Friday, July 18, 2008

Makan-Makan @ Muara Ikan Bakar

Plan nak pegi makan seafood kat Muara ni dah lama since bulan Februari lagi. Tapi sebabkan tak tahu jalan nak pegi walaupun aku dah 2x pegi makan kat sana tu le sebab tertunda le sampai le ke hari ni. So hari ni sebelum pegi cari le jugak jalan camana nak pegi. Siap cari map lagi. Nasib baik le Hendra, colleague aku kat USJ sudi nak lukiskan map untuk aku walaupun map dia ntah hapa-hapa. Buat panduan sikit-sikit boleh le. Kitaorang pegi berempat. Aku, Yati, Kak Wan dan Kak Ayu. Kitaorang bertolak dari PJ dalam pukul 8.10 malam. Naik keta Kak Wan dan dia yang drive.

Sebelum bertolak Kak Wan berusaha keras mengisi minyak dan mengepam angin tayar. Hehehe.. Macam le jauh sangat. Perjalanannya aku rasa macam jauh giler. On the way kiri kanan banyak giler gerai-gerai tomyam dan seafood tapi kitaorang tak juga sampai-sampai. Jumpa pasar malam le.. tak juga sampai. Lepas bayar tol kedua, baru le nampak jambatan dan tak jauh dari Muara Ikan Bakar. Aduh... leganya nampak signboard Muara Ikan Bakar tu.

Kat sini seafood kena pilih sendiri. Ada udang, ketam, sotong dan pelbagai jenis ikan. Aku dengan Yati confirm le tak reti nak pilih. So buat-buat menyibuk jelah ambik gambar dan pilih-pilih nak yang besar ke kecik. Hehehe.. Kak Wan tengah pilih sotong terbaik. Pilih Kak Wan.. jangan tak pilih..

Sambil tunggu order sampai, kitaorang sibuk-sibuk le ambik gambar dulu. Sini boleh pilih sama ada nak nasi lemak atau nasi putih.

Set ni memang dibagi walaupun tak order. Ada kacang tanah, timun, sambal dan air asam. Tisu ni pulak diaorang charge 3 kupang satu. Mahal giler kan.

Sotong goreng tepung. Yummie..

Udang masak pedas. Dah banci cukup-cukup tiga ekor sorang. Rasa dia boleh tahan. Sedap le juga.

Ni ikan apa aku pun tak tahu. Siakap kot. Masa belum masak rasa macam tak cukup je. Nak suruh Kak Wan ambik dua ekor. Tapi bila dah masak rasa banyak le pulak. Ikan ni bakar je. Cicah dengan air asam memang superb..

Yati tengah asyik makan sotong. Sedap sangat ke liat yang jadi muka macam tu?

Habis dah.. Kenyang dan boleh balik tido... Total bil RM106++. Murah jugak le. Sebab kitaorang order fresh orange dengan tembikai. Kak Ayu dengan Kak Wan minum dua gelas.

Saturday, July 12, 2008

LSSB Team Building - Part 2

Ni masa acara ice breakers. Masuk sana belit sini. Terbau jugak le ketiak busuk.. Rasa-rasanya semua orang tahu kot sapa yang tak mandi dan badan berbau kat dalam group ni.

Tapi tak sangka pulak group kitaorang yang perempuan semua ni yang first sudahkan aktiviti ni. Rasanya sebab Yati memang teror bab masuk sana silang sini ni. Hehe.. Kak Aspa je tak ada dalam group ni sebab awal-awal lagi kitaorang dah tolak dia pegi group lelaki . Dia kan superwoman.

Ni pulak masa satu aktiviti tu dalam group 14 orang satu kumpulan. Pastu dia tanya sapa rasa dia paling besar so aku ke tengah le sebab aku rasa memang aku paling "comel". Hahaha.. Rupa-rupanya nak kena angkat. Eeee.. tak nak le sebab takkan nak bagi budak-budak jantan angkat aku. So diaorang suruh buat group perempuan semua. Aku dah cakap confirm le perempuan tak boleh angkat aku tapi si instructor tu degil le. Suruh juga. Sekali gedebuk jatuh macam nangka busuk.. Mula-mula gelak bagai nak rak. Lepas bangun terus menangis sebab sakit sangat. Nasib tak ada yang patah.

Acara membentuk kumpulan. Aku kumpulan Synergy yang mana ketuanya Shahrizal. Sapa sangka dalam group ni dah le semua besar.. dan ada 2 orang veteran tapi kitaorang boleh menang keseluruhan. Dalam picture atas ni ahli-ahli groupnya. Belakang dari kiri Ishak, Benny, Lorna, Eddie, Peter, Ismi, Zul. Bawah dari kiri Shahrizal, Fiza dan Rusli.

Mummy pakai topi. Hehehe.. Lupa nak bukak masa start balut sebab kelam kabut. Rusli le ni bagi arahan tak tepat.

Acara petang buat kat tepi pantai yang sungguh le buruk pantainya. Ni acara spider web. Tengah pikir boleh ke lepas nak masuk dalam lubang-lubang tu.

Acara ni pulak namanya obstacle. Mr Benny terror giler menyusup bawah tali ni. Yelah nama pun bekas polis. Aku pun terror gak. Terror pegang kayu dan bagi arahan nak merangkak sebelah mana. Huhuhu..

Yang ni acara terakhir untuk petang ni. Namanya maze. Kena ingat mana-mana kotak yang boleh dipijak. Yang peliknya masa kat luar macam boleh ingat je tapi bila dah masuk dalam kotak tu terus blur nak pijak yang mana yang tak ada bom. Panik ke apa entah le.

Malam pulak nama acaranya charades. Ni memang aku terror ler. Sebab pasal filem-filem.

Pagi ahad acara yang paling best. Nama gamenya Tsunami! Tsunami! Tsunami!. Kitaorang main macam tak ingat dunia. Macam budak-budak terjerit pekik.

Dah abis dah team building 2008. Keseluruhan consider ok le. Tak ada le aktiviti yang teruk sangat. Tapi balik-balik dari team building seluruh badan semua sakit-sakit. Tahan jelah..

Friday, July 11, 2008

LSSB Team Building - Part 1

Rasanya lama betul nak tunggu sampai ke hari team building ni. Bukan sebab excited tapi sebab menyampah. Dah le kena beli baju baru, kasut baru, track bottom baru, pastu kena pulak buat aktiviti-aktiviti yang memang aku tak gemar dari dulu. Pastu tak ada cuti pulak minggu ni. Eeee.. nyampahnya.. Tapi nak buat camana dah kata wajib kenalah pegi juga. Opss.. Lupa plak nak cita. Sebelum pegi semua orang dapat baju. Cuma aku, Lorna, Sara dan Kak Rad je yang tak ada baju. Kak Rad tak pelah sebab dia ponteng. Jenuh chase En. Syed nak dapatkan baju tu. At last hari Jumaat petang dia hantar jugak baju kitaorang tapi lain dari orang lain. Tak pelah. Asalkan ada.

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Awal pagi lagi lebih kurang pukul 7.30 aku dah sampai USJ office. Pagi-pagi dah bergaduh dengan guard kat sana. Sebabnya dorang paksa aku parking keta masuk bontot dulu. Aku kata suka hati aku le nak parking camana asalkan aku parking kat tempat yang betul. Bukannya aku tak parking tempat yang betul. Bodoh punya undang-undang. Kat mana-mana pun aku parking macam tu tak ada pun polis saman. Si Wahid mangkuk je yang bodoh buat undang-undang macam tu. Bengang giler aku..

Mati mood pagi-pagi dah kena camni. Cool Ismi.. cool.. Jom ambik gambar dulu bagi mood datang balik. Ni semua girls kat Rohas yang join team building hari ni. Kecuali Kak Tini ler. Dia dah separuh-separuh. Dah bukan 100% base kat Rohas.

Mood pun dah ada balik. So excited dapat naik bas Mayflower. Bas nyer pun boleh tahan lawa. Tak le teruk macam bas pegi A Famosa dulu. Tengok le muka masing-masing. Excited ke.. mengantuk ke.. malu ke.. Ntah le..

Kitaorang bertolak dari USJ pukul 8.30 pagi walaupun dalam jadual asalnya pukul 8.00. Tunggu Yati dan Jeff yang sampai lambat. Jeff sampai pukul 8.20. Muka mengantuk giler. Yati sampai pukul 8.30 pagi sebab anak dia meragam tak nak lepaskan dia pegi. Baby Zara pun dah bijak dah. Tak nak bagi mummy dia pegi tinggalkan dia. En Zul pulak tak abis-abis suruh cepat-cepat. Rileks ler.. Sampai PD pukul 10.30 sebab bas tu ntah jalan mana ntah dia bawak. Tu yang makan masa sampai 2 jam. Suppose dari USJ sejam setengah dah boleh sampai dah. Yang boring tu En Zul tak abis-abis nak salahkan Yati. Ntah apa-apa. SIkit-sikit dah le. Macam le orang ni tak paham. Kitaorang stay kat Le Paris atau nama lamanya Costa Rica.

Baru turun dari bas. Panas giler. Muka masing-masing terkenyit-kenyit tahan panas. Jeff yang tukang ambil gambar wat lawak pulak. Jenuh maintain cun..

Sampai-sampai je terus ada tea break. Ada mihun, sandwich dan kuih lopes. Lepas tu sesi bagi kunci bilik. Aku suppose satu bilik dengan Fara tapi Fara tak datang. Kak Aspa pulak dengan Kak Su. Aku tak nak tido sorang so aku ajak Kak Aspa satu bilik dengan aku. Mula-mula kitaorang dapat bilik 518. Siap dah ambik-ambik gambar, dah minta extra bantal. Sekali Yati call aku. Suh tukar dengan Kak Su sebab bilik Kak Su dengan bilik dia dan Kak Yati ada connecting door. So aku pun pegi le ketuk bilik Kak Su. Cakap dengan dia nak tukar bilik dan borak le lebih kurang. Nasib baik Kak Su bersetuju dan kitarorang duduk le bilik 521 sebelah bilik Yati dan Kak Yati yang mana last-lastnya bilik kitaorang jadi tempat melepak.