Dekat setahun kitaorang berempat tak bergathering. Seperti yang dah plan, kitaorang amik half day sebab nak melepak. Mai je cuti penuh. Mula pegi warehouse sale Charles & Keith kat SS2 Mall. Nak masuk pun kena queue punya le panjang. Parking pun payah sangat nak dapat. Yatie dengan Mai je bershopping. Aku tak ada apa nak beli sebab baru je achik bagi handbag. Kasut tak minat langsung.
Lepas dah habis bershopping kitaorang pegi makan kat Marche The Curve. Amik gambar dulu sebelum masuk. Tapi budak yang ambik tu tak reti ambik sampai tak nampak kepala lembu tu.

Konsep Marche ni buffet tapi bukan buffet biasa. Sebelum masuk dia bagi kita satu sorang kad. Pastu apa-apa nak order, pegi kat station tu, bagi kad. Nanti dorang akan prepare. After certain time pegi collect dan boleh makan. Mushroom soup Mai yang order. Sedap betul sup ni. Penuh mushroom dia.
Caesar salad. So-so je. Pun Mai order. Kitaorang sharing
Pasta aglio olio seafood. Cah order. Pun so-so je.
Shepard pie kanan, Mix grill kiri. Sherpard pie first time makan rasa sedap sangat. Pastu order lagi. Dah tak rasa sedap sangat pun. Hahaha.. Mix gril biasa-biasa. Tak ada rasa. Macam tak cukup marinate je daging tu semua. Sos black pepper pun tak sedap.
Aku order breaded chicken. Boleh le sebab dia deep fried dan letak tepung rangup. Sos pun ok ok je.
Yatie order Spring Chicken grill. Pun tak sedap. Tak ada rasa langsung gril-gril kat sini
Baked potato. Pun biasa-biasa sahaja.
Mula nak makan dessert sekali tapi rasa tak best sangat nak lepak dalam ni. Bahang semacam. Macam tak ada aircond. At last kitaorang melepak dia Starbuck jugak.
Marche, Mai belanja. Sepatutnya share tapi dia tak mahu. Aku belanja Starbucks sahaja. Total bil makan kat Marche RM280+. Tak berbaloi kot sebab rasa food dia biasa-biasa aje.















