Saturday, October 22, 2016

Batrisyia 6th Birthday Party


Tahun ni birthday party Batrisyia aku buat simple je. Cuma family adik beradik aku dan aku invite Fantastic 4, achik, Kak Yati dan Kak Aishah je. Tapi yang datang cuma family aku dan F4. Achik busy pindah rumah so dia tak dapat datang. Kak Yati pulak travel ke Europe. Kak Aishah pegi Sunway Lagoon dengan family dia. Aku buat di KFC Taman Tun Dr. Ismail. Kali kedua buat sambutan birthday di sini. Asal mulanya nak buat esok sebab sofa baru aku sampai hari ni takut le tak sempat nak sampai on time. Tapi nyah pulak mintak buat hari Sabtu malam pun tak apa sebab budak-budak nak exam. Kalau Sunday memang dorang takkan study le jawabnya. Akhirnya dapat le arrange dengan kilang sofa suruh hantar Sabtu pagi sebelum pukul 2.00 petang. So plan buat birthday party pukul 5.00 petang lepas Asar. Sekali masa pegi KFC nak book tempat, dorang cakap pagi Sabtu ada birthday party. Petang pukul 2.00 pun ada. Aku mintak buat pukul 6.00 petang. So dorang boleh arrange timing tu.


Macam biasa tempah cake dengan Aunty Asmah KJ. Tahun ni Batrisyia request tema My Little Pony. Aku beli patung kecik-kecik tu di Lazada. Fiza yang tolong belikan. Harga aku dapat RM27.20 untuk 12 ekor. Masa order tak sangka sekecik tu. Mujur ada 12 ekor. Sebenarnya aku request aunty buat cake design lain tapi dia cakap tak nak banyak sangat coloring so dia buat design lain yang aku rasa tak berapa nak cantik hasilnya. Kali ni order red velvet cake. Alhamdulillah semua suka cake ni. So tahun depan boleh order red velvet cake lagi.


Birthday girl. Tahun ni tak ada princess dress sebab Dahlan cakap tak payah beli. Boring le bapak ni. Semua tak boleh. So Batrisyia pakai je baju My Little Pony yang lama dengan cekak lama. 


Gambar di hari party. Actually tadi ada dua party kat atas ni. Sebelah kitaorang tu tak tahu birthday ke apa. Tapi memang kitaorang amik sebelah sorang le. Satu masa tengah makan borak-borak naik le satu couple dengan anak kecik. Si suami ni dok senyum-senyum dan panggil aku. Aku cakap aku dah tak ada invite sapa-sapa dah. Ni sapa pulak ni. Lama perati baru aku perasan yang dorang junior-junior aku kat Bainun. Nizam, adik kepada Buyam dan wife dia Jurida. Benornya aku tak berapa nak ingat Jurida ni. Tapi Nizam ni memang ingat sesangat le. Dia yang paling comel kot dalam batch dia dulu. Dah le adik kepada classmate aku. Mustahil tak ingat. Dorang attend party yang sebelah tu. Sedara sebelah Ju.


Lepas makan-makan, Batrisyia dah tak sabar-sabar nak bukak hadiah dah. Dah besar dah tak ada orang bagi toys. Mujur le uncle Add dan aunty Mariati bagi toy pancing ikan. Add siap turun Petronas belikan bateri. Dah bergerak menda tu semua orang sibuk memancing. Hahahaha.. masa time kita dulu tak dapat main toy ni..jadi masa ni semua orang nak merasa.


Dalam pukul 8.30 macam tu baru le party habis. Tapi geng F4 sambung melepak dekat Kaffe Cafe pulak. Itu sahaja cerita hari ni.



Friday, October 21, 2016

Batrisyia 6th Birthday

Alhamdulillah.. hari ini 21 Oktober 2016 genap Batrisyia berumur 6 tahun. Cepatnya masa berlalu. Masih terasa sakit luka kesan cesarean bersalinkan Batrisyia alih-alih kamu dah besar ini anak. Sekarang dah suka sangat merajuk. Sikit-sikit "mak tak sayang Batrisyia" Hadoilah anak.. tak akan mungkin mak ni tak sayangkan kamu. Buah hati pengarang jantung sorang je kot

Gambar ni aku post di Instagram dan Facebook pagi tadi. Masa meletak dua gambar ni bersebelahan, terasa sedikit emotional. Hahaha.. apa saja le kan. Baru 6 tahun. Esok-esok bila Batrisyia sambung belajar oversea (cita-cita mak dia bukan dia ni) camana le agaknya emotionalnya mak ni.

Hari ni kitaorang tak keluar dinner celebrate birthday macam selalu sebab esok dah nak buat birthday party dia. Selalu tu birthday date dengan birthday party jauh tu yang pegi dinner luar. So malam ni aku cuma belikan dia sebiji  chocolate cup cake di Bisou. Favorite dia chocolate ni. Tak bagi bapak makan. Bila dah kenyang baru suruh bapak dia makan. Batrisyia.. Batrisyia.. Tak kisah le anak.. apa-apa pun mak ucapkan Selamat Hari Lahir. Mak sentiasa doakan hidup Batrisyia sentiasa diberkati Allah SWT, dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, diberikan kecerdasan akal fikiran (supaya boleh study medic dekat Ireland jadi mak ada chance nak pegi tengok Batrisyia grad), dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Jangan degil-degil lagi tau.  



Thursday, October 20, 2016

Melbourne Trip Day 4.3 (26.09.2016)

Lepas solat jamak kitaorang rehat-rehat kejap lepas tu aku terus ajak Dahlan keluar. Pukul 4.30 petang kitaorang gerak dari hotel. Plan petang ni nak ke Luna Park dan St Kilda Beach yang tertangguh hari pertama hari tu. Senang je nak ke Luna Park ni. Sepatutnya dari hotel amik tram dekat stop yang dekat je dengan hotel kitaorang which is nama stop tu adalah Bourke Street Mall - Stop 5 kira-kira 250 meter je dari hotel. Tapi ntah kenapa kitaorang ni pergi menapak jauh. Tapi ok le jugak sebab on the way tu dapat tengok macam-macam lukisan di celah-celah dinding bangunan. Bila dah naik tram tu baru perasan yang kitaorang tak perlu pergi sejauh tu untuk ambik tram.

Perjalanan tram mengambil masa dalam setengah jam jugak. Banyak stop berhenti. On the way tu ada nampak satu kedai Arab jual kebab dah pizza. Dahlan cakap malam ni dia nak makan pizza so aku cakap balik karang boleh le singgah situ. Kitaorang amik tram no 96 dan stop di Luna Park Station stop 138. Tram stop tu betul-betul depan Luna Park. Cross je jalan. Pukul 5.30 petang baru sampai di Luna Park. Dah nak malam dah tapi tak pe sebab Luna Park bukak sampai malam.

Luna Park ni taman tema le yang ada di Melbourne. Tapi pada aku lebih kepada funfair je. Masuk free cuma nak naik ride je kena bayar. Ada ticket single ride dan ada ticket all ride. Kitaorang tak ada plan nak naik ride apa-apa pun. Saja nak berjalan-jalan tengok dalam ni je. Kalau sapa datang Melbourne dan suka main benda-benda macam ni elok masukkan dalam budget sebab masa aku datang tak ramai orang pun. Tak payah queue nak naik ride. Ada satu ride tu ada dua orang je yang naik.


Tak ada orang kan dalam ni. Memang tak sesak. Macam dah nak tutup padahal hari ni tutup pukul 8.00 malam. Operation hour Luna Park ni tak sama hari-hari jadi elok le tengok operation hour kat website dia dulu supaya tak frust kalau datang. Batrisyia mintak donut kecik dalam ni. Belikan le dia jam sugar donut yang berharga AUD1.95 (RM6.07). Dahlan pun nak jugak tapi aku cakap tak payah le. Jom kita gi makan cake lagi best.

Lepas dah jalan-jalan amik gambar, kitaorang keluar dari Luna Park. Plan nak pegi St Kilda Beach dulu. Mana tau kot ada rezeki nak tengok penguin. Sekali hujan pulak. Aku bukak payung kecik yang beli kat Chiang Rai dulu.. aduhai.. terbang payung aku sebab angin kuat betul. Sebabkan hujan dah makin melebat dan sejuk sangat aku cakap dengan Dahlan tak payah le gi beach. Jom je teruskan misi mencari cake resepi 100 tahun tu

Kedai cake resepi 100 tahun ni terletak dia Acland Street. Kalau naik tram tadi boleh turun terus kat sini. Stop 139. Tapi jalan kaki dari Luna Park pun dekat aje. Dalam 300 meter je. Dekat Acland Street ni ada macam-macam kedai lain. Ada kedai kasut, restoran dan Typo pun ada kat sini. Tapi kami tak ada le nak masuk kedai-kedai macam tu. Nampak tak kat seberang tu ada restoran nama Chinta Ria Soul? Malaysia cuisine tu. Tak tahu halal ke tidak tapi aku tengok menu dia kat food court satu mall tu tak ada le pork. Kot pork free je ntah le.

Jeng jeng jeng.. Ni le kedai yang aku cari. Berderet kau kedai dessert ni. Serius kalau aku rambang mata nak masuk kedai mana satu. Dua-dua kedai ni nampak menarik sangat. Kenapa le kat Malaysia tak ada kedai kek macam ni.

Kalau ikutkan display kedai ni paling tak menarik tapi sebab blogger review suruh masuk kedai ni, aku masuk le kedai ni. 

 
Kedai ni le yang ada jual polish bake cheesecake resepi yang dah berusia 100 tahun. Jom kita masuk dan cuba sedap sangat ke resepi 100 tahun ni
 
Susun atur yang menarik dalam kedai. Macam dalam cerita drama / movie omputih kan. Lupa nak cerita. Kat restoran-restoran yang lain-lain tu ada letak tempat duduk dekat luar. Of course sejukkan duduk luar dengan angin laut tapi kat restoran tu dorang ada letak heater kat luar. Jadi sapa nak lepak luar best lah tak ada sejuk. Macam kedai ni tak ada le meja dekat luar. Dalam dia pun sikit je meja


So ini le yang kitaorang order. Hot Chocolate AUD4.50 (RM14.02) untuk Batrisyia. Latte untuk aku dan Long Black Coffee untuk Dahlan. Masing-masing berharga AUD3.50 (RM10.90). Cake pulak kitaorang order le slice Polish Baked Cheese Cake AUD6.50 (RM20.25) dan Mini Chocolate Kooglhoupf AUD7.00 (RM21.80). Total bill kitaorang minum petang je kot AUD25.00 (RM77.88). Huhu.. mahal kan.. tak pelah bukan selalu. Tapi syok le dapat makan cake minum panas bila sejuk-sejuk macam ni. Kitaorang cuma berjaya habiskan Mini Chocolate Kooglhoupf je. Yang Polish Baked Cheese Cake tu kitaroang tapau makan esok harinya masa dekat Philips Island. Kalau tanya aku rasa cake ni. Polish Baked Cheese Cake ni rasa cheese dia memang tebal melekat. Sedap le bagi sapa yang suka cheese cake. Chocolate Kooglhoupf pun ok juga rasanya.

Lepas makan cake kitaorang decide balik hotel jelah walaupun masa tu baru pukul 6.55 petang. Masih muda kan tapi dek kerana hujan belum berhenti mood nak ke pantai pun dah tak ada. Kitaorang amik tram no 96 di stop 139 depan je deretan kedai-kedai ni. Street ni memang dah tak boleh kereta lalu agaknya sebab kecik je street dia. Muat-muat sebijik tram je.

Dalam perjalanan balik, tetiba ada PTV officer datang check myki. Ha.. jangan le berani-berani nak naik percuma tak nak touch myki card. Memang le masa naik tram train tak ada sapa tengok. Tapi PTV officer ni boleh je anytime datang check myki. Hari ni je dua kali kitaorang kena. Sekali kena dalam train masa nak ke Tesselaar Tulip Festival. Sekali lagi kena dalam tram balik dari St Kilda. Officer ni datang beberapa orang bawak satu alat macam reader hulur kat kita. Just letak je myki kita atas tu. Sapa yang tak touch dia boleh baca le. Mamat yang duduk depan tu tak touch ko. Officer tu terus saman dia. Saman dia bukan sikit-sikit tau. AUD75.00 kalau bayar dan-dan tu. Kalau bayar kemudian lagi mahal. AUD223.00. Kome convert le sendiri. Banyak kot boleh shopping dengan AUD75.00 tu. So jangan cuba-cuba yer tak nak touch myki card. Satu menda yang aku respect betul officer dia, cakap lembut je dengan orang tu. Tak ada kasar langsung. Kalau Malaysia ko rasa?

Kan masa datang tadi plan nak singgah beli pizza kan. Dahlan tak nak singgah pulak. Dia ajak beli pizza dekat dengan hotel je. Aku memana pun tak apa le. Singgah Coles dulu membeli lagi sourvenir yang tak cukup. Aku berhajat bagi dorang Tim Tam je sorang satu. Senang tak payah pikir panjang. Sempat jugak beli barang-barang makanan yang nak bawak balik untuk diri sendiri.



Plan beli pizza kat sini. Sekali dia cakap pizza dah habis. So beli jelah kebab. Beli chicken kebab satu je sebab masih kenyang makan kek tadi. Harga kebab AUD9.00 (RM28.04). Masa dia tanya nak sos apa tak tahu nak pilih. So dia cakap dia bubuh semua. Belasah le labu.


Balik hotel makan le kebab ni. Mhmm.. tak ada le sedap mana. Ke sebab banyak sangat jenis sos dia campur. Nak kata besar sangat-sangat tu tak de lah. Kalau tengah lapar sure tak cukup share berdua. Ni kenyang je so memang cukup. Batrisyia langsung tak makan. Aku bagi dia sikit, dia makan kulit je lepas tu cakap tak sedap. Dia belasah makan coklat kemain banyak beli dekat Coles tadi. Lepas dinner, mandi solat pastu mula berkemas sikit-sikit. Yelah bersepah banyak sangat bilik ni nanti jenuh nak pack nak balik. 

Wednesday, October 19, 2016

Melbourne Trip Day 4.2 (26.09.2016)

Pukul 11.53 pagi kitaorang dah menunggu bas dah. Mana le tau kot tetiba bas datang awal. Lengang je jalan ni. Sesekali baru ada kereta lalu. Nun kat sana tu nampak tak ada bus stop? Kalau nak balik ke Lilydale Station pegi tunggu belah sana ye. Tapi kami nak ke Belgrave Station sebab ada agenda lain. Lambat pulak bas datang hari ni. Dalam 12.05 tengahari baru le bas tiba.

Perjalanan bas dari the Tesselaar Tulip Festival ke Belgrave Station hayoo.. pening kepala aku. Dah le jalan dia agak berliku macam jalan pegi Parit tu pastu driver bas ni bawak laju pulak. Nyaris tak muntah je. So tak ada gambar sepanjang perjalanan sebab aku pening.


Pukul 12.30 tengahari sampai le kami ke Bergrave Station. Tu nampak dak train kat bawah tu. Kat sini bukan nak balik terus tapi kami nak pegi tengok Puffing Billy dulu. Tak susah nak pegi Puffing Billy ni. Turun je dari bas jalan terus ke atas. Ada signboard ikut je arah tu.

 
Masuk je jalan ni dah jalan titian kayu, Terasa lamanya. Puffing Billy ni amenda sebenarnya? Kat sini adalah keretapi stim lama yang masih beroperasi di Melbourne. Landasannya juga adalah landasan lama. So nak sampai betul-betul ke Puffing Billy ni kena le jalan kaki sejauh 250 meter. Dekat je kan. Tapi ada turun naik tangga sikit.

Sampai kat sini dah nampak view keretapi. Eh masih ada yang belum bergerak. Kalau nak naik train dekat sini ada jadual. Kena check jadual betul-betul nanti korang ketinggalan. Tiket pulak ada bermacam harga depends nak turun dekat station mana. Ada 5 station perjalanan dari Belgrave ni. Station terakhir adalah Gembrook Station. Aku tengok kat website dia kalau naik sampai ke Gembrook mengambil masa 5 jam return. Umak ai.. lamanya.


Time kami sampai je keretapi dah get ready nak bergerak. Tapi tak apa sebab kami memang tak ada plan nak naik pun. Cuma datang sini nak tengok station lama ni dan mana rupa keretapi tu. Alhamdulillah dapat tengok keretapi berlepas sebab kalau tak salah jadual keretapi berlepas sepatutnya pukul 12.30. Delay 9 minit mungkin tetiba ada ramai orang datang beli tiket kot.

 
Bye-bye keretapi. Batrisyia bising kenapa dia tak dapat naik keretapi julur kaki keluar. Hadoi le anak.. mak tak ada budget dah nak naik keretapi ni. Lagipun bapak kata sama je rasa nak keretapi biasa. 

 
 
Nak masuk station amik gambar macam kami ni boleh aje. Tak ada sapa pun jaga dekat pintu tu. Tapi menurut aku baca blog orang lain, ada orang jaga tapi boleh je nak masuk amik gambar tanpa beli tiket. Kena cakap jelah dekat orang yang jaga tu just nak masuk amik gambar. Tak ada apa pun kat sini selain daripada keretapi stim tu. Dah bergerak keretapi tu boleh le balik. Oh.. lupa pulak.. ada souvenir shop dan cafe kat sini. Tak ada membeli apa-apa pun sebab mahalnya ampun.

Pukul 1.10 petang kami dah pun sampai di Belgrave Station. Lagi sekali jangan lupa touch myki ye. Jadual train boleh dapat kat PTV apps. Kalau tak download apps tu tunggu jelah train yang datang menghala ke Melbourne City. Kami naik train pukul 1.20 petang. Perjalanan dari Belgrave ke Flinders Street Station selama 25 minit.

Pemandangan perjalanan dari Belgrave ke Flinders Street Station. Aku suka tengok rumah-rumah dekat sini. Masa on the way balik ni aku tanya Dahlan nak lunch kat mana. Dia cakap tak tahu mana-mana le. Aku ajak dia singgah Sofia Restaurant yang popular di kalangan orang Malaysia ni sebab train ni pun memang stop dekat Camberwell Station jadi senang dah tak payah nak bersalin-salin. Sekali dia cakap kepala sakit pulak. Ala.. dah hari keempat dah kot. Takkan le sakit lagi. Boring le Dahlan ni. So cancel le plan nak singgah makan kat Sofia Restaurant. Balik jelah ke Melbourne CBD.

Bila keluar dari Flinders Street Station kali ni keluar ikut exit lain dari datang pagi tadi. Entrance/exit yang ni rasanya macam main dia. Keluar je boleh nampak Federation Square dan Melbourne Visitor Centre. Ramai gila orang melepak dekat Federation Square tu. Apa yang ada kat situ aku tak tahu sebab aku tak sempat nak pegi. Plan pegi hari akhir tapi tak kesampaian so tidak ketahuan apa yang ada.

Kami decide makan di Nelayan Indonesian Restaurant tengahari ni. Sebenarnya jalan kaki pun boleh. Cuma 650 meter je. Tapi sebab Dahlan dah sakit kepala, naik jelah tram. Bukan kena extra charge pun. Amik je tram depan main exit menghadap Federation Square tu. Tram station ni bernama Flinders Street Station stop 13. Tram apa-apa pun boleh naik sebab akan stop di Swaston Street depan tu je.

Berhenti dekat Bourke St/Swanston St stop. Ada dua stop sebelum sampai ke stop Bourke St / Swanston ni. Jalan je sikit ke depan dah nampak dah signboard Nelayan Indonesia Restaurant. Restoran ni memang halal jadi boleh je nak makan apa-apa yang berkenan dihati. Masuk dalam ni tak ramai sangat orang pun. Maybe dah lepas lunch hour untuk orang-orang yang bekerja
 
 
Kitaorang just amik nasi campur. Ayam dah sayur. Ayam tu tak tahu masak apa. Nak kata kari pun bukan, masak lemak le gamaknya. Aku pun tak tahu restoran ni menyediakan masakan Indonesia suku kaum apa sebab macam tak pernah je makan masakan Indonesia camgini. Maybe Nasi Padang le kot. Aku amik ayam tu dan sayur campur ada tauhu telor. Dahlan pun amik ayam yang sama tapi sayur peria. Boleh le makan rasa masakan dekat sini. Nak kata sedap tu memang tak le. Kalau ikut aku, aku tak nak makan nasi kat Melbourne. Nak makan nasi balik Malaysia le weh.. hahaha.. tapi sebab dah tak boleh pikir nak makan apa, belasah jelah. Kalau tanya Batrisyia nak makan apa, jawapan dia mesti fish & chips. Eee please le. Dah dua hari aku belasah fish & chips dah rasa kembang tekak aku. Nasi ni berharga AUD9.00 (RM28.04) sepinggan. Kitaorang tak order air pun. Minum je air kosong yang kitaorang bawak pagi tadi. 

Lepas lunch kitaorang nak jalan kaki balik le hotel. Pun dekat je sebenarnya. Lebih kurang 600 meter je. Tapi disebabkan hujan, kitaorang sempat menyinggah di H&M yang besar tu. Asal mula nak pegi Uniqlo tapi aku lupa Uniqlo kat building mana. Hari Sabtu tu macam nampak tapi bila nak mencari balik tak tahu location dia kat mana. Tujuan asal nak cari thermal inner untuk Batrisyia sebab kesian sangat kat dia kesejukan. Aku bayangkan esok masa tengok Penguin Parade tu mesti sejuk giler sebab malam di tepi laut jadi elok le bersedia siap-siap.

On the way nak ke H&M tu ada banyak le shopping mall lain macam David Jones dan sebagainya tapi tak masuk pun. Tengok dari luar je. H&M dekat sini besar betul. Tak amik gambar sebab focus nak bershopping. Jenuh dok cari inner untuk dia. Jumpa tapi macam dah bersepah-sepah susah nak cari size. At last cuma belikan dia cardigan. Tak murah pun. Lepas convert sama je macam harga H&M dekat Malaysia. Cardigan tu berharga AUD14.95 (RM44.55), Ni sale price ni. Dah 50% off. Mahalkan.

Dah siap shopping dekat H&M, kitaorang pun balik le ke hotel. Malas nak jalan sebab hujan kitaorang naik tram. Satu station je. Sampai hotel rehat kejap pastu solat jamak. Pastu aku tanya Dahlan sakit kepala lagi ke tak. Boringlah macam ni pergi bercuti tapi asyik tak dapat ikut itinerary sebab melepak kat hotel. Dia cakap boleh dah nak berjalan. Ok so sambung next entry.
 

Tuesday, October 18, 2016

Melbourne Trip Day 4.1 (26.09.2016)

Good morning Melbourne. Hari ketiga di Melbourne dan hari keempat keseluruhan trip. Pagi ni bangun pukul 5.00 pagi. Mandi, solat subuh dan lepas tu kitaorang breakfast fish & chips semalam yang sejuk kejung. Hahahaha.. fish masih sedap ok walaupun sejuk. Chips je tak sedap tapi makan juga. Aku buat nescafe untuk aku, sekali Dahlan pegi buang. Dia ingat air dia semalam yang dia tak minum. Cis.. susah payah aku sejukkan air sekali dia pergi buang. Nak buat balik nak minum nak tunggu berapa lama le pulak. So aku decide beli je kat luar. Singgah 1st floor dulu amik air dan kitaorang memulakan perjalanan hari ni pukul 7.00 pagi.

Sempat singgah di Foodworks di bawah hotel untuk beli kopi. Di Melbourne ni kedai macam ni pun jual grind coffee tau. Tak main kopi mesin ni. Small cup kat sini berharga 80 cents je (RM2.49). Aku pilih latte. Nyamannya rasa dapat minum kopi panas di pagi yang sejuk ni. 

Kitaorang terus berjalan kaki ke Flinders Street Station. Sampai sana macam blur-blur nak masuk sebelah mana. Suruh Dahlan tanya pak guard yang tepi mesin tu tapi biasa le Dahlan.. sanggup dia pergi tanya jauh-jauh daripada dia tanya orang yang dekat. Tak paham aku. Dia pegi kaunter jual myki tanya platform yang sepatutnya kitaorang naik belah atas ke bawah. Orang kaunter tu jawab sebelah bawah


Pagi ni itinerary kitaorang sebenarnya ke The Tesselaar Tulip Festival yang terletak di Silvan. Kira-kira perjalanan lebih satu jam dari Melbourne CBD. Kalau nak pergi Melbourne download le apps PTV dekat handphone. Sangat membantu perjalanan. PTV schedule tu memang sangat tepat so tak risau tunggu train lama-lama. Tapi macam aku, aku dah siap full itinenary termasuk nak naik tren apa tram apa bas apa pukul berapa kat platform mana etc. Aku tak berapa gemar acara main redah ni. Aku prefer well planned trip.

So untuk ke The Tesselaar Tulip Festival, kena naik train kat Flinders Street Station di platform 3 ke Lilydale. Timing jangan susah hati. Tengok je kat PTV. Boleh buat plan your journey awal. Pilih nak journey yang satu train tak payah tukar-tukar atau nak tukar beberapa kali. Aku of course pilih yang tak payah tukar jadi kitaorang amik train pukul 7.29 pagi. Dah sampai kat platform 3 tu senang je ada signboard kabo train apa train apa yang lalu. Ala.. senang je.. Cakap English semua sure tak sesat punya


Disebabkan kitaorang berlawan arah dengan orang nak pergi office, maka train agak kosong. Dekat nak sampai Lilydale lagi kosong. Perjalanan train ni ke Lilydale mengambil masa 1 jam. Banyak juga station train ni berenti. Tak ingat aku berapa station. 


Sebelum pukul 8.30 pagi kitaorang dah di Lilydale Station. Jangan lupa touch off myki card. Nanti tak pasal-pasal kena saman. Sebenarnya ada dua cara nak datang ke The Tesselaar Tulip Festival. Kalau ikut google map, dia akan suruh kita stop dekat Belgrave Station. Lepas tu kena naik bas juga ke The Tesselaar Tulip Festival tapi aku tak berapa nak paham instruction naik bas apa. Jadinya kami follow route yang tertulis dalam website The Tesselaar Tulip Festival. Route dalam website The Tesselaar Tulip Festival ni suruh naik train ke Lilydale dan untuk hari Sabtu dan Ahad ada shuttle bas khas disediakan ke The Tesselaar Tulip Festival dengan bayaran AUD3.00. Tapi kalau hari lain pun senang saja. Naik je bas nombor 663 di Lilydale Station. Tak tahu nak berenti di mana? Cakap dengan driver bas stopkan dekat Tulip Festival. Nanti driver tu akan berentikan bas dekat situ. Tambang dah termasuk dalam maksimum charge myki AUD7.80 sehari. Mudahkan.



Masa mula-mula buat planning, aku tertanya-tanya camana le tempat nak amik bas 663 tu. Keluar-keluar dari station, dah nampak tempat tunggu bas yang sangat proper. Jadi tak payah nak pening bagai nak tunggu kat mana. Bas yang datang on time juga. Boleh nampak schedule bas dekat setiap bus stop tu kalau kurang pasti
 
 
Tu ha signboard yang tertulis bas nombor berapa berhenti disitu. Schedule bas ada kat bawah. Boleh check betul-betul. Tapi sebab aku dah download PTV apps, kat sana dah bagitau dah pukul berapa bas datang etc. So kitaorang plan nak naik bas pukul 8..56 am. Memang tepat tau bas datang. Beza pun satu dua minit je.

Selepas dah naik bas tu, aku dah paham dan journey bas ni. Bas no 663 ni journey dia memang antara station Lilydale dan station Belgrave. So nak amik dari mana-mana station tak ada masalah. Kalau di Belgrave tak ada proper bus stop macam di Lilydale. Bas tu berhenti tepi station je. Pun senang jugak. If tanya aku, aku suruh datang naik dari Lilydale. Balik naik bas ke  Belgrave sebab tak payah le kome nak cross-cross jalan bagai turun bas nanti dan selain tu dapat le tengok dua journey berbeza. Jalan dari The Tesselaar Tulip Festival ke Belgrave fuh.. pening giler. Bengkang bengkok


Pukul 8.58am bas bernombor 663 pun sampai. Tak ada orang pun naik bas ni kecuali kitaorang. Naik bas kena touch myki card. Turun pun macam tu jugak. Disebabkan tak pasti nak picit loceng di mana, aku suruh Dahlan cakap dengan driver bas berhentikan kitaorang di The Tesselaar Tulip Festival. Perjalanan dalam 25 minit ke setengah jam depens traffic. Masa kitaorang naik perjalanan sangat smooth. Pukul 9.23am dah sampai di The Tesselaar Tulip Festival yang terletak di Silvan ni.


Bus stop tempat kitaorang turun. Tepi jalan aje. Balik pun boleh tunggu kat sini kalau nak ke Belgrave station. Tapi kalau nak balik semula ke Lilydale Station, kena seberang jalan dan tunggu di bus stop sebelah sana. Pun naik bas nombor 663 juga. Jadual ada di tulis dekat tiang tu pukul berapa bas datang. Kami plan nak spend masa kat sini dua jam je dan try catch bas pukul 12.00pm nanti.


Dari tepi jalan dah nampak dah signboard The Tesselaar Tulip Festival. Entrance masuk dia jauh ke dalam lagi. Tak ada le jauh mana pun. Jauh sikit je kena lalu car park. Memang kami le orang pertama sampai sebab tempat ni bukak pukul 10.00 pagi. Semangatkan aku nak tengok Tulip.

Kat situ kaunter beli tiket. Kosong lagi sebab selagi belum pukul 10.00 gate tak bukak. Boleh beli online juga. Harga tiket adalah AUD26.00 (RM80.99) seorang untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 16 tahun masuk percuma tapi dengan syarat ditemani oleh orang dewasa yang beli tiket penuh.


9.45am gate beli tiket bukak. Terus beli tiket dulu. Minggu ni Melbourne cuti sekolah jadi hari ni adalah childrens weeks. So selain daripada dua tiket kecik tu, kitaorang diberi visitor guide yang mana dalam tu ada map bagai. Hehehe.. kecik je tempat dia pun nak bermap. Tapi oklah proper kan. Lagi satu disebabkan hari ni adalah Childrens Weeks, semua children diberi kertas ni. Kena cari Gnomes tu dekat taman. Ada nama dekat Gnome tu tulis le satu-satu. Dah siap boleh redeem free gift.

Walaupun dah beli tiket pukul 9.45 pagi, kami tetap kena tunggu pukul 10.00 baru dapat masuk. Tepat pukul 10.00 pagi baru le orang yang jaga tu ambik tiket dan bagi kami masuk. Masuk-masuk je belah kiri ada macam banyak gerai-gerai. Belah kanan fuh terbentang ladang tulip yang berwarna warni. Tempat ni tak ada le besar mana tapi cukup menampung pengunjung sebab tak ramai sangat pun orang.

Seperti biasa ambik gambar bertiga nampak cantik camgini kena le tak malu mintak tolong orang. Kebetulan tak ada orang belakang kami. Dah kat situ ada minah saleh yang tolong amikkan gambar dengan mak dia je. Cantikkan tulip bercampur warna ni.


Setiap tulip ni ada nama tersendiri. Kat batas mula-mula dorang tanam tulip ni mengikut spesis sendiri. Tetiba ada pulak spesis lain terselit. Tersalah tanam le tu. Hahahaha... Batas yang belah belakang baru le tulip yang campur-campur macam gambar kitaorang kat atas

Favorite tulip aku. Namanya Il de France. Cantiknya. Alangkah best kalau boleh amik sekuntum bawak balik KL. Tapi mesti dua tiga hari dah layu kan. Sebab aku nampak pun macam dah start ada yang dah tak elok. Mungkin cuaca dah makin nak ke panas. Sebab tu The Tesselaar Tulip Festival ni tak sampai satu bulan pun. Bila dah sampai pertengahan spring dah habis dah festival ni. Jadi kalau rasa nak datang tengok tulip yang cantik ni kena plan betul-betul jangan nanti menangis tak berlagu. Tahun 2016 punya festival start 8th September sampai 4th October 2016. Kalau nak selamat pilih date yang tengah-tengah atau check website dulu sebelum beli tiket ke Melbourne. 
 

Batas yang baru ditanam. Belum berkembang pun lagi.

Kat sini kan semua kawasan penuh dengan tanah-tanah. Alhamdulillah masa kitaorang datang tak hujan dan tanah keras. Aku mula masa dekat gate masuk tu cuak dah sebab tengok ramai je anak-anak mat saleh pakai but macam Phua Chu Kang tapi warna pink. Comel sangat. Mujur tak lecak langsung. Tapi memang ada sedia boot scraper kat sini incase kasut kena selut.


Miniature Windmill

Pak Guard ni warning jangan petik bunga tau!



Bagi yang tak larat nak berjalan, ada keretapi yang boleh bawak pusing seluruh ladang tulip ni. Seorang AUD5.00 (RM15.58) kalau tak silap. Batrisyia dah bising-bising nak naik dah. Tapi aku tengok laluan keretapi tractor ni.. alahai sikit je. Buat rugi bayar je. Aku paksa Batrisyia jalan. Bukan besar pun tempat ni


Pokok tulip yang belum dipindahkan ke batas ladang. Agaknya pokok-pokok ni sampai dari Netherland macam gini kot. Lepas beberapa ketika di semai dalam pasu baru dipindahkan ke batas ladang. Agaknya le. Actually ladang ni lebih kepada private ladang le. Asal mulanya pada tahun 1939 sepasang suam isteri yang berasal dari Holland ni meninggalkan negara mereka dan merantau ke Australia. Dorang ni memang expert le bab-bab bercucuk tanam ni.  Tahun 1945 dorang beli tanah dekat Silvan dan mula le bercucuk tanam bunga-bunga tulip ni sehingga le jadi besar dan menajadi acara tahunan di sini dan tarikan pelancong di sini

Kan aku cakap minggu ni Childrens Weeks kan jadi ada le animal farm jugak. Binantang ni nama dia alpaca. Kesian mulut kena ikat. Ganas gamaknya. Tapi dua ekor binatang ni macam tak ada perasaaan. Duduk je tak bergerak-gerak. Aku mula ingatkan patung. Dah datang dekat baru nampak dia bernafas

Eh..eh.. ada anak babi kat situ. Hahahaha.. mula-mula Batrisyia dah datang dekat dah sebab ada banyak ayam, kambing biri-biri, angsa etc. Sekali aku nampak anak babi tu berkeliaran terus aku panggil Batrisyia. Hai.. karang tak pasal-pasal kena cari tanah nak samak pulak.




Lepas lebih kurang 45 minit dah habis merayap tengok ladang tulip, kitaorang bergerak ke tengah balik dah nak ke belah satu lagi. Belah yang satu lagi ada gerai-gerai makanan, gerai cenderamata ada stage dan masih ada taman dengan macam-macam bunga-bungaan. 

Ada gerai halal food juga. Tapi kitaorang tak makan pun sebab masih rasa kenyang. Just jalan-jalan tengok gerai dan taman kat sini sambil melayan Batrisyia mencari nama Gnome yang hilang. Walaupun 7 je, tapi jenuh pusing cari. Yelah sebab kitaorang ada time limit kat sini. At last Batrisyia dapat completekan semua nama dan claim hadiah. Sekali hadiah dia gula-gula je. Ceh.. aku ingatkan dapat key chain ke dapat tulip ke.. Hampeh sungguh

Seronok dapat berkelah kat sini. Setiap minggu ada macam festival yang bertukar-tukar. Semalamnya bukan Childrens Week. Ntah apa ntah. Agaknya masa lain ada kot orang buat show kat stage tu.
 
Toilet yang comel. Untuk lelaki ada satu ni je. Wanita ada dua belah belakang

Masa jalan-jalan aku nampak ramai sangat orang beli dekat gerai ni. Nama menda ni Dutch Poffertjes. Nak pronunce dia pof-fur-ches. Makanan ni sejenis pancake kecik yang boleh didapati di seluruh Holland. Of course aku pun nak cuba sebab yakin tak ada bahan meragukan dalam dia.

Ada 5 jenis topping. Aku beli topping butter, icing sugar & lemon sebab kenkonon yang lain tu takut manis. Tapi serius tak berapa ngam makan dengan lemon. Ambik chocolate pun tak pe. Harga makanan ni AUD7.00 (RM21.81) sepinggan. Aku kabokan rasa dia macam kaya ball je. Muhahaha... kelako pulak rasa. Tapi tak pe experience kan


Sambil mencari nama missing Gnomes sempat bermain pondok-pondok dengan anak mat saleh. Kalau boleh memang rasa nak spend lebih masa kat sini. Lepak makan lunch tapi apakan daya ada itinerary lain lepas ni. Jadi 15 minit sebelum pukul 12 kitaorang dah bergerak ke tempat last.

Of course tempat last tu beli souvenir. Batrisyia claim hadiah gula-gula pun kat tempat sama. Sempat juga dia rembat aku satu toy. Aku cuma beli fridge magnet bunga tulip je kat sini. Nak beli tulip betul kena angkut pasu sekali naik flight jadi lupakan aje. Terus keluar dan tunggu bas ke Belgrave Station. Sambung next entry