Tahun ni dah dua kali le kitaorang berempat bergathering. Yang pertama
memang well planned walaupun bertangguh berkali jugak lah. Dengan Mai
punya schedule yang susah nak match. Aku tak boleh cuti sebab audit. Cah
pulak ada meeting every Friday. Last-last dapat le date yang semua orang boleh pegi. 13 March 2013. Kitaorang semua siap amik cuti lagi sebab nak gathering kali ni. Janji sampai pukul 9.00 tapi biasa le mesti lambat sikit. Cah yang paling jauh tapi dia yang sampai dulu. Breakfast kat Mc Donald treat by Mai. Lama kitaorang lepak kat Mc Donalds. Dekat-dekat nak pukul 11.00 baru gerak ke Aeon sebab Cah nak beli spenda. Hahahaha.. pastu pukul 11.00 dah terpacak nak pegi karaoke. Semangat tu. Jenuh jugak le berkaraoke hari ni sampai pukul 3.00 petang. Ada include lunch sekali. Habis karaoke kitaorang jalan-jalan kejap beli barang pastu sambung melepak lagi. Kali ni kat Nyonya Colors pulak. Hambik ko makan lagi. Dalam pukul 4.30 petang, Cah nak balik dah so tinggal le aku, Yatie dan Mai je sambung melepak. Lepas Maghrib kitaorang pindah pulak venue melepak ke Starbuck. Melampau sungguh. Dalam pukul 9.00 camtu baru le balik tu pun sebab esok keja. Kalau tak mau melepak lagi.
Hari ni kitaorang gathering lagi. Plan asalnya Cah ajak lunch je. Mula nak lunch hari Jumaat lepas, tapi Yatie nak cuti pulak sebab dia nak balik mengundi. Yatie mintak hari Khamis. Aku pulak tak boleh sebab busy nak buat application BG tak sempat nak keluar lunch. So aku mintak dorang postponed ke hari ni instead of lunch sebab Cah ada meeting, kitaorang buat lepas keja. Kebetulan pulak Mai cuti so dia pun join sekali.
Tempat lepak kali ni kat Delicious Jalan Tun Razak. Ok jugak le lepak kat sini sebab tak ramai orang. Parking valet pun cuma RM6.00 je. Senang tak payah nak cari parking jauh-jauh.
Sempat amik dua gambar ni je. Lepas tu tak sempat dah sebab masing-masing busy makan dan bergossip. Gathering kali ni Cah dan Yatie belanja.
Ni lagi satu gambar yang sempat snap. Tamak bin haloba kan order dessert sampai 3. Nasib baik tak 4 terus. Cheesecake tak abis langsung siap tapau bawak balik bagi kat Dahlan. Cah cam biasa cabut awal dari kitaorang sebab dia jauh. Kitaorang gerak dari sini dekat pukul 11.00 tu pun sebab Dahlan dah call konon Batrisyia meragam. Aku sampai rumah tak ada pun Batrisyia meragam. Saja je dia tau. Overall makanan kat Delicious ni tak sedap mana pun. Tetap Chillis menang.

