Tuesday, September 30, 2008

2008 Raya Eve

Malam raya Nyah awal-awal dah ajak buat barbecue buka puasa kat rumah dia. Pukul 1.00 tengahari aku, emak, Wan Chu Ma dah datang bawak Auni dengan Fatin. Sampai kat rumah Nyah, dorang dah masak rendang tapi bibik buat rendang ntah hapa-hapa. Minyak punya le banyak. Aiseh.. Perak punya rendang tarak itu macam ler.. Kena tumis-tumis dulu. Rendang Perak masuk semua pastu kacau je. Apa le bibik ni..

Ni sesi membuat ketupat. Buat ketupat betul-betul ni. Bukan mengumpat tau. Tapi ketupat ni tak berapa best sebab nyah pegi rendam semalaman pulut tu. Huhu.. Mak cakap kalau pulut tanak tak payah rendam. Yang kena rendam tu pulut kukus. Dah le ketupatnya lembik je.

Sisters dan mak. Dorang ni semua pakai tudung tapi aku suruh pakai tudung sorang pun tak nak masa ambik gambar. Mak sorang je yang nak pakai. Huhu..

Acara memotong kek raya. Ex-staff Nyah bagi kek ni sempena raya. Yang kelakar tu kitaorang nyanyi Happy Birthday campur lagu selamat raya. Bila Kak Semah sampai, baru tahu yang birthday dia 2hb October. Tu le lambat lagi datang. Kalau tak, boleh tiup-tiup lilin celebrate birthday.

Lupa plak nak cita. BBQ malam ni Abang Majid bawak udang lagi dari Sarawak. Kali ni udang yang dia bawak punya le beso nak mampos. Panjang udang tu ada le 30cm kot. Nak makan pun jadi geli geleman. Hehehe.. Lain dari udang ada BBQ ketam, ayam dan ayam ball untuk bebudak.

Dah dekat nak abis makan baru le Kak Semah, Wan, Tikah dan Fidah sampai. Nasib baik ada lagi udang untuk deme. Yong le makan banyak giler. Sampai 5 ekor udang dia sapu. Teruk betoi le. Masa awal-awal buka puasa macam tak best je. Semua orang pun slow je. Makan sikit semua orang pegi semayang. Tapi lepas Kak Semah datang suasana jadi lain sangat. Meriah giler dan semua orang jadi happy sangat especially emak le.

Budak-budak ni sambut raya aidilfitri ke raya cina? Ada ke main tanglung malam raya. Orang pasang le panjut dan main bunga api. Tapi nanti bapak marah pulak pasang panjut kan..

Acara terakhir malam tu ialah acara membuka hamper. Bebudak ni punya le excited. Padahal memasing dah kenyang makan dah tapi semua dok kerumun Nyah yang jadi ketua membuka hamper. Tengok Iman tu. Dalam pada semua orang excited nak bukak hamper dia sorang je yang masing boleh posing pandang kamera. Hahaha...

Friday, September 26, 2008

Lagu Raya Favourite

Apa agaknya lagu raya favourite? Kalau suruh list semua memang banyak sangat. So kalau di suruh pilih 3 lagu raya favourite mengikut zaman boleh kata ni le lagu yang terletak dalam carta top aku sendiri.

1) Lagu sepanjang zaman (dolo-dolo)

Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang

Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya

(Lirik yang paling best: rendang dikuali biar sampai hangus. hehehe.. wan chu ma je tau)

2) Lagu kategori tak baru dan tak le lama sangat

Suasana Di Hari Raya - Anuar & Elina

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

3) Lagu kategori baru jugak le

Lebaran Ini - Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah

Friday, September 19, 2008

Buka puasa @ Eastin 2008

Tahun ni dah masuk tahun kedua LSSB buat majlis berbuka puasa kat Eastin Hotel. Mula-mula ingatkan nak pilih tempat lain contohnya Sime Darby Convention Centre sebab masa secretary week dulu, makanannya sedap. Tapi bila dorang fax menu dan harga rasanya memang tak berbaloi. Harganya mahal RM85++ tapi menunya apa pun tak ada. So last-last we all decide pegi Eastin Hotel lagi sekali. Cuma tahun ni harganya mahal sikit tapi yang penting makanannya memang sedap.

Macam sama je posing dengan gambar tahun lepas. Hehehe.. Seat ni kitaorang request sama macam tahun lepas sebab nak dekat dengan buffet table. Teruk betul le.

Dessert yang memang sedap. Berbuka makan dessert dulu baru makan yang lain-lain. Sebab kalau makan nasi dulu nanti dessert habis. Hahahaha...

Antara buffet line yang ada kat Eastin. Tapi tak ada le mampu nak makan semua sebab kenyang giler. Yang bestnya aku leh tapau juga.

Ni muka yang tak reti-reti nak balik. Dah dekat pukul 10pm pun masa ada kat meja ni. Tengok meja belakang tu dah siap kemas dah. Dah le aku orang yang sampai paling awal. Pukul 4.30pm dah tercongok duduk kat meja ni sampaikan orang tu siap tanya aku tunggu sapa. Hehehe.. Masa datang tu aku datang dengan Kak Yati. Walaupun kitaorang berdua berbaju kurung tetap orang yang masak tu ingatkan kitaorang bukan Melayu sebab masa tengah tunggu tu dia tanya, "Tunggu buffet Ramadhan siap setting ke?" Mula aku jawab yer.. pastu aku terfikir mesti dia ingat kitaorang Cina. Pastu aku terus jawab tunggu berbuka puasa le. Dia cakap.. lorr.. ingat Cina dengan Jepun. Huhu.. Sabar jelah..

Wednesday, September 17, 2008

Buka puasa @ PICC

Tahun ni Ca ajak kitaorang gathering bukak puasa. Dah lama juga kitaorang tak buat gathering bukak puasa untuk penghuni rumah Desa Serdang dulu. Last sekali tempat yang dipilih di PICC kat Putrajaya. Punyalah jauh. Ni pun setelah macam-macam hal kerenah Enjang. Buffet kat sini tahun ni berharga RM46 net. Foodnya biasa jelah. Consider ok.

Yang mula-mula sampai aku dengan Yati. Siap pindah tempat parking lagi. Ca dengan Fidah sempat pulak pegi jalan-jalan kat Alamanda.

Gerai-gerai ni ada kambing panggang, cucur udang (sedap cucur udangnya), ABC, sate, keow teow goreng, makanan bakar dan mee kari.

Malam ni ada satu benda le aku tak berapa puas hati. Masa nak bayar tu, aku bagi le RM46 cukup-cukup sebab memang aku ada duit pecah. Buat apa aku nak bagi RM50 pulak. Masing-masing kan memang bayar makanan masing-masing. Bukannya share-share. Tapi disebabkan aku bagi duit cukup-cukup, Ca kata aku kedekut. Kenapa pulak? Salah ke aku bagi cukup-cukup. Bukannya RM4 tu kena derma ke apa. Diaorang pun ambik balance jugak akhir sekali. Bukannya diaorang derma duit balance. Ntahlah. Aku betul-betul tak paham dan aku memang terasa hati bila Ca cakap macam tu.

Monday, September 1, 2008

1 Ramadhan 1429

Ramadhan datang lagi. Tahun 2008 ni, 1 Ramadhan jatuh pada 1 September 2008. Hari ni cuti umum sebab semalam Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 51. Semalam hari Ahad so dapat le replacement leave hari ni. Hari ni puasa punya le letih. Macam baru pertama kali puasa pulak. Dan ada pulak kejadian yang tak disangka-sangka. Mak kan tak berapa sihat. Tapi dia degil nak cuba puasa jugak. Petang tadi dia cakap nak pegi pasar ramadhan. Takkan le aku nak halang. Aku tanya larat ke mak, dia cakap dia larat. Sekali balik dari pasar ramadhan dia pengsan depan rumah. Panik aku dan Wan Chu Ma. Nasib baik le berdua dan aku nampak dia nak pengsan tu. Aku terus sambut dia. Kalau tak dengan Wan Chu Ma pun jatuh sekali sebab dia bersandar pada Wan Chu Ma. Lepas kitaorang bagi air, mak pun sedar. Rugi je sebab dah puasa sampai pukul 6. Sepatutnya mak memang tak payah puasa sebab dia tak sihat. Tapi dia tak nak dengar. Lepas dia cakap dengan Ustaz Ismi, baru le dia macam rasa tak apa kalau dia tak puasa. Susah betul le.. Anyway selamat berpuasa untuk semua.