Saturday, March 31, 2012

Makan-Makan @Chilli's OU

Hari ni makan Chilli's lagi. Kali ni dengan kawan-kawan office pulak sempena Lorna nak resign. Yati pun join jugak sebab lama tak jumpa dia kan. Dia tengah pregnant anak nombor 3 tapi tetap kecik malahan lagi kecik dari masa dia pregnant Aliah. Janji pukul 11.00 am kat depan Chilli's tapi Yati dengan Lorna lambat sejam. Huhu.. Plan asal Lorna nak amik aku kat rumah tapi ntah camana dia lambat kebetulan Dahlan nak pegi tengok wayang so aku paksa dia tengok wayang kat 1-Utama. So aku ikut dia je.

Syok sangat jumpa kali ni. Borak tak ingat dunia. Refill air ntah berapa puluh kali ntah. Agaknya waiter tu naik menyampah. Hahahaha.. Lunch Kak Yati belanja. Thanks Kak Yati.

Budak kecik ni tak nak duduk diam. Geram aku. Ada je keja dia nak buat. Habis makanan semua dia buang ke lantai. Pastu aku nampak Dahlan aku bagi dia kat Dahlan. Baru sedap dapat sembang lama sikit. Hihi

Thursday, March 29, 2012

Lunch Di Restoran Hj Sharin Low Grand

Hari ni Cah datang KL sebab ada urusan keja office dia so dia ajak le Yati dan aku lunch. Kali ni dia ajak lunch kat Restoran Hj Sharin Low Grand. Lokasi restoran ni kat Wisma Chinese Chamber di Jalan Ampang. Bangunan ni adoi mak punya le buruk. Nak naik ke lobi kena naik tangga. Pastu restoran ni kat Ground Floor.

Restoran ni kecik je. Dalam fikiran aku macam besar tapi tak pun. Kerusi meja dia pun buruk je. Dan deco dia sebiji macam seafood restoran yang kat tepi-tepi laut tu. Yang macam atas pelantar kayu tu. Ha macam tu lah rupa deco dia.


Lunch time tak penuh pun. Kira oklah sebab tak ada le tunggu lama sangat. So masa order yang tak berapa best sebab menu dia tak ada gambar so macam tak reti nak pilih apa je.


At last kitaorang pilih yang ni je. Simple untuk lunch cukuplah. Yang atas kiri tu Belacan Asparagus, sebelahnya Kong Po Chicken dan yang depan sekali Salted Egg Fried Tofu. Dalam tiga-tiga menu yang kitaorang order aku rasa tofu tu paling sedap. Ayam dan sayur tu biasa-biasa je rasanya. Overall aku rasa aku suka Muhibbah lagi tapi maybe jugak sebab kitaorang tak order lauk beria sangatkan. Dari segi harga pulak aku rasa agak mahal jugak lah. Kitaorang order 3 lauk ni je, 4 nasi putih, teh tarik, laici dan air suam harga dia RM60.00.

Friday, March 16, 2012

Fantastic Four Gathering

Lama sangat dah plan nak gathering berempat. Dari plan hari Sabtu ke hari keja. Siap kena amik cuti lagi. Mai tak pelah sebab dia boleh arrange schedule dia. Last minutes nyaris-nyaris Cah nak cancel. Adoi.. dah le susah payah arrange pastu dia nak cancel plak. Tapi last-last nasib baik Cah datang juga. Naik komuter siap bawak anak-anak lagi

Kitaorang makan-makan kat Chillis Mid Valey. Biasa le borak punya le sakan. Dengar kisah percintaan Mai dan cita boyfriend baru Yati. Cah kejap je. Lepas makan-makan dah sibuk nak balik sebab dia naik komuter dia risau nanti pack masa balik sebab hari Jumaat kan.


Overall happylah dapat buat gathering berempat ni tambah-tambah nak jumpa Mai sangat susah. Lain kali kita jumpa lagi yer.

Sunday, March 11, 2012

Kami Dah Ada Passport

Setelah 2 tahun tak ada company trip (sob sob sian sungguh), tahun ni plan pegi Singapore dah diapprove oleh Dato'. Yahooo... So hari ni kitaorang pegi buat passport untuk aku dan Batrisyia. Dahlan tak buat sebab passport dia tahun depan baru mati. Sekarang buat passport sangat le senang. Hari Sabtu dan Ahad bukak dari 8.00 pagi sampai 1.00 petang. Kitaorang buat dekat imigresen kat Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta. Besar tempat ni. Parking pun free. Pastu kat dalam ni jugak boleh buat IC, nak amik surat beranak ke pun ada. Aku pun pegi le amik salinan surat beranak sekali memandangkan surat beranak lama dah terbakar. Dah le tak ada orang kat situ. Tapi tak dapat pulak amik sebab dia cakap orang kat Ipoh belum upload lagi so kena tunggu sebulan.

Lepas buat bayaran passport tu kitaorang pegi le amik surat beranak pastu pegi breakfast. Dalam masa sejam je dah siap dah passport tu. Best cepat je service sekarang ni. Yeay.. aku dah ada passport dah. Pertama kali ada passport. Sian kan kat aku. Hahahaha..