Tahun ni aku rasa semua budak pompuan memang birthday partynya tema Frozen. Termasuk le Batrisyia yang tengah gila Frozen. Dia yang nak sangat tema ni. Ikutkan aje le. Nasib baik le aku tak wajibkan orang yang datang pun ikut tema Frozen. Hahahaha..
Kek ni aku tempah macam biasa dekat aunty Asmah. Idea kek pun tiru dari orang. Hehehe.. Aku order kek sahaja dan patung-patung tu aku beli dekat Tesco Puchong. Satu set RM15.00. Kek RM80.00. So total kek RM95.00 je. Suppose kek ni setingkat je tapi sebab hari tu aku tempah kek, kek tu macam bantat sikit aunty ganti balik tambah setingkat lagi untuk kek Batrisyia. Fuh jadi le keknya beso gila macam ni. Orang nak makannya tak ada le ramai mana.
Macam aku cakap dalam post lepas, sebab rumah aku masih kelam kabut di renovation dapur, maka aku buat dekat luar. Aku pilih KFC Taman Tun Dr. Ismail dekat Petronas tu. Masa pilih tempat jenuh jugak nak cari. Mula aku nak buat dekat KFC Kota Damansara. Sekali tengok tempat dia sempit. Kalau tak order party package dengan dorang, dorang tak boleh reserve tempat pun. Nak order party package macam tak best sebab package dia lebih untuk tetamu kanak-kanak. Aku mana de ramai sangat tetamu kanak-kanak. Sekali datang TTDI tengok KFC dia ok. Dua tingkat. Kat atas tak ada orang pun. Masa kitaorang datang memang kosong. Aircond pun tak bukak dan kitaorang mintak bukak airocond baru dorang bukak. Best sangat sebab tempat yang besar ni kitaorang yang punya.
Aku jemput adik beradik aku je. Adik beradik Dahlan pun aku tak invite. Nyah pun tak ada hari ni sebab dia pegi Italy. Nak buat minggu depan dah masuk bulan lain. Tak pelah nak buat camana dah tak ada rezeki dia nak berparty. Selain adik beradik, aku ajak Kak Yati dan Kak Aishah. Ajak Azbarina jugak tapi dia tak dapat datang.
Sian Batrisyia hari ni dia ada ulcer. Tak lalu makan dia. Nak makan kek pun tak boleh.







