Tuesday, November 30, 2010
Jalan-Jalan @ Ipoh
Pijak Masjid
Monday, November 29, 2010
34th Birthday
Sunday, November 28, 2010
Zombie Kampung Bota
Sunday, November 21, 2010
Batrisyia Dah Sebulan
Babysitter yang hari tu dah confirm nak jaga Batrisyia tetiba cancel pulak. Menyusahkan betullah. Nasib baik le ada Nina tolong bagi beberapa contact nursery so dapat le satu nursery kat Damansara Utama. Aku tak tahu le ok ke tak sebab yang pegi tengok Dahlan sorang je. Dia dah booking tempat siap-siap nursery tu. Aku doa-doa dorang jaga le Batrisyia baik-baik. Biar le dorang sayang Batrisyia.
Monday, November 15, 2010
Minyak Kembung Perut
Aku pun try le pakai minyak TYT pulak memandangkan Batrisyia pun dah banyak hari menangis malam sebab kembung perut. Beli kat kedai Bota je botol yang kecik. Dah pakai sehari dua nampak ada perubahan. So aku pun mintak le Tikah belikan aku yang roll on kat Sitiawan supaya senang sikit aku terus sapu je tak payah guna tangan especially bila dah balik ke PJ esok nak handle Batrisyia sensorangkan. Sekali Tikah silap beli pulak. Dia terbeli botol besar. Huhu.. tapi aku tetap nak jugak yang roll on so suruh dia beli lagi. Last-last semua type aku ada. Kecik besar roll on.. hahaha.. macam buat iklan minyak je dah..
Thursday, November 11, 2010
Tuesday, November 9, 2010
Klinik Dua Generasi
So hari ni aku bawak le Batrisyia pegi doktor pakar kat Ipoh dengan bapak, Tikah dan Fidah. Actually klinik ni aku dah biasa pegi dari kecik-kecik lagi. Kalau sakit tak baik last sekali mesti bawak pegi klinik ni jugak. Punya le lama dah klinik ni ada. Doktor ni pun dari muda sampai dah tua dah sekarang. Dari tak ada pangkat sekarang dah ada gelaran DATO' dah. Last sekali aku penah mendapat rawatan dari klinik ni masa aku form one ke form two. Dah tak kanak-kanak dah masa tu. Hehehe...
Sunday, November 7, 2010
Pil Tambah Susu
” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ”
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.
Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
“Gunakanlah Halba sebagai ubat”
Mula-mula aku malas nak beli kapsul sebab Dahlan cakap kapsul tu dijual banyak sangat. Satu pek sampai 1000 biji so aku cuba le rebus halba ni dan lepas tu aku cadang nak minum je airnya. Sekali bau dia punya le kuat. Tak boleh tahan aku. Masuk je mulut terus muntah. Lepas tu aku suruh jugak Dahlan beli kapsul tu dan beli le halba banyak-banyak untuk bawak balik kampung. Sampai kampung pun tak proses lagi halba ni sebab banyak hal lagipun jaundice Batrisyia masih ada risau gak nak makan benda-benda ni.
Actually khasiat halba ni ada macam-macam lagi selain menambah susu ibu tapi aku malas nak tulis so korang baca jelah kat sini.
Saturday, November 6, 2010
Jom Mandi
Nasib baik le aku dah mengambil langkah keselamatan beli menatang kaler pink tu untuk letak dia supaya tak direct terus dalam bath tub. Hehehe.. Bagus ada benda tu untuk orang yang baru nak belajar mandi baby macam aku ni. Tapi Batrisyia tetap nangis jugak sampai aku dah berpeluh-peluh tak boleh nak handle dia.
Last-last Kak Semah jugak le kena ambik alih sudahkan sebab Batrisyia dah meraung-raung dalam bath tub tu. Adoi lah.. patut le lepas tu aku pening kepala sampai susah nak bernafas. Pastu terus kena pegi klinik ambik ubat.
Thursday, November 4, 2010
Klinik 1 Malaysia
Sejak dari semalam rasa macam tak sedap badan je. Rasa susah nafas sikit, cepat penat pastu rasa macam pening-pening pun ada. Tak tau le kenapa. Nak kata angin kot sebab dari semalam asyik keluar angin sampai Batrisyia pun meragam je. Agaknya dia pun dapat angin jugak. Bila baring rasa ok tapi bila jalan-jalan rasa tak sihat. Hari ni masih rasa macam tu so aku cakap le pada Tikah. Dia ajak aku pegi klinik. Mula macam malas tapi fikir-fikir elok pegi at least boleh check apa yang tak kena.Masa pegi klinik tu pukul 2.00 lebih. Mula plan nak pegi Klinik Najiha kat pekan Bota ni. Sekali tutup pulak. Pukul 3.00 petang baru bukak. Terus kitaorang gerak pegi Sri Iskandar. Pegi pulak klinik Dr Azhar. Pun sama jugak. Doktor hanya ada pukul 3.30 petang. Lagi lambat dari klinik tadi. Pastu aku assume memang semua klinik situ memang bukak semula lepas pukul 3.00 je. So terus le kitaorang pegi Klinik 1 Malaysia.
First time pegi klinik ni. Aku agak mesti macam pegi klinik kerajaan lain je. Kena tunggu lama. Check ala kadar je. Tapi sangkaan aku silap le kali ni. Tunggu tu tak ada le lama sangat. Service memang boleh consider ok sangat-sangat. Dia check detail jugak. Check blood pressure, check glucose, check kencing dan macam-macam le. Kira puas hati le jugak dengan cara dorang check. Klinik swasta pun sesetengah macam ala kadar je. Dah le bayar RM1 je. Memang puas hati cuma yang check bukan doktor le. Setakat medical assistant je. Kira ok le untuk sakit yang ringan-ringan kan.
Kat sana ada penimbang aku pun apa lagi nak tengok le berapa berat aku lepas dua minggu bersalin. Naik-naik sekali aku dah turun lagi 6kg. Macam tak percaya je dalam tempoh dua minggu aku boleh turun 18kg. Sekarang berat aku lagi kurang dari masa kawin. Masa nak kawin kemain susah payah lagi diet. Siap makan Jusmate bagai. Ni tak payah makan apa-apa pun dah turun macam ni banyak. Hehehe.. Terima kasih le kat baby sayang aku Batrisyia sebab menyusu banyak-banyak sampai mak boleh turun berat camni sekali.
Monday, November 1, 2010
Check up kat kampung
Hari ni nurse datang lagi. Kali ni check pusat Batrisyia dan pastu timbang berat dia cara klasik. Cute je guna penimbang macam timbang pisang. Ekekeke.. Berat Batrisyia dah naik ke 3.6kg. Ok le tu. Kira kuat juga le dia menyusu walaupun aku rasa macam susu aku sikit je.