Saturday, October 25, 2008

Langkawi - Part 2 (City Tour)

Tepat pukul 3.00 petang, kitaorang dah kena standby kat lobi hotel. Aku dalam group C so naik bas C le. Dalam bas aku best. Tak ada big bos. Bas C ada Lorna dengan Kak Tini. Masa pegi City Tour ni aku sorang-sorang je. Mak dan bapak lepak je kat hotel. Mula-mula sekali kitaorang pegi Under Water World. Tiketnya mahal. Sampai RM28 sorang tapi sebab company bayar kita ok le kan. Masa mula-mula masuk tu memang ada ikan-ikan tapi tiba-tiba ada burung pula, ada monyet. Isk.. bila masa pulak burung dengan monyet dok dalam air? Musykil aku.

Tak tahu le apa nama binatang ni. Tapi rasanya spesies monyet. Cumanya kecik sangat. Lebih kecik dari kucing. Binatang ni pandai posing. Bila orang datang nak ambik gambar dia, dia leh stay je diam-diam.

Ni aku paling suka tengok. Penguin. Tapi penguinnya kecik macam tak cukup makan. Dalam tv tu aku tengok macam besar je. Gambar ni blur sebab dorang tak cuci cermin penguin ni. Hehehe..

Ikan jerung species apa tak tau le. Tapi kecik juga. Camana nak makan orang kalau besar ni. Tak tahu le anak ke apa. Kat Under Water World ni sejam je. Kejap sangat. Tak sempat nak baca cerita-cerita yang ada. Kalau aku pegi sendiri mesti kurang-kurang 3 jam aku boleh tengok dan baca satu persatu jenis-jenis binatang ni. Dari sini kitaorang bergerak ke tempat buat gamat. Actually kedai jual barangan gamat je. Dan ada le tunjuk camana dorang masak minyak gamat tu.

Minyak gamat ni ambik masa 7 hari 7 malam untuk dimasak. Kalau celum tangan dalam kawah ni pun tak melecur. Tak caya nanti kome try. Camana dia masak gamat tu aku pun tak tahu sebab aku lupa nak tanya. Agaknya diaorang cincang-cincang dulu kot pastu baru rebus.

Ibu gamat ni menatang apa aku pun tak tahu. Tapi yang ni macam gamat yang dah dikeringkan. Tak ada le geli sangat sebab dah kering.

Mari beli.. mari beli.. Murah.. murah. Seringgit sebotol atau RM10 dapat 14 botol. Rugi kalau tak beli. Elok untuk luka, sakit-sakit otot. Ada gaya tak jadi orang jual minyak gamat?

Dari kilang gamat kitaorang pegi Makam Mahsuri. Kena bayar masuk Makan Mahsuri sekarang. Tak tahu le berapa ringgit sebab Mayflower dah siap belikan tiket. Ni kat luar muzium. Ada orang main gamelan.

Ni le makam Mahsurinya. Rasanya dulu-dulu aku pegi boleh sampai depan-depan kubur tu. Sekarang diaorang dah pagar. Tengok dari jauh je.

Orang kata kalau basuh muka dengan air dari Telaga Mahsuri ni nanti muka jadi lawa atau handsome. Betoi ke? Tapi tak ada keja le aku nak pegi basuh muka kat sini. Habis make-up aku. Hehehe..

Nama benda ni Lesung Hindik Ramai juga le orang yang tak pernah tengok benda ni. Ala.. benda ni pun nak kecoh. Kat rumah aku kat kampung pun ada dulu. Tapi sekarang dah reput le.

Last sekali masa city tour ni kitaorang singgah kat tempat kononnya di sini le Mahsuri dibunuh. Ntah apa ntah nama tempatnya. Kat sini cuma turun ambik gambar je. Tak ada apa pun yang nak ditengok. Pukul 7.00 baru le sampai hotel. Letihnya tak tahu nak cakap.

Langkawi - Part 1 (1st Day)

Hari yang dah lama aku tunggu tiba juga akhirnya. Lama betul dah buat preparation trip ke Langkawi ni. Sepatutnya flight yang kitaorang semua naik pukul 10.30 pagi tapi disebabkan ada masalah teknikal, ada 11 orang tak dapat naik flight pukul 10.30 pagi dengan rombongan yang lain so aku dan Kak Yati volunteer untuk pergi awal flight pukul 8.30 pagi. Lagi 3 orang kebetulan Alfian kena bagi talk event CMTM, so dia dan family naik flight petang. Yang bestnya pegi pagi-pagi sebab dorang ambik kat rumah terus ke KLIA. Orang Mayflower memang datang awal dari waktunya yang dijanjikan. Suppose pukul 6.15 pagi tapi pukul 6.00 pagi dah ada kat depan rumah. Sebabkan kitaorang baru je lepas semayang dia kena le tunggu lebih kurang 10 minit. Sampai je kat KLIA, ada ejen lain pulak dah siap call aku dan check in untuk kitaorang dan bagi boarding pass. Senang je sebab dorang dah buat semua.

Kat KLIA masa tengah nak tunggu masuk dalam balai berlepas. Pukul 7.45 pagi baru le kitaorang masuk. Hehehe.. first time ni tapi Kak Yati cakap aku macam teror je. Mak dorang dah sorong atas wheelchair. Sebabkan mak naik wheelchair, kitaorang dapat masuk le awal dalam flight.

Sesi bergambar dalam flight. Yang tak bestnya flight delay setengah jam sebab tunggu connecting flight dari India. Hala.. Leceh betul le. Dah le air-cond tak kuat. Panas nak mampos duduk dalam ni.

Gambar ni ambik masa kapal terbang baru nak naik tinggalkan KLIA. Lepas ambik gambar ni, aku terus pening. Hahahaha.. Dah tau tak tahan tengok kiri kanan, sibuk nak ambik gambar. Nasib baik tak muntah. Tapi rasanya sebab flight ni panas le. Tu sebab pening. So hari ni aku dah merasa le naik flight buat pertama kali. Tak ada le best mana. Masa nak naik tu a bit pening dan masa nak turun asik teringat cita Die Hard 2 je. Bodoh betol le menakutkan diri sendiri. Hehe..

Pukul 10.00 pagi kitaorang berlapan sampai Langkawi. Bestnya dah sampai. Orang Mayflower dah tunggu dan bawak kitaorang breakfast kat area-area kawasan Beras Terbakar. Tapi kedai tu punya lembab nak mampos. Sampai sejam baru siap breakfast.

Sejam jelah dapat jalan-jalan kat kawasan Beras Terbakar. Punya le banyak gerai sekarang. Mak awal-awal dah beli kaftan sebab nanti susah pulak nak cari saiz dia. Memandangkan dah jumpa terus le beli 2 helai. Beras Terbakar sekarang dah tak macam dulu. Kawasan ni pun dah tak boleh masuk. Kena ambik gambar dari luar je. Camana nak nampak berasnya kan.

Dorang letak beras tu dalam pinggan camni. Camana nak tahu ni memang betul beras yang asal ataupun dorang pegi bakar beras baru kan.

Pukul 12.00 gerak pegi Holiday Villa Hotel. Pukul 12.30 orang lain sampai dan terus proceed to Hari Raya Lunch. Menunya boleh tahan. Ada nasi briyani, udang sambal tumis, kari daging, sayur campur, ayam goreng, acar rampai, laksa johor, lemang, rendang, serunding, ABC etc.. Sebabkan lapar tak banyak gambar ambik. Sempat ambik gambar Dato' berucap je.

Pukul 2.00 baru dapat check-in bilik. Bilik aku dengan mak dan bapak sebelah-sebelah. Aku dok satu bilik dengan Ili, anak Kak Yati. Bilik aku best, menghadap swimming pool. Dan sebabkan aku dok kat ground floor, sliding door tu boleh bukak terus pegi swimming pool dan pantai.

Walaupun katil tu nampak best sangat nak di landing tapi tak boleh sebab pukul 3.00 petang aku dah kena ikut rombongan pegi City Tour. Jadi nak mengisi masa lapang ambik le gambar sendiri depan cermin. Hahahaha.. Gediknya aku...

Wednesday, October 22, 2008

Mana Yang Lebih Teruja

Weekend ni LSSB akan buat company outing kat Langkawi dari 25hb - 27hb. Dah lama tak pegi Langkawi. Kali pertama pegi tahun 1989 dengan family. Last pegi masa tahun 1994 ikut rombongan Cik Kiah, umno kawasan Bota. Actually tempat tu mak yang dapat sebab masa tu mak pegang jawatan pemeriksa kira-kira Umno Cawangan Bota Kanan tapi sebabkan bapak sakit masa tu, so aku le ganti tempat dia pegi rombongan tu. Bila fikir-fikir balik aku sendiri pelik camana le aku boleh setuju nak join rombongan Cik Kiah tu. Semua pun makcik-makcik. Dah le aku pegi sorang-sorang. Masa tu pulak aku baru 17 tahun. Musykil.. musykil.. Agaknya sebab rombongan tu ke Langkawi kot. Tu sebab aku tak kisah walaupun kena pegi sorang-sorang. Kalau pegi tempat lain ada kemungkinan aku tak nak jugak. Dah sampai kat sana baru le aku berkenalan dengan kawan yang sebaya aku. Ada le juga geng. Dia anak makcik Meh. Nama dia Kak Ruby atau Rabiatul Bahiyah. Samakan nama kitaorang.

Masa rombongan Cik Kiah ni, dari Bota kitaorang pegi naik bas sampai ke Kuala Perlis. Lepas tu naik bot pulak ke Langkawi. Biasa le rombongan Cik Kiah. Benda lain tak penting. Yang penting shopping. Masa tu aku pelik bin ajaib sungguh le dengan makcik-makcik ni. Pantang jumpa tempat nak shopping mesti singgah. Sampai dorang lebih rela tak pegi city tour asal dapat shopping. Sekarang selepas 15 tahun atau dah berumur masuk geng makcik-makcik, (OMG.. dah masuk geng makcik ke aku??) aku dah paham perasaan dorang yang asyik nak bershopping je sebab aku pun dah ada nawaitu yang sama nak pegi Langkawi kali ni. Hahaha..


Rombongan LSSB ni kitaorang akan pegi naik flight dari KLIA. Terujanya aku. Aku tak pernah naik flight. Huhu.. Kesiankan. Naik kapal terbang kat Super Kinta masuk syiling 2 kupang tu pernah ler. Best ke naik kapal terbang? Best kot kan. Ke rasa macam naik bas je?? So minggu ni ada dua benda le yang betul-betul menerujakan aku. Naik kapal terbang dan pegi Langkawi. Mana lagi teruja? Naik flight kot.. sebab kena naik flight dulu baru boleh sampai Langkawi.

Pegi Langkawi tahun 1989. Dorang cakap sekarang ni beras terbakar dah bukan macam ni. 20 tahun dulu mesti le berbezakan. Gedik betul le Wan Chu Ma masa ni.


Yang ni pulak masa pegi rombongan Cik Kiah tahun 1994. Yang ni anak-anak Cik Kiah le. Aku pun dah tak ingat anak sapa. Yang aku kenal cuma Kak Ruby sebelah aku. Atas feri on the way balik ke Kuala Kedah.

Friday, October 17, 2008

Malam Penghargaan JTI 2008

Tiap-tiap tahun JTI mesti buat Makan Malam Perhargaan JTI ataupun lebih kurang jamuan raya le. Tapi jamuan ni khas untuk yang tertentu je. Dan tahun ni dah tahun ketiga LSSB dijemput dan tahun kedua aku pegi dinner ni. Seperti dua tahun lepas, tahun ni dorang buat kat Hilton KL Sentral juga. Tapi tahun ni ada lain sikit. Sampai-sampai je dah ambik gambar group, dorang ambik gambar sorang-sorang guna polaroid kamera. Kira tu macam souvenir ler. Creative jugak kan.

Kitaorang bertiga yang pertama sampai dari LSSB. Masa tu pun hall ni kosong lagi. Aku yang pilih meja paling depan sebab aku nak tengok show dekat-dekat. So orang lain kenalah ikut meja yang aku dah pilih.

Tengah makan-makan tu dalam 8.30 pm, dorang start show. Mula-mula dengan lagu-lagu ghazal. Ntah sapa penyanyinya ntah. Lepas tu ada cultural dance pulak. Tarian zapin ke apa ntah. Lama pulak tu persembahan tarian dengan ghazal ni. Tahun ni JTI kurang budget kot sebab emcee pun guna orang dalam yang kelam kabut. Dah announce tarian last, tetiba salah pulak sebab orang menari tak siap pakai baju. Lorr.. apa ke benda le. Last year dorang ambik Aznil jadi emcee dan penghibur jugalah.

Lepas tu baru le start show artis. Dayang Nurfaizah. Macam Yatie cakap le. Dayang tak pandai control audience. Show dia boring walaupun suara dia sedap. Sangat-sangat berbeza dengan Adibah Nor. Dia nyanyi pun ada le dalam 5 lagu. Lebih kurang je macam Adibah last year cuma Adibah pandai communicate dengan audience. Tu yang buat jadi best. Dayang pun ada juga cakap-cakap cuma kureng jer. Dayang nyanyi kat belakang, kitaorang pegi depan stage ambik gambar. Best kan..

Dayang suruh En. Rozlan menari dengan dia. Berkali-kali kena pujuk dia masih tak nak. Sampai Miss Lim dengan Audrey dah siap bangun joget-joget nak kasi dia mood dan tak malu sangat tapi dia tetap sardin je. Tak sporting le En. Rozlan. Bukan kena naik atas pentas pun. Tahun lepas Miss Lim kenakan aku, aku sampai naik pentas tau. Dia tak nak pun sporting camtu. Leceh..

Sebelum Dayang balik, sempat jugak tahan dia nak ambik gambar dengan dia. Lepas abis show Dayang orang-orang LSSB semua balik kecuali aku dengan Kak Yati. Macam tak best pulak balik camtu je. So kitaorang pun tunggu le tengok balik orang-orang menari tarian zapin tu.

Thursday, October 16, 2008

Lunch @ Sari Ratu

Hari ni wanita-wanita Melayu di LSSB ni kecuali Fara dan Kak Su dapat invitation daripada Encik Norrashid dan Encik Azeman makan-makan kat Restoran Sari Ratu. Restoran ni restoran nasi padang le kot. Aku pun tak berapa nak tahu jenis-jenis restoran Indonesia ni.

Yati dengan Lorna lambat sampai so dorang tak ada dalam gambar. Dorangkan jauh kat USJ. Lambat le sampai

Encik Azeman dan Encik Norrashid suruh kitaorang pilih lauk apa nak makan tapi aku mana reti. So Kak Aspa yang pilih. Sekali sampai hidangannya.. mak aii.. banyaknya Kak Aspa order. Tapi tak pe sebab dorang bukan macam Miss Lim. Dah nak belanja ungkit-ungkit pulak mahal le apa le. Lauk pauk yang Kak Aspa pilih hari ni adalah rendang daging, cumi masak lemak, udang goreng tepung (ni aku yang order), tunjang masak lemak, daging dendeng, ayam bumbu, kailan, gado-gado dan ntah apa ke nama sambal hijau tu. Tapi aku pelik dengan satu menda le. Daging dendeng kat sini daging goreng. Dah le rangup semacam. Aku punya daging dendeng ada kuah kicap basah-basah. Aku punya daging dendeng Bota kot. Hehehe..

Lepas dah abis makan nasi dorang berdua suruh kitaorang order dessert pulak. Adoii.. kenyangnya. Tapi order jugak le. Memula nak order tapai aiskrim tapi habis. So kitaorang yang awal-awal ni semua order sama ada cendol durian atau cendol je. Bila tiba Yati dengan Lorna, cendol pun abis so dorang order Es Teler. Ni lebih kurang ABC ler. Tapi dah cakap Indon jadi le Es Teler. Menarik juga le kan. Habis dessert kena balik office dan kenyang sampai malam pun tak makan dah.

Monday, October 6, 2008

Raya Tag

Berapa pasang baju raya anda tahun ini dan kaler apakah?
1 pasang sahaja. Kaler ntah le. Tak ketahuan. Nak kata purple bukan purple. Rasanya base kaler coklat dan ada corak warni warni. Baju raya ni dah buat lama sebelum puasa dan dah pakai pun sebelum puasa. Hehehe..

Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Lemang dengan rendang tok kot. Nasi minyak dengan ayam masak merah consider makanan raya tradisional tak?

Apakah biskut raya kegemaran anda?
Kuih Arab aka makmur dan tart nenas gulung yang mak buat. Orang lain buat tak suka dan of coz chocolate chips.

Berapa banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kepada budak-budak?
Tahun ni dapat duit raya RM51.00 je. Abang Majid bagi. Nyah tak ada pun bagi. Duit raya untuk budak-budak pulak, anak-anak sedara semua dapat sepuluh hengget sorang so sama dengan RM90.00 dan ada lagi RM50.00 yang belum distribute. Tunggu sapa-sapa buat open house boleh bagi anak-anak deme.

Apakah aktiviti malam raya korang?
Barbecue kat rumah nyah. Udang punya le beso. Abang Majid bawak dari Sarawak.

Who to tag?
Sapa-sapa yang baca blog ni.

Wednesday, October 1, 2008

1 Syawal 1429

Tahun ni buat pertama kali dalam hidup, kitaorang raya kat PJ je sebab hari Isnin lepas mak masih ada appointment kat UH. Ingatkan semalam kena masuk darah tapi tak payah pulak. Pagi ni Yong awal-awal pagi bangun masak laksa. Lemang beli je semalam kat Bukit Puchong. Rendang Tok pun beli kat Pasar Tani. Nyah datang baru le dia bawak ketupat palas lebih semalam.

Alas meja ni baru beli hari Isnin lepas. Last minit shopping raya. Mak sponsor separuh. Mula-mula nak pakai alas meja yang Kak Yati bagi tapi sayang pulak sebab kaler putih. Nanti mesti kotor so last minit jumpa yang ni jelah untuk meja bulat. Terang benderang kalernya.

Sebenarnya aku dengan Wan Chu Ma nak ambik gambar depan langsir baru. Tapi tak tutup rapat-rapat pulak langsirnya. Langsir ni kitaorang beli sebelum puasa lagi .

Sesi salam raya. Siap nangis-nangis lagi. Tapi yang paling best Iman le sebab dia tak abis-abis peluk semua orang macam iklan Petronas yang Man tu peluk mak dia. So dia panggil peluk camni peluk TV. Hehehe..

Tok dan Opah dengan cucu-cucunya. 3 cucu besor tak sampai-sampai so ambik le gambar dulu. Dah petang baru le cucu besor datang.

Lepas makan-makan kat rumah baru le kitaorang bergerak ke rumah Pak We dan Pak Nyah. Tapi nak kata KL ni lengang masa raya, aku rasa tak langsung. Banyak juga keta cuma tak jam jelah. So far ok le raya kat sini. Tak ada le tak best sangat cuma nak beraya rumah sedara mara tu limited le sebab orang KL ni kan mengamalkan konsep jemputan open house so rumah sepupu-sepupu semua tak dapat pegi. Kalau kat kampung tu rumah sepupu-sepupu boleh datang tak payah tunggu jemputan open house, rumah mak sedara (sepupu mak) pun boleh datang. Banyak lagi le rumah yang boleh diziarahi. Tu jelah bezanya. Ada lagi.. kat sini raya rumah kecik.. kalau kat kampung rumah besor.. Hahaha..