Saturday, June 28, 2008

Cukur Jambul Anak Yati aka Zara

Lepas melantak kat rumah Haji Bani, kitaorang gerak le pulak ke Kota Damansara, rumah Yati. IT Exec kat LSSB. Tapi masa sampai dah dekat nak pukul 3.00 petang. Catering pun dah tunggu kat bawah siap dengan periuk belanga dan pinggan mangkuk dia. Tunggu van sampai nak ambik dorang le kot. So tak kisah le ada makanan ke tak ada makanan ke sebab niat asalnya memang nak tengok baby Zara. Hari tu last sekali tengok masa dia baru lahir beberapa jam je ke dunia yang fana ini. Chewah.. apa punya bahasa le tu.


So sampai rumah Yati confirm semua orang dah tak ada. Lantak le semua orang tak ada pun yang penting baby Zara ada. Cute gilerrrrr........ Tangan dia.. mak ai.. Pipi dia macam ubi kentang. Tembam sangat. Comel nyerr... Geram rasa nak picit-picit.

Muka baby Zara dah ngantuk giler. Ngantuk ke boring tengok muka aunty-aunty yang sibuk sangat nak ambik gambar dia. Sebelum balik, Yati bagi bungkus nasi dan lauk bawak balik. Sebenarnya awal-awal dah mintak nak tapau. Punya le tak malu. Yati bagi gak kitaorang bunya telur warna kuning. Ti.. akak nak yang kaler purple.... Yati cakap kena join group nyanyi baru boleh dapat yang purple... Huwahhhh!!!!

Kenduri Kawin @ Haji Bani House

Lama giler tak tulis blog ni. Busy sebenarnya. Sampai password pun dah tak berapa nak ingat. Nasib baik ingat lagi. Hehe.. Nak cita pasal hari ni le. Sebenarnya hari ni ada 3 jemputan. Jemputan kawin rumah Haji Bani (Asst Advisor LSSB). Jemputan kedua majlis cukur jambul anak Yati. Ni akan cita later dan majlis pembukaan stesen minyak kawan sekolah aku Farhan. Eh.. ada lagi satu. Birthday party anak abang Chang. Banyak tu. Tapi tak boleh le pegi semua. Kalau dekat-dekat tak pelah. Ni kenduri kawin kat Ampang, cukur jambul kat Kota Damansara, pembukaan stesen minyak kat Putra Heights dan birthday party kat Jalan Gurney. Wah!!! Mamposlah kalau nak pegi semua. So at last aku pilih pegi kenduri kawin dan majlis cukur jambul. Sebab mak cakap kalau orang jemput kenduri kena datang. Nanti bila sendiri kawin tak ada orang nak datang pulak. So memandangkan aku tak bercadang nak bukak petrol pump, so tak apa le aku tak pegi.

Mula-mula aku pegi kenduri kawin rumah Haji Bani. Anak dia yang kawin tau. Bukan dia yang kawin lagi. Hehehe.. Kitaorang pergi berempat. Aku, Lorna, Fara dan bf Lorna. Naik keta aku tapi Lorna yang drive sebab aku memang tak suka drive. Lorna cakap dia kenal anak Haji Bani ni. Tapi ntah hapa-hapa le budak ni. Dia yang beria-ia nak masuk jumpa dan salam pengantin tapi lepas tu tolak aku pulak masuk rumah dulu. Hailaaa.. budak ni. Makan kat rumah Haji Bani best. Nasi Briyani Gam Putrajaya. Kitaorang duduk satu meja dengan Mr Benny dan wife. Tak lama lepas tu Dato' datang dengan Audrey dan join our group. Dan lepas tu En. Zul datang pulak. Aiseh.. suwei betul le. Konon dari dalam keta dah cakap tak nak duduk satu meja dengan En. Zul, alih-alih kena duduk juga. Lepas menghabiskan nasi, lauk-lauk, aiskrim, bubur dan tapai kat rumah Haji Bani kitaorang gerak le pulak ke rumah Yati. Nasib baik ada alasan nak blah cepat dari tengok muka En. Zul. Nyampah aku.

Tak dapat ambik gambar dengan pengantin, ambik gambar dengan bapak pengantin pun jadi ler..

Wednesday, June 4, 2008

Minyak Naik Harga Lagi!!!!

Minyak naik harga lagi... Aduh.. baru semalam dalam berita cakap tak akan naik sampai bulan August, alih-alih hari ni annouce naik lagi ke RM2.70 seliter start dari pukul 12 malam ni. Huh..mampus le camni. Walaupun aku ni car pool dengan Yatie, tapi takkan le aku tak nak consider nak bayar dia lebih. Kena le bayar lebih sikit dari yang selalu aku bayar. Gaji tak juga naik. Minyak naik harga barang semua naik. Nak jimat camana camni??? Tak payah makan ke? Adoi.. pening pikir ni.

Cita pasal minyak naik ni.. seperti biasa bila annouce minyak naik, berebut-rebut le orang sibuk naik isi tank dorang penuh-penuh sebelum harga minyak baru. Isk.. ada kesan ke.. Kena queue panjang-panjang sampai jalan jam.. pastu isi le minyak yang tak seberapa tu. Save le sikit kot tapi tak ada le leh bertahan sampai sebulan pun. Tapi yang paling tak worth it aku rasa Wan Chu Ma le. Tak sangka pulak aku, dalam ramai-ramai yang sanggup jam-jam sebab nak isi minyak tu, Wan Chu Ma le salah sorang. Sebab nak save beberapa ringgit je untuk seminggu dua, terpaksa bayar lebih sebab ada orang langgar keta dia. Hai.. buang duit jekan.


Ni le rupa jalan stesen minyak kat Seksyen 17. Jam giler sampai nak masuk ke jalan rumah aku pun tak boleh. Dah le kawasannya sempit. Tu yang queue sampai ke traffic light tu.

Sunday, May 11, 2008

Mother's Day Lunch

Hari ni Nyah nak belanja kitaorang semua lunch sempena Mother's Day. Sebabkan Caca ada kelas taekwondo pukul 3.00 petang, kena le makan kat area Puchong. Lagipun dah orang nak belanja, hentam jelah kat mana-mana pun. Nyah pilih satu restoran masakan Indonesia kat Puchong. Nama restoran tu Anggrek Kuring. Deko dalam restorannya memang betul-betul nampak le keindonannya.. Hehehehe.. Apa le punya word tu.

Sebelum makan, kena ambik gambar dulu. Hehehehehe...

Nyah dah order semua makanan siap-siap sehari sebelum datang. Dia order Nasi Uduk, Standing Fish, Ayam Panggang Khas, Ayam Goreng Kalasan, Sambal Udang Petai, Cumi Goreng Tepung, Brocoli Udang dan Sup Buntut. Nasi Uduk tu ada rasa macam nasi lemak sikit-sikit. Yang dalam picture kat atas ni Standing Fish. Masa mula-mula sampai kat meja, ikan tu memang tegak le berdiri tapi lepas dah di ambik isi-isinya dah rendah le sikit. Nyah tak sempat-sempat nak makan. Orang nak ambik gambar dulu pun tak dapat. Sup buntut tu sebenarnya sama le dengan sup ekor tapi rasanya macam lembu tak basuh. Hehehehe.. Overall aku rasa makanan dia buat aku cekik le sebab semua jenis goreng-goreng. Tak ada langsung yang basah atau boleh cicah-cicah. Sup tak sedap pulak. Nasinya memualkan. Dah le aku teroder air cendol yang lagi bersantan. Memang rasa nak muntah. Nyah dengan abang Majid order Es Delima Merah. Pun tetap bersantan. Ely je buat pilihan tepat order Ice Lemon Tea. Tapi dah orang belanja, diam jelah. Kalau aku sendiri nak pegi makan, idak le aku pilik restoran macam ni. Kureng..

Saturday, May 10, 2008

ISO 9001:2000 Pledging Ceremony

Hari ni baru le LSSB dapat buat ISO Pledging ceremony walaupun dah dapat ISO bulan Februari 2008. Suppose majlis nak buat bulan April, pastu tunda sebab tak ada tempat. Bila dah dapat tempat tiba-tiba clash pulak dengan orang kawin yang Dato' suppose kena attend.

So akhirnya majlis ni dibuat pada 10hb Mei 2008 di Pointsettia Suite 1 & 2, PJ Hilton, Petaling Jaya, Selangor. Majlisnya biasa-biasa jelah. Mula-mula Pak Uda berucap, pastu Dato', pastu orang dari Novo, pastu ada majlis bagi ISO Award. Yang kelakar kena baca ikrar pulak. Macam budak bodoh je. Hehehehehe... Lepas dah habis majlis-majlis ni ada tea break pastu sambung pulak dengan Safety Talk. Biasa-biasa jelah.

Staff perempuan LSSB. Dari kiri aku, Kak Rad, Kak Yati, Fiza, Ms Lim, Kak Su, Kak Aspa, Lorna, Kak Tini dan Fara. Yang tak ada dalam gambar Yati dan Audrey.

Separuh daripada team LSSB. Kelakar gambar ni sebab berat sebelah.

Tuesday, April 22, 2008

Secretary's Week Luncheon

Hari ni kitaorang satu ofis kat HQ ni dapat pegi Secretary's Week Luncheon kat Sime Darby Convention Centre. Yang tak secretary pun dapat pegi. Kitaorang beli 10 tiket atau satu table le. So yang pegi aku, Kak Tini, Kak Aspa, Kak Yati, Gurvir, Kak Rad, Dorin dan suppose Ms Lim dengan Audrey. Tapi Ms Lim tak dapat pegi sebab family dia datang dari Sarawak so dia suruh bagi tiket dia pada Mei Ling. Audrey pulak ada meeting kat SICPA dan last-lastnya tiket dia bagi pada Fiza. Baru 9 orang kan.. Sapa sorang lagi.. Ooo.. Lorna.. hehehehe... Dia sorang je dari OC yang kitaorang panggil sebab Yati masih maternity leave dan yang lain-lain tu tak best. Jangan ajak dorang. Hehehehe....

Lawakan kitaorang berdua.. hehehehehe... Dua dara pingitan Lembah Sari.

Food hari ni memang le sedap sangat-sangat. Tak le macam tahun lepas kat JW Marriot. Artis konon international sangat Anita Sarawak.. tapi haram tak best. Dia dok layan peminat jantan dia je. Ntah apa-apa. Penghibur bertaraf dunia ke macam tu??? Makanannya pulak.. Macam hapa lagi. Dah le door giftnya teruk. Yang ni door gift boleh tahan le. Dapat magazine, nivea cream etc.. Tak ada le semua voucher macam tahun lepas. Yang kelakarnya kitaorang beli tiket 1st tier. Paling mahal le tu. So suppose makan western food dan diorang serve. Tapi sebabkan kitaorang ni buruk lantak.. nak juga makan buffet local food tu. Last-last dorang terpaksa le bagi. Tapi tak ada le ambik banyak mana pun sebab kenyang. Kak Tini je ambik banyak.. Tak caya?? Ni tengok pinggan dia.. Banyak ke tak? Hehehe..

Banyakkan makanan Kak Tini ambik. Tu le aku cakap tak nak percaya. Badan dia kecik tapi makan banyak. Hehe.. Artis hari ni.. jeng.. jeng Adibah Nor. MC Helmi Gimmick. Dua-dua pun best. Adibah punya suara memang powerful.

Kak Dibah kan sporting giler. Dia siap jalan kat semua table dan bagi semua orang ambik gambar dengan dia. Tapi bila sampai meja kitaorang, belakang ada spot light pulak. Dah le tak berapa lawa gambarnya. Kesian Kak Aspa dengan Kak Rad gambar dorang tak nampak langsung.

Hari ni kan Kak Yati dapat lucjy draw number 2. Holiday package pegi Vietnam 3 hari 2 malam. Bestnya... Tapi yang kelakar tu.. Si Helmi ni buat kelakar yang Kak Yati menang tiket pegi Vietnam tapi tak ada tiket balik.. Kak Yati leh caya.. Alahai... Kak Yati.. Kak Yati..

Sunday, April 6, 2008

Birthday Ely

Hari ni birthday Ely. So aku, mak, bapak dan Ely plan nak celebrate makan lunch kat Vichuda. Mak nak belanja. Pagi tu kitaorang pegi le rumah Pak Nyah kat Jalan Gurney dulu. Balik tu baru le nak gi makan. Sebelum tu singgah le kat Secret Recipe nak beli kek. Sekali masa nak gerak tu keta aku pulak buat hal. Berasap-asap kat enjin. Pastu cooler dia melimpah-limpah kuar. Adoi.. macam-macam hal. Last-last Ely kena balik naik teksi dan ambik keta dia. Keta aku tersadai kat Uptown sampai le E (adik Yatie) datang ambik untuk repair malam tu.

Bila Ely sampai dapat le juga makan kat Vichuda. Kitaorang order ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, kailan goreng ikan masin dan kerabu mangga. Plan nak ambik gambar masa makan sekali camera pulak tak ada bateri. Hala.. macam-macam benda ler berlaku. At last malam baru le ambik gambar lepas balik dari rumah Pak We. Tu pun dengan sepotong kek je sebab kek yang lagi satu dah cair. Huhuhuhu.. Kesian sungguh...

Mak dan bapak aku yang tercinta.