Lama tak update blog. Sangat busy dengan GST dan lagi-lagi sekarang ada lagi satu job profile kena buat payroll. Ok cuma nak cerita pasal trip tahun 2015. Insyallah esok kami bertiga akan bertolak ke Padang / Bukittinggi selama 4 hari 3 malam.
Cerita trip ni bermula bila balik je dari Bali tahun lepas, mula le plan
nak pegi bercuti lagi dan semestinya pilihan mesti ke Indonesia sebab
tu je tempat yang mampu. Mula-mula ada cadangan nak pergi Phuket tapi
ada dengar ura-ura macam LSSB nak buat company trip ke Thailand.
Destinasi je masa tu belum tahu dan akhirnya pilihan dorang ke Chiang
Mai bukannya Phuket pun. Tapi syukur jugak le aku tak buat pilihan ke
Phuket sebab selepas balik dari Chiang Mai hari tu, aku belum terasa
jatuh cinta pada Thailand sepertimana aku jatuh cinta pada Indonesia.
Hehehehe.. sebab Cakra Khan gamaknya. Hahahaha... udah le merepek
Destinasi Bukittinggi ni sebenarnya
ada dalam 3 pilihan aku. Bukitinggi, Danau Toba dan Jogjakarta. Tapi
bila dah survey Danau Toba terus out of list sebab perjalanan dari
airport nak ke sana mengambil masa 5 jam. Fuh.. rasa susah kot nak bagi
Batrisyia diam-diam dalam kereta. So tinggal dua je pilihan. Bila Air
Asia bukak free seat bulan November tahun lepas apa lagi, cepat je nak
membooking. Antara dua pilihan Bukittinggi lebih murah jadi decide ke
Bukittinggi akhirnya. 10 bulan beli tiket baru dapat pergi berjalan.
Tiket
flight beli asing-asing antara aku dan Dahlan. Aku sorang je dapat free
seat masa pegi so tiket flight aku cuma RM141.00 dah termasuk airport
tax Indonesia. Dahlan dan Batrisyia RM159.00 termasuk airport tax jugak.
Murah gila kan. Campur booked seat, baggage total tiket cuma RM617.00.
Makan tak payah le order sebab flight sejam je. Tak sempat nak makan dah
sampai. Lagipun rugi le kot pegi Bukittinggi nak makan bagai dalam
flight sebab semua review aku baca makan dekat Bukittinggi sangat sedap
Oklah. Berikut adalah itinerary kitaorang selama 4 hari 3 malam di Bukittinggi
DAY 1 (SAT 22/08/2015)
Lembah
Anai
Pusat
Informasi Minangkabau Padang Panjang
Kampung
Tenun Songket Pandai Sikek
Makan
kue neraka
Persembahan
Tari Kebudayaan Minang (malam)
DAY
2 (SUN 23/08/2015)
Panorama
Ngarai Sianok dan Lobang Jepang
Kampung
Koto Gadang (Kerajinan Silver)
Panorama
Sungai Landie
Puncak
Lawang untuk melihat Tasik Maninjau
Selekoh
44
Museum
Rumah Kelahiran Buya Hamka
Jam
Gadang dan Pasar Atas
DAY
3 (MON 24/08/2015)
Rumah
Kopi Kiniko Tabek Patah
Rumah
Gadang Istano Basa Pagaruyung di Batu Sangkar
Tasik
Singkarak
City
tour Banda Padang
DAY
4 (TUE 25/08/2015)
Free
& easy
Flight info
KUL / PDG - 22.08.2015 Air Asia AK403 (Depart :0750 / Arrive : 0800)
PDG / KUL - 25.08.2015 Air Asia AK404 (Depart :1355 / Arrive : 1605)
Untuk trip kali ini kitaorang menggunakan perkhidmatan tour guide dan pemandu persendirian lagi. Nama dia Pak Unchu Aulia. Aku dapat info pasal dia dari blog-blog yang aku baca. Terus add facebook dia. Cepat je dia menjawab. Harga Pak Unchu pada aku agak murah. Lagi-lagi dia flexible. Boleh amik pemandu je. Kebanyakan yang hantar quotation pada aku semua include meal le hotel le which is aku rasa macam tak best sebab aku tak berpeluang nak pilih sendiri apa aku nak makan dan di mana aku nak duduk. Pak Unchu charge total 4 hari IDR1,740,000 atau pun IDR435,000 sehari. Macam mahal kan sebab di Bali sehari perjalanan jauh baru IDR350,000. Mungkin Bali banyak persaingan kot sebab tu le harga dia murah compare sini. Ok apa-apa moga selamat perjalanan pergi balik kitaorang ke Padang / Bukittinggi kali ni.



