Sunday, July 8, 2012

Sepetang Di Seoul Garden 1 Utama

Hari ni lepas amik kereta baru, belanja Dahlan, Tikah & Pidah makan kat Seoul Garden sempena birthday dorang bertiga bulan Julai ni. Birthday Dahlan 2hb lepas. Tikah & Pidah next week 14hb. Tapi minggu depan deme dah nak balik Bota jadi celebrate in advance. Happy giler budak dua orang tu bila aku cakap nak makan kat Seoul Garden sebab minta benor deme kat K Pop. Hadoi.. makan pun nak kena K Pop ke. Biar le..

Budak ni macam biasa banyak ragam. Makan tak ada nak sangat. Meragam je lebih. Aku dah 2nd time le makan Seoul Garden. First time makan kat Singapore dulu. Sama je kot rasa dia. Tapi rasa macam kat Singapore banyak lagi dia punya choice.


Ambik gambar tengah-tengah makan. Kalau suruh aku review Seoul Garden ni, aku betulnya tak berapa nak suka makan jenis-jenis makan yang macam ni. Tapi untuk lepak-lepak, makan sambil masak sambil borak-borak, tempat macam ni ok sangat.


Saturday, July 7, 2012

Bye Bye WNX5997

Setelah lebih 6 tahun berjasa, hari ni aku nak let go kereta aku ni. Walaupun kereta ni banyak kenangan pahit tapi ada jugak le kenangan manis pada aku sebab ni le kereta pertama aku. Aku bawak balik Batrisyia ke rumah pun pakai kereta ni. Balik kampung kawin pun pakai kereta ni jugak. Tapi rasa dah tiba masa kot let go kereta ni sebab aku nak kereta yang ada boot besar. Tak berapa praktikal pakai kereta kecik camni bila dah berfamily. So kereta lepas ni memang dah kereta Dahlan dah. Bukan kereta aku anymore. Let go kereta ni murah sangat. RM9,000.00 je. Tak dapat cover pun hutang dengan bank. Siap kena tambah duit sendiri lagi



Kereta dah siap parking kat depan Nissan Kota Damansara. Tunggu wakil dari use car ambik je. Huhu.. sedihnya.. Bye bye WNX5997. Jasamu dikenang.