regular RM1.70 minum sana. Tapau tambah 3 kupang. Aku minum sana pun yer pastu tak puas aku tapau pulak. Muhahahaha... Sambil tunggu tapau aku tengok gak camana dorang buat. Tapi semua pun dah masuk dalam tong tu. Tak nampak apa resepinya.

Dah puas minum coconut shake baru le kitaorang gerak dari Melaka. Ingat nak singgah solat Asar/Zohor kat R&R Ayer Keroh sekali jalan yang kitaorang lalu tu dah lepas dah toll dan R&R Ayer Keroh. Kena le singgah R&R Seremban. Jauh jugak le tapi nasib baik sempat solat lagi. Bapak sempat beli lauk untuk dinner lagi. Kalau ikut aku, aku dah tak nak makan berat dah. Kenyang giler sepanjang hari. Sampai rumah dah pukul 9.00 lebih malam. Sekian cerita trip JB-Melaka untuk tahun 2013.

JB-Melaka Trip - Part 3

Pagi ni bangun terus pegi breakfast kat hotel. Bapak tak siap lagi jenuh pulak tunggu dia bersiap. Breakfast hotel biasa-biasa consider boleh le makan tapi tak ada le sedap mana walaupun better dari kat JB dulu. Lepas breakfast, bapak tak nak ikut lagi. Dia nak duduk lepak kat bilik je. Kitaorang pegi nak naik Menara Taming Sari pulak.


Sebabkan kitaorang sampai agak awal, parking pun still banyak. Senang je dapat parking. Masa balik penuh dah tempat tu. Fuh nasib sampai awal. Walaupun consider agak awal tapi tetap kena beratur panjang jugak nak naik menatang ni.


Tiket nak naik Menara Taming Sari ni dewasa RM15.00 sorang. Kanak-kanak aku pun tak pasti berapa sebab aku kabo Batrisyia baru umur 2 tahun. Hehehe.. Kecik tet camni nak kena bayar mahal-mahal. Tapi aku rasa budak jual tiket tu tak percaya tapi dia malas nak bising sebab dia pesan suruh dukung Batrisyia sampai dalam takut ada orang tahan. Hehehehe.

Masa beli tiket, kitaorang diberi satu paper beg. Dalam tu ada muffin dan air kotak. Bagus jugak ada bagi camgini. Tak ada le bosan orang menunggu turn nak naik. Tapi masa beratur tu aku perasan yang ada option rupanya. Kalau tak nak muffin boleh amik fridge magnet. Ceh.. baik amik FM. Muffin tu bukan sedap pun. Nyesal nyesal.. ni semua sebab tak escape bayar Batrisyia sampai tak baca apa-apa kat kaunter tiket. Padan muka aku.


Seronok jugak le naik menda ni. Bila dah sampai kemuncak tu boleh nampak seluruh bandar Melaka. Tak gayat pun naik menda ni. Ok je. Lepas turun dari Menara Taming Sari jam pun dah pukul 11.00 pagi. Terus je balik ke hotel sebab nak check out. Dah settle check out tanya dorang nak lunch ke, masing-masing kata tak lapar lagi. Tak lapar so kita jalan lagi.


Kali ni kita tengok Kota A Famosa dan kawasan sekitarnya. Nak pegi sini parking kemain susah. Last-last kitaorang parking dalam Dataran Pahlawan. Boleh tahan jauh jugak le berjalan. Bapak jalan sekerat jalan pastu dia dah tak larat. Dia kata dia nak duduk melepak je.

Beca kat sini semua cantik-cantik. Siap ada lagu yang havoc giler tu. Nak sewa beca pusing Melaka boleh tahan juga harga dia. Dalam RM200.00

Aku, Dahlan dan Batrisyia jalan sampai dekat jam besar tu. Kat situ ada gerai jual souvenir. Sempat le beli FM sebijik. Seberang jalan jam besar tu ada orang jual cendol yang famous kat Melaka. So tak boleh lepaskan. Kitaorang beli tapau minum sambil jalan. Nak minum situ kesian pulak kat bapak yang menunggu lama.

Seberang sungai depan cendol tu Hard Rock Cafe Melaka. Tak sempat pun nak pegi sebab aktiviti full. Banyak jugak tempat nak pegi kat Melaka ni. Sehari sepatutnya tak cukup. Tapi actually kitaorang bukan sehari pun duduk Melaka. Sekerat hari je kot. So memang terhad le.

JB-Melaka Trip - Part 2

Lepas habis dinner baru le kitaorang check in hotel. Gambar entrance hotel ni ambik esok paginya sebab masa sampai dah gelap hapa pun tak nampak. Hehehehe.. Bilik kat hotel ni pun booked melalui Agoda. Dua bilik cuma RM204.44. Actually Melaka ada banyak hotel boleh book tapi sebab kitaorang tak berapa nak tahu camana rupa hotel lain kitaorang book hotel Hallmark sebab dah ada experience duduk hotel dia kat JB August lepas. Boleh tahan le hotel dia berbaloi le dengan harga. Tu je reason kenapa kitaorang pilih Hallmark. Sekali aku baru tahu ada satu lagi hotel Hallmark ni yang ada bangunan sendiri. Yang tu ada pool kat rooftop dia. Ala.. rugi tak book yang tu. Tapi maybe le bilik yang tu mahal sikit sebab facilities dia lebih. Tak kisah le sebab nak duduk Melaka pun semalam je. Pastu aku dah susun aktiviti memang full. Tak ada masa pun nak duduk hotel lama-lama.


Bilik kitaorang dengan bilik bapak sebelah-sebelah tapi design dia lain sikit. Bilik bapak masuk-masuk je ada coffee maker, pastu ada meja kerja. Masuk ke dalam baru area katil. Sesuai le bapak duduk bilik tu sebab dia sorang. Bilik kitaorang memang nampak luas sebab katil dengan area meja tu sekali. Serius tak sangka bilik hotel ni besar sangat. Dah le bayar murah dari hotel V3.


Facility pun complete. Ada coffee maker, hair dryer semua ada. Sangat-sangat berbaloi le aku rasa duduk sini. Dah le ada breakfast sekali esok. Lagi berbaloi. Dan lagi satu yang bagus, hotel ni ada private parking dia sendiri walaupun open space tapi private dan FOC. Tak macam kat JB tu parking merata. 



Lepas check in hotel, buat air kat bapak, salin baju Batrisyia, kitaorang terus keluar balik. Aim nak naik Melaka River Cruise pulak. Orang cakap elok naik malam best boleh tengok pemandangan dengan lampu-lampu.

Entrance nak naik River Cruise ni ada dua. Satu dekat Jeti Rempah, lagi satu dekat Jeti Muara. Pekerja hotel suggest kitaorang naik dekat Jeti Rempah sebab ada banyak parking katanya. Dia cakap Jeti Rempah tu jauh sikit tapi parking senang. So masa jalan cari jeti tu aku ingatkan jauh bebenor le sekali alahai.. dekat sangat. Tak sampai 5 minit dah sampai dah.  Parking memang banyak kat sini. Bayar RM4 je sekali masuk. Kat sini jugak entrance untuk monorel. Tiket nak naik river cruise ni RM10 untuk dewasa yang ada MyKad. Batrisyia RM5.00

Sebelum nak naik kena beratur panjang jugak. Tapi still ok sebab kat tepi entrance tu ada orang buat show. Tak terasa lama pun beratur. Selain tu cruise pun banyak. Kejap je dah datang. Kitaorang tunggu dalam 2 buah cruise je dah boleh naik.

Satu cruise ni boleh muat ramai jugak. Dalam 40 orang kot. So cruise ni akan menyusuri sepanjang sungai Melaka. Kiri kanan tu boleh nampak le macam-macam termasuk Hard Rock Cafe. Lama jugak perjalanan pegi dan pastu U turn. Dalam sejam kot. Turun cruise ada pulak orang jual kerepek udang geragau. Tak penah makan. Sekali try tester sedap giler. Aku beli sebungkus je. Pastu dalam kereta menyesal kenapa le tak beli lebih. Huhu..

Sebelum balik hotel dan tido, kitaorang singgah Jonkers Street. Macam Petaling Street je kat sini. Tak tahu le kalau siang-siang best pulak. Aku rasa tak ada le menda sangat pun. Maybe jugak sebab dah nak tutup. Batrisyia sempat jugak pau aku belon Mickey Mouse. Huhu..

JB-Melaka Trip - Part 1

Ahad lepas ada kenduri kat JB rumah Pakcik Ahim (bapak abang Majid) sempena perkahwinan anak bongsu dia. Pakcik Ahim dah invite kitaorang dari masa kitaorang datang rumah dia time raya lagi. Minggu lepas dah pegi ikut rombongan nikah kat rumah pengantin perempuan. Suppose kat JB ni aku tak pegi sebab aku tak ada budget. Budget dah abis beli barang nak buat kitchen cabinet. Bapak memang nak pegi JB dan janjinya Ely dengan Ikram yang akan bawak Bapak. Sekali deme tak jadi pulak pegi sebab Ikram kena kena weekend lepa s. Pastu aku whatsapp le Nyah dengan Ely cakap kesian plak kat bapak nak pegi JB. Suruh tumpang Nyah, tapi Nyah kata tak muat sebab bibik dia ikut. Pastu Nyah suggest aku yang bawak. Aku cakap aku tak ada budget. Ely kabo bapak dah bagi duit RM700.00 untuk trip JB. Dah ada budget memang boleh sesangat le. So aku pun ajak Dahlan dan dia setuju.

Trip plan pun kejap je buat. Book hotel JB semua. Pastu aku ajak Dahlan duduk semalam kat Melaka sebab kes Dahlan tak boleh drive direct masa malam so baik le plan siap-siap ronda Melaka. Bapak setuju ke pulak tu. Aku ajak duduk satu bilik dia tak mahu. Nak duduk lain-lain bilik. Suka dia le sebab dia sponsor kan

Kitaorang bertolak hari Sabtu lepas pukul 8.00 pagi. Malam sebelum tu bapak tetiba cakap kat aku dia nak singgah kedai tepi jalan kat Johor. Mula aku ingat dia nak pegi Ayer Hitam, sekali dia cakap apa menda kat Ayer Hitam tu. Bapak nak cari beg baru. Ooooo baru tahu bapak nak pegi JPO. Kelas orang tua ni. Hehehe.. Malam tu aku pun jenuh le google camana nak pegi JPO sebab last time aku pegi SESAT. Up status kat FB semua, pastu jumpa le camana jalan nak pegi JPO. Huhu senang je nak pegi sebenarnya. Tak payah le nak ikut nama jalan Tuas ke Link Kedua ke ikut je exit ini confirm jumpa punya.

KL - Exit 253 - Exit 304 - Exit 302A - Pastu dah boleh nampak dah signboard JPO. Tak payah susah-susah dah. Kitaorang sampai JPO consider tak awal sangat jugak. Pukul 12.00 tengahari baru sampai. Singgah pun dua tiga kali jugak kat R&R.  Sampai kat JPO parking pun masih banyak yang kosong. Tak macam aku pegi bulan August ritu. Agaknya consider awal lagi kot.

Misi pertama mencari beg bapak. Mula-mula masuk Universal Traveller. Banyak jugak beg yang murah-murah tapi semua bapak tak nak. Dia cakap nak brand Samsonite. Huhu.. berlagak betul bapak aku ni. Hehehehe.. Since bapak memang dah aim nak brand Samsonite, so masuk terus je Samsonite Factory Outlet. Kat sini pun ada banyak year end sale. Tapi dah nama Samsonite sale pun still mahal jugak. Paling murah pun 6-7 ratus. After less tu. Tapi bapak ok je. Dia nak brand tu. Aku rasa macam bazir nyer beli brand mahal sangat sebab bukan bapak travel naik flight pun. Last-last aku suruh bapak tengok brand American Tourister. Bawah Samsonite jugak tapi murah sikit dari Samsonite. Rasa berbaloi kot beli yang ni lagipun ada 70% off. Nasib bila bapak tengok yang ni dia lebih suka yang ni sebab besar ruang dia. Last-last dia beli brand ni.

Senarai butik yang ada kat JPO. Aku amik gambar ni sebab Nyah tanya ada tak Long Champ kat sana. Long Champ tak ada jawapannya. Misi bapak dah selesai tapi lepas tu dia masuk pulak Bonia cari kasut. Wah.. banyaknya duit dia. Tapi tak jadi beli sebab kasut Bonia semua cutting nyer beso. JPO baru bukak wing baru so kedai dia makin banyak dari aku pegi dulu. Aku masuk Hush Puppies. Tengok kasut favorite aku berapa diskaun boleh dapat. Sekali tengok 30%. Wah deal bagus ni. Tak pernah Hush Puppies kasut yang aku suka ni dapat diskaun lebih dari 20%. Pikir-pikir beli jelah. Kasut lama pun dah berlubang. Tengok aku beli kasut bapak pun nak beli jugak. Hehehe.. ok le kasut bapak pun ada 30% off jugak. Tak puas shopping kasut rasa nak beli handbag baru ganti handbag putih aku yang dah buruk tu. Masuk Guess deal bagus jugak tapi nak tengok Sembonia dulu. Wing baru ada bukak lagi satu butik Sembonia. Paling best sebab ada banyak leather handbag yang ada diskaun 50-70% off. Bagus ni. Tanya punya tanya ada satu handbag leather warna biru 70% off. Lepas diskaun cuma RM180 je. Apa lagi kena grab ni. 

Lepas abis shopping baru gerak dari JPO. Mula aku tanya jugak dorang nak makan kat JPO ke tapi masing-masing kata tak lapar lagi so terus le ikut plan asal nak makan Mee Rebus Hj Wahid.  Mee Rebus Haji Wahid ada beberapa cawangan kat JB tapi kitaorang pegi yang dekat Plaza Angsana. Senang jugak le cari Plaza Angsana ni. Gerai mee rebus ni letak kat gerai luar tepi Plaza Angsana tu. Ingatkan gerai buruk rupanya cantik jugak gerainya. Lebih macam food court.


Ada banyak gerai famous kat sini. Antaranya Kacang Pol Haji dan Rojak Asma. Gerai Kacang Pol Haji ni kat side lain so aku tak dapat rasa camana rasanya. Tahu ada gerai ni kat sini pun masa on the way nak balik ke kereta. Rojak Asma lebih kurang macam Rojak Manjung. Ada macam-macam ingredient yang kita boleh pilih sendiri mengikut citarasa dan kuantiti yang kita nak. Yang penting sedia duit je. Rasa rojak ni pada aku biasa-biasa je. Tak ada le marvelous sangat. Sedap lagi rojak mamak Damansara Utama. Eh tapi tak boleh compare le jugak sebab jenisnya berlain. Hehehe..

Ni rupa Mee Rebus Haji Wahid. Sedap sangat. Aku punya biasa le tak nak taugeh. Tapi tak best sebab sayur dia memang taugeh semata. So kalau tak nak taugeh memang tak ada sayur. Satu pinggan mee macam ni RM3.50

Lepas abis makan baru le gerak pegi hotel. Kitaorang book hotel V3 dekat dengan rumah Pakcik Ahim. Book melalui Agoda RM221.77 untuk dua bilik. Kira RM110 le satu bilik. Mahal jugak sebab bilik dia kecik yang amat. Tak ada breakfast pulak tu. Yang silapnya kitaorang terpilih bilik yang lagi kecik dari bapak. Patut bagi bapak duduk bilik yang kitaorang sebab dia duduk sorang je. Malik datang tidur dah malam je.

Lepas Maghrib Nyah ajak datang rumah Pakcik Ahim. Dinner kat sana. Dorang ada masak rendang rusa. Sedap sangat rendang tu. Lepas dinner kitaorang balik hotel je terus. Singgah 7Eleven yang dekat sangat dengan hotel tu. Bapak beli roti dan air. 

Esok paginya aku call bapak ajak breakfast dia cakap dia malas sebab dia nak makan roti je. Since bapak tak nak kuar kitaorang pun tak jadi kuar. Aku amik roti bapak 3 keping lepas tu bancuh je air dalam bilik. Lepas check out terus pegi rumah Pakcik Ahim. Sedap sangat makan kenduri ni. Dorang masak semua sendiri. Tunggu pengantin datang sekali hujan pulak. Pengantin sampai dalam hujan. Sian betul. Pukul 3.00 petang kitaorang bertolak nak pegi Melaka pulak. Singgah kejap dekat Petronas. Asalnya sebab Batrisyia berak. Tapi last-last kitaorang sembahyang semua kat sana. Gerak dari Petronas dah lambat jugak.


Sampai Melaka dah dekat pukul 6.00 petang. Tak jadi program nak minum Coconut Shake Klebang. Pastu aku tanya bapak nak dinner apa. Dia cakap dia nak makan nasi ayam. So apa lagi sesi mengoggle le kat mana nasi ayam yang famous. Teringat penah tengok JJCM dorang ada makan Chicken Rice Ball kat Melaka ni. Call dorang, dorang cakap dorang tutup pukul 10.00 malam. So decide terus pegi sana je. Sebelum tu singgah kejap satu gerai tepi jalan. Asalnya nak set GPS restoran nasi ayam je tapi last-last beli Coconut Shake kat situ. Tak ada le sedap mana Coconut Shake ni aku rasa.

Jumpa le restoran ni. Sesak jugak area ni. Banyak restoran cina. Ni pun restoran cina jugak tapi halal. Aku tengok kat dinding dia ada banyak gambar artis-artis yang datang makan sini.

Gambar Iqram Dinzly sebesar-besar alam kat depan kedai ni. Memang confirm jumpa punya le. Kat luar jalan pun ada tulis Chicken Rice Ball.


Muka penat dua-dua. Batrisyia pulak meragam dalam kedai ni sebab handphone aku abis bateri. Macam-macam budak ni. Memang kena beli powerbank jawabnya lepas ni kalau nak travel.

Rice ball ni kecik je. Seketul 50 sen. Aku dengan bapak order 3 ketul sorang. Dahlan order 5 ketul. Boleh order sekor ayam, 1/2 ayam atau nak makan sorang satu macam kitaorang pun boleh. Ayam harga lain nasi pun harga lain. Aku rasa sebiji nasi ni terus aku tak suka. Nasi dia lembik rasa pulut. Ntah aku tak boleh terima. Last aku bagi bapak lagi dua biji dan aku order nasi ayam biasa. Selain dari tu kitaorang order sambal udang petai jugak. Ni ni memang sedap. Nasi ayam dia ntah le aku rasa biasa-biasa je. Tak ada apa yang istimewa sangat kecuali rice ball le. Tu pun untuk orang yang suka. Untuk aku yang tak suka ni aku rasa tak ada apa pun yang special kat sini. Harga makan kat sini boleh tahan mahal. Total kitaorang makan dekat RM50.00 jugak.

 Lokasi restoran ni kat tissue tu. Google je sure jumpa punya. Yang pasti kedai ni HALAL.