Wednesday, June 26, 2013

Kegilaan Yang Melampau

Aku beli CD Modread?? Huhu.. sebelum ni haram tak kenal sapa pun Modread tetiba je beli CD. Muhahahaha.. Actually aku dengar lagu Neeruza Ozawa tu sedap sangat. Bermain-main dalam kepala lagu tu. First dengar Tomok nyanyi dengan Manifesto kat Versus 2. Pastu aku nak dengar original song aku cari le Youtube. Dengar Fami nyanyi lagi sedap aku rasa dari Tomok nyanyi. Decide beli album dorang. Nampak sangat tak kenal sapa Modread, terus main beli je. Online pulak tu. Rupanya lagu tu dalam album pertama. Aiyak.. tapi aku tanya jugak nak beli album tu dah tak ada stock pulak. Hentam jelah labu. Ada jugak lagu sedap dalam album ni tapi muzik dia keras bebenor. Kalau driving dengar CD ni confirm tak tido. Hehehehe....

CD Modread yang dah sampai ke meja aku pagi tadi. Suppose semalam dah sampai tapi Pos Laju yang ngok ngek tu boleh tak cari orang kat dalam. Dia cakap tak ada orang kat office. Mangkuk betul le. Kalau tak ada orang camana pulak le ko boleh masuk dalam cik abang oiii.. Penat je aku bayar RM7 untuk postage laju-laju kalau dua hari baru sampai. Huhu...

Budak ni le punya pasal aku beli CD Modread. Lantak le orang lain cakap dia tak hensem, pada aku dia hensem.. comel sangat. Muhahahaha.. Hadoi.. apa kena aku ni..Sebelum ni gila kat Izzue Islam. Ni udah Ainol Eqraf le pulak. Sedap-sedap pulak nama depa ni. Aku dapat anak lelaki nanti nak bubuh nama Izzue Islam ke Ainol Eqraf? Muhahahaha..

P/S: Pix Ainol Versus dari FBBentley Music Sdn Bhd

Saturday, June 8, 2013

Home ID Deco Expo 2013

Semalam terbaca status sorang kawan facebook aku yang pasal Home ID Deco Expo kat Stadium Malawati Shah Alam. Saja-saja ajak Dahlan pegi tengok sebab nak tengok contoh-contoh kitchen cabinet. Tak ada le plan nak beli pun sebab duit kumpul belum cukup. Just nak tengok-tengok design dan kalau berkenan boleh tiru.


Sampai sana pun dah petang. Mula singgah Tecso dulu sebab rasa nak terber. hehehehe.. pastu Dahlan lunch dengan Batrisyia kat food court. Aku dah brunch so aku tak ada makan lunch. Lepas dorang makan baru le pegi sana. Kecik je expo ni. Ingatkan besar. Tak ada banyak sangat pun menda dalam tu. Rata-rata jual kitchen cabinet dan sofa je.


Tetiba nampak satu ni jual perabot semua kaler putih. Tapi dia cuma ada sample katil, almari baju dan almari buku etc tap i tak ada pun tv cabinet. Saja singgah tanya sebab lawa perabot dia semua warna putih. Tanya-tanya dia cakap tak display tapi kat kedai ada. Sama material dengan lemari lain. Pulak tu murah giler. Tu best tu. Rata-rata aku tanya tv cabinet yang high gloss semua lebih seribu. Yang ni ada dua pilihan. Yang berlaci dan yang ada cermin kaca. Ikut aku, aku nak yang berlaci sebab tak ada nampak sekneka mak nenek dalam tu. Plus tak bahaya untuk Batrisyia. Tapi Dahlan komplen yang tu rendah le macam-macam. So last-last aku decide beli yang Dahlan nak. Murah sangat. RM445.00 je harga promosi expo. Tapi kedai dorang kat Shah Alam so kena charge penghantaran RM30.00 still ok sebab total baru RM475.00 je.

Ni le rupa cabinet TV yang aku pilih. Minggu depan baru sampai. Tengok le camana rupa dia nanti. Batrisyia kemain sampai baring-baring kat kerusi display kedai tu masa kitaorang pilih cabinet tu. Nasib beli kalau tak mesti orang tu bengang sebab Batrisyia dah baring-baring kan.

Dari expo terus pegi dinner kat SS Ali Popiah. Feveret aku tu kalau datang Shah Alam ni. Budak kecik ni mengada-ngada nak amik gambar dengan air dan lampu. Pastu dia pulak sibuk amik kamera nak amik gambar air. Hee.. buat hal betul

Order mee rebus. Dahlan order laksa. Dan popia satu set. Tapi last-last tapau popia tu sebab Batrisyia dah mengamuk tak enjoy nak makan. Mee rebus pun tapau jugak.

Saturday, June 1, 2013

Versus 2

Dah final dah pun semalam. Gila best realiti TV yang ni. Hehehe.. aku memang minat rancangan nyanyi-nyanyi of coz le aku cakap best. Kilauan Emas pun aku tengok tapi aku tak ada le cakap best gila sebab aku rasa tu sama je macam rancangan realiti pertandingan lain-lain cuma peserta dia orang tua. Hehehehe.. Ok balik pada cita Versus. Cita ni setiap hari Jumaat pukul 9.30 malam kat TV9. Aku adalah orang yang paling jarang tengok citer kat TV9 tapi sebab Versus aku tengok cuma yang tak bestnya clash pulak dengan Sebenarnya Saya Isteri Dia kat TV3 yang Izzue Islam berlakon tu. Tu pasal le kejap tengok ni kejap tengok tu. Tapi kebanyakannya memang tengok Versus le lepas pukul 9.30 tu. Live rugi tak tengok. SSID boleh tengok kat Tonton nanti. Actually tahun ni Versus dah masuk musim kedua. Musim pertama yang Hujan menang tu aku tengok gitu-gitu je. Tahun ni aku tengok betul-betul memang sebab Tomok masuk. Peminat Tomok sejak OIAM 3. Hehehehe.. 

Masa mula-mula keluar aku fikir dengan sapa le yang Tomok bergabung ni. Memang tak kenal langsung. Modread. Ntah sapa-sapa. Aku memang tak minat band underground ni. Tapi minggu ke minggu baru tahu yang Modread tu best jugak lagu-lagu dia. Tu pun sejak aku tengok battle drum solo tu baru tahu lagu dia satu. Sedap pulak aku dengar dan cari le lagu tu kat Youtube. Memang boleh diterima akal le lagu-lagu dia walaupun muzik dia sedikit keras.

Every week aku rasa persembahan Manifesto (Tomok + Modread) memang terbaik. Dalam semua persembahan dia yang aku tak berapa suka minggu mash up Wings & Search. Aku rasa biasa-biasa je show dorang dengan Jacklyn Victor tu. Paling gempak minggu Generasi Pop yang dorang buat dikir tu. Dan lain-lain tu pun best le semua. Semalam masa Manifesto dapat battle akhir, adoi.. seronoknya aku. Ingatkan tak ada harapan nak menang sebab dari awal Manifesto nombor 4 je. Dan bila Manifesto menang aku pulak yang lebih-lebih happy. Muhahahahaha.. Bengang je Dahlan aku menjerit-jerit seronok.

MANIFESTO
 (gambar dari Fanpage FB Modread)

Memang layak sangat Manifesto menang. Dorang kreatif ditambah pulak dengan suara Tomok yang sangat sedap. Tetiba je aku rasa aku ada minat tambahan kat Manifesto selain Tomok. Aku suka drummer dorang, Ainol. Muhahahaha... suka dia sejak dia perform drum solo battle. Memang hebat. Lepas dari tu every week tengok dia je. Dia main dram unik sebab orang lain kalau main duduk diam-diam. Dia idak, kejap bangun kejap duduk. Seronok tengok. Memang patut le dia hebat macam gitu sebab dia main dram sejak umur 10 tahun dengan Kristal. Masa dulu comel je.. sekarang dah berjambang tapi aku rasa tetap comel. Muhahaha..