Dah masuk bulan December dah tapi cerita Melbourne belum habis lagi. Ok tinggal lagi dua hari je balance. Boleh le cepat-cepat habiskan tulis sebelum masuk tahun baru.
Hari kelima di Melbourne dan hari keenam seluruh trip. Setelah di rearrange itinerary, maka pagi ini misi kitaorang adalah ke Brighton Bathing Boxes di Port Phillip. Masa nak susun itinerary agak susah jugak nak masukkan ke Brighton Bathing Boxes sebab perjalanan dia agak jauh dan memenatkan. Serba salah. Serba serbi nak pergi tapi tak cukup masa. Jadi kalau orang tanya aku berapa hari cukup untuk tengok Melbourne, aku suggest pegi 7 hari full insyallah cukup. Kami memang kekurangan satu hari. Tapi kalau nak pegi tempat yang jauh lagi macam Ballarat memang kena extra lagi satu hari. Kecuali kalau orang tu boleh buat benda serba pantas le. Macam kami yang ada anak ni susah sikit le
Pagi Rabu ni kami keluar dari hotel agak lambat. Pukul 7.30 baru keluar. Singgah di Foodwork beli latte. Kali ni beli regular size dua latte dan satu hot chocolate. Cost us AUD2.40 (RM7.48) je. Seronok betul kalau dapat minum latte harga macam ni kat Malaysia. Untuk ke Brighton Bathing Boxes kena ambik train di Flinders Street Station. Kami menapak jelah. Dekat je kan
On the way jalan tu memang lalu Mc Donalds. Tak pernah masuk pun sebab tak halal. Banyak lagi pilihan makanan halal kat Melbourne ni. Kalau dah tak jumpa yang halal tu, boleh le beli fish burger kan. Lagipun setakat makan McD baik le makan kat Malaysia. Saja nak tunjuk, Mc D sana canggih. Order kat tiang tu. Ada touch screen kiosk, bayar pun kat situ jugak tapi kena pakai card le. Tak salah aku pastu dia akan hantar ke seat kita. Hebatkan. Kalau cara ni buat kat Malaysia, agak-agak effective tak?
Sampai kat Flinders Street Station boleh ternampak pulak kedai jual lighter. Eee... lucah le pulak lighter ni. Tak tahu berapa harganya sebab aku amik gambar ni dari tingkap luar bangunan. Lagipun awal pagi kedai-kedai ni semua belum bukak
Flinders Street Station awal pagi. Masa ni baru pukul 8.05 pagi.
Ok nak pegi ke Brighton Bathing Boxes ni cara dia memang kena amik train di Flinders Street Station. Amik train Sandringham Line di platform 13. Platform 13 ni memang letak dia kat belakang sikit dan kena turun bawah. Tapi senang je sebab ada banyak signboard.
Nampak dak platform 13 tu. Buruk je platform ni. Train akan sampai pukul 8.20 pagi. Sempat le budak ni menghabiskan hot chocolate dia yang tak habis-habis daripada tadi. Lupa nak citer. Ni le jaket yang aku beli hari sebelumnya kat QVM tu. Yang dapat harga AUD60.00 tu. Cantikkan. Baru nampak ala-ala nak pegi office. Hahahaha
Tepat pukul 8.20 pagi train sampai. Berduyun-duyun kau orang keluar. Yelah hari ni kan hari bekerja. Mesti le ramai orang naik train ni nak ke city center. Kitaorang rileks dulu. Bagi semua orang yang keluar habis-habis, baru le kitaorang naik train
Macam aku cakap disebabkan kitaorang ni bertentang arah, train kosong je.
Dalam google map cakap journey train ni amik masa 24 minit untuk sampai ke Brighton Beach Station. Memang tepat-tepat 24 minit sampai. Superb kan public transport dorang. Sebenarnya, kalau google cara nak pegi Brighton Bathing Boxes ni ada dengan menaiki train ada 2 cara. Boleh stop di Middle Brighton Station atau di Brighton Beach Station. Kalau ikut google map, katanya stop di Middle Brighton Station lebih dekat nak jalan kaki. Tapi aku suggest pegi turun le dekat Brighton Beach Station. Sebabnya boleh experience dua-dua jalan. Dua-dua best pada aku. Tak jauh mana pun jalan dua-dua ni sebab sejuk kan.
Mesin touch myki. Tak ada sengkang-sengkang pun. Tak ada orang jaga juga. Macam aku cakap, sebenarnya kalau nak meipu tu memang le boleh sesangat. Tapi kalau officer datang check, habislah kantoi. Elakkan le buat menda-menda yang terfaedah.
Dekat station ni ada tempat simpan basikal berkunci. Bestkan. Tak ada le risau nak naik train kalau ada tempat simpan basikal berkunci macam ni
Punya le menjaga keselamatan dorang ni. Pejalan kaki pun ada pagar tak bagi cross masa keretapi lalu. Sebenarnya ada je tunnel bawah tanah. Tapi saja syok menunggu pagar tu bukak tutup sendiri. Perak gila kan kitaorang ni.
Ok macam aku cakap nak ke Brighton Bathing Boxes tu dari Brighton Beach Station kena le jalan kaki lebih kurang 1.5km. Macam jauh gila kan bila tengok 1.5km. Percaya le aku jalan hari-hari dari station KLCC ke office pun lebih kurang 1km jugak. Tak jauh mana sebenarnya. Tipsnya, ikut jalan atas iaitu jalan untuk basikal. Kalau ikut jalan tepi pantai maybe le mengah sebab penatkan jalan atas pasir. Keluar je dari Brighton Beach Station, pandang le ke arah laut. Jalan ke kanan ikut laluan basikal tu. Ada signboard jugak. Confirm tak sesat
Tengah-tengah jalan ada watercooler. Comel kan watercooler dia. Menurut kata dorang, water tap dorang boleh minum terus. Tapi belum buat le amik air dari sinki toilet terus minum. Hehehe.. Kat watercooler macam ni memang ada dua tiga kali amik. Berlambak-lambak ada. Kat Melbourne CBD pun ada.
Sini pun ada tugu peringatan macam kat Colac.
Nampak dah di kejauhan tu Brighton Bathing Boxes? Jauh lagi nak sampai ni
Setelah jalan dalam 20 minit, tu pun jalan tahap aku yang lenggang kangkung ni dan banyak kali stop amik gambar, sampai le kami ke Brighton Bathing Boxes ni. Walaupun jalan dekat atas, jangan risau, bila dah sampai tu ada signboard tunjuk kat mana nak turun. Elok je jalan dia
Cuaca panas gila. Aku dah bukak jaket. Kenkonon nak bergaya sangat. Sekali hari ni panas le pulak. Ramai gila orang amik gambar kat sini. Brighton Bathing Boxes ni berkunci semua. So tak ketahuan apa ada dalam ni.
Favorite Batrisyia
Aku suka yang ni. Macam manis sangat warna dia
Tempat wajib ni. AUSTRALIA!!
Masa ni ada le jumpa satu group Malaysian. Tengah nak amik gambar group. Aku pun offer le diri nak amikkan gambar dorang. Kat tempat orang, semua orang pun sedara kan. Hahahaha.. Pastu masa kitaorang terkial-kial nak wefie bertiga, dorang offer balik amikkan gambar kitaorang. Kan.. orang berbudi, kita berbahasa. Hehehe..