Saturday, May 30, 2009

Fish Spa

Hari ni Nyah ajak kuar jalan-jalan sebab dah lama tak bawak bapak jalan-jalan dan makan kat luar. Memandangkan bapak pun sibuk nak cari shower hose dia, so dia pun setuju jelah ikut pegi jalan-jalan. Susah betul tau nak ajak bapak pegi jalan-jalan. Kiranya kalau dia setuju nak ikut tu habis bagus dah le tu, sebijik cam perangai Malik.

So mula-mula kitaorang pegi kat Jusco Home Centre. Bapak sibuk le cari shower hose dia. Si Iman ni pulak sibuk dok bukak semua paip dan tanya kenapa air tak ada kuar.. Hahaha.. Memang le tak ada. Dah sah-sah situ ada kepala paip je. Aku cakap dengan dia sebab orang ni tak bayar bil sebab tu air tak keluar. Dia jawab.. "ooooh" .. Hahaha.. Percaya dia. Lepas tu kitaorang ni mengada-ngada nak pegi tengok fish spa yang ada kat dalam ni. Sebab masa tu tak ada orang so saja-saja le gatal pegi try. RM5.00 je untuk 10 minit. Tinggal le bapak sorang-sorang pegi cari shower hose dia.

Mula-mula aku dengan Chu Ma je nak try. So kitaorang dua pun masuk le kaki. Tapi celum-celum je kaki, ikan-ikan tu berjembik-jembik datang meluru. Takutnya. Kelam kabut aku dengan Chu Ma angkat kaki. Hahaha.. Pastu pelan-pelan bagi tumit je dulu. Takut tengok ikan tu datang meluru. Wan Chu Ma idak jugak turun-turunkan kaki dia.

Lepas tu Caca pulak sibuk nak try. Aku cakap kat Nyah bagi jelah dia try. Dia gelak je sepanjang dia letak kaki dia dalam kolan tu. Memang geli pun sebenarnya.

Dah lama-lama baru le berani nak masukkan semua kaki dalam kolam tu. Actually tak ada le rasa apa pun. Cuma takut je tengok ikan tu menyerang camtu sekali. Kalau tutup mata tak ada le rasa apa pun. Yang gambar atas tu ikan kat kaki aku. Yang ni bawah kaki Chu Ma. Tengok betapa banyaknya ikan yang datang kat kaki dia. Nampak sangat kaki dia banyak daki. Hahaha..


Sebelum balik agenda wajib kalau kuar berjalan mesti le makan. Tu pun Malik dah bising nak donut. Tak ada ler jemu dia makan donut. Pelik aku. So hari ni kitaorang makan kat Pandan Leaf jugak. Nama dia dah tukar jadi Penang Kitchen. Eh.. betul ke? Bantai jelah. Yang penting Penang tu ada le kat depannya.

Dah dapat Nasi Lemak sorang sepinggan baru le dorang ni diam. Malik pun tak ada mintak nak donut dah. Kesian kat Iman tak makan. Dia tidur pulak sebaik sahaja masuk kedai makan. Malik makan banyak betul. Dah habis sepinggan Nasi Lemak, dia boleh habiskan pulak Char Keow Teow Nyah. Huhu.. Caca tu pun sebab Nyah control dia makan. Kalau tak mesti dia makan gak lagi.

Dah abis makan main course tetap jugak nak dessert walaupun kenyang. Huhu.. So kitaorang order cendol dan banana fritters. Wan Chu Ma le nak sangat banana fritters. Macam tak penah makan goreng pisang je dia ni. Bapak dah malas nak melayan kitaorang makan tak renti-renti dia pun bangun pegi jalan-jalan dengan Caca dan Malik. Iman sampai kesudah tak bangun tidur. Hari ni Nyah belanja. Suppose nak sharing-sharing. Sebab bil murah dia belanja le semua kot. Hehe.. TQ Nyah... Moga dimurahkan lagi rezeki..


Friday, May 29, 2009

Biggest Loser Lagi

Last week aku tengok satu episode The Oprah Winfrey Show tak tahu tahun bila punya le. Guestnya dalam episode yang tu adalah Biggest Loser contestants. Memang kerap pemenang-pemenang Biggest Loser menjadi guest dalam Oprah Show dan selalunya dorang discuss pasal kejayaan menurunkan berat badan. Tapi kali ini topiknya lain pulak. Topiknya apa yang terjadi lepas program tu.

Yang paling menakutkan tu, statistic menunjukkan 90% daripada peserta biggest loser akan menambah berat badan dorang balik. Alamak.. camana ni.. Pemenang season 2, Matt Hoover yang pada season finale Biggest Loser berat dia 157 paun, masa show tu dia naik 100 paun. Eee.. takutnya. So berat dia masa show tu 257 paun. Walaupun tak naik seperti masa dia mula-mula join Biggest Loser iaitu 339 paun tapi tetap le menakutkan juga. Huhu.. Yang pemenang season 3 pulak, Erik Chopin berat masa dia join Biggest Loser 407 paun dan dia turun ke 193 paun masa season finale. Memang kurus giler masa tu. Tapi masa dia appear dalam Oprah Show berat dia dah naik balik ke 315 paun. Hah??? Banyak nyer.. Naik sampai lebih 50kg. Dia sendiri pun mengalami sedikit depress tengok berat dia naik sampai camtu.

Sapa tak depress.. penat-penat buat macam-macam nak turunkan berat badan sekali naik balik. Sapa yang tak pernah diet takkan rasa betapa suffernya berdiet ni. Aku sendiri penah mengalami apa yang dorang alami. Diet punya le susah payah dan dapat turun lebih 50kg, sekali naik balik. Walaupun tak ke angka asal sebelum start diet tapi tetap le naik banyak. So aku rasa mesti ada silap dari segi maintenance camana nak keep fit ni. Tu yang paling susah nak buat tu. Bak kata Erik le kan.. dalam biggest loser tu ada finish line. Maknanya apabila kita achive target turun berat tu le finish line kita tapi maintenance tu pulak adalah lifetime. Sampai bila-bila kena buat benda tu. Dan dia sendiri pun mengakui yang maintenance is the hardest thing.

So camana ek nak mengekalkan berat badan tu? Apa maintenance yang terbaik yang kena buat?

Friday, May 22, 2009

Letih Arrr...

Lama tak update blog ni. Busy like a bee.. Dengan tax submission, closing quater accounts dan macam-macam le lagi. Nak cita pasal Adli kawin pun tak sempat nak post entry. Tapi tak payah le post kot sebab Nyah dah post dalam blog ni. So baca jelah entry tu kat blog dia.

Tengah aku sibuk pasal macam-macam hal ni pulak tetiba je Kak Semah cakap aku dapat surat berdaftar kat kampung. Pelik bin Ajaib sungguh le sebab rasanya semua benda alamat surat menyurat aku dah tukar ke PJ. Camana pulak ada benda yang boleh sampai ke kampung. So aku suruh le Kak Semah ambik je surat tu. Pastu dia bukak dan bagitau aku dapat surat saman ekor. Yang pelik tu hari kejadian saman tu pada 16.03.2009 jam 10.50 pagi. So aku pun check le kat mana aku berada masa tu. Aku kat kampung sebab sehari sebelumnya kitaorang buat tahlil untuk mak di kampung. Dan lagi pulak saman tu adalah saman melanggar lampu isyarat di Pasar Rakyat, Lahat Datu. What???? LAHAT DATU??? Bila masa pulak aku penah pegi ke Sabah ni?? Dan plat number keta tu pulak adalah plat SS 4627. Hah???? Keta tu dah lama dah tak ada. Lebih 5 tahun dah kot keta tu tak ada. Camana pulak aku boleh kena saman sebab keta tu. Masalah.. masalah.. Letih le camni. Mesti banyak benda yang aku nak kena selesaikan.. Adoi.. tak boleh ke sekali bagi aku rest sikit dari masalah-masalah... Lepas satu.. satu.. Tension betull..

Monday, May 4, 2009

Biggest Loser

Sapa penah tengok rancangan ni? Rasa dulu cam penah siar kat 8TV tapi aku tak penah tengok. Sekarang ni kat channel 702 Astro tengah tayang realiti TV ni hari-hari pukul 7.00-8.00 malam. Tapi disebabkan time tu aku sibuk selalunya, nak masak le, nak semayang le nak mandi le so aku selalu tengok yang marathon punya hari Ahad malam. Kat US realiti TV ni dah sampai season 7 dah tapi dorang ketinggalan le siar kat Malaysia. Kat sini baru je siarkan season 4. Anyway aku dah boleh baca wikipedia dan dah tahu sapa kena eliminated awal-awal. Tak surprise dah tapi aku kan memang jenis tak menyempat. Hehehe..

Malaysia tak nak ke buat realiti TV macam ni? Ni balik-balik buat realiti TV cari artis.. cari artis.. cari artis.. Pastu artis melambak-lambak album haram tak best. Cuba le try buat rancangan macam ni pulak. Lain le sikit dari yang lain. Maybe untuk program Malaysia tak leh tiru 100% sebab kena jaga sensitiviti orang Malaysia juga. Kalau dorang buat aku pun nak pegi audition jadi peserta. Agak-agaknya diterima masuk ke?

Disebabkan kat sini tak ada realiti TV ni, aku kena buat sendiri le program Biggest Loser aku, Start hari ni dah kena aim kurang 25-30 kg dalam masa 5 bulan. So boleh tak lepas ni nak dapat body cam trainer Biggest Loser, Jillian Michaels. Hehehe.. Perasan le ko sorang-sorang Ismi oii.. Eh.. mana nak tahu kot-kot dapat lak kan. Semangat ni. Amin..

Nak jadi cam dia le. Agak-agak boleh ke? Hahaha.. Lawanya body dia.