Friday, September 30, 2016

Summary Cerita Melbourne Trip

Alhamdulillah.. sudah kembali ke rumah dengan selamatnya. Mendarat di KLIA2 pukul 6.15 pagi tadi. Very smooth landing. Kapal terbang beso kot. Lain rasanya dengan AK flight. 

Trip boleh kata agak berjalan lancar cuma hari pertama di Melbourne dan semalam (hari last) agak tak mengikut jadual. Hari pertama baru sampai. Penat sangat dalam flight 8 jam. Pertama kali selama tu dalam flight. Semalam agaknya dah terlalu penat 5 hari jalan non stop. Nak ikut semua itinerary tak berkesempatan. 

Selain daripada itu, ada pertukaran itinerary jugak sebab Melbourne Australia Tours yang mintak tukar. Tapi tukar tak percuma. Dapat diskaun. Of course grab. Mula-mula sehari sebelum bertolak tu dia mintak tukar Great Ocean Road Tour (GOR) dari hari Isnin yang kami book ke hari Ahad. Agak menganggu jadual sebab aku dah siap budget untuk myki cuma AUD6.00 pada hari Ahad berbanding myki AUD7.80 hari Isnin. Tapi offer MAT lebih mengujakan. Dia bagi AUD75.00 untuk adult instead of AUD80.00 (harga like facebook page) dan AUD65.00 untuk child instead of AUD75.00. So total untuk GOR tour jadi AUD215.00 sahaja instead of AUD235.00. Jimat AUD16.40 lepas tolak myki yang kena top up tu

Tup tup sampai sana, dia suruh tukar pulak Philips Island Tour daripada hari Rabu ke hari Selasa. Wah.. memang kacau banyak itinerary ni sebab hari Rabu, Queen Victoria Market tak bukak. So aku kena susun balik itinerary aku. QVM aku pegi pagi Selasa sebelum ke Philips Island Tour sebab tour yang ni pun start lewat. Pukul 11.30am baru dia akan amik kitaorang. Jadi sempat sangat-sangat le nak ke QVM pagi tu. Harga pulak untuk dewasa daripada AUD92.00 (free pizza dinner) dapat AUD90.00 sahaja. Cuma untuk child sahaja yang lain. Suppose AUD73.00 (free pizza dinner) tapi tetiba jadi AUD75.00. Tapi still murah in total sebab dia setuju bagi free pizza dinner. In total kena bayar AUD255.00 instead of AUD257.00. Jadi total dua-dua tour yang aku amik ni cuma perlu bayar AUD470.00 sahaja. Padahal harga asal tanpa diskaun semua AUD513.00. Banyak oo jimat. Nasib tak amik yang Matta Fair punya.

Tukaran RM ke AUD aku dapat dua rate. Mula-mula beli dapat AUD1 = RM2.98. Ikut aku aku nak beli dah semua sebab aku rasa dah ok dah rate tu. Si Dahlan ni le racun-racun aku cakap nanti dapat 2.85 camana. Memang tau. So aku decide tukar AUD1,000 sahaja. Sekali AUD currency rate naik tak turun-turun. Ada satu kali tu dapat rate 2.98 jugak tapi tak tahu le kenapa si Dahlan tak nak beli. So naik balik. End up sampai seminggu sebelum bertolak, aku decide beli je. Kalau lepas ni naik ke turun ke biar jelah. Sebab aku perlukan AUD1,100.00 untuk belanja, aku paksa Dahlan jual AUD100 yang dia dah beli sama dengan aku tu pada aku. Tak kira. Sepatutnya dia kena tanggung kerugian aku semua tau. Lagi AUD1,500.00 untuk tour, transport, entrance fee dan makan tukaran dia adalah AUD1 = RM3.115. Lepas daripada aku beli tu, serius naik mencanak-canak tak turun dah. Sekarang rate beli AUD1 = RM3.16. Fuh.. gila betul

Ok. Sekarang nak kira total expense baru. Pastu baru nak start cerita trip ni. Banyak nak kena tulis ni cepat-cepat. Nanti lupa.
  

Tuesday, September 20, 2016

Persediaan ke Melbourne

Bulan September 2015, Air Asia bukak free seat untuk tahun 2016. Cepat-cepat pilih tarikh dan suruh Dahlan book. Dapat le flight harga RM2,273.24. tak masuk lain-lain lagi. Awal January 2016 aku dah book Ibis Budget Melbourne CBD melalui Shitah sebab dia kerja dengan Agoda. Guna dia punya benefit aku dapat extra penjimatan sebanyak RM220. Alhamdulillah rezeki aku. 

Sepanjang tahun aku banyak blog walking untuk dapatkan info-info. Dengan blogwalking tu le aku jumpa macam-macam blog yang membantu. Antaranya Raja Eerie, Wandellust DJ dan yang paling banyak membantu, Siti Yang Menaip. Siap berwhatsapp lagi dengan dia. Bulan August lepas, Dahlan dah buat ETA untuk masuk Australia. Buat dengan eta.australia@yahoo.com. Cuma RM20.00 per pax. Murah sangat.

Cara-cara nak buat ETA, email sahaja ke eta.australia@yahoo.com. Nanti dia akan reply email tu dengan minta details dan copy passport. Pastikan bagi copy passport nak masuk ke Australia nanti which is valid passport. Lepas tu dia akan buat semua. Bila dah approve dia akan emailkan ETA tu dan cuma bank in RM20.00 ke bank akaun yang akan dia bagi. Senangkan. ETA tu print saja dan letak dalam passport.

Semalam Dahlan baru je check in semua. Dengan tambahan-tambahan makanan etc, kena le bayar total flight sahaja RM3,059.84 untuk 3 orang. Ok je kot. Still lagi dapat lebih kurang RM1,000.00 per pax. Makan tu banyak sangat ordernya. Hahahaha..

Untuk tour ke Great Ocean Road dan Philips Island, aku amik dengan Melbourne Australia Tours. Masa pergi Matta Fair bulan March lepas, ada offer yang lebih murah. Dia offer dua-dua ni AUD165.00 untuk adult dan AUD135.00 untuk child. Serius murah. Cuma untuk optional pakej ada agency fee sebanyak RM30.00 per pax. Memang dah nak book dah masa tu tapi tak jadi sebab tour agent tu nak deposit RM500.00 by cash sebab masa tu terminal credit card dia dah tutup. Mana ada cash banyak macam tu. So aku cakap esok le kita datang balik kalau kita nak. Tapi Sabtu Ahad tu tak pergi pun Matta Fair.  

Last-last book aje dengan Melbourne Australia Tours. Untuk Great Ocean Road dapat AUD80.00 per pax (dengan syarat kena like facebook dia. Kalau tidak AUD85.00) dan child AUD75.00. Philips Island AUD99.00 untuk adult dan AUD80.00 untuk child termasuk pizza dinner. Tapi hari tu dorang ada buat promo 10% off untuk day tour. Entah camana si Dahlan ni tak nampak. Aku suruh juga dia mintak discount tu. Dorang tak bagi 10% off tapi dorang bagi free pizza dinner which is harga akan jadi AUD92.00 adult dan AUD73.00.


Kata le coversion rate AUD1.00 at RM3.00 so kalau aku ambik masa matta fair aku perlu bayar RM1,485.00. Dengan MAT aku cuma kena bayar RM1,476.00. Fuh.. syukur tak book masa Matta Fair. Memang rezeki aku ni. Alhamdulillah

Oklah berikut aku nak listkan itinerary sepanjang 6 hari 5 malam di Melbourne. Termasuk perjalanan pergi dan balik total hari percutian aku kali ini adalah 8 hari 7 malam. Yang lagi dua malam tu tidur dalam flight.

23 September 2016
Flight to Melbourne D7 214 pukul 10.30 malam


24 September 2016
Queen Victora Market
Luna Park
St Kilda Beach


25 September 2016
The Tesselaar Tulip Festival 
Puffing Billy Railway
 Fitzroy Gardens
Yarra River
Crown Melbourne’s Gas Brigade Show 


26 September 2016
Great Ocean Road Tour
BIG W Queen Victoria Village


27 September 2016
Queen Victoria Market
DFO South Wharf Outlet
Brighton Bathing Boxes


28 September 2016
Federation Square
Melbourne Graffiti
St Paul Catheral
Phillip Island Tour

 29 September 2016
Melbourne University 
State Library of Victoria
RMIT University
Carlton Garden
Shrine of Remembrance
Royal Botanic Garden
Parliament House
Royal Exhibition Building


 30 September 2016
Flight to Kuala Lumpur Flight D7 213 - 12.10am 


Aku dah siap itinerary penuh-penuh tapi tak sanggup nak attach dekat sini sebab panjang berjela-jela. Maklum le trip semi budget kena naik tran train dan bus. Kena le letak details number tram, train dan bas semua. Aku bawak AUD2,600.00 untuk trip kali ni. AUD800.00 untuk transport dan tour. AUD700.00 untuk makan dan AUD1,100.00 untuk perbelanjaan shopping. Harap-harap cukup. Teruja rasa nak tunggu lagi dua tiga hari ni. Buat masa ni kena duduk diam-diam siapkan kerja semua dulu. 

Thursday, September 1, 2016

Yearly Trip Tahun 2016

Sejak tahun 2012 memang setiap tahun kitaorang bertiga akan buat family trip. Tahun 2012 kitaorang pergi Langkawi. 2013 pegi Kota Kinabalu Sabah. 2014 pergi Bali. 2015 ada dua. Kuala Terengganu dan Padang/Bukittinggi. Dan tahun 2016, awal tahun lepak Port Dickson je. Cuti sekolah bulan March, sebab ada wedding nak attend hari Sabtu ada plan balik kampung. Sekali taska Batrisyia tutup dua hari. Aku ajak Dahlan pegi Lost World of Tambun. Hujung tahun jeng jeng.. kitaorang pergi MELBOURNE. Wah.. macam tak sangka kan. 

Planning nak pergi Melbourne start awal tahun 2015 masa busy closing dan buat GST. Aku dapat allowance stayback. Mula-mula tak banyak sangat. Sekali dah start GST serius banyak. Kitaorang stayback pun sampai pukul 9.00 malam setiap hari. Sebulan aku boleh dapat dekat RM1,000.00 jugak. So aku fikir-fikir dah boleh dah ni beli tiket pergi Melbourne. Sebab rata-rata blog aku baca semua cakap all in budget dalam RM3,000.00 per pax. Jadi kalau aku kerja macam ni sampai hujung tahun, insyallah dapat kumpul RM9,000.00 tu. Duit belanja boleh kumpul pulak tahun 2016

Nak dijadikan cerita bulan May 2015, Kartini resign. Pengganti dia HR executive suppose masuk hujung bulan June 2015. Sekali minah tu buat hal. Tak turn up. Alasan dia, dia takut nak kerja dengan LSSB sebab dia rasa Kartini ada buat something dekat pc dia. Bodoh gila alasan dia. Nasib baik le gaji bulan June 2015 Kartini dah siapkan sebelum dia resign sebab minah tu suppose masuk keja 22 June 2015 jadi Ms Lim takut dia tak sempat nak process. Lepas tu, Ms Lim dah pusing pening camana nak buat gaji. Mula dia bagi hint-hint nak suruh aku buat. Aku buat derk je dengan hint dia tu. Ada satu pagi tu dia panggil aku masuk bilik dia. Dia cakap dia pikir-pikir aku le paling layak nak buat salary sebab aku paling lama dalam LSSB. Dan adil kalau aku tahu serba serbi. Ceh! ayat nak pujuk dia. Tapi aku rasa cam kesian pulak aku cakap le aku cuba. Kalau tak boleh cope dia kena ambik orang baru. Dia janji aku buat gaji dan separuh keja account LSSB akan bagi pada Kak Aishah. Dan amik finance baru untuk buat keja Kak Aishah. Tapi tipu je semua tu. Sampai saat ini aku buat semua. Kak Aishah buat kerja dia. Aku buat gaji dan account LSSB. Huhuhu...

Balik pasal cerita tadi. So memandangkan dah handle extra task, aku mintak Miss Lim naik gaji. Aku minta additional RM1,500.00. Tu pun Kartini cakap sikit yang aku mintak. Sekali Dato tak bagi. Dato nak juga ada sorang manager HR. Sudah.. yang Miss Lim pulak tetap tak nak orang baru sebab dia tak nak pening kepala. So last-last dia suruh aku claim je RM1,500.00 tu. Dan Impiana akan bagi aku another RM1,000.00. So bertambah le rezeki aku RM2,500.00 sebulan. Memang sikit untuk tanggangjawab yang aku kena pikul bak kata Kartini tapi aku tetap bersyukur dengan rezeki aku dapat. Dan dengan duit tu le aku dapat kumpul dan pergi Melbourne dalam jangkamasa singkat.

Sambung cerita ke persediaan ke Melbourne..