Saturday, April 25, 2009

Tugu Trip

Bertahun-tahun lamanya aku dah menyimpan hasrat nak pegi tengok mana le rupa Tugu Negara, akhirnya hari ni hasrat aku dah pun tercapai. Walaupun hari-hari aku pegi keja lalu kat kawasan ni tapi tak ada sapa nak temankan aku pegi tengok Tugu Negara. Syoknya dapat pegi Tugu Negara hari ni.

Aku bangun awal hari ni sebab semangat berkobar-kobar nak pegi Tugu Negara ni. Macam budak sekolah nak pegi rombongan jekan. Tak pelah. Untuk orang-orang yang nak gelakkan aku tu, tak payah le gelak sebab aku tau korang pun ada yang tak penah sampai ke Tugu Negara. Hahaha.. Tapi dah janji pukul 10 pagi camana nak pegi awal. Sampai je kat sana dah panas terik. Ala.. ambik gambar pun kenyit-kenyit mata dah.

Kawasan Tugu Negara ni betul-betul macam di luar imaginasi aku. Aku ingatkan kawasannya luas terbentang macam Dataran Merdeka rupanya idak pun. Pastu nak parking pun cam merata-rata je. Nak jalan ke pintu masuk Tugu tu idak le jauh sangat seperti yang orang cerita.

Ambik gambar kat depan pintu masuk dulu. Bukti aku dah sampai kat sini. Hehehe..

Bangga giler dapat ambik gambo kat depan Tugu Negara. Walaupun gambar yang kedua ni nampak aku besar semut je tapi tak pe sebab aku nak tunjuk yang aku memang dah sampai kat sini. Panas pun tak pe.. sanggup tu asalkan dapat bergambar.

Dah abis berjemur kat kawasan Tugu Negara, aku pun pegi le pusing-pusing nak tengok tempat lain yang boleh dimasuk dengan syarat free. Bayar-bayar aku malas nak masuk. So ni le entrance Taman Burung. Ramai sangat bebudak sekolah. Aku idak singgah sebab dah check harga sampai RM15 sorang. Eee... membazir tengok burung sampai RM15. Baik aku tengok wayang baru RM10. Ada air-cond lak tu. Ni dah le panas nak mampos. So amik gambar tempat jual tiket je.

Pusing-pusing lagi aku singgah le pulak kat Memorial Tun Abdul Razak. Sebab free aku masuk le. Kat sini tak ramai orang. Tak sampai 10 orang pun yang pegi sini. Tak best ke apa ke aku pun tak pasti le kenapa.

Sebenarnya dalam ni tak boleh tangkap gambo tapi aku tak tahu pun. Lepas jugak le aku amik gambar Penyistiharan Kuala Lumpur. Masa aku nak amik gambar ic Tun Razak, ada pulak orang jaga so dah tak dapat nak ambik dah sebab dia cakap tak leh tangkap gambar. Huhu.. Tapi syoklah ic number dia 0000004. Orang keempat buat ic ke maksudnya? Eh ke number dia 0000007? Ala.. dah lupa.. orang tu le punya pasal tak bagi aku ambik gambar ic Tun Razak.

Lepas dah pegi Memorial Tun Razak dah pukul 12.30. Aku dah lapar giler tak tahu nak cakap. Breakfast pagi tadi cuma makan sekeping roti tu pun awal pagi. So plan nak pegi Planetarium dan Muzium PDRM kena postponed ke minggu lain. Opps.. on the way nak balik nampak Masjid Negara so kena ambik gambar gak bukti aku pegi gak tu walaupun tak masuk dalam. Hahaha..


Friday, April 24, 2009

Tag : Gambar Profile Terbaik

Tag by Yati. Dah seminggu dah kena tag tapi baru hari ni nak buat sebab ada banyak outstanding entry.

1) Letakkan gambar profile anda. - Aku ada dua gambar ni. Letak dua-dualah yer..



2) Terangkan maksud gambar itu.

Gambar pertama - Ni masa 1st makeover yang aku buat sempena Mother's Day tahun bila ntah tak ingat. Walaupun aku bukan mother tapi aku nak buat jugak sebab gedik. Hehehe.. lagipun free rugi le tak buat. Aku dapat free makeover sebab masa tu aku adalah member kepada Beautie & Vie kat Mid Valley. Masa ni kan tengah giler-giler nak menguruskan badan so sangguplah berhabis riban-riban dan menjadi member

Gambar kedua - Gambar masa kat Nacap. Kat workstation aku. Gambar ni Chew ambik sebab dia nak test camera dia lawa ke idak. Tapi sebabkan aku memang lawa so pix pun lawa le kan. Hahaha.. Perasan. Aku suka sangat keja kat Nacap. Aku rasa dalam banyak-banyak company yang aku penah keja memang Nacap is the bestlah.

3) Kenapa pilih or letak gambar itu?

Sebab aku rasa gambar ni paling lawa le. Takkan nak letak gambar paling hodoh kot especially gambar pertama tu. Satu wrinkle pun tak ada. Jerawat apa pun tak nampak. Syoknya kalau muka aku memang macam tu je real-real. Gambar kedua tu pulak sebab aku rasa gambar ni aku skima-skima sikit. Nampak macam professional je kan. Hehehe..

4) Tag lagi 5 blogger
Lorna
Fara
Kak Yati
Nyah
Aidee

Monday, April 20, 2009

Lunch @ TGIF

Masa auditor datang hari tu plan nak bawak dorang makan kat TGI Friday's tapi masa lunch tu hujan lebat giler so tak dapat le nak bawak dorang lunch kat sana. Dah lama sangat aku dengan Kak Yati plan nak makan situ tapi tak jugak jadi-jadi. Ntah camana masa chat dengan Aidee hari ni dia cerita-cerita le dia pegi makan pasta kat TGIF semalam. Sedap giler dia cakap. Ala.. Aidee ni sajer je tau. So memandangkan aku nak start program diet bulan May, so sekarang kira masih le boleh makan. Aku pun ajak le Kak Yati dan kitaorang berdua pun pegi le makan kat TGIF kat Life Centre, Jalan Sultan Ismail. Dekat sangat dengan ofis aku.


Sampai je aku dah set dah dalam kepala otak nak makan apa sebab aku dah surf kat internet dah sebelum tu. Lagipun kan Aidee dah provok nak makan apa kan. Hehehe.. Salahkan orang pulak. Kitaorang memasing ambik 2 course meal set. Ada appertizer dan ada entree. Air lak memasing nak bottomless drink. Penamak sungguh le. Hehehe..

Untuk appertizer kitaorang order Fried Mac & Cheese dan Bonesless Wings. Fried Mac tu cam macaroni cheese pastu salut dengan bread crumb pastu goreng. Sedap sangat-sangat. Boneless Wings tu pulak ayam tak ada tulang tapi letak sos apa ntah. Rasanya cam masam-masam sikit tapi macam weird sikit. Mengikut taste aku kurang sedap tapi Aidee cakap ok. So kena le rasa sendiri baru le leh komen.

Entree pulak Kak Yati order Sizzling Chicken & Cheese. Aku pulak order Cajun Shrimp & Chicken Pasta. Both memang sedap tapi tak boleh nak abis sebab servingnya besar. Dahlah appertizer pun dah mengenyangkan. Banyak sangat waste. Rugi-rugi..

Dalam pada food tak abis kitaorang tetap order dessert. Hahaha.. Tamak betul Tapi mini dessert je dan kitaorang share berdua. Kitaorang order Snickers Treat. Sedap jugak. Dessert Mini ni ada 5 choice flavour. Rasa macam nak semua je tapi mana boleh abis so kena le try satu je. Kalau pegi TGIF mesti try ni tau.

Saturday, April 18, 2009

Dinner @ Bagan Lalang

Hari tu Nyah sms aku bagitau Abang Majid ajak pegi Menara KL sebab dia memang pernah niat nak bawak arwah Mak tapi tak kesampaian nak pegi sana. Nyah check-check tiket nak naik sekali sampai RM40 sorang. Nyah kata kalau dah RM40 sorang baik pegi makan-makan. Lagi le best. So Nyah ajak pegi Bagan Lalang makan seafood. Kebetulan Kak Semah datang so Nyah ajak le Kak Semah sekali tapi pukul 2.00 petang tu Kak Semah sms Wan Chu, dia cakap dia nak balik terus ke Bota. Huhu.. rugi nyer.. Jamu mata jelah kan. Lagi sedap dari kat Teluk Batik tau. Rugi-rugi..

So pukul 5.00 kitaorang bertolak dari rumah Nyah kat Puchong. Naik satu keta je. Sampai kat Bagan Lalang dah pukul 6.10 petang. So Abang Majid cuma round-round je kejap pastu terus pegi ke restoran tu. Iman pulak boleh muntah dalam keta habis baju Nyah kena muntah Iman. Huhu.. Tak pelah Nyah dapat baju baru, baju Bagan Lalang.. Hehehe...

Dulu masa datang Bagan Lalang dengan Yati, Kak Wan dan Kak Ayu kat sini le aku beli selipar sebab aku lupa nak bawak selipar datang beach. Hehehe.. Pe ke bendalah aku.

Cantiknya pemandangan senja kat sini. Tu sebab le aku suka pantai. Rasa macam tenang sangat-sangat.

Ni le restorannya. Kawan Nyah yang suggest tempat ni. Ok jugak le tempat makannya. Boleh kata selesa jugak le.

Time untuk pilih ikan dan sewaktu dengannya. Aku macam biasa le tukang ambik gambar je. Bapak dengan Nyah yang pilih. Aku dengan Wan Chu pilih nak masak apa je. Hehe.. Banyak tau Nyah pilih sotong buat goreng tepung. Sedap tau Kak Semah. Rugi tak pegi. Hahaha..

Sesi berborak sementara menunggu makanan tiba. Bapak tengah cita pasal orang pecah rumah tu. Tu yang ada macam perwakilan UMNO sikit tu. Opsss.. bapak marah karang cakap dia orang UMNO.

Makan time. Sedap sungguh le makanannya. Rugi Kak Semah tak pergi. Ikan bakar dia sedap dari kat Teluk Batik tau. Hehehe.. provok ni kasik sakit hati sikit. Ketam goreng cili, siakap bakar, pari pun bakar, udang goreng kunyit, sayur cendawan, tomyam campur dan sotong goreng tepung. Appertizer pulak Otak-otak. Kira memang puas hati le. Terima kasih le pada Abang Majid sebab belanja kitaorang. Semoga murah lagi rezeki dan boleh belanja lagi di masa akan datang. Rugi Kak Semah tak ikut. Ketamnya manis sangat. Ikan siakap tu dia bakar letak cam rempah-rempah sikit. Air asam pun sedap tak ada le pedas cam kat Telok Batik. Hahahaha.. Provok last nak bagi dia menyesal giler

Friday, April 17, 2009

SMRPB Sekolahku - Part 4

Masa minggu orientasi masa Form 1 kan, abis je minggu orientasi ada le Malam Tunas Harapan. Ye ke namanya macam tu? Bantai jelah kan. Kalau tak betul pun bukan orang tahu. Hehe.. Sepatutnya Malam Tunas Harapan ni dibuat hari Sabtu minggu orientasi habis tapi disebabkan masa tu ada sorang cikgu tu meninggal, postponed le ke masa lain yang mana masa tu kitaorang dah lama dah ada kat sekolah. Malam Tunas Harapan ni lebih kurang macam ada persembahan-persembahan dari tiap-tiap kelas. Pastu ada gak senior-senior menyibuk buat persembahan tapi dah tak ingat apa persembahan dorang. Ni nak cita pasal persembahan kelas aku jelah. Kitaorang kelas 1A4 ni boys dengan girls macam tak sebulu je. Pastu tak tahu nak buat persembahan apa last-last terbit le idea nak menyanyi lagu ni. Adoi.. kelakarnya lagu ni. Habis kitaorang satu kelas kena gelak dengan senior-senior. Rasanya macam idea Mokhsein je sebab dia juga yang ambik part solo lagu ni. Hahaha.. Tuan Mokhsein.. camana le boleh nyanyi lagu camni. Mari kita layan jap lagu ni..

Bainun.. Bainun.. Bainun..

Lima tahun yang lalu (Bainun)
SMRPB telah dirasmi (Bainun)
Sekolah yang dirasmikan
Oleh Raja Permaisuri

Dalam lencana kami (Bainun)
Roda lambang teknologi (Bainun)
Padi lambang rendah diri
Supaya dihormati

Para guru yang budiman
Kami tetap menjanjikan
Akan capai kejayaan
Dalam bidang pelajaran

** Ikut lagu iklan Zaitun. Hehehe.. Layan jelah..

Thursday, April 16, 2009

Bila Rindu

Dikeheningan malam
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang

Suara merdu yang disayang
Bagai kau di depan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu
Terkenang mu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam
Jauh terbang diri ku melayang

Aku rindu
Sentuhanmu ku rasa sayu
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini
Bawa ku dalam pelangi
Melepasi batas diri ini

Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama

Kenangan di dalam jiwa
Bila tersedar semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

P/S Can i cry???

Wednesday, April 15, 2009

Tegas, Adil, Berhemah

Nak cita pasal kes pecah rumah kat kampung last month. Actually cita kes ni dah basi dah cuma nak cita pasal police report jelah. Wan Chu Ma yang pegi buat report dengan Kak Semah kat Balai Polis Titi Gantung hari tu. Report ni ditaip oleh polis kat situ le. Tak mau le tunjuk nama dia. Kesian le pulak. Number je dah le kan. Dia nak taip report tu ambik masa dekat sejam baru siap pastu salah ayat, salah ejaan macam-macam le lagi. Tak tahu berapa kali Wan Chu Ma betulkan ejaan dan ayat polis tu sebelum dorang print report ni. Dalam pada dah betulkan beberapa kali., pun masih ada spelling yang salah. Wan Chu Ma mesti dah tak larat nak betulkan dah. Hahaha.. Jawatan Kak Semah jadi "PEMBANTU TAKBIR" Keh.. keh.. bila pulak le Kak Semah kena takbir raya ni. Hahaha.. Adoi sakit perut aku. Nasib baik le slogan PDRM dah tukar ke Tegas, Adil, Berhemah. Kalau masih kekal Mesra, Cepat dan Betul .. tang mana le nak buktikan "cepat dan betul" tu. Hehehe.. kelakar... Lelain malas nak komen le pasal report ni. Korang baca le sendiri kalau nampak. Aku nak gelak guling-guling jap..

Tuesday, April 14, 2009

Jemputan Kahwin

**Update**

Sebab ramai yang advise jangan pegi so.. keputusannya tak pegi le. Habis cita. Pasal hadiah pulak.. nanti le pikirkan nak beli apa dan nak hantar pos atau nak hantar ke rumah after wedding ceremony. Hhmmm.. rasa macam nak nangis.. Arghhh..

To "orang tu" sorry le kalau entry ni mengguris hati. I didn't mean to hurt you. Just nak meluahkan perasaan je. Oklah. Tak mau cakap pasal ni lagi. Close story..


*************************************************************************************************************

Aku dapat jemputan kawin dari ex bf. Should i go or jangan pegi? Errhmmm.. cam tebal je muka nak pegikan. Dah le kenal semua ahli keluarga dia termasuk le makcik, pakcik, sepupu etc.. etc.. Malu le. Pastu apa hadiah patut bagi? Kena special-special ke atau biasa-biasa macam pinggan mangkuk tak ada brand je? Leh sapa-sapa bagi opinion tak?


Sunday, April 12, 2009

Makeover Yang Tak Berapa Nak Over

Hari ni actually aku ada date pukul 12.30 tapi seperti biasa akukan gatal datang awal sebab nak parking sedekat-dekat dengan pintu so aku dah sampai kat One Utama pukul 10.30. Tetiba ada pulak makeover kat tengah-tengah concourse area tu. Mesti try ni. Murah pulak tu. Beli apa-apa je barang dari produk-produk yang mengambil bahagian tu at least RM30.00 dan terus boleh purchase tiket makeover dan photo session berharga RM10.00. Murah le kan. So aku pun gatal le beli. Tapi aku buat makeover dah petang. Punya le jenuh berdiri tunggu turn. Aku start tunggu dari pukul 4.30 petang dan pukul 6.00 baru sampai turn aku. Huhu.. Lamanya.. 6.30 baru boleh buat photo session dan pukul 7.30 malam baru le gambar siap. Lamanya tunggu tapi tak apa le. Fun apa buat benda-benda macam ni. Tak ada le mengalami sindrom kemurungan dah. Hahaha.. Ok jom kita tengok gambar-gambar masa makeover. Tapi sebabkan aku pegi sorang-sorang, (actually ada "orang" tu, tapi aku dah suruh dia balik sebab kesian plak dia nak tunggu aku lama-lama macam tu kan) so tak dapat le nak ambik picture masa tengah make up. Tengok picture selepas jelah. Gambar photo shoot tak payah upload le sebab tak lawa pun. Malas nak pegi scan. Kalau nak tengok jugak later le aku scan.

Ni le make up artist aku. Actually dorang ni student lagi kat A Cut Above Academy. Dia memang professional hairdo tapi make up masih student. Cuma rambut aku dia tak leh nak wat over sangat sebab pertama pendek dan kedua ni try nak cover pipi aku yang ala-ala pau terlebih yis. Hahaha... So jadi le rupa ini. Ok le jugakkan.

Dalam gambar macam tak berapa nampak makeup nyer kan. Tapi live aku suka sangat dengan eye make up yang dia buat. Nampak le mata cam bigger kan.

Before and after. Ada different tak? Mesti le ada kan. Kenapa pix before aku cam orang tak mandi je padahal tu pagi lagi tu. Isk..

Thursday, April 9, 2009

Kemurungan

Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Individu murung didapati mengalami perubahan dalam sistem otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor keturunan juga antara penyebab penyakit ini. Sindrom kemurungan adalah penyakit ‘seluruh jasad’, melibatkan kesihatan badan anda, perasaan dan fikiran. Ia juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir.

Simptom-simptom kemurungan

  1. Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
  2. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  3. Cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  4. Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
  5. Perasaan bersalah dan tidak berguna.
  6. Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  7. Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  8. “Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  9. Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  10. Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
  11. Simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
Di petik dari http://www.medicine.ukm.my

Dari 11 simptom-simptom ni macam aku ada je separuh darinya. Depression kah aku??? Adoi.. kena jumpa pakar sakit jiwa le pasni. Hehehe...

P/S: Today adalah birthday my bestfriend Yatie, yang aku kenal sejak masuk UPM dan rapat sehingga sekarang. Happy Birthday Yatie. I'm sooooo glad to have wonderful friend like you..

Monday, April 6, 2009

Ely's 27 Birthday

Cita pasal makan lagi. Mesti ada orang tak sukakan. Dah birthday celebration mesti le makan-makankan. Tapi suka hati aku le kan. Blog aku. Kalau tak suka pegi baca blog orang lain. Hehehe.. Sempena birthday Ely yang ke 27, Nyah belanja kitaorang makan dim sum kat Spring Garden KLCC. Sekarang ada promotion. Makan pukul 3.00 petang ada diskaun 50%. Murah giler. Kitaorang pegi makan hari Sabtu, 4hb April 2009. Kena le celebrate dua hari awal sebab kalau nak celebrate hari birthday dah hari Isnin camana nak pegi makan-makan.

Sebelum makanan sampai kena ambik gambo dulu. Bapak siap pakai baju baru sebab nak celebrate birthday Wan Chu Ma. Hehehe.. Aku pun sama.

Our drinks for today. Caca dengan Malik order fresh orange. Punya le dorang suka sebab ada orange kat gelas tu. Aku watermelon juice. Nyah dengan Wan Chu Ma order Ice Lemon Tea. Bapak coffee je. Pastu dia bising sakit gigi sebab dia pegi letak gula bebanyak. Apa saja le bapak ni.

Dim sum. Sedapnya.. Nak letak nama satu-satu aku tak tahu le namanya. Yang aku tahu ada chicken dumpling, BBQ Chicken Bun, Carrot Cake dengan taugeh (eee.. tak suka taugeh), Deep fried Carrot Cake, Shrimp Salad dan ntah apa-apa lagi le. Tapi semua aku yang kena order. Yang best tu kitaorang order BBQ Chicken Bun sampai 3 bakul. Melampau betul le. Wan Chu Ma yang makan 3 ketul. Hahaha...

Dah abis makan. Bapak siap tengok bunga lagi depan restoran. Hehehe.. Lepas makan jalan-jalan kat Isetan pulak. Nyah dengan Wan Chu Ma yang shopping. Nyah siap letak anak dia main lego dan suruh bapak tunggu sebab dia nak shopping. Eee.. teruk betul le. Nasib baik bapak memang malas nak jalan-jalan so dia duduk jelah tunggu budak berdua tu main lego. Kalau tak si Caca asyik tergedik-gedik je. Hehehe..

Pukul 12.30 malam 6hb April 2009, baru le aku dengan Wan Chu Ma makan kek. Nyah yang buat kek ni. Aku dah bagi hadiah lain awal-awal dah. So aku dengan dia jelah nyanyi lagu Happy Birthday tengah-tengah malam buta tu. Wan Chu Ma siap salin pakai baju baru yang dia beli hari Sabtu lepas lagi. Hehehe.. Happy Birthday Wan Chu... May all your wishes come true!!!