Hari ni hari ketiga kat Bandung. Hari last le pun. Petang karang dah flight balik KL dah. Pagi ni sibuk packing dengan Dahlan pulak sebab biasa le dia tu bukan reti nak pack malam-malam. So lambat sikit turun breakfast. Pukul 6.30 pagi baru turun. Tak ada jadi orang pertama. Sebab dah nekad semalam tak mau makan berat, breakfast pagi ni makan buah-buahan, yogurt dan makanan Indonesia yang aku suka sangat tu, Tu rugi tak makan sebab kat sini tak pernah jumpa nama makanan tu. Hari ni kitaorang gerak lambat sikit sebab nak check out terus kan. Pukul 9.00 pagi baru gerak dari hotel.
Macam biasa orang yang berjual ni sangat setia di mana-mana. Pagi-pagi lagi dorang dah terpacak kat entrance hotel jual barang macam-macam. Beg yang aku nak beli extra tu harga dia jual IDR30,000. So aku decide tak nak beli lagi sebab husband Kak Tini dapat beli IDR20,000 kat Pasar Baru. Kalau tawar lagi mesti dapat punyalah.
Lokasi pertama kitaorang ke Cibadyut pusat barangan kulit. Kat sini lama jugak diberi masa. Terlebih-lebih pulak sampai bosan menunggu. Mula-mula kitaorang jalan-jalan dalam mall je. Pastu Man cakap kalau nak beli kasut, better beli kat luar jauh lagi murah. Aku pun ajak Dahlan jalan kat kedai-kedai luar. Serius memang jauh murah kat luar. Dekat separuh harga tu. Aku beli juga sepasang kasut kulit untuk pegi office. Harga IDR150,000 = RM48.00 je. Murah gila kan. Dahlan pun tetiba terpengaruh dengan aku. Dia pun beli jugak kasut sepasang. Bila masuk balik dalam mall, aku rasa macam nak beli pulak kasut mall sebab rasa macam kasut mall tu lembut sikit. So aku beli lagi sepasang. Kasut mall harga IDR227,500 = RM72.80. Still murahkan. Tak pe aku memang pakai kasut-kasut ni so rasa berbaloi beli. Pastu belikan Batrisyia kasut Mickey Mouse pulak.
Jalan kat Cibaduyut. Ada monumen kasut kat simpang jalan tu. Nampak sangat nak menunjukkan kawasan ni memang pusat kasut-kasut kulit kan. Tapi benda lain yang menarik perhatian geng rombongan kitaorang, budak berdua yang main kat jalan raya tu. Aduh.. kecik lagi budak tu. Main tepi jalan. Tak berkasut pulak tu. Mak dorang macam tak kisah je anak-anak main macam tu..
Dari Cibaduyut kitaorang pegi ke Kartika Sari. Kat sini ada jual kek
lapis, brownies kukus, cookies dan macam-macam lagi. Nak beli kek lapis
dah habis pulak. So beli jelah brownies kukus untuk nyah. Untuk rumah aku beli brownies gulung dalam dia ada cheese. Sedap sangat. Pastu ada beli cookies dua paket boleh bagi Ely sikit dan beli cookies untuk office jugak. Biasa le macam aku cakap kat Bandung ni merata orang jual tepi jalan beg le, FM le. So kat depan pintu ni kitaorang beli beg yang aku nak. Lawa jugak. Tawar dapat harga IDR20,000.
Lepas Kartika baru le pegi lunch. Mak aii dah lapar giler rasa masa ni. Kitaorang makan kat Restoran Alas Daun. Tempat ni pun cantik jugak. Macam makan dalam taman.
Makan kat sini sangat sedap. Ada ikan panggang, ayam dalam buluh etc. Ikan panggang dia sedap. Rasa kicap-kicap manis yang aku suka tu. Dan ada sambal power jugak. Dessert otak-otak dan pisang goreng. Semua orang cakap makan kat sini sedap.
Last tempat yang dibawa ke Jalan Riau. Kat sini best sangat. Ada banyak factory outlet. Aiseh naper le tak bawak dari hari pertama ke sini. Dari pegi Cihampelas merepek tu baik pegi sini. Semua orang komplen kejap sangat datang sini. Tak sempat nak amik gambar factory outlet tu semua sebab kejar masa nak shopping dan nak solat. Kat sini aku beli lagi baju Batrisyia. Dress aku beli 3 pasang. Jeans satu. Kalau lagi lama, lagi banyak kot aku shopping untuk baju Batrisyia. Tapi tu je masa yang cukup so grab je apa yang aku rasa cantik di mata. Lagi satu sini murah compare to Rumah Mode. Dan kualiti dia pun sebagus Rumah Mode jugak. Next time datang lagi Bandung tak payah kot pegi Rumah Mode. Baik cari factory outlet macam ni. Dahlan sempat jugak beli t-shirt sehelai kat sini. Aku je yang tak ada beli baju apa-apa kat Bandung. Tak ada size. Tak pe dah ada kasut dua pasang dan telekung tiga pasang untuk diri sendiri.
Dari Jalan Riau kitaorang terus gerak ke airport. Beg aku yang mula datang dua beg baju satu beg galas beranak menjadi 3 beg baju 1 beg kecik dan 1 beg galas. Ok lagi kot. Kak Tini sampai 10 beg dia. Hehehehe.. Total beg kitaorang tak sampai pun 15kg sorang. Ada lebih banyak lagi sebab tour guide dah beli 20kg sorang untuk balik. Kat airport yang daif ni memang tak ada menda yang boleh buat. Nak makan minum pun tak ada kedai nak lepak. Nak shopping pun ntah apa-apa je kedainya. Jadi duduk jelah melepak. Bayangkan kat airport pun tak ada surau. Surau cuma ada kat departure hall yang tak macam hall pun. Eh boleh kata dikategorikan surau? Idak kot. Macam tempat solat jelah sebab dia buat partition kecik sangat. Sekali solat boleh muat dalam 4-5 orang je dan seperti kebiasaan di Bandung ni, tempat solat lelaki dan perempuan campur. Ni gambar kat departure hall. Hall ni pun dekat bahagian atas. Dalam ni baru ada cafe. Nak buat apa ada cafe kat dalam ni bukannya lama kita duduk dalam ni kan. Kejap je dah kena panggil masuk flight.
Flight balik kitaorang pukul 7.20 malam waktu Bandung. Dalam flight dapat pre-order meal, Nasi Minyak Palembang. Sedap jugak nasi ni. Sampai KL dah pukul 10.25 malam. Collect beg, naik bas pegi USJ dah pukul 12 malam. Sampai rumah Nyah ambik Batrisyia dah pukul 12.30 malam. Budak kecik tu tak tidur lagi. Tengah berjalan-jalan main-main dengan Ely. Orang lain semua dah tidur. Nasib ada Ely tunggu aku.
