Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Klinik 1 Malaysia

Sejak dari semalam rasa macam tak sedap badan je. Rasa susah nafas sikit, cepat penat pastu rasa macam pening-pening pun ada. Tak tau le kenapa. Nak kata angin kot sebab dari semalam asyik keluar angin sampai Batrisyia pun meragam je. Agaknya dia pun dapat angin jugak. Bila baring rasa ok tapi bila jalan-jalan rasa tak sihat. Hari ni masih rasa macam tu so aku cakap le pada Tikah. Dia ajak aku pegi klinik. Mula macam malas tapi fikir-fikir elok pegi at least boleh check apa yang tak kena.

Masa pegi klinik tu pukul 2.00 lebih. Mula plan nak pegi Klinik Najiha kat pekan Bota ni. Sekali tutup pulak. Pukul 3.00 petang baru bukak. Terus kitaorang gerak pegi Sri Iskandar. Pegi pulak klinik Dr Azhar. Pun sama jugak. Doktor hanya ada pukul 3.30 petang. Lagi lambat dari klinik tadi. Pastu aku assume memang semua klinik situ memang bukak semula lepas pukul 3.00 je. So terus le kitaorang pegi Klinik 1 Malaysia.

First time pegi klinik ni. Aku agak mesti macam pegi klinik kerajaan lain je. Kena tunggu lama. Check ala kadar je. Tapi sangkaan aku silap le kali ni. Tunggu tu tak ada le lama sangat. Service memang boleh consider ok sangat-sangat. Dia check detail jugak. Check blood pressure, check glucose, check kencing dan macam-macam le. Kira puas hati le jugak dengan cara dorang check. Klinik swasta pun sesetengah macam ala kadar je. Dah le bayar RM1 je. Memang puas hati cuma yang check bukan doktor le. Setakat medical assistant je. Kira ok le untuk sakit yang ringan-ringan kan.

Kat sana ada penimbang aku pun apa lagi nak tengok le berapa berat aku lepas dua minggu bersalin. Naik-naik sekali aku dah turun lagi 6kg. Macam tak percaya je dalam tempoh dua minggu aku boleh turun 18kg. Sekarang berat aku lagi kurang dari masa kawin. Masa nak kawin kemain susah payah lagi diet. Siap makan Jusmate bagai. Ni tak payah makan apa-apa pun dah turun macam ni banyak. Hehehe.. Terima kasih le kat baby sayang aku Batrisyia sebab menyusu banyak-banyak sampai mak boleh turun berat camni sekali.

Thursday, October 28, 2010

12kg

Hari ni pegi follow up check up kat hospital. Kebetulan pulak dorang set appointment untuk aku dan Batrisyia hari yang sama so senang le keja. Sampai sana tak ada le timbang-timbang aku dah tapi aku saja je gatal nak timbang sebab penimbang rumah dah rosak. Timbang sekali berat dah turun 12 kg sejak last check up before bersalin. Yeay!!!!... Memang selama ni yang naik tu berat Batrisyia dan bengkak air jelah. Sebab kalau tak, takkan le cepat sangat turunkan. Sikit je lagi dah sama dengan berat masa kawin je. Bagi Batrisyia minum susu banyak-banyak boleh kot kurus dari sebelum kawin. Ekekeke..

So lepas check up, Doktor Raja cakap aku dah ok. Cuma dia cakap lepas ni kalau nak beranak nombor dua kena caesarean jugak. Huhu.. apa nak buat. Terpaksa le kan. Kalau masa hari pertama lepas beranak tu memang dah tak nak dah tapi hari ni rasa tak best pulak kalau Batrisyia sorang jekan. Kurang-kurang kena jugak try sorang lagi kalau rezeki dapat baby boy pulak kan. Anyway kena tunggu sampai Batrisyia dua tahun baru le boleh pregnant lagi. Pantang ni pun baru seminggu je dah pikir nak ke tak nak.. Apa le aku ni.

Batrisyia pulak, Doktor Cheok cakap jaundice dia nampak dah kurang so tak perlu amik darah cuma perlu monitor je. Lain-lain nampak dia ok le. Dia selalu berak sebab dia breastfeeding. Sama jugak dengan sebab kenapa dia kejap-kejap lapar tu le. So nampak semua ok. Sabtu ni boleh le kitaorang balik kampung berpantang kat kampung pulak. Tinggal le bapak sorang-sorang yer..

Tuesday, October 19, 2010

Belum Lagi..

Belum bersalin lagi ni. Masih ada kat rumah. Layan farmville, movie, sambil baca-baca artikel pasal kelahiran je. Semalam pegi check up tapi doktor cakap baru bukak sikit so boleh balik rehat-rehat dulu kat rumah. Macam hari tu kalau sakit je baru doktor suruh datang. Semalam doktor dah bagi mc sampai le hari bersalin.

Doktor bagi date sampai hari Sabtu ni 23 October 2010 which is actual EDD aku. Kalau tak sakit-sakit juga sampai ke Sabtu, kena induce. Mintak-mintak le sakit sebelum Sabtu. So far ada le rasa sakit sikit tapi kontraksi tak konsisten. Dalam artikel web doktor cakap konktraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten iaitu berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap. Yang ni tak ada le teratur. Kejap dalam masa 20 minit. Karang 10 minit so belum lagi le kot. Macam menurut kata doktor yang aku pegi talk tu, sakit tu rasa kalau range 1-10, number 10 baru le betul. Kalau belum tu bukan le tanda sebenar.

Hopefully sehari dua ni akan rasa sakit betul dan boleh bersalin normal tanpa ada masalah. Insyallah..

Saturday, October 16, 2010

Minggu 39

Hari ni dah masuk minggu 39 pregnancy aku. Kalau ikut EDD lagi seminggu je. Masa latest check up hari Selasa lepas, doktor check dah bukak 1.5cm tapi tak ada pulak doktor suruh tahan kat hospital. Dia cuma pesan kalau sakit baru datang hospital. Sampai hari ni tak ada pulak rasa sakit sangat-sangat. Sikit-sikit tu ada tapi lepas tu hilang. So aku tak ada le pegi hospital lagi sehingga ke hari ni.

Next check up hari Isnin depan. Doktor pun nak bagi mc start dari Isnin depan sehingga le aku bersalin. Tu pun kalau tak bersalin esok le. Ekekeke.. Makin dekat makin debar je rasa. Takut le.. Doakan aku selamat segalanya yer..

Thursday, October 14, 2010

Tungku Pulak..

Rasa macam tak abis-abis beli barang untuk baby dan pantang ni. Ingatkan baby list tu dah complete dah tapi ada je tertinggal. Yelah bila borak-borak dengan orang mesti orang ada suggest macam-macam yang elokkan. Aku pun tak ada le beli semua ikut macam orang cakap. Aku tapis-tapis le jugak tengok mana yang betul-betul perlu aku beli le. Contohnya macam hari tu borak dengan Nina, dia suggest beli nursing pillow sebab dia cakap masa travel nak balik kampung menda tu memang banyak membantu sebab masa tu nak duduk sangat le tak selesa. So aku pikir menda tu memang perlu bukan untuk bagi breastfeed tapi sebab nak travel jauh tu. Orang lain maybe rasa tak perlu sebab badan dorang tak besar cam aku kan. Lagi pun tak rugi sangat le sebab lepas tu boleh je jadikan nursing pillow betul. So hari Ahad lepas dah beli dah nursing pillow tu. Aku tak beli yang mahal sangat. Beli yang murah-murah je.

Lepas-lepas tu, Kak Semah pulak call cakap aku kena juga bertungku masa beberapa hari di PJ sebelum balik ke kampung. Macam tu jugak dengan baby. Kena tuam-tuam dia lepas mandi. Dia suruh aku cari tungku untuk baby. Untuk aku patutnya dia suruh cari batu sungai je. Pastu bakar cam cara dulu-dulu le. Mana pulak nak mencari batu sekarang ni. So aku teringat le dulu pernah borak-borak dengan Yati OC cita pasal tungku moden. Guna elektrik je. Masa tu tak terpikir pun nak beli sebab dok pikir nak bertungku di kampung je. Sekarang kena le surf balik. Tuam untuk baby pulak aku macam rasa confident je kat tempat jamu-jamu tu ada jual sebab Kak Semah cakap kawan dia kata Sendayu Tinggi ada jual.

So semalam aku decide le pegi Jalan TAR cari dua-dua benda ni. Memang le tungku moden tu dah surf dalam internet tapi kalau boleh beli direct lagi puas hati kot dari beli online. Ada satu supplier tu aku jumpa kat Puchong Permai. So aku ada le standby supplier in case tak jumpa kat Jalan TAR. Tapi dia cuma supply tungku moden je. Baby punya tak ada. Aku pun gagah le jugak pegi ke Jalan TAR semalam walaupun sebetulnya aku memang tak larat. Aku ajak Kak Yati temankan aku. Nasib dia nak temankan. Kalau pegi sensorang buatnya sakit tengah jalan mampuih aku.

Sampai sana kitaorang terus pegi Semua House je sebab memang terpikir sana banyak kedai jamu. Tapi tanya pasal tungku semua kedai yang ada cuma tungku herba je. Dah le mahal antara RM45-RM50. Bau busuk plak tu. Tak tahan aku bau-bau herba macam tu. Pastu aku tanya untuk baby dorang semua cakap boleh guna tungku yang sama. Biar betul. Kang tak pasal-pasal melecur anak aku. Dah le tak tahu apa menda dorang letak dalam bunjut tu. Besar plak tu dah macam besar kepala baby je. Tak ada le aku. Last-last kitaorang balik jelah tanpa dapat tungku for aku dan baby. Nasib le jugak aku beli bengkung lagi satu sebab yang ritu aku beli satu je kan. Kali ni dapat murah sikit. RM38.00 je. Kira ok le.

Balik office aku call le Kak Semah bagitau aku tak jumpa pun menda tu. Dia cakap untuk baby nanti le dia tanya kat bidan kat kampung apa yang dorang letak so nanti aku buat le sendiri. Tapi aku rasa sungguh le tak puas hati. Camana kat Jalan TAR boleh tak ada orang jual tuam baby sebab sebelum pegi aku memang nampak menda tu kat internet mustahil tak ada jual. So aku pun surf le lagi. Sekali dapat le sorang ni yang memang jual tungku moden dan tuam baby sekaligus. Tuam baby dia jual harga RM18.00. Ada promosi RM10.00 tapi tak tahu le promosi tu ada ke tak lagi. Aku pun try luck call jelah dengan harapan orang ni memang kat KL le. Sekali call-call dia keja kat Hong Leong Bank sebelah office aku je. Ceh... buang karan sungguh aku pegi Jalan TAR. Dia jual set tungku moden dengan tuam baby harga RM60.00. Nak senang aku beli je terus dengan akak tu memandangkan akak tu cakap boleh hantar.

So tadi siang aku dah dapat dah barang aku nak. Yeah!!!.. comel sangat tuam baby tu. Cuma lupa aku nak cakap kat akak tu suruh bagi aku tungku moden kaler gelap-gelap supaya kalau kotor tak nampak. Tapi tak kisah le. Yang penting aku dah dapat dah benda yang aku cari. Tak payah susah-susah hati dah. Harap-harap lepas ni tak ada dah barang yang kena beli lagi. Penat aku tau.. sampai dah sarat macam ni pun kena shopping lagi..

Wednesday, October 13, 2010

Teruknya Bengkak!!!

Aiyooo.. tengok le kaki aku ni.. Dah bengkak macam orang untut dah. Macam kaki gajah. Sekarang ni nak duduk mencangkung, nak jalan, duduk atas kerusi semua serba tak kena. Duduk bersila kat bawah lagi le tak boleh. Kaki bengkak teruk macam ni start pregnancy aku masuk ke minggu ke 35. Mula-mula tak perasan bengkak. Sekali masa hari check up 21.09.2010 tu pegi le solat maghrib kat surau hospital. Kat surau tu memang tak ada kerusi so nak tak nak kena solat biasa le. Masa nak sujud serius tak boleh. Aku sampai pelik kenapa jadi camtu. Pastu masa timbang berat sekali naik sampai 4kg. Mak aii.. takkan le dalam masa dua hari boleh naik macam tu banyak sebab aku baru je timbang berat aku dua hari sebelum tu. Terkejut aku. Lepas-lepas tu baru le aku perasan yang kaki dan tangan aku dah bengkak teruk. Tanya doktor dia cakap memang tak ada ubat. Tunggu jelah bersalin nanti surut le bengkak. Huhu.. so tahan jelah sampai bersalin. Tak lama dah kan..

Friday, October 8, 2010

Cerita Minggu 37-38

Semalam pegi check up. Selalu memang appointment malam tapi sebab last Tuesday, doktor tetiba ada emergency operation so postponed le appointment ke semalam. Dah half way masa tu kat LDP tetiba Shary call bagitau so kitaorang patah le balik rumah.

Semalam masa check up, doktor scan dah tak boleh nampak muka baby sebab dia dah turun dah. Baby weight antara 2.8kg ke 2.9kg. Doktor cakap semua ok dan dia cakap tak perlu induce minggu depan. Doktor suruh tunggu sakit natural je. Kalau sampai ke EDD tak sakit-sakit baru le dia akan buat option lain. Alhamdulillah.. serius leganya dengar. Aku memang hari-hari doa supaya aku boleh beranak normal dan sakit natural. Harap-harapnya doa aku ni termakbul le. So baby kuar 20hb October ye.. Hehehe.. macam le boleh suruh-suruh.

Lepas balik dari hospital, aku singgah kedai dobi auntie depan rumah tu sebab hari Isnin lepas masa aku hantar baju untuk dry clean aku ada tanya dia ada tak tahu sapa-sapa yang jaga budak. Kebetulan pulak dia cakap ada. So aku dah suruh auntie tu mintakkan nombor telefon supaya aku boleh janji datang rumah. Lepas dapat nombor tu aku pun call le husband orang tu. Nama dia Adam. So janji le nak datang rumah dia petang tu. Sementara nak tunggu petang, aku dengan Dahlan pegi jugak le pusing-pusing cari nursery. Kena ada option jugakkan. Ada satu kat Section 17 tu dah penuh. Satu lagi owner India pulak. Cari kat Section 14, banyak nursery Cina dan Taska je. Tak jumpa jugak.

Petang tu Encik Adam tu call le aku cakap dia dah ada kat rumah so kalau nak datang jumpa dah boleh dah. Aku pun pegi le dengan Dahlan. Rumah dia kat flat depan rumah aku ni je cuma belah ke arah pasar le. Naik rumah dia ok le. Nampak bersih je. Dia pun ada sorang anak umur 3 tahun lebih je yang duduk dengan dia. Wife dia, nampak peramah le. Orang Kuala Kangsar. Kakak tu umur 38 tahun. Anak 5 orang. Tapi anak yang lain-lain semua duduk kat kampung. Dari pandangan mata kasar aku ni nampak macam ok le nak ambik dia jadi baby sitter nanti. Nampak macam boleh lebih kurang. Dia mintak RM300.00 per month. Tapi camana nak make sure orang ni betul-betul ok ke tak? Susah betul nak buat keputusan. Aku ada mintak opinion orang lain, dorang pun susah nak cakap selagi tak hantar kan sama ada ok atau tak. Tapi kalau ikutkan Nyah, dia cakap better hantar rumah orang dari hantar nursery sebab nursery ni kita tak tahu sapa yang jaga baby kita. Tambah-tambah sekarang macam-macam kes dengar. Bukan le kata kalau hantar rumah orang tu gerenti selamat cuma tahu le sapa yang jaga kan. Dan satu yang aku rasa aku suka kakak tu dia tak jaga anak orang lain. Kiranya nanti dia akan jaga baby aku sorang dan anak dia je. Ee.. tapi camana nak tengok lagi ek? Rumah nampak bersih. Kakak tu pun nampak bersih dan kemas jugak. Anak dia pun masa suruh salam, dia salam le cium tangan. Kira didikan kakak tu nampak bagus le jugak. Lagi apa nak tengok? Ada ke kemungkinan dia bawak anak aku lari nanti? Huhu.. macam-macam kepala aku pikir. Kalau le aku ada kuasa leh baca pikiran orang dan masa depan kan bagus. Senang je hati nak hantar kan..

Tuesday, October 5, 2010

Baby Gifts


Baby belum lahir tapi aku dah dapat dah hadiah untuk new born. Hehehe.. macam biasa le orang yang bagi hadiah awal-awal ni dah semestinya Kak Yati le. Dah bagi hadiah bagi pulak duit lagi. Adoi.. pemurah betul Kak Yati ni. Naik segan aku dibuatnya. Anyway tima kasih banyak-banyak sebab bagi hadiah untuk baby aku. Moga bertambah murah le rezeki Kak Yati sekeluarga. Amin.


Hadiah kedua pulak aku dapat dari Tasya, anak bongsu Yong. Yong cita dia excited sangat nak tunggu baby kuar tu yang dia beli hadiah siap-siap. Dah le guna duit belanja sekolah dia. Terharu aku dengan susah payah budak ni. Tima kasih banyak-banyak jugak le. Murah rezeki orang-orang yang bagi ni seperti murah rezeki baby aku nanti. Insyallah..

Tuesday, September 21, 2010

35 Minggu 3 Hari

Picture from sini

Today macam biasa monthly check up. Eh.. sekarang tak boleh kata monthly dah sebab aku dah pegi check up 2 kali sebulan. Hari ni dah masuk 35 minggu 3 hari dah. So far doktor cakap baby dah ada di kedudukan yang betul. Alhamdulillah. Lega aku dengar. Tapi yang tak bestnya doktor cakap dia nak induce aku di minggu 38. Kira-kira ada 3 minggu lagi dari sekarang. Alahai takutnya rasa. Betulnya sama je. Takut jugak. Tapi bila dah tau date ni macam rasa takut dia lebih-lebih pulak. Kalau sakit natural tu lain le kan. Dah le nanti masa nak pasang IV line tu dalam keadaan yang tak sakit tak apa. Mesti sakit giler. Huwaa.. camana ni.. Anyway masa doktor scan baby, dia tengah aktif sangat. Susah nak ambik gambar dia. Tapi last-last dapat jugak le doktor ambik gambar dia. Aku tengok muka dia banyak rupa Dahlan je. Ok le sebab orang cakap kalau girl ikut muka bapak sejuk kan cuma tak ada le muka comel cam aku. Ekekeke....


Saturday, September 18, 2010

Healthy Mum, Healthy Child Forum

Hari ni aku dan Dahlan attend satu forum yang dianjurkan oleh Dutch Lady kat Boulevard Hotel, Mid Valley. Sepatutnya kena bayar RM20.00 se0rang atau RM25.00 per couple tapi sebabkan kitaorang register dengan Shary kat Columbia Hospital, kitaorang bayar RM15.00 per couple. Murah je. Harga hi-tea yang kitaorang dapat hari ni pun lagi mahal dari tu. Belum masuk free gift dan info yang dapat. Berbaloi-baloi le. Rugi tak attend forum macam ni dari awal-awal pregnant.

Forum start pukul 1.00pm tapi register start dari pukul 12.00pm. Kitaorang sampai dalam 12.15pm macam tu so awal lagi boleh le pilih seat yang best-best sikit. Pilih duduk depan-depan kot ada luck dapat lucky draw senang nak kuar ambik hadiah. Hehehe..

Ni le hadiah lucky drawnya. Boleh kata best-best jugak. Hadiah pertama storage cord blood. Pastu ada hadiah stroller dari Combi dengan My Dear. Lain-lain tu ada macam-macam hampers dari penaja-penaja.

Forum ni ada 4 topic dan 4 speaker. Mula-mula "Management of Labour & Birth" oleh Dr. Ng Kok Chong. Topik ni best dan sangat useful cuma tak bestnya sebab dia kejap cakap English kejap cakap cina. Pening aku dengar. Pastu laju pulak tu sampai tak terkejar cerita dia.

Forum kedua "A Picture Paints A Thousand Word" oleh Dr. Eric Lee Kim Hor. Masa forum ni start aku terlepas sikit 10 minit pertama sebab pegi semayang Zohor so tak berapa nak tahu best ke tak. Boleh le kot sebab dia cuma cerita pasal penyakit kanak-kanak, vaksin etc.

Forum ketiga "Alpha-Generation Kids - Are They Eating Right?" oleh Lim Ai Leng. Speaker ni ok le sebab dia macam energetic sikit. Topik pun ok jugak le.

Topik last "Pregnancy Nutrition" oleh Loo Mei Fong. Yang ni topik pun tak berapa best dan speaker pun bosan sikit. Nasib baik kejap je.

Last sekali sebelum balik baru ada lucky draw tapi kitaorang tak lucky. Tak menang apa-apa hadiah pun. Masa lepas forum kedua ada hi tea break. Banyak makanannya sampai tak termakan semua. Memang kenyang sampai malam. Sebelum balik kitaorang semua dapat goodies bag yang dalam tu ada macam-macam hadiah. Berbaloi sungguh. Kat atas ni picture hadiah yang dapat dari dalam goodies bag tu. Ada majalah, gripe water, sample diapers, vitamin, spenda pregnant, minyak telon dan macam-macam lagi. Tak larat nak sebut satu-satu. Enjoy le pegi forum macam ni. Lain kali kalau pregnant lagi nak sign up awal-awal forum macam ni le.

Saturday, August 28, 2010

Persiapan Baby

Checklist barang-barang baby yang nak dibeli dah hampir complete dah. Tinggal lagi nak beli few things macam kelambu, besen mandi, carrier. Tu yang penting le. Lain-lain tu benda kecik-kecik yang boleh je Dahlan pegi beli kemudian. Lega rasanya bila dah hampir complete barang beli. Kalau tak asyik jenuh pikir bila le nak beli. Aku start beli barang-barang ni betul-betul masa cukup pregnancy aku 28 minggu @ 7 bulan sebab Nyah tak bagi beli awal-awal mengikut pantang yang arwah mak penah cakap pada dia. Kalau ikutkan aku suka beli sikit-sikit supaya tak terasa sangat sekaligus keluar duit. Tapi tak pelah dah pantang so aku ikut jelah.

Baby cot dengan tilam tak payah beli dah sebab Nyah nak bagi Iman punya dulu. Mula-mula aku ingat nak beli tilam je kat Ikea (aku dapat hadiah kawin voucher Ikea RM400.00 dari kengkawan Bainun), tapi tengok tilam Iman elok lagi so tak nak le membazir. Cuma beli bedding set baru je. So voucher Ikea tu aku beli gak cabinet untuk baby dan mungkin kelambu dan besen mandi pun nak beli kat sana je. So selamat sikit duit. Hehehe.. TQ yer kengkawan Bainun aku.

Breast pump, milk storage dan bedding set aku beli masa parenthood fair kat Mid Valley last week. Memang murah banyak le beli breast pump kat sana. Lupa plak, masa pegi parenthood fair tu aku dapat hadiah cabutan bertuah walaupun hadiah dia tak ada le bertuah mana. Keh.. keh.. tapi syukur le dari tak ada dapat langsungkan. Aku dapat hamper bernilai RM50.00 yang dalam tu semua baby wipes. Tu dalam gambar belah kanan tu. Nasib aku tak beli lagi baby wipes sebab aku memang tak plan nak beli sekarang memandangkan kengkawan aku cakap tak payah pakai baby wipes lagi mana tau kot-kot baby alergic ke apa so better guna cotton dengan air je. Tapi dah dapat free ok le.

Baju aku cuma beli 15 pasang je campur-campur saiz. Ada newborn ada yang 3 bulan. Kalau baby kecik sian le dia kena pakai baju mengelebeh. Nanti ada orang hadiahkan kot kan. Hehehe.. Tapi kalau nak hadiahkan aku, beli yang 100% cotton tau. Sian baby panas kalau pakai bukan 100% cotton.

Untuk aku berpantang pulak. Bengkung dah ada Nyah bagi tapi macam tak muat je. Hahaha.. Ada 3 cuma sehelai je muat. Kena cari lagi satu kot nanti. Tengok le lepas raya ke aku beli le lagi. Jamu-jamu pulak Nyah cakap jangan makan sebab masa dia bleeding lepas beranak Iman dulu, doktor marah dia makan jamu-jamu. So aku pun tak nak ambik risiko le. Tak payah le makan. Urut pun dah takut dah ni. Maybe kalau nak urut pun urut dekat-dekat nak abis pantang. Dah tanya pada mak mertua Pidah (adik ipar aku) suruh dia tolong tanyakan makcik yang mengurut Pidah ritu. So kira dah hampir complete le semua. Lepas ni dah boleh siap pack bag untuk bawak pegi hospital dah. Eee.. tetiba rasa takut je.. Huhu..

Friday, August 27, 2010

Esok dah 32 Minggu

Esok genap usia kandungan aku 32 minggu. Dah nak masuk 8 bulan dah. Buat pertama kalinya saja-saja je nak upload scan picture baby aku. Harap-harap semua sudi le mendoakan agar yang baik-baik untuk kandungan dan kelahiran baby aku ni. Harap semuanya selamatkan. Insyallah. Amin


Ni masa baby baru 23 minggu. Pipi dia tak ada isi pun lagi. Nampak macam rupa Dahlan je.



Yang ni minggu lepas aku pegi check up yang baby asyik tidur tu. Minggu 30 nak masuk ke 31. Dah nampak berisi dah pipi dia tapi hidung penyek le. Hehehe.. Tak kisah le janji baby sihat dan sempurna. Amin

Thursday, August 19, 2010

9 Hari Berpuasa

Dah masuk 9 hari dah Ramadhan. So far aku belum tinggal. Tapi sejak semalam, dari berpuasa sampai le lepas berbuka aku rasa macam baby kurang pergerakan. Lepas berbuka aku cuba le rehat-rehat sambil baring mengiring sebab biasanya kalau aku baring mengiring sure terasa sangat-sangat baby menendang. Sebab sempit kot. Ni macam diam je.

Masa sahur, aku tetap tak terasa pergerakan baby sangat. Aku cuba le minum air sejuk, baring mengiring, usap-usap dan cakap-cakap dengan baby tapi tak ada jugak pergerakan yang kuat. Ada pun sikit sangat-sangat. Aku dah mula rasa cuak bila dah sampai pagi masih macam tu. Aku pun call le Nyah tanya camana. Dia tanya aku ada makan ubat batuk ke ubat selsema ke. Tak ada pulak. So Nyah suruh aku call doktor terus sebab bab-bab baby kurang movement ni memang bahaya. Aku pun call le doktor dan Sharry assistant dia suruh aku datang immediately check le kot apa-apa tak kena.

Sampai hospital turn aku jumpa doktor pukul dah pukul 11.30 dah pun. Doktor scan-scan rupanya baby tengah tidur. Aku cakap doktor takkan dari semalam dia tidur. Dia cakap memang iyer sebab dia letih ikut aku berpuasa. Huhu.. kesiannya baby aku letih sangat sampai tidur tak gerak-gerak. Lepas doktor kejutkan dia baru le nampak dia gerakkan tangan, kaki. Hehehe..Lepas tu doktor suruh jugak aku buat CTG. Nak monitor camana jantung dia. So far semua ok. Memang dia letih sebab puasa le tu. So doktor advice aku tak payah le puasa kalau tetiba rasa dia tak bergerak macam tu. Tak bahayakan baby kalau berpuasa cuma aku jelah rasa tak selesa dan risau je. So aku ingat aku kena puasa selang-selang le macam ni. 5 hari puasa pastu rehat sehari. Pastu sambung balik puasa. Hehehe.. Esok confirm tak nak puasa sebab nak pegi shopping nanti baby mesti lagi letih kalau puasa.

Saturday, June 19, 2010

22 Minggu

Hari ni cukup le usia pregnancy aku 22 minggu. Macam-macam dugaan. Sekarang kena monitor glucose sendiri sampai le bersalin. Tulis diari makan apa, berapa glucose level etc. Nasib le kan. Doa-doa le lepas ni dah tak ada dugaan berat-berat dah sampai bersalin nanti. Amin..

Thursday, May 20, 2010

Kena Cucuk Lagi!!

Aduh.. kena cucuk lagi kali ni. Mulanya hari Selasa lepas pegi monthly check up biasa je. Ntah camana masa ambik urine test sekali gula tinggi. Terus le doktor suruh buat test glucose tolerence esoknya. Mula kena ambik darah masa fasting. Lepas tu minum air gula yang rasa hampeh tu. Lepas 2 jam kena ambik darah lagi sekali. Sakit gila. Dah le orang lab tu aku dah pesan jangan ambik darah aku kat lengan sebab memang selalu tak boleh dapat dia degil nak try jugak. Last-last sampai 4 tempat aku kena cucuk instead of 2 kali je.. Huhu..

Petang tu result pun keluar. Nyah call aku cakap esoknya kena admit hospital sebab reading gula fasting aku sampai 14. So malam semalam aku dengan Dahlan tidur kat rumah Nyah sebab aku nak tumpang Nyah je pegi hospital hari ni. Dahlan tak boleh ambik cuti dah.

Sampai kat hospital Shary assistant pada Doktor Raja cakap kena buat test nama Blood Sugar Profile. Ambik darah 4 kali. Huhu.. sakitnya. Bila sampai kat lab, orang lab dah tahu susah nak ambik darah aku dorang suruh le buat ntah apa ke nama benda tu. Yang macam orang masuk air tu. Dah le jarumnya besar. Sakit betul. Pastu aku duduk je sepanjang hari kat wad Day Care. Selepas ambik yang masa fasting pagi-pagi tadi, kena ambik sebelum lunch. Tak ada le kena cucuk sebab dah siap-siap set menatang tu.

Sekali masa nak ambik darah kali ketiga, darah tak beku tak boleh keluar. Nak tak nak kena jugak cucuk. Nasib le nurse dari India tu pandai ambik. Tak sakit sangat. Malam pun sama kena juga cucuk lagi sekali. Dah pukul 9 lebih Doktor Raja datang review report. Dia suruh aku balik sebab result ok je tapi dia bagi aku mc 2 hari. Hehehe.. best. Tak tahu le kenapa yang mula-mula ambik tu sampai 14. Cuma doktor suruh aku control makan je. Tak kisah le asalkan aku tak kena cucuk lagi.

Thursday, April 8, 2010

Adoi.. Sakit!!

Sapa-sapa yang close dengan aku memang tahu yang aku ni teramat le penakut dengan jarum tambah-tambah lagi kalau kena ambik darah. Semalam tak pasal-pasal je aku kena cucuk.. huhu adoi.. sakit.. Ni semua gara-gara bleeding dalam LRT.

Cita dia camni. Semalam, masa tu dah dekat pukul 6.15 petang. Macam biasa aku ler last kat office kena tutup lampu, kunci office etc. Tapi dekat-dekat aku nak balik tu Audrey datang balik, so tak ada le aku orang last kat office. Dia tanya dah nak balik dah? Agaknya sebab awal aku balik hari tu. Aku betul-betul rasa letih teramat. Jalan pegi KLCC macam biasa pada kadar kelajuan biasa je. Pastu aku singgah kejap kat Maybank sebab cadangnya nak bank in duit kat saving account tapi dorang tutup semua cash deposit machine. Tinggal satu je je yang bukak dah queue nyer mak aii.. panjang berjela-jela. Sebabkan aku rasa teramat letih so aku decide esok jelah bank in.

Tunggu LRT pulak. Ramai orang walaupun dah dekat 6.45 petang. Aku terlepas 2 train sebab penuh. Naik train ketiga dapat naik tapi ramai orang. So tak ada seat kosong kena berdiri. Depan aku masa tu ada dua mamat muda. Geram aku rasa. Bagi le orang yang tak mampu macam aku duduk. Tapi dorang buat derk je.. sampai aku rasa aku nak je cakap.. boleh tak bagi aku duduk.. Tapi ntah le naper tak terkeluar dari mulut aku. Masa tengah berdiri tu aku rasa teramat le letih dan rasa nak termuntah. Berapa kali jugak le termuntah angin dan yang last tu aku rasa macam ada menda keluar dari tut.. Rasa macam kalau period berketul keluar. Ya Allah.. aku cuak dah.. tapi sebab lebih letih dan nak cari tempat duduk so aku ignore je dulu. Aku dapat duduk masa sampai kat Pasar Seni. Lepas tu aku tidur sampai le ke Taman Paramount sebab memang letih sangat.

Sampai kat LRT Taman Paramount, Dahlan dah tunggu aku. Aku cakap dengan dia, aku rasa macam ada darah keluar. Dia macam buat derk je. Sampai rumah aku terus pegi toilet.. damn.. memang darah.. BANYAK!! Berketul-ketul. Aku panic sangat. Rasa nak nangis pun ada. Takut hilang baby ni. Aku suruh Ely call Nyah dan Nyah suruh pegi emergency masa tu jugak. Takut bleeding lagi banyak. Aku sempat tukar baju je dan terus pegi hospital dengan Dahlan dan Ely. Jauh pulak tu pegi Puchong. Lagi pulak jammed. Adoiii... So dalam keta aku doa banyak-banyak tak ada le bleeding lagi dan harap baby aku selamat.



Sampai Columbia Puchong terus register dan pegi emergency. Lepas tu MO tu check ada bleeding lagi ke tak. Amik tekanan darah etc. Lepas tu MO cakap Doktor Raja lambat sikit sampai so dia suruh aku admitted. Huhu.. Pasal kena admitted kena le amik darah pastu siap set line untuk masuk drip. Sakitnya..

Tak lama lepas tu dorang hantar aku kat wad. Aku ambik bilik berdua sebab aku takut tidur sensorang. Hehehe.. Dah le datang sehelai sepinggang so kena pakai baju spital.

Pukul 10.00 lebih Doktor Raja baru sampai. Dia scan.. Alhamdulillah.. baby masih ok. Aktif lagi. Dah nampak dah bentuk kepala, tangan, kaki, badan dia. Syukur sangat-sangat. Aku cakap dengan doktor kena ke cucuk-cucuk ni.. Hehehe serius rimas ada jarum kat tangan. Dia cakap naper dorang set ye? Dia pun pelik dan suruh bukak. Sukanya... Doktor suruh aku tidur kat hospital malam tu sebab dia nak monitor ada bleeding lagi ke tak ada. Doktor cakap bleeding ni jadi sebab aku stress dan letih. Ni boss aku le punya pasal ni.. selalu bagi aku stress. Aku sakit tak bagi mc. Sekarang doktor bagi aku mc sampai dua minggu sampai 22hb April. Amik ko.. tak bagi sangat aku mc, bising aku mc sekarang aku kena mc dua minggu nasib le..

Pagi-pagi tadi Doktor Raja datang visit aku kat wad. Dia cakap dia bagi mc ni jangan pegi shopping. Kurangkan bergerak. Rehat banyak-banyak. Jangan buat keja berat dan jangan stress. Pastu aku teringat aku dah plan dengan Dahlan nak pegi bercuti 18-20 April ni. So aku terus tanya doktor boleh ke tak aku pegi holiday. Dia cakap pegi le.. bagus, bagus pegi berehat dan bercuti. Yahoo.. So boleh pegi jugak holiday nanti.

Lepas doktor check dah tak ada bleeding (cuma ada sikit-sikit discharge colour je) dia pun bagi le aku balik. Bil hospital yang duduk tak sampai sehari ni RM800++. Adoii.. bankrup aku camni. Lepas tu aku call Dahlan suruh datang amik aku. Dia bawak baju baru le aku boleh mandi. Seharian tak mandi ni so abaikan muka buruk aku kat gambar atas ni. Huhu...



Ni gambar Dahlan amik masa aku pegi mandi. Ada satu lagi gambar lampu siling. Ntah apa motifnya ntah laki aku ambik gambar ni. Hehehe...

Saturday, February 20, 2010

No title

Errrhmm.. apa nak cakap ek.. Speechless. Sekarang rasa letih, tak bermaya, rasa nak tidur je 24 jam. Satu badan sakit... Huhu..