Sunday, March 15, 2009

Kenduri Tahlil - 15.03.2009

Kali ni turn kenduri Tahlil kat kampung pulak. Memandangkan cuti sekolah, so kitaorang pun pilih le date ni untuk buat kenduri. Walaupun clash banyak dengan kenduri kawin tapi alhamdulillah ramai juga orang datang. Kebanyakkannya kawan-kawan arwah mak dan sedara-mara kat kampung. Majlis start pukul 11.00 pagi. Di mulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil, pastu apa lagi. Makan le. Memandangkan hari ni aku "off" so aku kenalah bertugas menjaga catering. Nasib baik le catering datang betul-betul sebelum orang habis doa kalau tak mesti aku dah mengamuk tercabut semua khemah. Hehehe.. kuat cam Sylar.. Ok le. Malas nak mengarut banyak-banyak. Marilah kita lihat entry bergambar je.

Nyah dengan Yong sibuk mengarun pulut. Gaya je lebih tu tapi tak ada le teror mana. Kena Kak Semah juga jadi chief cook. Sebenarnya Kak Semah yang beria sangat nak makan pulut ni tapi dia cover line le dia cakap dia dah niat nak masak untuk kenduri. Ceh... mengaku jelah

Aku pulak sibuk buat kerabu. Teror aku buat kerabu sorang-sorang. Tapi gambar ni kantoi le. Nampak sangat tak mandi lagi nyer. Hahahaha.. Awal lagi ni. Baru pukul 6.00 pagi nak mandi sejuk. Hua.. hua.. hua..

Ni le jereki breakfast kitaorang. Banyak giler penganannya. Udah macam buffet breakfast le pulak. Ada roti canai, donut, cup cakes, pulut kuning dan rendang kacang panjang. Kacang panjang ni bapak yang beli tau. Bukan kawan baik Kak Semah tanam. He..he..he..

Pukul 11.00 pagi start baca Yasin. Aku off jadi aku le tukang ambik gambo merangkap pengurus F&B pada hari ini. Ni sambil sibuk arah-arahkan orang angkat kuih sempat le snap picture ni.


Dah habis baca Yasin, Pak Tan haram sampai-sampai lagi. Aku dah call 2-3 kali dah. Nasib baik dia datang orang belum habis baca doa. Kalau tak.. mesti aku angin je.. Alasan dia datang lambat tak ada lori available. Ek eleh.. pastu boleh je datang naik keta bawak makanan. Tak logik betul le alasan pakcik tu.

Ni le Pak Tan. Hensem ke? Hahahaha.. Duda kaya ni. Sapa nak angkat tangan.. Mana tak kaya kan. Masa deal order kan dia cakap harga khemah RM300.00 tapi masa bayar jadi RM350.00 pulak. Camana tu?? Takkan sebab ada kipas naik rege kot?? Yelah gamaknya. Pastu pulakkan sekepala dia kira RM6.50. So untuk 150 jadi le RM975.00. Campur RM20.00 nasi minyak dan khemah RM350.00 suppose RM1,345.00 kan tapi dia suh bayar RM1350.00. Lorr.. patut dia le bg diskaunkan. Ada pulak customer kena bayar lebih RM5.00. Nasib bapak yang bayar. Kalau aku mesti aku bayar juga-juga kurang RM5.00. Dah le tak sempat potong buah tembikai. Dah le.. arrggghhh malas le nak cakap lagi. Nanti bapak marah.. Anggap le RM5.00 tu sewa bekas gulai tempoyak dan umbut..

Menu untuk hari ni. Hujung paling dekat tu kerabu umbut, ayam masak merah, gulai tempoyak, daging masak kicap, pecal, nasi putih, kuih sampan, cucur badak, kuih apam (sponsor by Makcik Syidah), karipap (sponsor by Mak Nyah), air sirap dan teh tarik

Awek paling cun yang pakai baju pink aka aku le. Sapa lagi lebih cun dari aku kan. No. 2 cun yang sebelahnya.

Bila orang semua dah balik baru le kitaorang dapat makan. Walaupun semua bekas dan pinggan Pak Tan dah bawak balik dan lauk pauk dah bawak naik atas kitaorang tetap juga nak makan bawah khemah. Rugi le bayar khemah kalau tak dapat makan bawah khemah kan. Hehehe..

Overall kenduri ni berjalan lancar. Walaupun catering lambat sikit tapi tak ada le sampai tetamu kena tunggu pulak nak makan. Terima kasih le kepada semua kawan-kawan dan sedara mara Allahyarhammah Ropidah binti Harun yang sudi meluangkan masa datang sama-sama membaca Yasin. Moga roh bondaku ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Friday, March 13, 2009

SMRPB Sekolahku - Part 3

Semangatnya cita pasal sekolah. Ni nak cita pasal kawan-kawan rapat aku pulak di zaman persekolahan. Masa mula-mula masuk sekolah dulu aku masuk kelas 1A4. Best kelas ni. Aku ditempatkan di kelas A4 ni dari form 1 sampai le ke form 3. So masa ni geng rapat aku ada 3 orang. Kiranya geng kitaorang berempat le kan. Aku, Aidee, Yus dan Eileen. Kira macam group budak cun le jugakkan. Hahaha.. Perasan. Dorang bertiga le cun sebab dorang 3 ada bf masa sekolah. Aku je tak ada bf so kiranya aku tak cun le dan aku ni kira tumpang glamour dorang le. Antara 3 ni aku paling rapat dulu dengan Eileen tapi lepas dia pindah masa form 4, dah tak baik le pulak. Aku pun dah lama tak jumpa dia. Geng kitaorang dulu namanya FLASH . Mana dapat nama tu, Aidee yang bagi. Apa pun tak apa le kan.. Hehehe..

Gambar masa form 3. Kelas 3A4. Dari kiri Eileen, Aku, Aidee dan Yus.


Lepas form 3, memasing dah pilih haluan masing-masing. Hehe.. Macam cita drama lak. Tapi Eileen dah tukar sekolah so aku dah tak ada best friend dah. Aidee pulak mula-mula masuk kelas Sains tapi ntah camana dia pegi kelas Perdagangan sama dengan Yus. So dorang masih sekelas. Aku masuk kelas Ekonomi. Masa form 4, tak ada kawan rapat dan tak ada geng so masa tu aku baik dengan budak-budak dorm aku Norli Azidawati dan Ainul Sufia. Ntah mana le dorang berdua ni sekarang. Rindu sangat dengan deme.

Tapi masa form five aku dah ada geng balik dah. Nama geng ni pulak MUMBAY. Iskk.. pelik benor nama geng ni. Hahah.. bantai le.. Tapi masa aku geng dengan deme ni ramai orang tak suka geng kitaorang. Tak tahu le naper. Cikgu-cikgu pun tak suka aku baik dengan Kak As. Dengki le deme ni. Kesian Kak As pressure sampai lari dari sekolah. Kelakar pulak cita dia lari tu tak pasal-pasal aku dengan Nina kena panggil dengan ustaz. Aku tak ada kena mengena dengan larian dia pun kena panggil juga. Masa Kak As tak ada, aku memang rapat dengan Nina. Nina le yang banyak tolong aku study untuk SPM. Kalau tak ada dia ntah-ntah aku tak dapat gred 1 pun. Terima kasih le banyak-banyak untuk sahabatku yang seorang ni yang bernama Syarina.


Dari kiri Kak As, Rozana, Aku, Ifan, Ina dan Nina. Erkk.. camana pulak ada Ifan masuk geng kitaorang ni?? Oh.. Lupa plak dia ni bf Kak As masa tu so consider cam abang kitaoranglah. Hehehe.. Gambar ni ambik betul-betul lepas paper terakhir SPM 1993. Paper Ekonomi 2.

SMRPB Sekolahku - Part 2

Lupa pulak nak nyanyi lagu sekolah tadi. Hehehe..

RAJA PERMAISURI BAINUN
SEKOLAH DICINTAI
DENGAN TEKAD KAMI BERUSAHA
BERILMU DAN BERBAKTI
MEMBINA MEMBELA NEGARA
IMPIAN IBU PERTIWI
DEMI BANGSA KAMI SUMPAH SETIA
MEMASTI KEJAYAAN
DEMI BANGSA KAMI SUMPAH SETIA
MEMASTI KEJAYAAN

SMRPB Sekolahku

Baru-baru ni ex-classmate aku Farhan, asyik benor mengupload gambar-gambar masa zaman persekolahan kat dalam Facebook. Banyak pulak tu. Salute le aku dia rajin scan semua gambar-gambar tu dah upload kat FB. Bila tengok balik gambar zaman persekolahan terasa rindu betul aku pada sekolahku itu Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun (SMRPB). Dulu masa sekolah rasa benci betul especially masa nak balik ke sekolah selepas cuti semester atau balik outing. Eee.. ngeri rasa. Ingat lagi selalu jugak le aku dengan Nyah berdoa sekolah tu terbakar supaya tak payah le kitaorang balik ke sekolah. Hahaha... Bodoh je doa macam tu.

Sebenarnya banyak perkara-perkara baik yang diajarkan Bainun tu dulu. Cuba terapkan balik ajaran-ajaran tu dalam family masing-masing, aku rasa mesti semua pun displin dan anak-anak pun mesti pandai belajar. Hehehe.. cam cikgu bagi syarahan pulak. So kat sini aku nak senaraikan le sedikit perkara-perkara baik yang diajar di Bainun tapi dulu aku rasa cam hapa je benda ni. Yang lain dari tu kena le pikir sendiri apa yang baik sebab kalau nak ikutkan banyak sangat-sangat. Malas nak tulis semua. Huhu..

1) Kuliah subuh setiap pagi Ahad

2) General cleaning setiap pagi Ahad. Agaknya kalau dipraktikkan tak ada le mak je kena bersihkan rumahkan. Semua orang pun kena kerja baru le adil. Tapi kalau ada maid, consider training jelah untuk anak-anak bersihkan rumah.

3) Semayang jemaah. Dulu masa wajib semayang jemaah cuma Maghrib je. Tapi rasanya cukup le kan sekali sehari buat solat jemaah camni kat rumah. Itu pun susah nak buat kat rumah sekarang.

4) Makan malam bersama-sama - Aku rasa le kan, antara sebab setiap ahli dorm tu boleh rapat sebab makan malam bersama-sama je. Time makan lain semua makan masing-masing dengan kawan sekelas ke sensorang ke umpama macam kita makan sekarang le time lunch makan dengan collegues. So cuma malam jelah nak makan bersama-sama family.

5) Main petang dan morning drill pagi Sabtu. Ni aktiviti paling aku benci dulu. Tapi cuba praktikkan sekarang mesti tak gemuk camnikan. Hahahaha...


Friday, March 6, 2009

Season 3 ke Season 4??

Semalam ada sambungan Heroes. Tapi Heroes season 3 part 2. Isk.. Ada part 2 pulak. Pening.. pening. Masa eposide ke 13 hari tu dah tunjuk dah season 4 - fugitives. So yang ni apa pulak?? Patut le hari Ahad lepas 1.03.2009 Star World buat marathon season 3 dari episode 1 hingga 13. Mula-mula masa dorang war-warkan aku ingat ulangan balik season 3 part 1. Pelik gak sebab baru je habis dah nak ulang balik. Rupanya ada part 2. Tu tak pe lagi. Tetiba episode ke 14 ni Sylar hidup balik pulak. Memang patut le aku tak puas hati dia mati macam tu je masa episode 13 hari tu. Tengok jelah. Kurang-kurang malam Jumaat aku ceria dengan adanya cita Heroes.

Tuesday, March 3, 2009

Mari Belajar Bahasa ....

Semalam sebab tak ada cita aku nak tengok kat tv, entah kali keberapa aku tengok lagi cita Zombie Kampung Pisang. Rasa macam dah lebih 50 kali dah tengok cita ni. Tapi selama aku tengok, aku tak pernah terfikir ada kemungkinan orang lain takkan faham amenda perkataan-perkataan dalam cita tu sebab deme gunakan bahasa Perak walaupun tak 100%. Semalam je aku baru terfikir mesti ada orang tak berapa nak paham kan. So pada hari ni aku akan membuka kelas belajar bahasa. Hari ni aku akan senaraikan 30 perkataan dulu. Kepada sesapa yang nak tokok tambah sila le kabo supaya aku boleh memperkayakan lagi kosa kata.

1) Keme - Saya/Kami

2) Kome - Kamu semua
3) Mi ke - Kamu
4) Deme - Mereka
5) Semba - Pasir
6) Bergedup - Tertutup rapat. Contohnya rumah kalau tak bukak tingkap tu panggil bergedup
7) Gebor - Selimut
8) Dedor - Demam sikit-sikit
9) Mencheghin-cheghin - Rasa nak demam
10) Sanga - Tudung saji
11) Pepak - Bersepah-sepah/Berselerak
12) Sekupang - 10 sen
13) 2 kupang 5 duit - 25 sen
14) Tengah 200 - 150
15) Tengin - Bodoh/Bengap
16) Titik - Cicir (ni bahasa orang Telok Bakong. Aku tak guna pun)
17) Bungkus - Sapu tangan (sama gak yang ni)
18) Chi ke - Kedekut
18) Ikan temenung - Ikan kembung
19) Daun chenohom - Daun kesum
20) Pencuk - Kerabu
21) Tak kancup - Tak berhenti. Tapi boleh guna untuk cirit je. Contoh dari semalam aku "ceret" tak kancup-kancup. Hehehe...
22) Limbah - Air kumbahan
23) Lecah - Lecak/Becak
24) Tumpo - Naya
25) Lebor - Terkena panas. Eg: Kalau makan benda panas boleh lebor mulut
26) Ban - Tali air
27) Chokah - Buat/Cari
28) Si'a - Mangkuk tingkat
29) Dangau - Pondok kecil
30) Tergenyu-genyu - Tak tahu nak explain maknanya. Hehehe.. Ni bahasa HM dulu.

Update: Setelah berborak dengan Aidee, maka aku dapat le lagi 15 perkataan untuk ditambah. Terima kasih kepada Aidee sebab sudi sama-sama memerah otak menambah kosa kata.

31) Pelentong - Chicken pox
32) Bengok - Bengkak cantik
33) Pesau - Sahur
34) Koi - Kuih
35) Senayan - Isnin
36) Panjut - Pelita yang pasang masa raya tu
37) Kodak-kodak - Serdak/Balance-balance kuih
38) Boloh - Rabun
39) Mengholoh - Tidur
40) Gugup - Tonggang. Contohnya minum terus dari botol air
41) Sigo - Membasahkan kepala menggunakan tangan
42) Libang libu - Serba tak kena/Kelam kabut
43) Tak semenyak - Tak sihat/Tak elok
44) Jongkit - Gatal. Cthnya betina jongkit = perempuan gatal
45) Kopek - Tetek/Breast

Sunday, March 1, 2009

Kenduri Tahlil - 1.3.2009

Hari ni buat pertama kali kitaorang buat sendiri kenduri tahlil untuk arwah mak. Sebelum-sebelum ni semua buat kat rumah orang lain. So untuk kat Klang Valley ni kitaorang buat kat rumah Nyah sebab rumah dia le paling selesa untuk buat kenduri kendara ni. Tetamu yang dijemput semua sedara mara yang berada di Klang Valley tapi rasanya separuh je datang. Lepas tu Nyah jemput jiran-jiran dan kawan-kawan rapat dia. Aku pulak jemput kawan-kawan rapat aku tapi yang datang cuma Yatie, Enjang dan Kak Wan. Tima kasih banyak-banyak pada Enjang yang sudi datang dan bacakan Yasin. Tima kasih jugak pada Yatie dan Kak Wan walaupun lambat tapi tetap sudi datang. Nanti sedekahkan Yasin dan Al-Fatihah kat arwah emak aku kat rumah nanti. Selain dorang aku jemput jugak staf wanita Lembah Sari tapi sapa pun tak datang. Kak Aspa yang jawab RSVP nak datang berenam pun tak datang juga.

Majlis start pukul 1.00 petang dimulai dengan bacaan Yasin dan tahlil. Dan lepas tu makan le. Catering Nyah uruskan. Dia ambik catering dari Puchong gak. Menunya ok. Nasi briyani, ayam masak merah, daging masak briyani, acar buah, dalca, pajeri nenas (tapi tak macam pajeri). Dessert kitaorang buat cup cakes, puding mango dan orang catering tu bagi free serawa ubi kayu dan fruit cocktail sebagai promosi le tu. Air pulak sirap campur oren dan teh tarik. Sedap makanan hari ni tapi banyak sangat lebih sebab tak ramai yang datang. Nasib baik aku dan Nyah dah kurangkan order dari 100 pax ke 80 pax je. Kalau tak mesti lagi banyak terbuang. Pukul 5.30 petang baru le kitaorang balik PJ sebab esok kena keja. Malasnya...


Masa baca Yasin dan tahlil

Bapak makan tak pandang kiri kanan. Sedap sangat le tu..

Nyah tengah layan Pak We, Mak We dan Mak Nyah makan.

Makan tak ajak aku pun. Teruk le dorang bertiga ni.