Todaykan aku memang betul-betul frust dan tersangat le frust dan tak terkira le rasa frustnya. Frust.. upset.. kecewa.. lagi apa ek perkataan yang boleh menafsirkan perasaan yang ada sekarang. Hari tu Ms Lim bagitau aku kononnya aku punya merit bagus so bonus aku dapat lebih. Dia siap sound lagi kat aku jangan heboh-heboh sebab tak ramai dapat camtu. Piiiiiiirraaaahhhhhh!!!!!!!!!!!!!! Konon. Yang aku menyampah sangat-sangat tu kononnya dia bagi BANYAK sangat bonus kat aku tapi expectation dia punya le tinggi. Aku ingatkan bonus 2007 ni sebab menghargai performance kita di tahun 2007. Macam-macam dia cakap sampai aku boleh cakap.. kalau camni tak payah bagi pun tak pe. Benci aku. Bonus memang le aku dapat sepertimana yang dia bagitau tu tapi tak ada le banyak mana pun compare to orang lain. Sama je macam orang lain dapat tapi aku tak ada le berapa kisah sebab aku expect dua bulan pun aku dah syukur abis dah. Yang paling aku tak sangka tu increment. 5% je aku dapat. 5%?? 5%?? 5%?? TERUKNYA..... Masa kat Nacap 5% tu untuk orang yang tak perform the best. Average increment 5% ler.. Kiranya sapa yang buat keja ikut job description dia tanpa extra effort dapat banyak tu le. Tu masa kat Nacap di mana aku penah dapat increment lebih 50% increment. Ntah le.. Rasanya aku dah buat banyak extra-extra work tahun 2007. Kalau tak, tak ada le aku dapat merit 4/5 kan. Malas nak cakap dah le. Frust ni....
Tuesday, January 29, 2008
Wednesday, January 2, 2008
LSSB Exchange Gifts
Ni sambung cerita pasal shopping hari tu ler. Punya le penat nak cari hadiah sempena majlis tukar-tukar hadiah ni. Aku dapat nama Kak Yati. Actually tak ada le susah sangat nak cari hadiah untuk Kak Yati sebab dalam mind aku dah ada lah idea cuma bab price range yang ditetapkan ajelah. Price range kena antara RM10-15. Aduhhh... payah betul. Aku memang plan nak bagi Kak Yati sama ada clip rambut atau accessories apa-apa le, atau baby t-shirt atau frame gambar. Tapi frame gambar yang aku berkenan semuanya harga RM40 ke atas. Dah lebih banyak sangat pulak. Kalau takat RM20-25 okay le lagi. Mula-mula aku berkenan giler dengan jam tangan satu tu. Tapi murah sangat le pulak. Cuma RM9.80 je. Lagipun takkan le Kak Yati nak pakai jam macam tu. Macam budak-budak aje. Cari punya cari last-last aku jumpa le clip rambut yang berkenan di hati kat Bonita. Harganya boleh tahan le mahal tapi sebabkan ada discount yang banyak dapat le harga dalam range-range tu. Cuma lebih sikit jelah.
Ni le rupa jam yang aku suka sangat-sangat tu. Last-last beli juga tapi beli untuk diri sendiri. Yang bawah tu clip rambut yang aku beli untuk Kak Yati.Hari ni baru le kitaorang dapat nak buat majlis tukar-tukar hadiah. Suppose nak buat 31.12.2007 hari tu tapi aku dengan Ms Lim kena pegi Subang untuk year end stock take so postponed le ke hari ni. Tapi Miss Lim tetap cuti. Sebabkan kitaorang dah tak nak tunggu, kitaorang teruskan juga ler majlis ni. Cuma Kak Rad jelah yang tak dapat lagi sebab Kak Rad dapat daripada dia.
Ni le hadiah yang aku dapat daripada Kak Rad. 2 biji tupperware yang memang brand TUPPERWARE. Hehehe.. Cam perli je Kak Rad ni. Tau le aku selalu bawak bekal dari rumah. Tapi selalu aku guna disposable container tu je. Agaknya dia selalu nampak aku guna yang buruk camtu, tu yang dia bagi aku tupperware betul tu. Thank you.. Aku suker...Tuesday, January 1, 2008
Happy New Year 2008
Happy New Year 2008!!! Tahun baru datang lagi. Bye-bye 2007. Apa azam tahun baru aku yer? Mhmm... Tak nak ingat yang sedih-sedih dah ler. Tutup buku tahun-tahun lepas yang menyeksakan dan aku harap kedatangan tahun baru ni banyak perkara yang baik-baik akan berlaku dalam hidup. Contohnya dapat 3-4 bulan bonus ke, dapat naik gaji banyak ke, dapat bf baru ke.. Hehehe.. Amin... Harap-harap dapat ler..
Tu bukan azam tu. Tu harapan untuk tahun baru. Azam.. apa ek.. tak fikir lagi le. Nak kata nak diet.. macam malas je walaupun dah kena sound dengan doktor hari tu. Alahai.. tak larat le aku nak makan ubat tu. Tak boleh tidur dibuatnya. Side effect yang lain-lain aku masih boleh handle tapi bila bab tak boleh tidur ni susah sikit le.
Aku ingat aku tak nak buat azam tahun baru 2008 le. Aku nak buat azam Maal Hijrah 1429. Ok kot kan. Ada lagi 10 hari aku nak fikir apa yang aku nak sempena tahun baru. Anyway.. Tak ada sedih-sedih tahun ni dah. Tak nak ingat semua kisah lama. Jadikan pengalaman sebagai panduan hidup supaya lebih berhati-hati. Insyaallah..
Tu bukan azam tu. Tu harapan untuk tahun baru. Azam.. apa ek.. tak fikir lagi le. Nak kata nak diet.. macam malas je walaupun dah kena sound dengan doktor hari tu. Alahai.. tak larat le aku nak makan ubat tu. Tak boleh tidur dibuatnya. Side effect yang lain-lain aku masih boleh handle tapi bila bab tak boleh tidur ni susah sikit le.
Aku ingat aku tak nak buat azam tahun baru 2008 le. Aku nak buat azam Maal Hijrah 1429. Ok kot kan. Ada lagi 10 hari aku nak fikir apa yang aku nak sempena tahun baru. Anyway.. Tak ada sedih-sedih tahun ni dah. Tak nak ingat semua kisah lama. Jadikan pengalaman sebagai panduan hidup supaya lebih berhati-hati. Insyaallah..
Subscribe to:
Posts (Atom)

