Aku dengan Ely dah lama sangat teringin nak makan buffet dim sum. Memula nak makan kat Prince Hotel tapi aku baca kat website dia promo buffet tu sampai bulan March je. Memandangkan kitaorang nak pegi makan bulan April, (bulan March banyak sangat hal) so terpaksa le cari tempat lain. Nasib jumpa kat Quality Hotel KL. Murah pulak tu. Buffetnya cuma RM29.50++ je. Dah alang-alang kitaorang berdua teringin nak makan, kitaorang belanja hubby masing-masing sempena bonus tahun lepas. Dan sambil tu terus le celebrate birthday Ely walaupun cepat 4 hari.
Ni je buffet linenya. Kecik dan sikit je kan. Selain dari dim sum dorang ada serve nasi goreng, mee goreng, porridge, kek, buah-buahan, pastu ada cold dessert. Tapi tak sedap pun semua ni. Tak payah ambik pun tak rugi.
Stim dim sum diserve macam ni. So nak apa-apa ambik sendiri satu bakul. Tak boleh ambik satu dua isi je yer. Kena ambik sebakul sama ada boleh habis ke tak boleh habis ke, nasib le.
Yang goreng-goreng pulak diletak dalam troley macam ni. Yang ni suka hati le nak ambik berapa banyak. Ambik pinggan so bubuh le banyak mana suka pun. Tapi aku tak berapa prefer yang goreng kecuali carrot cake. Aku lebih suka stim dim sum.
Batrisyia baru bangun tidur dah buat hal. Tak nak duduk dalam stroller. Tengok le muka dia yang nampak sangat bosannya.
Dan macam biasa, dia mesti akan potong jalan aku. Dia makan dulu sebelum apa-apa padahal masa tengah tunggu restoran bukak tadi aku dah bagi dah susu. Batrisyia.. Batrisyia.
Seronok dah selepas kacau mak nak makan. Lepas tu dia main buih dan kacau auntie waitress kat belakang tu.
Ni le dim sum first round yang aku ambik. Sempat ambik gambar ni je sebelum start makan. Yang round seterusnya tak ada le nak ambik gambar dah. Hehehe.. Pada aku berbaloi makan kat sini. Rasa boleh tahan le. Sedap le juga. Tak ada le rasa instant dim sum. Sapa-sapa yang suka dim sum aku rekemen makan kat sini. Selain murah dan pilihan yang agak banyak jugak le, paling penting halal. Ada certificate lagi.
