Tuesday, February 1, 2011

Rumah Baru

Freezer aku dah kosong!!! Relax-relax jangan panic. Susu Batrisyia semua masih ok. Cuma dah berpindah rumah je. Cita mulanya camni. EBM aku dah penuh satu freezer. Dah tak muat langsung dah. Jangankan nak simpan barang mentah ikan, ayam, nak simpan susu pun dah tak muat. Dari pakai botol aku dah tukar pakai plastik ikat getah sebab tu lebih jimat space. Aku dah asing-asing ikut bulan masuk dalam plastik beg pun masih tak muat. Fed up nak arrange EBM ni semua sampai macam malas nak pump. Dahlan pulak boleh suruh aku berenti pump. Isk.. isk.. mana boleh macam tu kan. Nanti terus tak ada susu baru padan muka.


Lepas pikir-pikir aku decide beli jelah deep freezer. Lagipun boleh le simpan EBM ni semua sampai 6 bulan. Survey punya survey aku dapat le yang paling kecik dan yang paling murah. Brand Faber. 100 liter harga RM599.00. Kat Carrefour, Sen-Q, Best Denki semua sama je harga. So last-last beli kat Best Denki Tropicana. Semalam dorang dah hantar dah deep freezer ni kat rumah.

Dah transfer dah semua EBM kat deep freezer baru. Bila dah masuk deep freezer nampak sikit pulak EBM aku. Ni semangat ni nak pump lagi sebab nak penuhkan deep freezer ni.

Tapi ada satu menda yang buat aku rasa aduhai ruginya.. Tadi cuti Hari Wilayah, aku pegi le jalan-jalan kat One Utama. Sekarang ni Jusco One Utama tengah buat clearance sale sebab dorang nak renovation besar-besaran selama enam bulan. Dorang jual deep freezer brand Elba Rm699.00 ada diskaun 30%. Baru Rm489.30 je. Brand Elba pulak tu. Walaupun display item deep freezer tu elok lagi. Ada warranty setahun. Yang buruk cuma kat luar je sebab ada kesan tampal-tampal kertas. Lepas tu upright freezer Elba pulak harga RM899.00 ada diskaun 30%. Murah. Baru RM600.00 lebih. Tapi upright freezer tak pelah sebab upright cuma boleh menyimpan susu selama 3 bulan je. Tak pelah. Bukan rezeki aku le kan.. Nak buat camana. So misi sekarang penuhkan deep freezer baru. Hehehehe..

Sunday, January 30, 2011

Stroller Batrisyia

Sebelum ni kalau pegi shopping barang rumah kat Carrefour, susah sangat. Mula-mula dulu kitaorang dukung je Batrisyia. Lepas tu rasa setiap kali nak makan, susah. Dia pun tak lena tidur kalau dia nak tidur. So kitaorang bawak pulak carrier merata-rata. Tapi sejak-sejak berat dia dah bertambah, tak larat dah nak usung carrier tu. Dia campur carrier lebih 10kg dah kot. So setiap kali masuk Carrefour dia kena duduk dalam trolley barang tu. Hehehe.. Kesian Batrisyia. Tapi nak buat camana. Dah tak larat nak usung sana sini. Actually aku pun tak suka letak dia dalam trolley tu sebab tau le trolley tu tak bersih. Nanti dia sakit lagi.

Disebabkan faktor-faktor ni le aku rasa aku sangat-sangat perlukan stroller. Kesian Batrisyia kan duduk dalam trolley barang. Dan kesian jugak pada Dahlan nak usung carrier tu. So semalam lepas pegi hospital ambik jab, kitaorang pegi le warehouse My Dear kat Puchong jugak. Susah jugak nak pilih stroller yang memenuhi kriteria aku sebab aku nak yang boleh sumbat dalam kereta comel kitaorang tu. Lagi aku nak yang handle boleh ubah depan belakang. Senang aku nak monitor Batrisyia. Lagi aku nak yang canopy dia boleh cover penuh sebab pendapat aku le cakap kan. Kalau cover banyak tu kurang le sikit kuman-kuman nak kena pada Batrisyia kalau bawak dia pegi jenjalan.

Lepas tengok kriteria ni ada le dua tiga yang memenuhi tapi ada yang tak boleh masuk kereta sebab tayar dia besar. Ini pun dalam bonet tak boleh masuk so terpaksa le letak kat seat depan. Nampak gayanya memang kena le tukar kereta besar sikit dah lepas ni. Dah tak boleh pakai Savvy comel tu dah. Pilih punya pilih, aku beli le stroller yang macam ni. Tapi Batrisyia punya kaler hitam sebab merah ni dah abis, Pada aku dua-dua pun lawa. Nampak macam stroller mahal padahal tak ada le mahal mana. Harga kat retail RM399.90. Kitaorang beli kat warehouse dapat le harga RM319.00. Tak murah sangat dan tak le mahal. Duit Batrisyia orang sedekah banyak jugak. Ni le gunanya kan. Beli barang-barang keperluan dia.

Jadi le beli brand My Dear je. Mana aku nak mampu beli stroller branded-branded sangat. Yang penting Batrisyia selesa kalau dia nak tidur pun masa kitaorang pegi jenjalan. Semalam dah start rasmi dah stroller ni. Lepas beli tu kitaorang singgah mencari freezer, so dah terus guna stroller. Lena je dia tidur dalam tu.

Saturday, January 29, 2011

Batrisyia 3 Bulan Seminggu


Hari ni bawak Batrisyia ambik jab kedua dia. Currently berat dia 5.85kg. Panjang dia 60cm. Semua pun dikira medium. Tu yang aku nak le pun. Tak mau le jadi obese baby. Cukup le mak dia sorang je yang obese. Hehehehe...

Sekarang ni favorite dia menghisap tangan dan jari. Tapi bestnya bukan ibu jari yang dia isap. Dia isap jari lain-lain. Hehehe.. Batrisyia betul-betul macam aku suka isap jari. Patut le hari tu masa bagi pacifier dia tak suka, sebab dia nak ikut macam mak dia, isap jari.

Tuesday, January 25, 2011

Vitamin oh vitamin

Masa aku pregnant aku aku makan 3 jenis vitamin ni. Obimin Plus, vitamin C dan kalsium. Lepas beranak pun aku masih ambik ketiga-tiga vitamin ni lagi. Actually dah tak pregnant ambik multivitamin biasa pun boleh tapi aku saja ambik lagi Obimin Plus sebab aku nak ada DHA tu. Harap-harapnya dengan izin Allah aku ambik DHA ni, Batrisyia akan jadi seorang yang bijak pandai macam maksud nama dia. Insyallah. Vitamin C pulak, aku saja suka ambik yang isap-isap macam ni. Sedap sikit dari asyik kena telan je. Hehehehe...


Hari tu aku ada cakap yang aku nak cerita pasal product yang aku amik sekarang untuk menambah kuantiti dan kualiti susu. So inilah dua vitamin tambahan yang aku makan sekarang. Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein (ESP). Alfalfa tu memang agen penambah susu sebab tu le aku ambik. ESP pulak salah satu kebaikannya elok untuk mengurangkan eczema. Memandangkan cinta sayang aku tu ada eczema so aku cuba le. Mahal sikit tapi tak apa le. Aku berkorban untuk Batrisyia. Kalau ikutkan dorang suggest ambik set lengkap breastfeeding which is ada alfalfa, vitamin C, B complex dengan Vita Lea. Vita Lea ni aku pun tak tahu untuk apa ntah. Tapi bila aku tengok macam vitamin yang aku ambik sebelum ni dah cukup dah semuanya so aku cuma tambah dua ni je. Hopefully lepas ni supply susu aku aku bertambah dan eczema Batrisyia akan berkurang le hendaknya.


Friday, January 21, 2011

Saya Dah 3 Bulan..


Hello semua.. hari ni saya dah cukup 3 bulan. Saya tumpang blog mak sebab saya nak ucapkan TQ pada semua aunty-aunty dan uncle-uncle (bapak cakap makcik-makcik dan pakcik-pakcik) yang bagi hadiah pada saya.

Mula-mula sekali saya nak ucap TQ pada atuk sebab bagi saya dan mak duduk kampung masa pantang. Lepas tu nak ucap TQ pada Makcik Semah dan Uncle Harun sebab jaga saya masa saya nangis malam-malam sakit perut. Pastu TQ lagi pada makcik Semah sebab bagi saya hadiah duit, baju dan macam-macamlah. Sampai lupa dah sebab banyak sangat. Nombor 3 saya nak ucap TQ pada Akak Ikah dan Akak Idah sebab tolong mak jaga saya. Nanti bila saya besar, saya jaga anak akak Ikah dengan akak Idah pulak yer. Pastu Akak Ikah dengan Akak Idah pun ada belikan saya sarung tangan, sarung kaki dan selimut.

Lain-lain dari tu saya nak ucap TQ pada semua yang bagi hadiah pada saya. Kawan office mak, Aunty Hariati yang paling banyak hadiah pada saya. Baju le, duit le, toys le, kasut le, hair band le.. macam-macam aunty Yati bagi saya.

Yang bagi saya baju - Wan Chu Ma, Kakak Tasha, Aunty Nina, Aunty Aidee, Aunty Pidah, Aunty Margie, Aunty Chew, Aunty Dayang, Aunty Kim dan office bapak. Mak Nyah pun ada bagi baju Kak Caca pada saya. Banyak sangat.

Yang bagi saya duit - Tok We, Aunty Jenn, Aunty Cah, Aunty Mariati, Pakcik Misman, Aunty Lorna dengan Uncle Khai, nenek, uncle Faizan dan masa kat kampung ada ramai yang bagi duit sampai saya tak ingat dah siapa.

Yang bagi hadiah lain-lain - Aunty Yusnariah, Uncle Kim dan Aunty Eileen, Aunty Yusnita, Aunty Nurhayati dan Aunty Kartini. Mak Nyah pun ada bagi mak ubat apa ntah. Nak bagi mak jangan tension masa jaga saya.

Pada semua uncle dan aunty yang bagi hadiah pada saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kalau saya lupa sebut nama, saya minta maaf yer. Saya kecik lagi tak ingat nama banyak-banyak. Kalau saya ingat nanti, saya tumpang lagi blog mak tulis nama yang tertinggal.

Thank you semua. Bye

Salam Sayang,
BATRISYIA BINTI DAHLAN

Monday, January 17, 2011

Batrisyia Demam

Hari ni Batrisyia demam lagi. Pagi tadi pukul 3.30 pagi tadi dia start tak nak letak asyik nak berdukung je. Mula aku ingatkan dia kembung. Dah sapu minyak, urut-urut belakang, masih tak ok. Meragam dan nak berdukung. Dah pagi baru rasa badan dia panas. Check-check suhu dia 37.8. Patut le dia meragam. Terus bagi paracetamol 1.5ml. Tak lama lepas tu baru tidur, dengan aku-aku pun tidur. Aku tak sampai hati nak menghantar dia ke nursery. Dah le asyik meragam lepas tu nak berdukung je. Nanti kat nursery mesti tak ada orang nak layan dia macam tu. So aku decide aku EL jelah. Dahlan pun ikut sama EL hari ni. Letih kot bergilir-gilir dukung Batrisyia.


Malam tadi baru nampak dia ok sikit, tapi masih tak nak letak. Nak dukung je. Last-last bapak dukung tapi bapak tidur. Muka dia stone je. Hehehehe.. layan isap tangan sorang-sorang. Bila mak datang baru le dia sengih-sengih. Nampak pulak mak pegang kamera lagi kuat sengih dia. Ingat orang nak ambik dia le tu.

Batrisyia.. Batrisyia.. demam pun boleh sengih-sengih. Tapi lega sikit tengok dia dah ceria macam ni. Hope esok Batrisyia dah betul-betul sihat.

Wednesday, January 12, 2011

Update EBM

Ni le rupa stok aku setelah lebih sebulan aku buat stok EBM. Ada lebih 50 semunya. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Tu pun ada hari yang aku culas membuat stok sebab tak ada botol. Mula-mula pakai liner. Lepas tu aku rasa susah nak cari dalam peti ais tu. Aku kena keluarkan semua untuk tengok date. Aku tukar pakai storage botol MLO. Dah berlambak-lambak botol MLO sampai dah ada 48 bijik. Tak cukup jugak so kena pakai liner balik. Sekarang satu liner kena isi 15oml. Tak boleh 100ml dah sebab tak muat. Lepas ni aku ingat aku nak beli liner yang murah yang ikat dengan getah tu. Yang tu nampak macam kurang makan space.

Sejak pump pakai Medela Freestyle aku pump cepat sikit. 20 minit dah siap untuk dua-dua belah sebab ada double pump. Dan aku pulak terpaksa pump 3 kali je masa office. Tak sempat sangat-sangat. Alhamdulillah masih cukup bekalan untuk Batrisyia. Kalau aku tak pakai frozen EBM pun cukup. Cuma aku masih bagi dia campur-campur. Frozen dan fresh. Cuma kebelakangan ni je frozen EBM aku tak berusik sebab aku bagi dia hari-hari fresh EBM sebab dia tengah tak berapa sihat. Biar le dia dapat fresh je hari-hari supaya dia cepat sihat. Aku doa susu aku akan sentiasa ada le. Sekarang ni pun aku dah order benda baru untuk menambah kuantiti dan kualiti susu. Tu kena cerita dalam entry lain.