Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Ramadhan 2014

Tahun ni tiga kali berbuka puasa buffet hotel. Jarang berlaku ni. Tu pun atas ikhsan achik. Kalau aku nak bayar idak le kot. Bazir sangat rasanya.




Mula-mula sekali achik ajak kat Dewan Perdana Felda. Makanan dia serius fuh.. baaaanyaakkk sangat. Tak terkira banyaknya. Dari dalam dewan, sampai ke lobi dewan sampai ke luar dewan. Macam-macam ada. Nak makan apa pun sampai tak larat-larat dah. Selain dari kitaorang sefamily, bukak puasa kali ni dengan Ita dan family. Terima kasih achik

Buffet Ramadhan kedua anjuran LSSB. Aku yang beli voucher buka puasa ni kat groupon. Pilihan hotel Seri Pacific Hotel KL. Oklah berbaloi le dengan makanan. Semua wanita-wanita je kali ni kecuali Dahlan dan husband Kak Aishah yang lelaki.

Ketiga, ikhsan achik jugak. Kali ni kat Mandarin Oriental. Best tempatnya sebab selesa. Tapi food tak banyak pilihan macam Dewan Perdana Felda. Kalau bayar sendiri, dari segi harga memang berbaloi le Dewan Perdana Felda. Kali ni achik ajak akak pulak bukak puasa selain aku. Anyway terima kasih le pada achik dan LSSB sebab belanja buka puasa tahun ni. Kalau harap aku bayar sendiri, memang tak lah.

P/S Gambar Dewan Perdana Felda cilok dari Ita Kayrol FB. Gambar Seri Pacific Hotel dari Kak Aishah dan gambar Mandarin dari achik

Saturday, May 24, 2014

Sepetang Di Ayers Rock Avenue K

Awal tahun ritu masa pembukaan semula Avenue K selepas renovate, dapat voucher dari Ayers Rock Avenue K. Kalau belanja RM120.00 ke atas ada diskaun RM20.00. Boleh le try. Hari ni pegi buat rambut dekat Galaxy Ampang. Lepas je abis buat rambut singgah le Avenue K dinner. Hari Sabtu datang Avenue K serius tak ada orang. 

Lepas solat Maghrib aku dengan Dahlan masuk le ke restoran ni yang letak kat tingkat atas. Tak ada orang langsung makan kat sini. Lepas dah separuh jalan kitaorang makan, baru le ada dua family masuk. Ok let check it out apa yang kitaorang order

Dahlan order steak. Aku pun tak tahu apa ke jenis steaknya. Biasa-biasa je rasa steak ni. Pada aku tak ada le awesome sangat.

Aku order burger. Sebab nakkan kelainan aku order slices daging bukan patty burger. Ok le jugak rasa dia. Tapi portion dia macam sikit je.

Kitaorang order dessert jugak. Ingatkan dessert dia buat sendiri rupanya dah siap-siap dalam bekas. Dessert boleh tahan. Total semua bill tak sampai pun RM80.00. Camana nak guna voucher camgitu yer tak. Heheheh..

Thursday, March 27, 2014

Sepetang Di Marche The Curve

Dekat setahun kitaorang berempat tak bergathering. Seperti yang dah plan, kitaorang amik half day sebab nak melepak. Mai je cuti penuh. Mula pegi warehouse sale Charles & Keith kat SS2 Mall. Nak masuk pun kena queue punya le panjang. Parking pun payah sangat nak dapat. Yatie dengan Mai je bershopping. Aku tak ada apa nak beli sebab baru je achik bagi handbag. Kasut tak minat langsung.

.
Lepas dah habis bershopping kitaorang pegi makan kat Marche The Curve. Amik gambar dulu sebelum masuk. Tapi budak yang ambik tu tak reti ambik sampai tak nampak kepala lembu tu.

Konsep Marche ni buffet tapi bukan buffet biasa. Sebelum masuk dia bagi kita satu sorang kad. Pastu apa-apa nak order, pegi kat station tu, bagi kad. Nanti dorang akan prepare. After certain time pegi collect dan boleh makan. Mushroom soup Mai yang order. Sedap betul sup ni. Penuh mushroom dia.

Caesar salad. So-so je. Pun Mai order. Kitaorang sharing

Pasta aglio olio seafood. Cah order. Pun so-so je.

Shepard pie kanan, Mix grill kiri. Sherpard pie first time makan rasa sedap sangat. Pastu order lagi. Dah tak rasa sedap sangat pun. Hahaha.. Mix gril biasa-biasa. Tak ada rasa. Macam tak cukup marinate je daging tu semua. Sos black pepper pun tak sedap.

Aku order breaded chicken. Boleh le sebab dia deep fried dan letak tepung rangup. Sos pun ok ok je. 

Yatie order Spring Chicken grill. Pun tak sedap. Tak ada rasa langsung gril-gril kat sini 

Baked potato. Pun biasa-biasa sahaja.


Mula nak makan dessert sekali tapi rasa tak best sangat nak lepak dalam ni. Bahang semacam. Macam tak ada aircond. At last kitaorang melepak dia Starbuck jugak.


Marche, Mai belanja. Sepatutnya share tapi dia tak mahu. Aku belanja Starbucks sahaja. Total bil makan kat Marche RM280+. Tak berbaloi kot sebab rasa food dia biasa-biasa aje.

Wednesday, March 19, 2014

Sepetang di James Cendol, Sitiawan

Baru balik dari Penang semalam. Cerita Penang esok le tulis kat PJ. Hari ni adalah hari membasuh kain sedunia sebab nanti bila balik PJ air tak ada kena catu. Jadinya selagi boleh basuh kita basuh. Pagi keluar pegi dentist kat Sitiawan. Punya le lama tak pegi dentist sampai klinik tu dah bertukar. Dari Ding Klinik menjadi D'Smile. Tak ada kena mengena pun doktor lama dengan doktor baru. Doktor baru lebih muda. Klinik pun nampak ada perubahan sikit. Nasib baik harga masih lebih kurang check dan scaling. Kena RM62.00 sorang.

Lepas cuci gigi kitaorang pegi makan cendol James. Macam sia-sia je cuci gigi kan. Hahahaha... Cendol James ni famous. Penah masuk tv. Tak ingat Majalah 3 ke JJCM. Dah lama dah cendol james ni ada kat sini. Lokasi cendol ni depan kuil dekat dengan The Store.

Kat area ni ada dua orang jual cendol. Sorang perempuan India. Yang tu bukan cendol James. Kalau nak confirm gerai tu Cendol James ke bukan, James tu (agaknya nama dia le kot) pakai baju putih lengan panjang, pakai apron dan penting sekali pakai bow.



Dahlan order cendol pulut. Aku kacang merah je. Pastu rasa nyesal tak tambah jagung. Baru nak start makan, Batrisyia kacau daun nak hirup sorang-sorang. Order lagi satu supaya aku dapat menikmati sama-sama. Kalau tak, tak aci asyik aku je kena beralah. Total 3 mangkuk cendol ni RM7.70. Aku tak tau semua sama harga ke atau pulut lebih. Review rasa pulak. Tak ada le sedap mana cendol ni pun tapi pelik masa aku kecik-kecik aku rasa cendol ni sangat sedap. Agaknya masa tu susah nak dapat cendol rasa macam ni. Sekarang melambak even kat Damansara Utama punya cendol pun sedap jugak.

Tuesday, March 4, 2014

Sepetang Di Fish & Co

Hari ni Dahlan ajak dinner kat Fish & Co Paradigm. Suppose Dahlan nak belanja masa beli tiket Air Asia ritu tapi lama sangat queue sampai tutup semua mall. Kena makan kat luar. So hari ni Dahlan kata dia belanja ganti yang hari tu punya. 1st time masuk Fish & Co tak tahu nak order apa. So belasah jelah cuba.


Air ni kitaorang order Chocolate Exxxtacy. Aku share dengan Batrisyia. Ingatkan kecik sekali datang hambik kau.. Gebadak.. Rasa air ni macam Milo Dinosaur je. Ingatkan sedap sangat. Pada aku biasa-biasa le tapi si kecik Batrisyia suka habis le air camni.  Dahlan order Mojito. Air limau campur daun pudina. Aku tak suka sebab rasa minum colgate. Hahahahaha..


Makan pulak aku just order Fish & Chips. Sebenarnya aku kenyang makan nasi lunch tadi so tak ada nak makan beria-ria sangat. Fish & Chips kat sini ada 9 jenis. Aku order New York Fish & Chips. Sebetulnya aku tak tahu nak pilih yang mana tapi saja syok yang ni ada dapat flag so aku order yang ni.


Dahlan order Seafood Platter for 1. Meal ni besar jugak. Kalau makan sorang jenuh nak mengabiskan. Sebabkan kitaorang share dan tukar-tukar rasa ok le. Dalam meal ni ada nasi , fries, fish, sotong dan udang. Boleh tahan le.


Yang ni memang aku nak. Red Velvet Fusion. Nampak dalam gambar macam sedap sangat tapi tak sedap mana pun. Boleh makan le. Total bil hari ni RM80+. Macam tak berbaloi je aku rasa,

Monday, October 28, 2013

Kenduri Kesyukuran & Batrisyia 3rd Birthday

Alhamdulillah. Semalam berjaya jugak kenduri kesyukuran aku walaupun hari hujan lebat. Mula nak buat kenduri ni hari Sabtu tapi Nyah kata dia keja dan Ely pulak kata dia ada training sampai pukul 12 so aku postponed hari Ahad. Dah ajak-ajak orang semua sekali deme dua-dua tak jadi keja dan training tapi camana nak tukar. Hikmah di sebalik aku tak buat hari Sabtu, hari Sabtu tak ada ayo. Kalau idak tumpo weh...

Kenduri kesyukuran ni sempena aku abis hutang AKPK. Memang aku dah niat dari awal tahun lagi. Hutang AKPK habis aku bayar dengan duit bonus tapi aku masih ada hutang Maxis yang habis bulan June. So abiskan hutang Maxis lepas tu aku betul-betul debt free. Lega betul rasanya. Nak buat bulan July dah start puasa, pastu raya pastu pegi KK, last-last buat bulan October. Memandangkan dah satu bulan dengan birthday Batrisyia, combine sekali birthday dia. Dan dah lama tak buat tahlil untuk arwah mak, buat sekali jugak tahlil.

Birthday girl bangun tido lambat tapi tak mau mandi. Huhu.

Cuma dah datang tolong aku dari hari Sabtu. Tapi Sabtu alih-alih barang semua aku dengan Dahlan je buat. Deme sampai dah petang. Malam lepas balik dari dinner kat Uptown baru start keja-keja mengupas bawang. Tak ada apa pun yang kitaorang masak cuma rendang ayam je. Tu pun menu requet by Bapak yang suruh masak pulut kuning dan rendang. Lain semua aku tempah je.


Menu hari ni nasi lemak bungkus aku beli dari Jalan 223. Sedap nasi lemak ni. Aku order 100 bungkus. Melambak-lambak lebih. Aku bagi Yong suruh bagi kat budak-budak rumah dia banyak last-lastnya. Pastu aku order mihun, roti jalan kuah kari dan kuah durian, kuih seri muka dan kuih lapis dan karipap dari junior aku kat Bainun. Dia memang buat catering kecik-kecik ni. Semua tu dia charge RM400 including transport. Nyah tolong masak pulut kuning. Pulut Kak Semah sponsor. Pastu nyah bawak pulut sambal tumis bilis petai sebab takut tak cukup rendang. Last-last melambak lebih rendang tu. Aku bagi-bagi orang banyak jugak lastnya. Selain rendang kitaorang goreng nugget je untuk budak-budak. Air pulak root beer dan teh tarik. Chu Ma buat memang sedap.  Chu Ma memang duty 100% kali ni. TQ Chu Ma. Kalau tak ada dia, memang tumpo aku. 

Majlis tahlil sepatutnya start pukul 2.30 tapi orang datang lambat termasuk Yong. Dia sampai orang dah habis baca doa dah. Tak ramai pun datang masa tahlil. Sepatutnya aku ajak family member datang time ni supaya masa birthday tak ada le sesak sangat. Tapi memasing datang lambat. Yang ada masa tahlil cuma family Azhar je. Adi sampai tak lambat sangat. Sempat baca Yasin dan tahlil jugak tapi dia sorang je masuk dalam. Kitaorang panggil satu budak muda ni conduct tahlil dan baca doa. Dia student lagi tapi ok sangat handle tahlil

Pastu ada le satu kejadian yang tak sepatutnya berlaku. Dalam pukul 1.00 petang aku suruh Dahlan pegi amik nasi lemak dah kek. Sekali pegi rumah Aunty Asmah, dia boleh lupa nak buat kek Batrisyia. Rasa nak nangis aku. Dia cakap dia akan buat sekarang dan boleh collect sebelum pukul 4 petang. Huhu.. tapi kesian le pada orang yang attend tahlil tak ada kek. Nasib baik achik memang cakap nak bawak kek kecik untuk makan-makan. Aku pun terpaksa le call achik suruh datang cepat sikit bawak kek tu. Sebab dorang datang awal, Razak dengan Khairul, husband Ita pun join tahlil. Ada le ramai sikit orangnya. Kalau idak sikit bebenor.

Sebab tahlil start lambat, macam tak sempat aku nak bernafas melayan tetamu tahlil, dah sampai tetamu birthday pulak. Pukul 4.00 Dahlan pegi amik kek. Batrisyia pulak sibuk nak ikut so tak sempat jugak nak siapkan dia. Dia balik je orang dah ramai. Suruh dia masuk tukar baju party pulak. Mula tak nak pakai cekak. Nasib dia tengok Zara dengan Nisa, anak angah pakai cekak. Terus nak pakai. So semua pun dah ada terus le nyanyi birthday.

Baru le dapat bukak kek sebab tadi sampai tak sempat nak tengok pun. Tengok-tengok cantik sangat kek Aunty Asmah buat. Aku memang request nak chocolate cake Minnie Mouse . Kaler ke apa ke semua terpulang pada dia. Puas hati le tengok kek ni. Dia cakap sebabkan kesalahan dia, aku cuma perlu bayar harga kek Minnie Mouse ni je. Carrot Cake tu dia bagi free tanda minta maaf. Rezeki aku lagi. Alhamdulillah. Carrot Cake Aunty Asmah memang terbaik. Sedap dari mana-mana tempat lain aku penah makan.


Batrisyia sangat happy tengok cake dia. Tak sabar-sabar nak tiup lilin dah. Tapi tulah hujan kesian semua orang berhimpit-himpit dalam rumah. Kalau tidak aku dah sediakan meja kat luar. Dah some more budak-budak boleh lepak atas buai.

Dalam banyak-banyak gambar dengan tetamu, aku rasa gambar ni jelah paling elok semua tengok satu camera. Even gambar kitaorang bertiga pun tak ada yang elok. Caca tukang amik gambarnya. Hapa-hapa je si Caca ni amik.

Gooi datang dah agak lewat semua orang dah nak balik. Bila Gooi balik Kak Aishah pulak sampai dah senja dah. Tetamu last aku family Pidah dan mak. Pidah memang cakap dia datang malam sebab Faizan keja.

Batrisyia dapat banyak hadiah. Kak Yati bagi dia kitchen set dan sepit rambut. Kelly bagi pelampung. Gooi bagi teddy bear. Romy dan Kak Aishah bagi beg. Eita bagi bekas makan dan bekas air. Yati bagi baju. Achik bagi baju jugak sebab aku request. Hahaha.. Ita pun bagi baju dan buku. Angah bagi buku. Kak Wan bagi buku jugak. Fidah bagi botol air Mickey. Joe bagi baju Pocoyo walaupun aku dah cakap tak payah bagi sebab dia dah bagi duit tapi dia tetap beli jugak. Pastu ada toys sepit2 rambut dan kaler pensel sebenarnya aku tak tahu Ain bagi mana, Hanif bagi mana. hahahaha.. teruk betul aku kan. Sebelum kenduri aku teringat yang aku belum bayar kat housemate aku dulu duit TV yang aku beli dengan harga RM300. So kitaorang ber10 jadi aku kena bayar RM30 sorang. Dayang, Enjang dan Joe suruh aku beli hadiah Batrisyia je. So dengan duit tu aku beli dia cawan Pocoyo dan PlayDoh. Nini pulak suruh aku simpan duit tu dalam bank Batrisyia. Nyah pakai toys rumah. Ely bagi baju tidur dan selipar. Bapak, Kak Huda, Yong dan Pidah bagi duit kat Batrisyia. Banyak betul Batrisyia dapat hadiah sampai Caca jeles cakap dia tak penah dapat hadiah macam ni. Aku cakap suruh le mama buat birthday party panggil ramai-ramai nanti banyak le hadiah dapat. Hehehehe..

Saturday, May 4, 2013

Sepetang Di Paddinton House Of Pancakes

Hari ni pegi Mid Valley. Hari tu dah belanja bonus En. Dahlan minum hi tea. Kali ni belanja kali kedua sebab dari awal dia mintak nak makan kat sini. Aku je yang beria nak pegi hi tea tu. Hehehe.. Dah lama dah plan nak pegi makan sini tapi asyik postponed je. Hari ni dapat pegi kira ok le. Ni 2nd time aku makan sini. First time makan masa celcebrate father's day dengan bapak tahun 2009. Aku rasa kualiti dah jauh berbeza dengan aku makan dulu. Bukan lagi elok tapi lagi teruk.

Tengok aje menu book dia. Dulu kemain besar. Cantik sangat. Ni dah jadi cam hapa je. Dah tak ada dah tulis-tulis sejarah pancake, jenis pancake. Serius aku macam frust sikit tengok menu dia.


Aku order nombor 403. Prawns, calamari, mozarella & tomato sauce. Pancake pulak aku pilih buckwheat
gallete. Healthy le kenkononnya. Sedap jugaklah. Ada rasa pizza sebab ada tomato sos tu.

Dahlan pulak pilih yang ni, French crepes pancake. Menu nombor 408. Beef bacon, mozarella, onions, sunny side up, baked beans dan greem peas mash. Ok ok lah Dahlan nyer pilihan.

Budak kecik ni baru bangun tidur. Dia nampak air aku dia cakap dia nak syem. Dah le aku order mocha. Adoi.. tak bagi kesian pulak. Bagi sikit. Sekali melampau-lampau pulak nak lagi nyer. Penangan mocha ice blended ni sama-sama kitaoarang tak tidur malam. Ayoyo..

Nak bagi Batrisyia kurang sikit minum mocha tadi order juga dessert yang ada syem. Ni American Dessert Pancakes with caramel sauce & ice cream. Banyak gila dia bagi caramel sauce. Dalam pinggan tu dah cukup banyak, pastu bagi lagi extra sauce dalam teko kecik. Udah le manis nak mampos tapi sedap sangat.


Saturday, March 9, 2013

Sepetang di T'Forty 'Two

Dah lama sangat teringin nak pegi hi tea kat sini. Tempat dia sangat awesome. Hari ni pegi Shaklee terus le amik kesempatan ajak Dahlan minum kat sini. Memandangkan aku pun belum belanja dia dengan duit bonus tahun ni so aku decide aku belanja untuk versi pertama dulu. Ada versi kedua sebab hi tea kat sini tak mahal mana. Dia cakap tak aci belanja murah-murah sangat.

Menu ada macam-macam benda. Choice dessert dia fuh.. memang banyak. Lupa nak amik gambar dessert yang bersusun-susun tu. Kitaorang memang dah decide nak amik High T42 so tak ada le nak tengok menu-menu lain. Actually kat sini bukan sekadar dessert je. Ada jugak makanan lain macam pasta etc. 

Dahlan pilih latte. Aku pilih teh. Masalahnya aku nak pilih teh mana pun tak reti. Banyak sangat pilihan teh dia. Nampak benar jakun tak penah pegi hi tea mahal-mahal. Last-last aku tanya kat orang tu yang mana yang teh rasa macam biasa. Dia pun suggest. Bila sampai u makk aii.. pahit teh nyer. Pekat gila. Aku dah bubuh gula banyak pun pahit lagi. Memang salah pilihan teh ni. Lain kali try teh lain tapi kena research dulu teh apa yang sedap. Yang bestnya air didatangi sekali dengan biscoti.


Ok ni dia set High T42. Boleh pilih sepotong kek pilhan sendiri. Kalau ikut aku, aku pilih red velvet je. Tapi Dahlan pilih Opera Slice sebab tu antara yang paling mahal antara semua kek tapi tak sedap pulak yang dia pilih tu. Mual rasa sebab banyak coklat.

Dalam set ni selain dari pilihan kek sendiri, ada scones, madeleines, choclate truffe (sangat pahit tapi Batrisyia suka), macarons, mini quiche, dan sandwich salmon dan egg. Semua ni datang dua ketul each kecuali kek satu je. Scone kat sini sangat sedap. Memang boleh ulang makan balik. Pastu air tadi pun dah termasuk dalam set ni. Total harga untuk set ni RM49.90++. Oklah kan sebab kenyang sampai malam Tak payah dinner dah.

Budak kecik yang terlebih happy lepas makan chocolate pahit. Tapi bagus kat sini sebab dorang sediakan pinggan plastik untuk budak-budak. Deme takut kot pinggan cantik deme pecah. Hehehe..

Saturday, November 24, 2012

Sepetang Di Bubba Gump

Hari tu ada offer kat Groupon. Beli RM100.00 cash voucher kat Bubba Gump dengan harga RM50.00 je. Murahkan. So aku pun suruh le Dahlan beli dah belanja aku makan sempena birthday aku tahun ni. Hehehe.. tak malu mintak.  Kitaorang pegi Bubba Gump Citta Mall. Masa pertama kali datang, Bubba Gump belum bukak. Besar jugak le bubba gump kat sini. Kitaorang pegi dinner pukul 6.00 petang so tak ada le full sangat.

Aku pertama kali datang makan kat Bubba Gump. Bagi orang yang dah biasa dah tahu kot konsep sini. Mula-mula sekali dorang akan terangkan camana konsep dorang. Dia bagi menu pastu kalau nak panggil waiter untuk apa-apa just tukar sign "Run Forest Run" tu kepada "Stop Forest Stop". Bagus jugak yer sebab tak payah le angkat-angkat tangan kalau nak mintak apa-apa.

Deco yang ada kat dinding Bubba Gump. Ada macam-macam botol dari serata dunia.

Dahlan order Mango Sparkler. Sini tak ada bottomless drink. Aku tak order air. Cuma mintak warm water je. 




Kitaorang order Classic Caesar Salad. Pastu gambar atas tu dari menu appertizer Cajun Shrimp. Sedap sangat udang ni. Lagi satu menu kitaorang order ayam. Sebab Batrisyia suka jagung so kena amik yang ada jagung. Nama menu ni Mama's Southern Fried Chicken. Sedap jugak le. Tapi aku rasa udang tu lagi sedap. Benarnya datang Bubba Gump elok amik menu berudang sebab tu speciality dia. Ada satu menu tu nama dia Shrimper's Heaven. Fuh menarik giler. Next time datang kita try order yang tu pulak yer.


Budak kecik yang suka sangat makan jagung. Hehehe.. comelkan dia makan jagung gitu. Duduk atas meja pulak tu. 

Macam biasa tetap nak order dessert. Ni Alabama Mud Pie. Aku order ni memang lambat. Tak sama order dengan main menu sebab takut kenyang sangat tak larat nak abis. Pulak sebab order lambat staff sini buat hal. Boleh dorang tutup bil so voucher tu tak boleh guna dah. Instead of aku kena bayar dalam RM13 lebih, untuk tampung tak cukup voucher RM100.00 tu aku kena bayar full harga dessert ni sebab dorang dah close bill. Aku tak puas hati aku panggil manager dia. Aku cakap mana boleh dia close bill sebelum aku panggil mintak bil. Manager dia pastu tetiba caka I buy u a dessert, Wah.. patut kena bayar RM13 lebih terus tak payah bayar apa. Best betul. Rezeki rezeki.

Picture ni Batrisyia yang amik. Hehehe.. saja letak je