Friday, July 31, 2009
Wednesday, July 22, 2009
Updates
Update pasal farm aku.. hehehe.. currently aku dah level 26 tapi coins sikit le. Camana le nak kumpul beli rumah ni. Huhu.. Rumah tu dah le rege 300,000. Mampos nak membelinya. Tengok le nanti bila internet kat rumah dah ok aku nak 24 jam mengadap farm aku. Aku nak beli mansion jugak. Hahaha. Talking about mansion, salah sorang dari my friend kat facebook dah mencapai level 34. Kira abis tinggi sebab menurut kata dia tak ada lagi orang level 35. Dia pun dah beli mansion. Huhu.. pakcik kayo.. Aku betulnya banyak gak cilok idea farm dari dia. Opss.. lupa plak nak kredit nama dia. Nama dia Azri. Junior aku kat Benun dulu. Penah kelas sebelah sebelah masa aku form 3 dan dia dorm 2. Kira dia my inspiration le untuk game ni. Tycoon le katakan.. Hehehe.. Ni aku upload picture mansion dia. Nak upload picture penuh-penuh tak nampak le. So kena online baru best tengok farm dia. Lawa gilos le farm mamat ni. Camana dia dapat idea pun tak tahu le aku.
Mansion yang rege sejuta.. Huhu.. Kaya.. kaya2nd update.. hehehe betulnya ni patut cerita dulu sebab yang ni benda real tapi sebabkan addicted aku terhadap farm town tu dah melampau tu pasal le kena cita yang tu dulu. Aku dah turun berat hampir 10 kg selepas 2 bulan diet. Yahoo...!!!!! Tapi tak cukup tu sebab slow le. Tak pelah. Pelan-pelan kan. Size seluar dah turun 4 size tapi baju 1 size je. Ala.. naper le aku susah betul nak turun bahagian atas.. Stress tau.. Pelan-pelan le kan. Nak buat camana. Dulu aku pegi slimming centre pun bagai nak mampos turun ni pulak tak ada pegi mana-mana coursekan. So bersabar le..
Sunday, July 12, 2009
Putrajaya Trip
Hari tu DM dah memenuhi permintaan aku temankan aku pegi Tugukan, so this time kena le memenuhi permintaan dia nak melawat Putrajaya pulak. Memula sekali pegi Alamanda le sebab sampai pun dah lunch time. Lagipun tengahari panas le nak jalan-jalan. Kitaorang pilih makan kat Black Canyon. Food dia biasa-biasa je. Tak ada le sedap sangat dan tak ada le tak boleh makan..
Drinks - DM order set yang dah ada air so drink dia Strawberry Delight dan aku order Fresh Orange je. For appertiser kitaorang order spring roll. Ok gak le rasa popia goreng kat sini.
Untuk main course aku order set juga. Ada nasi ni Garlic Stir-Fried Rice with BBQ Chicken, mini tomyam soup dan single scoop ice cream. Nasi ni rasa dia memualkan sikit. Makan sesudu dua ok le.. bila dah banyak-banyak rasa nak muntah. Pastu bila dorang wat nasi tu bentuk 4 segi camtu entah naper aku cam mati selera je. Hahaha.. cam keranda kot bentuk dia. Tomyam soup dia pulak.. eee tak sedap. Sedap lagi tomyam kat gerai tepi jalan. Hampeh sungguh rasa tomyam nyer.
DM pulak order steak set, Teriyaki Chicken Steak. Tak sedap le. Tak suka teriyaki sos. Tapi DM cakap sedap sangat. Lain orang lain le taste kan..
.
Dah petang dah redup baru le jalan-jalan pusing-pusing kat Putrajaya. Tak best mana pun sebab aku dah penah pegi sini dulu so tak ada apa le yang mengagumkan di mata aku. Tapi sebabkan nak bukti aku pegi Putrajaya hari ni, aku pun ambik jugak le gambar kat jambatan ni. Hehe..
Tuesday, July 7, 2009
Gila Farm Town
Sapa yang ada facebook tau kot game ni. Actually dalam facebook tu ada macam-macam game tapi yang ni macam betul-betul menarik minat aku. Ada jugak game berkebun lain tapi tak comel macam farm town. Lagipun yang best tu sebab kita boleh create-create sendiri camana rupa bentuk farm tu. Kalau orang yang creative tu memang lawa le farm dia. Pastu kena pikir le nak tanam apa supaya tak ada le rugi bila sampai harvest time kot tak boleh online pulak. Sebab setiap jenis tanaman tu dia ada le masa nak membesar sampai ke harvest time. Hehe.. Nampak sangat main time datang ofis kan. Aku main sebelum start ofis hour dan lunch time je. Kira ok le kan. Release tension sikit. Dan pagi-pagi aku ada semangat baru nak pegi keja sebab nak tengok farm aku. Hahaha... Aku baru sampai level 9 je. Anne member aku dah sampai level 25. Lawa farm dia. Macam-macam ada. Bila dah sampai level makin tinggi, makin banyak le benda yang boleh dibeli. Tak sabar ni nak beli macam-macam benda. Wednesday, July 1, 2009
FLASH after 18 years
Sambungan dari entry mini gathering hari tu. Aku dan Aidee dah plan kalau Eileen jadi datang gathering kali ni wajib amik pix berempat macam dulu-dulu. Dan memang dapat le direalisasikan kali ni sebab buat pertama kali selepas 18 tahun, kitaorang dapat berkumpul berempat. Sebelum-sebelum ni selalu sama ada aku tak ada atau Eileen yang tak ada. Position mesti sama dengan koridor sekolah. Pose pulak.. Eileen dengan Yus sama. Aku dan Aidee dah lupa camana pose kitaorang sebab rasanya pix tahun 1991 tu kitaorang dua menahan gelak tu. Pix tahun 1991 masa kitaorang form 3A4. Lepas SRP, Eileen dah pindah sekolah. Yus dan Aidee satu kelas. Aku tercampak kat kelas lain2009 - Eileen sorang je yang dah bertaubat. Yang 3 orang tu ntah bila lagi ntah. Hahaha.. Eileen, English teacher kat KK. Anak 3 orang. Sorang laki dan dua perempuan. Married to Abang Kim, senior kitaorang batch 8791. Lama wo dorang bercinta ni since form 2. Aidee, now kat JB. Keja satu office dengan hubby. Apara Aidee. Tak berkembang langsung. 1 son dan dah plan nak menambah tu... Hehehe.. Yus plak masih kat Klang Valley. Kawin dengan Abang Lon, juga our senior sama batch dengan Abang Kim dan ada seorang anak laki gak. Aku.. single lagi. Sapa nak leh hantar borang. Hahaha.. promote.. promote..
Subscribe to:
Posts (Atom)